Wednesday, May 26, 2010

No More Cinderella's Fairy Tale?


Malam-malam tidur awal, then bangun tepat pukul 3.50 pagi. Bukan sebab nak menulis ke atau nak berimaginasi seawal pagi. Tapi disebabkan aku dah ketagih dengan kdrama Cinderella's Stepsister di KBS World. Setakat ni tak miss lagi...alamak dah jatuh cinta sangat-sangat dengan cerita ni..one of the most interesting plot tht u will never easy to forget...aku tengok ulangan pukul 3.50 pagi sebab tak nak ganggu siaran TV mak aku yang sah-sah tak mahu diganggu. Hehehe...
Semuanya serba cukup dalam siri ini..ada cinta, kasih sayang, airmata, pengkhianatan dan pengorbanan...selalunya orang akan memperkatakan tentang cinderella dan kakak tirinya yang kejam. Tapi kali ini drama ini bercerita tentang sisi seorang kakak tiri kepada Cinderella. Cinderellanya bernama Hyo Sun dan kakak tirinya pula bernama Eunjo dipegang wataknya oleh Moon Gyeun Young(heroin cilik dalam my little bride, autumn In my heart, a tale of two sister, etc).

Kisahnya menarik sangat. Hyo Sun ni gadis yang ramah tamah, mudah mesra dan disukai orang ramai.Eunjo pula jenis yang dingin dan tak suka senyum. Kenapa dia tak senyum? Sebab dia gadis yang hidupnya tak seindah yang disangkanya dengan mak dia yang kaki lelaki (hehehe..). Bila mak Eunjo kahwin dengan tokey wine ayah Hyo Sun.bermulalah kisah mereka yang penuh dengan pelbagai peristiwa. Mulanya Hyo Sun ni gembira sangat dapat mak dengan kakak tiri sebab dia dah lama kematian mak. Tapi layanan dingin dan ala-ala brutal Eunjo membuatkan dia menyampah kt kakak tirinya dan berhasrat nak balas dendam. Lagi-lagi dia jealous kerana Gihun lelaki yang menjadi perantis di kilang wine ayahnya pun syok kat Eunjo yang keras kepala.

Cerita ni best sangat. Tapi ending dia mungkin takkan ada yang suka dan cari tisu untuk kesat airmata..hehe..macamana aku boleh tengok ending dia? Rahsialah...haha.Sebab aku selalu tak sabar nak menanti cerita ni main kat KBS World...terseksa jiwa raga sangat..huhuhu..


Poster Cinderella's Stepsister..hottie
Dua beradik tiri yang berperang dengan gaya tersendiri..tapi selalunya klu fight last-last yang kalah si Hyo Sun jugak, sebab dia lembut hati..siapa suruh dia lawan Eunjo yang keras hati tu.
empat pelakon utama yang akan saling fight sesama sendiri. Hyo Sun fight dengan Eunjo sebab berebutkan Gihun (kiri). Manakala Gihun pulak fight dengan Jun Woo kerana berebutkan Eunjo. Sian kat Hyo Sun, takde lelaki nak fight untuk dia..
Eunjo yang tak suka tersenyum. Walaupun selalu tunjukkan muka mencuka, tapi dalam hati dia seorang gadis yang rapuh sifatnya. Even nampak dia tak suka dengan family baru dia, tapi dia sangat menghormati ayah tiri dia. Sedih sangat bila tengok dia menangis kat tangga sorang-sorang bila ayah tiri dia mati. Selalu sorokkan perasaan dia terhadap Gihun walapun dia suka sangat pada Gihun.
Hyo Sun ni watak yang childish dan suka tarik perhatian orang. Orang mudah jatuh sayang kat dia. Tapi dalam cerita ni aku macam tak suka sangat dengan watak dia. Kadang-kala orang baik pun akan jadi menakutkan bila berdendam. Selalu nak balas dendam pada Eunjo tapi aku selalu rasa apa yang dia buat tu agak bodoh la..
Gihun, anak orang kaya yang rupa-rupanya saingan kepada perniagaan ayah Hyo Sun dan Eunjo. Dia jadi perantis di kilang wine keluarga Eunjo dan Hyo Sun rasanya ada sebab tersendiri. Jatuh cinta kat Eunjo yang beku tu tapi berlaku salah faham antara mereka. Gihun tinggalkan rumah wine tu dan sambung belajar ke luar negara. Lepas dia balik, dia minta kerja di tempat tu balik dengan harapan hubungan dia dengan Eunjo dapat dipulihkan. Malangnya secara tak sengaja dia menyebabkan kematian ayah dua perempuan ni..sian dia..penuh rasa bersalah..
Jung Woo ni kawan masa kecil Eunjo. Dia pun kerja kat kilang wine tu semata-mata nak protect Eunjo..so in love dengan Eunjo meski dia tahu siapa yang Eunjo suka. Watak Jung Woo ni dipegang oleh korean rapper yang agak famous seantero Seoul..Taechyeon

APAKAH EUNJO DAN GIHUN AKAN BERSATU?
Dapatkah kakak tiri Cinderella hidup bahagia seperti yang diimpikannya?
Bagaimana dengan nasib Cinderella (Hyo Sun) dalam cerita ni?
nak tahu tengok sendirilah....tp yg pasti ending dia pasti mengejutkan kamu...hehehe

10 comments:

Farahusain said...

kejam! dah le kita tengah mengikuti cerita ni kat kbs world. dia buat plak ayat2 suspen dalam entri dia. lagi lah tak senang duduk dibuatnya. apa2 pun suka sangat kat Gihun tu. chumel sangat2. heheheh

Aja said...

ermm..mcm best je..
tp kan KBS World tu channel tv korea kan??kat malaysia dpt ke siaran KBS tu??(^_^)

f. said...

lagi cuak tgu next episod. huhu. T_T

fadxiora said...

dah tgk separuh. ok gak cite dia. tp malas nak tgk online. nak tunggu dvd dia keluar ^_^

Wild Cherry said...

Kak Nita, Gihun nie pelakon drama fashion 70s Ek?

Mazni Aznita said...

che farah : hahaha..mmg sengaja pun..hehe..setuju! gihun kiutnya..tang bibir tu fulamak..bikin gue cair bangatt..

Aja : klu langgan astro mesti dpt free punya lah channel KBS world..mmg suka sgt channel ni..

+farah+ : hehehe..cuak tak cuak...jgn miss tgk tau..best!

fadxiora : samalah kita, wlpun dah tgk ending dia, tp still tunggu juga siaran KBS tu setiap rabu dan khamis..lepas ni DVD pun confirm beli buat koleksi..tapi rasanya tahun depan br keluar agaknya..

wild cherry : hehe ni sedikit info fasal gihun...atau nama sebnrnya Chun Jung Myung..umur 30 tahun..pernah membintangi fashion 70, goodbye solo, wht's up fox dan lain2..k nita suka watak dia dalam fashion 70's dan wht's up fox..

jue said...

Alarrr...dah takut dah nk follow citer ni...huhuhu...takut jiwa kaco ngn ending dia nanti...waaaaaaa...dah ramai push suh tgk citer ni..tapi tgk komen K.nita ni....huhuhu..hati berbelah bahagi...x sanggup nk tgk ending.

Mazni Aznita said...

jue : tp cerita dia sweet sgt..lain dari yang lain..better tgk.jiwa kaco belakang kira..haha yang penting setiap scene dalam CSS ni menarik dan kita bukan shj akan suka pd scene gihun dan eunjo tapi juga akan suka pd pertengkaran ala-ala psycho antara eunjo dan Hyeseon/Hye Sun

Kaseh Esmiralda said...

mmg dh lama piki nk tgk cite ni...sbb utama ada taecyeon dlm tu...

bce entry kak nita...lg rase cm menggila ni..adui~ nk kene cri tym gi tgk... x pn d.load jelah...huhuhu~~

Mazni Aznita said...

tengoklah kaseh, best tau..

kt tv dah episod 9 atau 10 agaknya..tak pasti..tp boleh tgk online jer..

k nita pun tak sabar nk tunggu DVD keluar utk buat collection

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com