UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Thursday, July 8, 2010

Tak Salah Mencuba!

Bulan ni agak slow menghasilkan karya-karya baru. Mybe sebab aku sedang bersiap2 untuk karya tahun 2011, jadi aku taklah tergesa-gesa nak siapkan novel-novel ni. Aku juga masih ada sebuah novel bergenre baru yang memang takkan familiar dengan nama anita aruszi tu.. sebabnya aku sedang berjinak-jinak menulis karya yang lebih berat dan bukan sekadar novel-novel cinta. Tapi don’t worry karya-karya berunsurkan cinta dan thriller masih menjadi salah satu dari genre karya-karya aku. Mungkin sesekali keluarlah karya-karya ‘freak’ ni..tapi aku akan maklumkan terlebih dahulu jenis genre ni supaya bila ada yang nak membeli, mereka boleh maklum dahulu dengan genre-genre bertema begini. Jadi tak adalah rugi duit membeli iya tak?

Bila ada cabaran dari Tuan Sharif Putera untuk hasilkan karya-karya berat, aku teruja untuk mencubanya. Dan alhamdulillah ia sudah pun masuk 90 peratus. Tidaklah berat sangat seperti yang digambarkan, hanya lebih bersifat serius dan mengajak orang berfikir sedikit. Hehe…Jadi bila ada karya-karya ini dengan jenama nama pena aku, tidaklah orang kata aku hanya pandai tulis kisah cinta. Hehe..sejujurnya aku juga fikir ramai penulis sepatutnya mencuba pelbagai genre novel. Tapi mungkin ramai yang tidak berani lari dari kelompok genre mereka sebelum ini sebab takut lari peminat atau hilang identiti konon-kononnya. Jangan kisahkan sangat identiti diri tu atau takut hilang peminat. Sebab bila kita menulis kerana takut hilang peminat, kita akan menulis tanpa passion. Kita akan menulis dengan tekanan. Tekanan kan tak baik dibawa masuk dalam emosi novel.

Percayalah bila anda sudah menulis banyak kisah cinta, anda akan jadi muak dengan genre ini (buat seketika lah). Dan inilah masa yang sesuai untuk ubah genre penulisan anda. Jangan takut mencuba sesuatu yang baru! Yang baru itu lebih baik dari yang lama. Tulis apa sahaja meskipun tidak logik, tapi jangan sehingga mengabaikan fakta cukuplah!

3 comments:

~NurFa~ said...

saya juga pernah terfikir nak tulis karya yang berat dan tidak tertumpu pada kisah cinta semata-mata tapi belum tiba masanya sebab ilmu tak penuh di dada lagi. pemikiran pun masih cetek lagi. kene belajar lagi ^_^

semoga berjaya ya.

Anita Aruszi said...

nurfa : sbnrnya klu berat sgt pun tak elok juga..yang penting karya kita ada something yng boleh buat orang berfikir sejenak..tidaklah bila org baca..ala lepas ni macam ni, lepas tu mcm tu..smooth smpi habis..sekurang2nya ada la bengkang bengkoknya sblm nk smpi final..hehe

sakuraputih said...

Saya sangat suka kak nita tulis buku thriller..dan sesuatu yang lain daripada yang lain..mcm streetvendetta tuu...tiba2 muncul nenek telangkai..

 

Template by Blogger Candy