UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Thursday, August 12, 2010

Terengganu Syurga Rempit


Jika dahulu Terengganu terkenal dengan batik, keropok lekor, telur penyu, nasi dagang dan macam-macam lagi. Sekarang dah ada satu benda yang membuatkan terengganu makin popular? Apa dia?

Mat rempitlah, apa lagi..ini bukan statement nak burukkan negeri sendiri, tapi ini kenyataan yang mesti pihak berkuasa bendung agar tidak membahayakan orang suatu hari nanti.

Jika aku balik dari sekolah, hobi aku bawa kereta round bandar kuala terengganu dulu sebelum balik rumah. Dan menjelang maghrib aje, anda boleh lihat beratus-ratus motorsikal memenuhi jalan raya bagaikan sedang berpesta. Kalau di perhentian traffic light merekalah juara Grand Prix Sedunia dengan bermacam-macam aksi yang boleh buat orang-orang tua dan berumur sakit jantung. Aku tengok pun meluat tahap maut. Kadang-kadang sengaja je diaorang tekan minyak kuat2 sampai berkepul-kepul asap keluar dari ekzos semata-mata nak bagitahu si pemilik-pemilik kenderaan ni bahawa motor dia paling laju konon-kononnya. Kalau setakat motor kapcai buruk tu, tak payah nak eksen la wahai mat-mat motor.

Ada seorang mat motor ni buat aku terkejut beruk minggu lepas. Apa ke taknya dia pintas kereta aku dengan cara yang cukup membahayakan. Sikit lagi aku nak accident. Sebab aku geram sangat-sangat, maka aku kejar motor tu dan ikut dekat kat belakang dia sampai dia toleh dua tiga kali. Kali ketiga dia toleh, aku dah mula pintas dia sambil bagi dia cium asap dari ekzos kereta aku. Haha padan muka dia. Macam terer sangat. Lepas dah jauh, baru aku perasan, rupa-rupanya kereta aku dah masuk simpang jauh dari rumah. Kelakarnya, yang aku pulak ikut bodoh pergi racing dengan mangkuk hayun tu apa ke hal? Hehe..tapi tak kisahlah, janji aku puas hati!

Kisah Mat Rempit Terengganu dah jadi bualan hangat sekarang ini. Malah siap masuk dalam rancangan 999 sekarang ni. Kenapa sampai begini ramai mat-mat rempit ni menular macam ular di jalan raya? Apa silapnya?

2006, aku nak tengok satu movie di pawagam dengan kawan-kawan. Tapi kami tersilap beli tiket. Bila tanya pada satu pasangan, mereka tak nak tukar dengan alasan nak tengok satu cerita tentang mat rempit di pawagam masa tu. Tak payah cakap pun orang tahu cerita apa. Lepas tu jumpa dengan sekumpulan orang berlainan jantina sedang asyik bercerita tentang kehebatan filem tu yang konon-konon pecah panggung. Tak payah nak cerita lebih-lebih. Kawan pelawa tengok, aku kata aku tak berminat. Seorang kawan nak belanja tengok, aku kata simpan ajelah duit kau tu. Sampai ketika filem tu main juga kat TV, time tu aku baru tengok. Sebab aku musykil apa yang hebat sangat filem yang mencecah berjuta-juta ringgit tu. Bila habis tengok, fikiran aku kosong. Takde maknanya. Nak kata seronok biasa-biasa aje. Sekadar gambaran tentang mat-mat motor yang hidup bebas, dikhianati kawan dan kekasih, dipukul, balas dendam dan habis..Mana moral of the story? Nothing! Bukannya hero tu digambarkan insaf pun, bertaubat dan bersembahyang. Balas dendam dijadikan point utama bukannya keinsafan.

Bayangkan ramai orang tengok cerita tu berkali-kali sampai cerita tu box office. Tapi aku agak yang tengok tu semuanya mat-mat motor yang bangga hidup sosial diaorang dipaparkan dalam filem. Sex bebas, arak dan judi menjadi perkara biasa. Aku benar-benar anti dengan movie tu. Jangan salahkan aku sebab aku lebih suka filem ‘Rock” yang memaparkan tentang peminat muzik rock kapak zaman 70an..Rasanya filem tu walaupun tak box office, tapi 10x ganda lebih baik sebab ada moralnya di hujung cerita.

Kesimpulannya, berdasarkan kutipan filem tu aje..pihak polis sepatutnya dah boleh buat statistik, ada berapa ramai sebenarnya mat rempit di negara kita ni. Atau kalau nak mudah lagi, bilang sahajalah jumlah ratusan motor yang saban hari memenuhi jalan raya di Kuala Terengganu pada setiap pukul 6.30 petang sehingga ke malam. Sungguh mengecewakan. Pihak polis buat roadblock hari-hari, tapi mat tempit berputar alam di jalan raya juga setiap hari. Kalau mat-mat rempit keluar jam 6.30 petang, pihak berkuasa pun sepatutnya keluar pada waktu begitu juga untuk membanteras gejala yang bagi aku dah over limit.

7 comments:

m.k.z.e said...

no komen

UMAIRA DZUL WIDAD @ NAZ AREESYA AMEEN said...

Nita,
Memang gejala Mat Rempit ni buat kita sesak nafas. Pemandu2 perempuan mcm kita mmg selalu jadi mangsa. Benci betul bila kena cross dgn diaorang. Lepas tu diaorang siap beratur depan kereta kita sambil borak2 dan ketawa kuat2.
Setuju juga pasal FILEM tu. Ingatkan saya aje yang fikir begitu. Pernah gak lah tertengok sekali. Hmm...nauzubillahiminzaliq

azura aka deqno said...

bulan 5,2010 sy pergi bercuti ke redang, dan masa balik dri pulau, kwn sy nk menghantar sy ke airport slps shopping di bdr ganu, masa berhenti di traffic light, sy sgt terperanjat gn peragai mat2 rempit krn mrk berani melanggar lampu merah dan kereta2 yg sedang lalu, umpamanya mereka raja di jln raya. Sy sgt terperanjat krn sy yg membsr di KL pun, mat rempit kuasai jln di waktu mlm, tapi di ganu jam 6pm sudah timbul mat rempit. Sy dgn kamera di tgn, terus shoot dan record video peragai2 mrk yg sgt bersopan santun. alhamdulilah kami tiada apa2 (takut keta di pecah je..heheh)

Keluduk said...

Sabou..aje cikgi weeh...makin difikirkan makin meluat geng-geng mat rempit nie. Namanya pun samseng jalanan.
Tapi yang peliknya,...bakpe si polis trafik nie tak boleh buat apa-apa ya?? Kerah aje FRU biar bantai si mat rempit ini dengan tongkat mereka. Baru padam muka dan harap-harap insaf le lepas tu

mad redo1 said...

Salam

Kalau tidak kerana tajuk entri mungkin mad redo1 tidak akan klik ke lembaran ini. Memang masalah rempit semakin mencengkam pengguna jalanraya di kT. Tetapi ianya lebih ketara pada hujung minggu dan buat mad redo1 yang tinggal bersebelahan salah sebuah daripada 'trek' utama merempit ianya sememangnya suatu igauan yang tiada noktahnya, mungkin koma sekali-sekala apabila ada operasi PDRM secara intensif.

Solution? Setujukah dengan apa yang dicoretkan di lembaran mad redo1?

Anonymous said...

kenapa msti hya kt y djadikan isu??knapa bkan kl o sremban o kuantan o klantan??n knapa msti hya myalahkn mat2 rmpit??why dont u blame parents who neglect their children??o the peers pressure??

Anita Aruszi said...

mkze ;)

umaira : gembira krn ada y sependapat ttg movie tu..

azura : betul. jam 6 petang mrk dah keluar beramai2 dan bilangan mrk amatlah ramai smpi sy kadangkala fobia nak keluar time2 mcm tu..

keluduk : setuju. sya da video yg adik ambil guna tel dia..time tu ada mat rempit lari ke kawasan rumah sy sbb nak lari dr polis trafik..sy sempat mengintai dan sy tgk polis tu tendang motor tu smpi mat rempit tu melayang ke arah tiang api..gerunnya tgk tp mmg patut pun kena tendang. mrk sllu jdikan kwasan rumah sy ni tempat lari dr roadblock sbb ingat ada jalan padahal jalan mati..ada anak jiran sy yg nyaris2 nak kena langgar dgn mat rempit kt kawasan kejiranan tu.

mat redo : kita sama2 tinggal di kawasan yg berlaku maslah rempit ni..masalah ni harus dicari penyelesaian o pihak berkuasa..

anonymous :
nak gelak tgk entry adik ni.
meh nak jwb..
kenapa hanya isu kt kuala terengganu je? sbb dik,.akak ni tinggal kat terengany bukan kat seremban ke..kat kuantan ke atau kat kelantan...
kenapa salahkan mat rempit tp tak salahkan mak bapak diorg yg ignore diaorg?
heeh..sebb bila org tu dah reti merempit maka kita istilahkannya sbg dah tua bangka, besar panjang dah..akai pun dah ada tp tak guna. Time ni takkan nak salahkan mak bapak lagi dah..malulah dah besar panjang..tp nak salahkan mak bapak lagi. diri kita yg menentukan siapa kita, bukan mak bapak, bukan kawan2..bukan juga org lain...ada org mak bapak entah apa2..elok je jadinya..

 

Template by Blogger Candy