Selamat Menyambut Hari Raya Korban diucapkan buat keluarga samaada yang jauh atau yang dekat, kawan-kawan terapat aku di sekolah dan di UM dulu, kawan-kawan bloggers, member-member di WR, pengunjung-pengunjung setia blog aku yang kadangkala terasa lebih kamceng dari kawan baik sendiri. Heheheh..Tak lupa juga buat pihak penerbit yang telah sudi menerbitkan novel-novel aku yang tak seberapa tu. Salam aidil adha buat semuanya.
Diam tak diam dah nak menjelang Hari Raya Korban. Aku sendiri pun tak sedar kerana kat rumah aku reaksi semua orang biasa-biasa sahaja. Mujur ada Ari yang tolong ingatkan. Rutin raya kami kat sini rasanya biasa sahaja. Lepas sembahyang raya, semua orang berkumpul sambil makan-makan. Tengok TV lepas tu tidur. Hahaha rutin yang sama macam tahun lepas, lagilah tahun ni pun mungkin kami beraya dalam keadaan hujan lebat.
Di kesempatan ini juga aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang banyak menyokong aku dalam bidang penulisan. Ada pelbagai kritikan yang aku terima samaada ia positif atau negatif. Semuanya aku terima dengan hati terbuka. Ada banyak kelemahan dalam novel-novel yang aku tulis sebenarnya, tapi sebagai manusia aku masih belajar untuk menjadi seorang penulis yang baik. Mungkin tidak sebaik penulis-penulis berpengalaman yang lain, namun harapan aku besar agar novel-novel yang aku karang dapat membuatkan semua orang tersenyum atau gembira membacanya.
3 comments:
Salam aidil adha Kak Nita...
raye ni tumbang lembu tak? hehe..
saya memang tak, bawah umur..
nita..ye ke kita yg ingat kan?hehe..raya haji ari pun slalu terlupa..tapi klu raya puasa laju jek..
Salam Nita, DS blm tau dpt gi Melaka sbb ada perubahan jadual saat2 akhir. Klau ada kesempatan, insya-Allah DS gi sbg pengunjung aje.. huu huu..
Apa2pun, semoga majlis itu sukses!
Post a Comment