Wednesday, July 2, 2008

Mirage..antara nampak dan tidak nampak.

Mula serius menulis tahun 2004 semasa di UM dan mula menerbitkan buku pertama November 2007. Kira-kira dah tiga tahunlah aku mula serius menulis. Tapi mula-mula menulis dulu, aku tak pernah terfikir pun nak terbitkan manuskrip-manuskrip ni. Hantar ke syarikat penerbitan pun secara main-main je atas desakan dan pujukan my sis. Now kenapa bila aku ada sebiji buku yang dah keluar, sebiji buku yang tersadai serta sebiji lagi on coming serta beberapa lagi yang dipegang oleh penerbit, tetiba aku rasakan langkah aku ni tak betul sebenarnya. Kenapa jadi penulis di blog sendiri rasanya lebih gembira dan puas dari jadi penulis yang ternanti-nanti karyanya bila nak keluar? Tetiba aku rasakan aku dah buat satu mistake. Mungkin aku sepatutnya tak payah susah-susah jadi penulis yang mempunyai buku sendiri. Cukuplah kalau aku jadi penulis yang menulis di blog untuk diri sendiri. Senang tak payah fikir banyak dan tak payah rasa bersalah pada orang lain. Buat teman-teman yang setia menanti novel-novel ini diterbitkan, maaf banyak-banyak kerana saya sudah tidak tahu bagaimana harus menjelaskan. Mulai sekarang, hentikan pertanyaan anda sebab saya takkan mengupdate sesuatu yang saya tidak pasti. Kalau novel saya sah sudah ada di pasaran dan mata saya melihatnya sendiri di rak buku, baru saya war-warkan pada anda semua. Jika tidak, anda hanya akan nampak diri saya yang berdiam diri sahaja pada pertanyaan anda. Hope semua setuju yek!!

1 comment:

Anonymous said...

Sabar lah nita. Ada hikmah disebalik semua yang terjadi ni.
Sebenarnya langkah awak menghantar manuskrip tu tak salah.
Hakikatnya, kalau tak kerana buku awak DDH, mungkin ramai
yang tak kenal anita aruszi dan blog ni. Dan kami pun tak dapat nak
baca karya-karya best awak yang lain. So, don’t regret your decision k?
Jadi sebagai menghormati permintaan awak, saya dengan rasminya
mengumumkan, saya tidak akan bertanya lagi soalan ‘Bila’ mengenai
buku-buku Anita yekk? Harap pembaca-pembaca blog yang lain pun begitu lah. :P Hehehe..keep up doing what your doing dan don’t give up!

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com