Thursday, November 13, 2008

Hooray!! Dah Cuti Sekolah Rupernya....


Excitednyer dia.....begitulah teguran salah seorang guru bila nampak aku kelam kelibut (betul ke istilah ni?) menyiapkan macam-macam benda kat sekolah. Tapi aku always kelam kabut kalau di sekolah. Sebab my prinsip : SEKOLAH ADALAH SEKOLAH. RUMAH ADALAH RUMAH. Kedua-duanya sangat berbeza. Kerja sekolah jangan bawa balik di rumah, sebab kerja-kerja itu adalah beban sekolah yang sebolehnya aku haramkan dibawa masuk ke dalam sebuah rumah. Pulun sahaja habis-habis kat sekolah. Kekadang sebab tu kalau aku sibuk sangat, aku balik rumah pukul 5.30 petang atau pukul 6. Sama masa dengan sidang petang balik.


Dan cikgu itu pun tak tahu betapa seronoknya aku bila cuti dah mula...Ada banyak sebab kenapa aku gembira sebenarnya. Dalam kepala aku dah tersurat dan tersirat pelbagai projek yang aku nak lakukan sepanjang cuti. Heheheh apa lagi kalau bukan projek menulis aku yang terbengkalai kerana concentration aku pada SPM.


Ini projek cuti sekolah aku yang tengah mendidih dalam kepala aku ni : (update 23 nov sebb byk list yg nak kena cancel)


1) Rehat sepenuhnya
(tht impossible!!)

2) Edit new version untuk HR
(done)
3) Edit PBM
(baru nak mula)

4) Sambung menulis cerita MKC dan SV
(dah buat sikit-sikit)

5) Baca novel yg tak habis baca
(baru dua biji..nak smbung semula hijab sang pencipta)

5) tengok semua VCD-VCD yang aku beli punyalah banyak kat KL tempohari
(baru sempat tengok QOTG)

6) Jalan-jalan kat Kuala Lumpur/ Langkawi.
(cam kena cancel je sebab hujan- new plan on coming December)

7) Shopping baju
(heheheh faham-faham jerlah. Kerjaya cikgu ni macam ni ler.. kena ada banyak baju
tapi blm mula lagi..hehehe)

8) Pergi memancing kat Tasik Kenyir and tengok tapak gajah kat sana.
(cam tak berkenan je aku nak ikut klu tengok time2 hujan ni)
9) Semak PEKA Bio/Sains
(tunggu greenlight dr kak paridah untuk semak sama2)

2 comments:

Diya Nordin said...

salam Anita...

best ya, dah cuti sekolah. =)

Selamat bercuti dan selamat menyambung proses editing dan menulis semula :D

Mazni Aznita said...

hahahha tu ler diya, dah lama sangat tunggu saat-saat begini.
Masa dua bulan ini akan digunakan sebaiknya. hope so untuk diya juga...blm sempat lagi nak main-main dengan YM, klu tak boleh juga kita bersembang....

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com