Friday, July 4, 2008

Realiti...malunyer

Aku pernah pernah berbicara dalam blog lama yang aku agak malu jika ada orang yang terapat membaca novel aku. Antaranya ialah ahli keluarga sendiri terutama mak dan ayah aku sendiri. Meskipun mereka tak membacanya tapi cukup sekadar jika mereka menyentuh kulit novel DDH dulu, betul-betul buat aku segan sedikit. Mungkin kerana blurp di belakang kulit novel yang disediakan oleh pihak ibook sendiri rasanya sedikit 'hot' dan menarik perhatian Adik-adik aku pula mujurlah bukan dari jenis yang suka membaca novel cinta. Thank god for that. Kurang gangguan, kurang bertanya dan segala-galanya. Mulanya aku berniat mahu kekal menulis as a silent writer, tapi beberapa minggu sudah anak murid aku sibuk bertanyakan tentang novel aku yang berada di perpustakaan negeri. Jumpa jugak mereka akhirnya. Dan antara ayat yang disuarakan oleh salah seorang dari mereka ialah...romantiknya novel cikgu. hehehehe..merah beb kulit muka ni. Walaupun ditanya berkali-kali, aku buat tak faham je..Bukan tak nak bagi novel DDH yg masih ada beberapa buah dalam simpanan, tapi mengenangkan mereka akan menghadapi SPM tahun ni yang tinggal lebih kurang 4 bulan sahaja lagi. Hehehe alasan sebenarnya. As their teacher, aku memang tak mahu anak murid aku baca novel aku sebenarnya. Pertama bukan sahaja sebab exam mereka tapi juga kerana masalah aku segan orang yang aku kenal baca hasil karya aku. Beberapa guru di sekolah juga sudah menempah novel yang akan keluar nanti. Entah bagaimana mahu menghalang dan membuat alasan supaya mereka tak membacanya. Teruk betul aku ni..tapi realitinya memang itulah yang aku rasakan. Segan sekali...bagaimana agaknya penulis-penulis lain berhadapan dengan hasil karya mereka yang dibaca orang yang terdekat dengan mereka. Kalau ada, kongsilah dengan aku ya..

No comments:

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com