Wednesday, January 21, 2009

3 in 1 : Ah aku terujerrr...

Buat pembaca blog yang menghantar email minta dijemput ke blog HR maaf, kerana terpaksa menghentikan penyiaran HR setakat ini sahaja. Asalnya blog HR mengalami 'error system' dan aku telah pun membina blog baru untuk HR. Tetapi malangnya blog HR tidak dapat disiarkan kerana beberapa masalah yang cukup mengujakan aku sendiri sebagai penulis.

Insya Allah, Hujan Rindu akan menemui pembaca-pembaca sekalian pada bulan April ini sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Hujan Rindu akan diversi cetakkan oleh syarikat Fajar Pekeer yang aku kira sebagai sebuah syarikat yang sangat mudah bekerjasama dengan penulis dan mempunyai proses kerja yang agak laju dan cepat. Sehinggakan aku sendiri pernah bertanya dengan editornya kenapa ia akan diterbitkan cepat sangat. Dan selepas itu rasa bodoh pula bertanya begitu. Hahahaha...Tapi seronok juga ada kerana antara aku dan editornya mempunyai link dan aku dibenarkan menyemak kerja-kerja editing. Ini yang membuatkan aku lagi selesa dan lega. Sekurang-kurangnya aku tahu lenggok bahasa aku tidak sesuka hati diubahsuai.

Kedua, e-novel Rembulan Berdarah pula akan ke pasaran pada bulan Mac ini. Penerbit kali ini adalah penerbit yang sama yang menerbitkan Bunga Syurga aku iaitu Kaki Novel Enterprise. tak tahu, aku memang senang sekali berurusan dengan pihak KN yang aku kira sebagai sangat memahami dan praktikal terhadap penulis-penulisnya. Semoga kami akan terus dapat bekerjasama di masa-masa akan datang. Tapi ada sedikit kekeliruan tentang tajuknya yang aku tidak tahu apakah ianya akan ditukar ataupun tidak. Kata KN, Rembulan Berdarah tu terlalu ganas! Hehehe...sejak dulu aku memang suka tajuk yang agak-agak pelik. Rembulan sebenarnya merujuk kepada seorang perempuan seperti 'bunga' juga. Berdarah pula merujuk kepada luka seorang perempuan itu. Sama seperti tajuk novel Bunga Syurga yang bermaksud seorang perempuan yang suci bersih. Syurga adalah lambang kesucian, bukan begitu?

Dan akhir sekali, novel yang cukup membuatkan aku pening kepala sepanjang tahun lalu dan harap-harap, aku takkan pening kepala lagi tahun ini. Menurut pihak Ibook Publication, Sakti Cinta akan siap dicetak pada bulan Mac ini bersama dua buah novel yang tertangguh sejak sekian lama termasuklah novel Halina Kamaruddin yang aku kira mempunyai peminat yang cukup ramai. Kemungkinan besar Sakti Cinta akan berada di pasaran pada Mac atau April ini juga. Aku memang sayangkan baby yang ini...dan harap-harap editing Sakti Cinta tidak menjadi seperti editing Dedalu Di Hati. Adik aku Zura mesti gembira dengar berita ni sebab nama watak utama Dina Azura dalam Sakti Cinta, aku cantas dari namanya Mazura Azlina. Entah-entah tergolek dia nanti.

Bila fikirkan semula, aku memang rasa teruja menanti ketiga-tiganya berada dalam bentuk buku dari versi elektronik. Terasa seperti menanti kelahiran baby kembar tiga. Hehehee..Dan kembar-kembar ini akan menjadi hadiah paling manis untuk aku sepanjang tahun ini. Harap-harap begitulah. Betul cakap seorang kenalan blogger..betapa liatnya kembar-kembar ni nak lahir tahun lepas, akhirnya ia keluar sekaligus jugak tahun ini. Setelah menerima cover dan blurbnya, aku akan paparkan di blog ini..

Monday, January 19, 2009

Casanova : Kenduri Kahwin

“Sukernya dia.” Ibunya tersengih-sengih melihat anak bujangnya yang kacak berbaju melayu putih sedondon dengan kain samping bunga emas. Dia memasang tubuh di hadapan cermin. Dadanya ditegakkan. Hmmm..banyak-banyak kali pandang pun, cermin tu tetap tegak berdiri. Tak pecah-pecah juga. Confirm aku handsome!
“Dah lah tu…bersiap mengalahkan pengantin. Bukan kamu yang nak kahwin pun…sepupu kamu yang nak kahwin.”Ayah yang sedang membaca akhbar mencebik. Dia acuh tak acuh mendengarnya. Jealouslah tu sebab dia tak boleh ikut. Bukan apa, ibunya sudah mengharamkan nama ayahnya dari menghadiri sebarang majlis kahwin takut penyakit gatal-gatal ayahnya datang kembali. Dulu nyaris-nyaris ayahnya tertangkap kering di majlis kahwinnya sendiri yang tujuh kali (enam kali percubaan musnah di tengah jalan). Sejak itu, nama ayahnya diblacklistkan di semua acara kenduri kendara. Cuma majlis tahlil je yang lulus geran!
“La awak ni, biarlah anak kita nak melaram. Saya suka dia melaram. Tapi kalau awak yang melaram..saya rebus awak hidup-hidup, lepas tu ikat kat daun palas biar jadi ketupat.” Jelingan ibu membuatkan ayahnya segera membisu. Mata ayahnya segera ditala ke arah akhbar yang bertarikh dua tahun lepas. Pura-pura membaca berita tentang Bush yang kena hempuk dengan tiga orang mat rempit Iraq di semak-samun berhampiran White House (berita lama..masa ni Obama belum angkat sumpah lagi daa). Tiga orang mat rempit ni plak..saudara bau-bau bacang seorang wartawan iraq. Hehehe sebab tu la ada adegan manja-manja sambil lempar-lempar kasut. Hehehe..
Dia pula sejak dulu memang menyukai kenduri-kenduri kahwin begini. Mana tidaknya, ini sahaja satu-satunya peluang untuk dia menjeling-jeling, pandang memandang dan ngorat-mengorat. Lagipun cuba habaq mai…anak dara cantik-cantik paling senang ditemui di mana? Jawabnya di mana lagi, semestinya di majlis kenduri kahwin lah. Kat situ aje acara jeling menjeling yang sah dan ‘halal’ dibenarkan oleh para-para ibu mithali sedunia. Heheheh tak caya? Kalu tak caya, cuba la ko pi majlis kahwin dan buat survey sendiri.
Bila ibunya sibuk menegur kenalan-kenalan yang hadir, dia pula terperuk di celah-celah khemah. Matanya sibuk meneropong anak-anak gadis yang berkeliaran di situ. Mak oii banyaknya pilihan. Yang putih kuning ada, yang putih pucat ada, yang hitam manis, hitam legam, tepung gomak, kaler merah pun ada. Pendek kata macam-macam ada. Ni yang dia rabun nak memilih ni.
Bunyi kompang dari simpang jalan langsung tak diendahkan. Misi dia lebih penting. Melibatkan kebahagiaan hidup dia di dunia dan di akhirat. Penentu kepada masa depannya sebagai seorang kasanova yang mempunyai wawasan.
Tu dia.. dah keluar dah yang cantik manis. Kecil molek orangnya berbaju kebaya warna putih krim. Cam tahu-tahu aje..dia tersengih seraya memandang bajunya sendiri yang sama kaler. Si gadis kelihatan menawan dengan rambut panjang yang disanggulkan dan dihias dengan bunga mawar merah. Dia segera menjalankan operasi. Gadis itu ditahan di tengah jalan.
“Hai, boleh kenal?”
Zupp!! Perhatian….ayat ni dilarang sama sekali oleh persatuan-persatuan kasanova dari menggunakannya. Dah season la..
“Cantik baju.”
Zupp! Kalau nak kena hempuk, trylah guna ayat skema ni.
“Jam dah pukul berapa ya?”
Zupp! Apa kepala otak kau duduk kat kepala lutut ke?
Patut buat cenggini. Kasanova yang berjiwa dan bermentaliti moden. Tanpa skeptism dan tanpa was-was (bukan iklan ubat gigi Zaitun tau!). Cakap dengan hanya satu nafas sahaja…. dan paling romantik!
“Saudari…dah makan belum? (ayat prihatin).Nasi kat dalam tu ada seperiuk lagi. Tak baik membazir, tuhan marah (nilai murni) Apa kata kita makan sama-sama habiskan mana yang ada. Lepas tu kita jenguk pengantin, doakan semoga dia bahagia sehingga ke anak cucu (ikhlas). Bila kita doakan orang, insya allah kita pun dapat keberkatannya..(berimannya aku!). Lepas ni nak balik dengan apa? Kalau tak keberatan, biar saya hantar.(baik hati) Mak saya selalu cakap, jangan biar gadis balik ke rumah seorang diri tak berteman. (bertanggungjawab) Bahaya! Zaman sekarang banyak peragut dan perogol bersiri.(alert) Kalau saya temankan, sekurang-kurangnya lega hati mak saudari tengok anak dia pulang dalam keadaan selamat dan sejahtera (menantu idaman)”
Hehehe dah habis modal. Power ayat ni. Dua dalam satu! Gerenti boleh dapat punya lah. Dia tersenyum-senyum. Gadis itu juga tersenyum-senyum. Hatinya mula mencair. Hundred percent sure bunga dalam genggaman.
Tiba-tiba satu bunyi ketawa singgah. Kuat dan havoc. Dia menoleh. Gulp! Air liurnya ditelan. Terasa pahit. Di hadapannya rombongan pengantin seramai hampir 30 orang sudah tergelak guling berserta dengan pemain-pemain kompang sekali seraya memandang ke arahnya.
Dari celah-celah rombongan itu, dia melihat kelibat ibunya. Wanita itu sudah merah padam melihat ke arahnya.
“Kamu ni kenapa? Yang pergi cakap sorang-sorang diri kat tengah-tengah jalan ni kenapa? Berlatih drama ke apa ni? Rombongan pengantin nak lalu pun tersekat dek kamu.” Jerkah ibunya sambil menggelengkan kepala. Dia terkedu. Aku cakap sorang diri? Wajahnya bertukar drastik. Takkanlah…Dia segera berpaling ke arah gadis comel yang ditemuinya sebentar tadi. Aikk, mana dia? Tapi yang comel itu sudah tiada atau sememangnya tidak pernah ada.Huhuhu… Yang bermuka merah macam kena seterika dengan yang hitam legam pula asyik tersengih-sengih memerhatikannya. Dia menggaru kepala tidak gatal. Hmmm…alahai! Tobat lepas ni ibunya pula memblacklistkan namanya kat kenduri-kenduri kahwin.

Sunday, January 18, 2009

Pilihanraya

Bosan-Bosan! Jalan jem memanjang sampaikan nak pergi kedai depan rumah aku pun kena fikir dua tiga kali. Seminggu ni aku asyik berkurung dalam rumah je. Baru nak ambil kunci kereta, my father dah sound fasal jalan jam. Sana jam, sini jam..even aku nak gi sekolah pun jam. Aku memang kalau tak boleh keluar jalan-jalan dalam seminggu ni, aku jadi tak betul sikit. Macam orang tak cukup gula! Mulalah nampak bayang-bayang aku ada dua. Hehehe…

Semuanya fasal pilihanraya ni. Dua minggu sebelum pilihanraya, kami satu kawasan perumahan ni tak leh tidur sebab terganggu dengan bunyi bising. Time-time ni jugaklah kau nak baiki jalan sana sini. Pening aku dibuatnya! Dah tu tiap-tiap malam sampai pukul satu atau pukul dua, akan terdengarlah pelbagai kempen-kempen politik di setiap penjuru kawasan rumah aku. Rumah aku ni memang area paling sistematik bagi khemah-khemah pilihanraya didirikan. Itu belum masuk bunyi helikopter atas bumbung rumah aku yang melintas setiap 10 minit sekali selama tiga hari berturut-turut. Kalau macam ni aku pun boleh gila dibuatnya. Kata seorang member, berkorban apa sahaja. Aku cakap atok kau berkorban apa sahaja. Cuba kau kena macam aku, tak leh tidur sebab benda-benda alah ni. Kenapalah setiapkali pilihanraya ni macam ni. Tak boleh ke kalau semua parti politik kempen senyap-senyap, pangkah senyap-senyap and of course baiki jalan tu senyap-senyap?? Hahaha…macamlah semua tu boleh berlaku!

Untuk pengetahuan korang aku bukanlah kaki politik. Dan aku tak pernah ambil peduli fasal pilihanraya asalkan dia tak menganggu hidup aku. Tapi pilihanraya kali ini benar-benar membuatkan aku sasau. Inilah pilihanraya yang aku rasa amat hebat sekali diadakan. Malah terdengar di telinga aku hampir 7000 anggota polis dari seluruh Malaysia dikerahkan di Terengganu. Dan mereka mendirikan khemah-khemah polis di tepi-tepi jalan on the way perjalanan ke sekolah aku yang hanya lima minit dari rumah (pecut 110km/j). Dan tiap-tiap pagi aku nampak ada lah beberapa anggota polis yang melintas jalan dengan bawa baldi dan tuala. Entah kat mana lah mereka nak pi mandi tu. Tapi kelakar jugaklah. Kasihan pun ada dengan dia orang ni. Terpaksa bersusah payah selama tiga minggu berturut-turut.

Dan perang poster pulak amatlah hebat sekali. Kat mana-mana pun ada nampak poster. Even kat belakang rumah aku pun diaorang pasang. Tiap-tiap malam aku temankan diaorang memasang benda alah tu. Sebab bilik kecil aku ni betul-betul di bahagian belakang. So aku memang dengar apa sahaja yang diaorang buat dan apa yang diaorang cakapkan. Kadang-kala aku sampuk sekali apa diaorang cakap. Hehehe..yang kelakar tu, hari ni budak-budak tu pasang poster BN..lepas tu esok budak-budak yang sama pasang poster Pas n Parti Bebas. Kiranya kontrak depa semua parti la. Hebat betul! Kalau macam tu, baik upah aku je pasang benda-benda ni. Mat-mat rempit kat sini pun ambil kesempatan merempit sambil membawa bendera parti masing-masing. Dan tiba-tiba suasana jadi macam nak sambut raya pulak. Hahahah…meriah tul!
Malam sebelum pilihanraya tu aku dengan adik aku keluar gak senyap-senyap dari rumah. Bukan nak tengok orang kempen buat kali terakhir tapi sebab nak makan kat Noodle Station. Apa pun hidup aku kini dah aman balik. Pilihanraya dah habis and aku orang yang paling gembira tak kisahlah siapa pun yang menang. Wachaa…

Thursday, January 15, 2009

TAG

Aku sebenarnya tak reti main benda-benda ni. hehehe tak faham gak apa benda yang nak sebenarnya. Tapi aku hentam kromo jer lah..buat puas hati mu yer jue..


1. Do You Think Your Are Hot?
Hot? Heheheh aku memang hot coz kat rumah aku asyik minum nescafe panas je tiap-tiap hari. Pagi, petang, siang malam....pagi tadi aircond rosak plak...lagi ler aku panas...panas..panas..

2. Upload your favourite picture of you..

Huhuhu yang atas tu daaa...buat masa ni ler.

3. Why do you like the picture?

Coz aku tengah giler ngan twilight macam org lain. Dan gambar Edward n Bella inilah yang jadi wallpaper desktop aku. Aku dah tengok movie dia dekat tujuh kali dalam tempoh sebulan ni...me n my friend Irda...dua-dua hantu vampire saga..Lestat, Anne Rice pun best gak...

4. When was the last time you ate pizza?

Masa makan dengan Quratul'Ain (Ku Intai Cinta Dalam Rahsia) dekat Mahkota Parade, Melaka. Kitaorang pesan seafood pizza ngan ice lemon tea..

5. The last song you listened to?

Baru jer dengar lagu Maria..sebab aku tertengok tak sengaja cerita 200 Pounds Beauty kat Astro Kirana tadi klu tak salah. Baru jer dua jam yang lalu...Dah banyak kali tengok citer ni..tapi everytime dia tayang kt tv..mata aku tak berkalih...love Sang Jun n Hanna aka Jenny very2 much.

6. What are you doing right now besides this?

Buat apa lagi..ngadap laptop ler sambil makan coklat. Baru kejap tadi aku baca Moonstuck Madness.. hehehe best siot buku ni.. buku lama yang aku dok ulang baca semula. Rasa cam aku ni female outlaw yang sedang berperang menentang kejahatan lak. Fuyahhh...

7. What names would you prefer besides this?

  1. 1) Ben
  2. 2) Arijah
  3. 3) Lia Azira
  4. 4) Aqilah
  5. 5) Nay
8. Who is number 1

My friend merangkap adik angkat aku yg tgh berjinak2 ngan blog. Moga-moga blog politik yang bakal diusahakannya nanti tak dikenakan sekatan ISA. Hehehhe..

9. No. 3 is having relationship with?

Penulis yang dah banyak menulis novel-novel dengan Pajar Fakeer dan juga Creative kalau tak salah aku. Kak Lia ni baik sangat dan peramah orangnya. Hope kita boleh jumpa lagi ya kak lia kat pesta buku nanti.

10. Say something about no. 5

My new friend yang sgt special orangnya kerana dialah org yang aku rasa antara orang yang paling banyak menjelajah dan melihat dunia. Pernah menjadi jurugambar dan tinggal kat Belanda. Dan aku paling ingin nak menjadi seperti Nay..yang hidup bebas seperti burung di dada langit (apa aku mengarut ni? Heheheh). P/S : and she's beautiful too...

11. How about no. 4

One of the bloggers yang rajin sangat melawat blog aku dan memberi komen kat chatbox.. berbual atau berbalas email dengan kak aqilah membuatkan aku boleh membaca sedikit sebanyak perwatakannya. She's the nicest person...sangat humble dan suka membaca...thanks for ur support kak Aqilah.

12. Who is no. 2?

Hehehe apa nak cerita fasal Ari ni? Hahaha aku ajar dia buat blog..tapi nampaknya sekarang dia dah lawan tokey. Expert wooo..Blog dia dah jadi cantik cam orangnya juga. Tapi borak dengan ari ni best...macam-macam dia tahu...

Wednesday, January 14, 2009

Casanova : My Girl

Dah lama kenal. Masuk hari ini sudah tiga bulan. Dan dalam tempoh itu, si gadis begitu lemah-lembut dan sedap mata memandang. Hampir setiap hari juga matanya hampir juling kerana asyik merenung gadis tersebut dari atas ke bawah. Di dalam hati…hui cair mak! Cunnya si gadis mengalahkan Maya Karin. Tingginya pula kalah Rita Rudaini. Namanya pun sedap. Mila Karmila....tetapi tidaklah gedik seperti Mila Vanilla di dalam Kasanova XXL. Hahahah semalam baru tengok, best jugak citer tu (promo free).
Hampir setiap pagi, tengahari dan petang selepas habis waktu bekerja, mereka akan berdating di sebuah restoran tidak jauh dari pejabatnya. Biasanya dia akan menjemput Mila dengan kereta BMW sportnya yang berwarna merah hati itu. Everything about Mila is normal. At least..itulah yang difikirkannya pada awal-awal perkenalan mereka. Tetapi diam tak diam, ada sesuatu yang dimusykilkan tentang perempuan ni.
“Kenapa you tak makan?” Dia bertanya apabila dilihatnya Mila hanya memandangnya yang sedang melantak sepinggan mee bandung pekat.
“I tak lapar.” Jawab Mila.
Dia terkedu. Tak lapar? Dari pagi si gadis itu tidak makan, masuk tengahari juga sama dan begitu juga dengan petang. Setiap kali dia menyudu mee rebus, Mila hanya merenungnya. Setiap kali dia menyuap satu pan Pizza Hut saiz large, Mila juga hanya tersenyum memandangnya. Usahkan kata makanan, air juga tidak pernah setitik pun jatuh ke dalam anak tekak gadis itu.
Tiga bulan berkenalan, bermakna tiga bulan juga dia dapat menghafal rutin harian Mila. Mulanya dia malas bertanya..kerana jawapan yang diberi sama sahaja. I dah kenyang..I’m on diet…I dah makan tadi. Ceh! Tapi lama kelamaan, timbul rasa hairan dan rasa ingin tahu. Apakah aku berkenalan dengan manusia atau hantu? Manalah tahu Mila ni jenis vampire betina yang hanya sukakan darah manusia dan tak sukakan makanan. Perlu check ke? Tapi apa yang nak diperiksa? Taring dia? Mahu kena pelempang kalau dia meminta begitu. Takkan Mila ni jenis yang anoxeria, takut pada kegemukan.
Dia menilik Mila dari atas ke bawah. Bukan miang beb! Tapi hanya memeriksa, mencari perbezaan antara gadis itu dengan gadis-gadis lain. Nak kata badan Mila tembam, tak kut…langsing dan comel aje di matanya. Mila memang perfect…angan-angannya melangit. Dia si kasanova idaman malaya bertemankan si jelita bertubuh langsing dan berwajah rupawan. Huihh…tujuh petala langit juga akan mencemburi betapa idealnya dia dan Mila jika digandingkan bersama. Tapi apa sebabnya Mila tidak pernah makan ketika bersamanya? Gadis itu hanya selesa menemaninya makan biarpun tiap-tiap hari dalam tempoh tiga bulan ini.
“Betul you tak nak makan ni?” Dia bertanya Mila sekali lagi. Mila menggeleng.
“Sikit pun tak nak?” Dia memujuk. Gadis itu menggeleng lagi. Dia hanya mampu menjongketkan kening. Tak nak sudahlah!
Bila dia menghantar Mila pulang, tiba-tiba kawannya Syah menelefon mengajaknya keluar lepak sambil minum-minum.Dia cepat sahaja bersetuju sementelah dah tiga bulan juga dia melupakan Syah yang pernah jadi teman sehati sejiwanya. Hehehe bukan gay tau..kawan jer…
Satu jam kemudian, mereka sudah pun duduk dan memesan minuman. Teh tarik dan roti bakar dijadikan menu malam itu. Dia pula sudah tidak larat mahu menyental roti bakar itu. Dibiarkan sahaja Syah yang makan sambil membuka cerita.
“Hari tu aku makan kat sini, aku ada jumpa sorang awek membedal makanan punyalah banyak. Last-last aku ralit tengok dia sampai lupa janji aku dengan Tasya.” Ujar Syah merujuk kepada tunangnya Tasya.
“Banyak sangat ke dia makan?” Dia acuh tak acuh. Fikirannya terbuai dengan wajah Mila. Oh Mila sayang!
“Kalau penuh satu meja tu takpe lagi, tapi ini ya allah..kus semangat aku.” Syah menggelengkan kepala. Dia menoleh. Cerita Syah menarik minatnya. Tapi wajah Syah kelihatan kaget sebentar.
“Kenapa Syah?” Dia mulai hairan. Ni teman tak berkenan ni cerita main sekerat-sekerat!
Tiba-tiba Syah menundukkan kepalanya seraya berbisik. “Belakang kau!” Dia tergaman. Apa di belakangnya? Hantu? Jembalang tanah? Pak Lah? Kepalanya hendak ditoleh tapi Syah cepat-cepat melarang. Dia turut mengikut perilaku Syah menundukkan kepala tanpa faham apa ke jadahnya sebab Syah berbuat begini!
“Kau ingat tak perempuan yang aku cerita tadi?” Suara Syah bertukar nada. Berbisik!
Dia menganggukkan kepala. So what?
“Ada kat belakang kau. Dia baru sampai dengan kawan dia.” Ujar Syah. Dia tersengih. Laa ingatkan apalah tadi. Buang masa betul!
“Yang kau pesan banyak sangat ni, habis ke makannya?” Suatu suara singgah di gegendang telinganya. Dia memandang Syah lalu tersenyum penuh makna. Tak salah kan mencuri dengar perbualan orang.
“Ahah.” Pendeknya ayat!
“Tadi kata keluar dengan boyfriend. Siang malam dengan boyfriend, takkan boyfriend kau tak belanja makan.” Sanggah gadis yang mula-mula bercakap. Dia terus memasang telinga. Mahu mendengar jawapan si gadis yang membelakangkannya.
“Memanglah, tapi aku tak boleh makan depan dia.” Suara yang satu lagi muncul dengan ayat yang lebih panjang.
“Kenapa? Takut dia terkejut tengok kau?” Suara gadis yang pertama ketawa kecil. Dia pula terpaku. Entah kenapa suara yang kedua itu seperti familiar je di telinganya. Macam pernah dengar! Kat mana ya?
“Kau pun ya Allah, makan tu biarlah beradab sikit. Ini tak…” Gadis pertama itu mengucap panjang.
“Perut aku..suka hati akulah…” Balas gadis kedua. Kali ini dia sudah tidak dapat menahan perasaan ingin tahu. Dia lekas-lekas menoleh. Tindakan drastiknya menyebabkan gadis yang duduk berhadapan dengannya tercengang. Namun matanya lebih tertumpu pada gadis yang duduk membelakanginya.
“Kenapa?” Dia mendengar gadis itu menanya temannya yang kaku seperti patung. Apabila temannya meluruskan jari telunjuk, gadis kedua itu menoleh. Zupp….wajah itu pucat. Mulut itu ternganga. Wajahnya lebih pucat lagi. Pang! Sekejap sahaja fragmen indah yang dilakarnya tadi musnah lagi. Kali ini bukan kerana gadis itu bergigi rongak dan bisu seperti gadis di bus stop. Gadis itu memang cukup sempurna. Perfect kata mat salleh..tapi yang tak sedapnya..bila dia melihat mulut gadis itu comot dengan kuah roti canai di sekeliling mulut dan hidungnya. Secebis roti canai masih terlekat pada celah-celah rambutnya yang panjang mengurai. Dan bila gadis itu mengangakan mulutnya, dia sempat mengintai cebisan roti canai di celah-celah gigi gadis idamannya.Patutkah gadis itu tidak mahu makan bila mereka keluar bersama. Rupa-rupanya gadis itu bimbang rahsianya yang makan ‘bersepah’ atau ‘buruk lantak’ bocor jua. Tapi kali ini gadis itu patut bimbang, sebab dia sudah bersedia mahu angkat kaki dari situ. Goodbye my girl! Sebelum ibunya pengsan melihat bakal menantunya melantak makanan begini, baik dia hurry up chow dulu-duluan….

Friday, January 9, 2009

Dunia Aku...

Semalam aku menaip sampai pukul 3 pagi. Macam biasa aku tengah siapkan manuskrip aku yang asyik tangguh aje sebab aku tetiba jadi insan termalas di abad ni. Disebabkan cerita ni bukan cerita love story yang memaksa aku menjiwangkan diri padahal ramai yang tahu aku bukan seorang yang jiwang...so aku sengaja menulis selepas pukul 12 malam bertemankan bilik yang agak malap dan sunyi sepi. Ada dua biji pisang montel yang aku bawa balik dari sekolah tadi serta segelas nescafe panas yang wajib ada jika aku nak menulis. Tak terkecuali satu papan panadol yang aku letak kat tepi laptop. Tapi biasanya aku letak je, makannya tidak.. kecualilah aku mula berhalusina. Opss lupa nak beritahu, pisang tu memang aku makan sampai habis. Hahaha..ada orang ketawa bila aku beritahu pisang adalah buah favourite aku bukan anggur..bukan epal, durian atau jambu batu.

Sebenarnya aku bukan nak cerita fasal pisang montel ke panadol ke apa ke..yang aku nak cerita ialah kenapa seorang penulis macam aku yang cuba menulis sesuatu yang lebih serius tiba-tiba akan menjadi seorang yang kurang waras untuk beberapa ketika. Aku katakan aku kurang waras sebab antara banyak-banyak masa yang ada, kenapa aku kena memilih untuk menulis antara pukul 1 hingga 4 pagi yang mana adalah masa-masa kritikal di rumah aku. Nak kata cerita aku kali ni seram, rasanya tak sangat pun. Ianya hanyalah kisah misteri. Tetapi tiga puluh peratus scenes di dalamnya adalah apa yang telah aku alami sendiri di dalam kehidupan seharian. Dan ianya berlaku di rumah aku sendiri. Hahaha kening terjongket nampak!

Selalunya kalau aku rasa macam ada orang panggil nama aku, atau tetiba ada beberapa benda jatuh berdekatan dengan aku...so automatik aku akan stop, tutup laptop dan terus menyegerakan diri out of there. Tapi kali ini aku bersikeras. Duduk macam tunggul dan terus menulis biarpun dah ada benda jatuh, biar pun ada beberapa bunyi kat luar tingkap...dan ada ketukan kat cermin tingkap tu. Semua gangguan begini aku tahan juga biarpun kalau diikutkan hati aku akan terus cabut dan panggil my sis. Dah gila agaknya aku ni. Tapi gangguan ni tak lama..tetiba je suasana jadi terlalu sunyi sepi sehingga aku mula menyanyi beberapa buah lagu Cina yang aku tahu. Manusia macam ni ler..ada bunyi susah..tak ada bunyi langsung pun susah juga. Aku terfikir juga apasal dia tak nak kacau aku lagi. Agaknya samaada dia kena ke bilik air buat sementara kerana fitrah alam atau kerana dia rasa boring sebab aku buat dunno je. Hehehe...entahlah.
My sis ada tanya, berkesan ke kalau aku menulis pada waktu-waktu begitu bertemankan si dia tu? Tapi entahlah..nak kata berkesan tu rasanya lebih berkesan pada bulu roma aku je. Tapi suasana tu yang aku cari. Kalau nak menulis kisah cinta, aku lebih suka dengar lagu je. Tapi kalau kisah misteri begini...takkan aku nak dengar lagu Anuar Zain aku lak...atau menulis sambil menonton Freddie Krueger. Tak logik pulak tu. Apapun orang macam aku lebih menghargai waktu malam dari siang. Aku kan si burung hantu...kata abah kesayangan aku.

Thursday, January 8, 2009

Casanova : Bus Stop

Mata melilau. Pandang jam tangan. Pandang lurus ke depan. Pandang cermin belakang. Pendek kata bebola matanya asyik bergerak 24 jam mengawasi persekitaran tempat menunggu bas itu. Dah lima hari berturut-turut. Kesabarannya masih belum menipis. Dia sememangnya lelaki yang tidak pernah kenal erti putus asa. Kadang-kala sehingga tiga jam dia masih sanggup menanti setengah mati. Dan setiap kali keretanya akan diparkir di tepi gerai menjual ais cendol berhampiran bus stop itu. Hampir jenuh dia tolong mengira berapa pelanggan makcik penjual cendol itu. Cukup pelanggan ke 39, barulah orang yang dinanti-nantikan muncul.
Dia tersenyum sumbing. Tubuhnya yang lembik longlai yang tadinya bersandar pada kusyen kereta segera mengeras. Postur tubuhnya dibetulkan. Tegap dan gagah seperti lelaki gentleman. Matanya mengintai cermin hadapan kereta. Sport check ringkas dilakukan. Gigi? Lulus. Rambut? Jari-jemarinya pantas meraup rambut dengan telapak tangan. Sisa-sisa Brylcream masih melekat di tapak tangannya. Pipinya dikembung kempiskan sebelum tersenyum lebar. Gossh..akulah lelaki terhensem di abad ini! Dengan pakej lengkap yang didatangkan khas dari Datuk Keramat : Tubuh yang tinggi persis model, mata yang memukau dan berwarna coklat jernih, bibir yang merah tanda tidak merokok serta senyuman menawan dihiasi lekuk di kedua belah pipi. Opps lupa, juga ada extra rumah dua tingkat di Garden Height, kereta sport berwarna merah hati serta kerjaya yang cukup bagus untuk menjadi suami mithali.
Sudah bersedia? Dia melangkah turun. Kakinya dihela ke arah perhentian bas yang hanya beberapa langkah sahaja dari muncung keretanya. Matanya ditatap tidak mahu lepas pada wajah gadis manis memakai baju kurung berbunga putih dan bertanah biru. Cantik sekali orangnya. Rambut panjang mengurai sehingga ke pinggang, kulit putih melepak dengan bibir dioles lipstick berwarna pink muda. Senyuman si gadis cukup menawan. Tinggi si gadis kemungkinan besar kurang sedikit dari tingginya sendiri. Tapi itu semua hanya luaran sahaja, fizikal pertama yang menarik matanya untuk terus mencari siapa si gadis manis tersebut.
Di hatinya dia yakin, gadis yang suka tersenyum itu pasti akan sering tersenyum di hadapan keluarganya nanti. Wajah manis itu akan cepat disukai oleh ibunya yang cerewet dan ayahnya yang kaki perempuan. Tapi dia sudah berkira, ayahnya akan menjadi orang terakhir yang akan bertemu dengan gadis pujaan hatinya itu. Itupun dengan kehadiran ibunya sebagai pengawas. Dia segera mengucap bismillah di dalam hati. Harap-harap tegurannya menjadi. Punyalah banyak experience yang dia ada, kenapa pula yang ini dia terasa berdebar-debar? Ini mesti satu petanda. Satu isyarat bahawa hati si gadis itu mesti ditakluki. Yess! Chaiyok! Tunggu apa lagi?
Belum dua langkah. Bedebuk! Dia tergolek macam ayam golek di hadapan bus stop. Mamat India yang duduk di tepi bus stop sambil membaca akhbar entah sejak bila menjulurkan kakinya di situ. Dia mendongakkan wajah. Berpuluh pasang mata memandang ke arahnya. Hatinya membekam. Malu dan sebal! Dia menghalakan sportlightnya pada si gadis manis itu. Aiyak! Gadis itu tersenyum ke arahnya. Hatinya mula mencair. Tak sia-sia dihanduk lelaki India itu. Marahnya terus bertukar menjadi syukur pula.
Dengan penuh keyakinan diri, dia mengatur langkah baru. Jeratnya pasti mengena kali ini. Seorang pakcik berkopiah bulat memintas di hadapannya.
“Nak..tumpang tanya. Bas yang kome duk tunggu-tunggu kat sini nak ke mana sebenarnya?” Dia mendengar pakcik berkopiah bulat itu bertanya.
“haaa uhuuuu haaaa hhehe kaakkkk uhuuuuu.”
Bedebuk! Sekali lagi dia jatuh terduduk. Kali ini jatuhnya lebih cepat dari tadi. Tapi bukan sebab lelaki India itu menjulurkan kakinya yang sebelah lagi, atau sebab kopiah bulat pakcik itu masih ada tanda harga yang lupa dibuang, atau makcik penjual cendol itu baru sahaja menggoreskan badan keretanya semasa hendak mengalihkan kereta tolaknya. Tapi dia jatuh kerana terkejut melihat si gadis itu. Padanlah asyik senyum memanjang sehingga ke perut. Rupa-rupanya si gadis manis bukan seperti yang diduga. Isyarat hatinya sengaja mahu mempersenda, bila si gadis yang disangka comel rupa-rupanya bergigi rongak dan bisu pula. Nasib..nasib..!

Thursday, January 1, 2009

Menjengah Kegemilangan 2009

Tahun depan tahun 2009 dah..kejap je masa berlalu...usia pun dah makin tua. Kat mana-mana aku dengar orang cakap fasal azam tahun baru. Semuanya nak berazam sana sini. Pantang orang lain nak berazam, dia pun nak berazam sama. Aku sendiri sejak dulu terkenal sebagai orang yang tak pernah nak berbual fasal azam ni. Bukan sebab aku tak confident aku boleh sesuatu tapi aku malas nak berazam. Bagi aku kalau nak buat sesuatu benda tu..buat ajelah..tak payah ler sibuk-sibuk nak bagitahu orang apa azam tahun baru kita, ye tak??

Daripada bercakap fsl azam yang belum tentu kita buat, baik aku bercakap fasal apa yang aku dah buat sepanjang 2008 ni. Sayang juga nak tinggalkan tahun ni sebab ada banyak perkara manis yang berlaku pada aku sepanjang tahun ini. Antaranya secara ringkas, aku dah tak payah mengajar subjek yang aku benci lagi kat sekolah...harap-harap tahun depan pun pihak sekolah tak bagi aku subjek ni lagi. Giler benci betul aku kerana dipaksa mengajar benda yang bukan bidang aku. Aku juga berjaya menyiapkan dua buah manuskrip seperti yang aku target pada awal tahun. Yess! Paling manis, novel Bunga Syurga aku berjaya juga diterbitkan setelah timbul pelbagai halangan yang membuatkan aku sesak nafas. Syukur sangat bila dimaklumkan oleh Rizal, the boss yang Bunga Syurga akan memasuki cetakan kedua tak lama lagi. Aku pun tak sangka cerita merapu aku ni boleh diterima pembaca. Tak lupa juga percutian aku bersama adik dan kawan-kawan aku ke Jakarta dan Bandung. Setelah melalui pelbagai kesibukan, akhirnya aku dapat juga pergi bercuti. Tahun depan cam kena stop rancang bercuti sebab aku baru saja dibasuh oleh my father supaya ikut dia pergi naik haji tahun depan. Dia siap nak sponsor aku lagi. Betul juga kata dia, sebelum aku gi holiday sana sini habiskan duit..baik aku pergi tunaikan ibadat haji dulu buat mana yang wajib. So aku dah rancang samaada nak ikut dia naik haji atau buat umrah dulu ngan adik aku. Mana-manalah asalkan aku sampai Tanah Suci.

Tapi dalam manis kenangan 2008, ada juga pahitnya...bila aku kena bambu kat sekolah atas sebab kecuaian orang lain. Dia yang tak ingat..aku yang berbuih mulut memberitahu pula yang kena. Itulah benda yang payah betul aku nak cerna. Tapi sikap aku memang macam ni. Kalau aku tahu aku tak buat salah, haram jadah aku takkan minta maaf dengan orang tu. Kirim salam sajalah. Tapi aku tetap maintain cool aje kat sekolah walaupun mendidih juga perasaan aku ni. Biasalah...hari-hari jumpa...takkan nak bermasam muka ye tak. Orang yang tak boleh nak ingat benda yang aku cakap kat dia tu, aku anggap nyanyuk saja sudahlah. Heheheh...Dan kat sekolah juga adalah si tukang sibuk yang selalu buat cerita fasal aku. Pun aku maintain juga walaupun aku tahu siapa dia. Apasal yer perempuan selalu macam ni? Aneh bin ajaib bila difikirkan ada sesetengah perempuan yang memang sejak azali suka menjaga tepi kain orang dan suka buat gossip. Hello...ingat kat sekolah tu tempat bergossip ke?? Macamanalah student nak maju kalau begini. Yang best tu, dia yang bergossip pasal aku..dia boleh bagitahu kat aku si polan tu pula yang bergossip. Ini kes serampang tiga mata ni. Haahahah tapi aku tetap SABARRRR...

Mungkin itulah sebabnya aku boleh menulis novel. Satu faktor yang seharusnya aku ucapkan terima kasih kepada pemberi-pemberi masalah pada aku di sekolah. Macam korang tahu aku hanya boleh menulis kalau fikiran aku terbeban dan sarat dengan masalah. Itu cara aku keluarkan 'batu' dalam kepala aku ni. No wonderlah, sepanjang masa cuti ni aku tak boleh nak siapkan satu novel yang terbengkalai walhal dah dua bulan lebih aku cuba menyiapkannya. Mulanya aku hairan juga kenapalah kali ini aku slow sangat menulis cerita ni. Rupa-rupanya sebab sepanjang cuti ni bila aku berada di rumah, tahap stress aku memang down habis. Dalam erti kata lain, aku tidak berada di dalam mood stress. Bila aku tak stress..then ini berita buruk bagi kerjaya aku sebagai penulis...aduii. Nampaknya tahun depan juga baru boleh siap manuskrip ni.

Mungkin manuskrip yang aku tengah pulun ni akan menjadi manuskrip terakhir aku sepanjang tahun 2009. Sebab aku dah plan untuk berhenti menulis seketika. Ada banyak benda aku terpaksa tumpukan pada tahun 2009 ini. Antaranya ialah aku terpaksa jadi tutor peribadi untuk my sis bagi menghadapi peperiksaan PMR tahun depan. Aku juga dalam persiapan untuk sambung pengajian aku peringkat sarjana, so maybe aku tak ada banyak masa lagi di blog. Aku juga merancang nak pergi tunaikan Umrah atau Haji dulu tahun depan. Harap-harap semua ini berupaya dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2009.

Buat kawan-kawan dan keluarga, aku ucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga tahun 2009 akan menjadi tahun yang lebih manis dari tahun yang sudah-sudah. Dan lebih mendatangkan kebahagiaan kepada sesiapa jua...

Tuesday, December 23, 2008

Ronda-Ronda Melaka

Taraa...aku dah gian nak masuk blog setelah hampir seminggu tinggalkan dunia blog dan dunia anita aruszi (dalam bilik kecik yang lengkap dengan rak buku, dua biji laptop, meja tulis). Itu pun aku rancang nak pasang engsel yang lagi 'outstanding' dalam bilik aku ni untuk menghalang anasir-anasir yang tak diingini menceroboh seperti lipas, beberapa koloni semut yang sedang merancang nak buka empayar dalam bilik aku ni (sebab aku lupa nak keluarkan gelas-gelas minuman yang aku dah guna dekat seminggu..wakakaka) serta sebuah objek misteri yang menyerupai adik aku Wawa yang asyik sama sibuk nak buka friendster dan pelbagai benda yang takde kena mengena dengan subjek dia.

Aku sebenarnya baru turun flight pagi tadi dari Kuala Lumpur. Asalnya aku dan kawan-kawan nak gi ronda melaka, johor n then terus ke Kuantan jalan-jalan cari fasal. The first priority kamu ialah untuk cari kawan aku Ayu dan Asyrani kat sana. Tapi last minute plan cancel sebab ayu dah men'yilentkan dirinya sendiri dari dunia kami. Terpaksa la kami patah balik ke Kuala Lumpur. Tapi sempat juga singgah di Umbai makan seafood. Best giler! Giler pun tak best macam tu. Hahaha. Tapi poket aku pun giler jugak sebab makan makanan-makanan gila tu. Kami lepak kat situ sampai pukul 11 malam sehingga naik gila. Banyak juga la tempat kami ronda-ronda kat situ sampai puas.

Tapi so far aku memang suka bandar Melaka ni. Kalau ada kesempatan memang aku nak singgah lama sikit untuk habiskan cuti sekolah yang hanya tingga tak sampai dua minggu pun. Kesian juga bila fikirkan Quratu'ain (penulis novel Ku Intai Cinta Di Dalam Rahsia) terpaksa balik ke Kuala Lumpur sendirian dengan big boss KN, Rizal dan side kick dia Taha. Anyway untuk big boss dan sidekick..terima kasih atas kesudian mencemar duli mengajak kami turun padang membuat promosi buku-buku Kaki Novel di Kedai Buku Thaikuang, Mahkota Parade Melaka pada 20 dan 21 Disember baru-baru ini. Best jugak dapat jumpa Suhaila (Quratul'Ain) dan Kak Lia (Lia Azira, penulis Fajar Pakeer) yang ramah tamah. Tapi ampun big boss, sebab kami ni tak berapa reti buat promo untuk diri sendiri. Tak biasa sebenarnya! Untuk Su dan Kak Lia...hope so kita jumpa lagi akan datang ya.
P/S : gambar tu hiasan semata-mata kerana pada waktu ini dan ketika ini aku sedang berperang berhabis-habisan dengan beberapa koloni semut dalam bilik aku. Dah tak terlawan dah ni...habis senjata aku dah pakai. Maklumlah aku sorang nak lawan banyak koloni semut...mahu lapan bulan baru habis nih! Hahahaha...

Saturday, December 13, 2008

Me n My Day

Aduh bosannya pagi-pagi macam ni, tak tahu nak buat apa. Semalam aku tidur awal, jaga tepat pukul 6.30 pagi ini dan lepas tu aku dah tak boleh tidur lagi dah. Masuk dapur siapkan sarapan. Menu Nasi Goreng + bilis + bahan-bahan yong tau fu + carrot. Semuanya aku hentam masukkan dalam menu suka-suka hati aku. Memang kalau aku bosan, aku akan masuk dapur dan create apa sahaja masakan yang terlintas kat kepala. Tapi kalau aku rajin, maka akulah orang yang paling malas masuk dapur.

Semalam pun aku masakkan lunch untuk family. Sampaikan my father says.."Kan bagus kalau abah dapat makan macam ni hari-hari.." heheheh ayat skema ayah aku menandakan dia puji masakan aku. Aku akui sejak adik aku ada kt rumah, aku jarang-jarang masuk dapur. Walhal sejak bertahun-tahun yg lalu akulah tukang masak kat rumah. Mungkin sebab dah ada ramai, so aku buat tak kisah aje fsl masak-memasak ni, apatah lagi aku ni bukan jenis yang cerewet fsl makan. Semuanya aku telan tolak batu ngan kayu je. Itupun kalau batu tu lembut, agaknya dengan benda tu sekali aku makan.


Lepas tu family aku kata ada orang nak datang rumah. Katanya salah seorang kenalan abah aku. Kitaorang ingatkan dia datang nak bagi supplement yang mak aku memang order tiap-tiap bulan. Rupa-rupanya dia datang bawa hajat lain. Dia rupa-rupanya nak pujuk ayah aku jadi ahli jualan langsung yang jual barang-barang kesihatan. Dia bawa la sorang pakcik ni yang beria-ria pujuk abah aku yang just buat muka toya aje. Kalau dengar dari gaya hebat pakcik ni kempen, kitaorang tak sangka langsung yang dia ni imam masjid. Heheheh...kalah orang berdebat pilihanraya.


Tapi sian gak kat pakcik tu sebab membazir air liur kempen kat keluarga kitaorang yang memang dua ratus peratus tak berminat langsung dengan produk-produk jualan langsung. Lagi-lagi dia mana ada masa nak jual benda-benda tu semua. Abah aku kata daripada dia melabur kat benda ni, baik dia simpan duit dia kat bank. Entah kenapa fikiran abah aku tu ngan anak-anak dia memang sama. Aku pun fikir macam tu. Tapi sejak dia bersara dari kerajaan, memang ramai sangat suka ambil kesempatan. Mentang-mentang diaorang tahu duit EPF dia ada, semua nak menyemak kat dia. Yang datang nak meminjam duit pun ada!


Kejadian ni mengingatkan aku kat seorang teman lama yang buat aku hampa betul. Masa tu aku tinggal kat Kerinci tengah habiskan final year aku kt UM. Salah seorang teman sekelas aku call petang tu ajak keluar minum-minum. Bukan main beria dia pujuk. Aku dahlah tengah penat study sanggup aje kata ya, semata-mata sebab kawan. Janji pukul 8.30 tapi pukul 11 lebih dia tak datang lagi. Aku buat donno aje tapi hati dah terasa malas giler..Bila jarum jam dah pukul 11.30 tghmalam, aku call kata tak jadi nak keluar. Tapi member aku tu pujuk gak...setiap kali dia kata dia dah on d way tapi tak sampai-sampai jugak. Aku yang baik hati aka wanita melayu terakhir ni pun menanti la dengan penuh kesabaran. Dekat pukul 12.30 dia pun call kata dia ada kat bawah. Aku yang dah separuh layu campur angin sepoi-sepoi bahasa pun turun la kt bawah nak jumpa dia.


Rupa-rupanya dia bawak kawan. Kitaorang pi minum kat Kolej 12. Tapi rupa-rupanya hajat dia lagi besar dari nak belanja aku minum macam yang dia kata. Tiba-tiba sahaja aku yang layu+malas+boring kena mendengar syarahan panjang lebar fsl jualan langsung. Tepat pukul 1.00 tengah malam pulak tu. Punyalah mendidih hati aku ni time tu, tapi sebab aku mmg baik hati so aku leh la kontrol sikit-sikit bengang aku tu. Rasanya time tu dari dengar bla-bla perempuan yang berkempen sikit punya panjang tu, aku lebih rela dengar pontianak mengilai di atas pokok. Bila balik rumah sewa aku kira-kira pukul 3 pagi, aku rasa macam nak hantuk kepala aku kat dinding bilik. Tapi nanti terkejut pulak kawan-kawan aku yang tengah tidur.


Moral of the story :

Sejak hari itu aku mula sedar betapa pentingnya duit pada sesetengah orang sehingga sanggup susahkan kawan sendiri. Bagi aku sendiri duit tu memang penting, tapi ia tak sepenting keluarga dan kawan-kawan dalam hati aku. Sebab itu aku tak pernah berkira fasal duit dengan kawan-kawan. Tapi aku cukup kecewa kalau ada kawan-kawan yang suka ambil kesempatan kat aku..Adik aku Aiza pernah sebut benda ni kat aku dulu..katanya aku selalu diambil kesempatan oleh orang-orang kat sekeliling aku. Betul ke?

Friday, December 5, 2008

Salam Aildi Adha

Selamat Menyambut Hari Raya Korban diucapkan buat keluarga samaada yang jauh atau yang dekat, kawan-kawan terapat aku di sekolah dan di UM dulu, kawan-kawan bloggers, member-member di WR, pengunjung-pengunjung setia blog aku yang kadangkala terasa lebih kamceng dari kawan baik sendiri. Heheheh..Tak lupa juga buat pihak penerbit yang telah sudi menerbitkan novel-novel aku yang tak seberapa tu. Salam aidil adha buat semuanya.

Diam tak diam dah nak menjelang Hari Raya Korban. Aku sendiri pun tak sedar kerana kat rumah aku reaksi semua orang biasa-biasa sahaja. Mujur ada Ari yang tolong ingatkan. Rutin raya kami kat sini rasanya biasa sahaja. Lepas sembahyang raya, semua orang berkumpul sambil makan-makan. Tengok TV lepas tu tidur. Hahaha rutin yang sama macam tahun lepas, lagilah tahun ni pun mungkin kami beraya dalam keadaan hujan lebat.
Di kesempatan ini juga aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang banyak menyokong aku dalam bidang penulisan. Ada pelbagai kritikan yang aku terima samaada ia positif atau negatif. Semuanya aku terima dengan hati terbuka. Ada banyak kelemahan dalam novel-novel yang aku tulis sebenarnya, tapi sebagai manusia aku masih belajar untuk menjadi seorang penulis yang baik. Mungkin tidak sebaik penulis-penulis berpengalaman yang lain, namun harapan aku besar agar novel-novel yang aku karang dapat membuatkan semua orang tersenyum atau gembira membacanya.

Monday, December 1, 2008

Segalanya Tak Menjadi...


Hujan makin lebat kat luar, aku pula makin kesejukan dan makin bercelaru. Nak menulis pun dah jadi malas time-time hujan ni. Nak tonton astro, lagi lah malas. Dah dua minggu lebih hujan berhenti sekejap-sekejap kat luar sana. Kadangkala lebat..kadangkala slow motion sikit. Tapi lebat ke tak lebat hujan, si penulis ini tetap dah jadi slower than usual.


Nak keluar enjoy kat luar, jalan sah-sah dah jem...bonus basah pulak tu. Banyak benda lah yang tertangguh sebab hujan ni. Bil astro aku belum bayar, bil telefon belum settle, pendek kata segala jenis bil aku belum jelaskan lagi. Mujur aku paksa juga diri aku ni poskan satu manuskrip aku pada pihak penerbit.


Apa aktiviti aku musim hujan ini? Tidur? Hahaha tidur tetap ikut jadual biasa. Tapi itu rutin harian adik-adik aku kat rumah. Tepat jam 2 atau 3 petang semua dah berlingkar kat tempat tidur masing-masing. Maklumlah musim hujan, tidur pun sodapp..


Sempat tengok berita TV3 tadi. Banyak orang dah dipindahkan ke pusat perpindahan banjir. Dan pelajar2 di sebuah sekolah di Kelantan terpaksa mengharungi air untuk mengambil exam STPM yang masih belum habis lagi. Kasihan tengok student-student ni semua. Hope so pihak kementerian tolonglah awalkan exam STPM untuk pelajar-pelajar pada masa-masa akan datang supaya takkan lagi berlaku benda-benda macam ni. Juga aku tertarik dengan berita korban banjir yang berlaku kalau tak salah di Kelantan juga. Sedih sekali!


Di tempat aku ni walaupun hujan lebat, nasib baik masih belum naik air lagi. Tapi beberapa tempat di sekitar sini sudah pun dinaiki air separas 2 kaki. Family aku dah sibuk bincang bagaimana nak pindahkan barang-barang di tingkat bawah ke tingkat atas. Tapi harap-harap kami tak perlu buat semua itu. Banyak juga kalau nak diangkut, berat beb! Bagaimanapun aku harap hujan ni cepat-cepat berhenti, sebab aku dah plan nak pergi bercuti ni. Huwaa..aku dah tension sangat ni. Banyak benda yang tak menjadi disebabkan hujan. Bukan aku nak salahkan hujan, tapi aku yang salah sebab tak tahan dengan suasana hujan. Badan jadi malas, otak pun jadi malas...

Sunday, November 23, 2008

Back to Routine


Dah empat malam berturut-turut aku tak boleh tidur. Editing HR baru sahaja selesai tapi mata aku dah terbiasa dengan perubahan waktu 'vampire' aku ni. Istilah ayah aku ialah 'burung hantu'. Ada ke aku ni dikatakan burung hantu sebab tak tidur malam. Hahaha suka hati dia aje...tapi inilah rutin harian aku beberapa tahun yang lalu sewaktu aku disahkan mengidap insomnia yang menjadikannya salah satu sebab aku menjadi seorang penulis. Selalu juga aku kena tegur dek saudara mara yang kata susahnya nak jumpa aku waktu siang. Heheheh..abis yang ko datang waktu siang tu apahal. Cuba kau mai lawat aku waktu tengah malam, sure ada punya...


Tapi tak bagus ke kalau ada seorang ahli keluarga anda yang mengalami masalah tidur macam aku ni? Sewaktu family aku berada di Kuantan Pahang, ayah aku sewakan rumah kami ni pada pelbagai jenis family. Kali terakhir kalau tak salah keluarga polis berpangkat agak besar jugalah dalam pasukan polis. Dan sejak beberapa tahun yang lalu, kawasan rumah aku ni dikatakan satu kawasan yang agak 'keras' jugalah. But jangan kecewa, bukan 'keras' yang itu tapi keras kerana dikatakan kawasan taman perumahan aku ni selalu jadi sasaran pecah rumah. Dan anehnya sewaktu keluarga polis itu menetap di rumah aku yang sekarang ni, rumah ni dah kena pecah banyak kali. Pelik juga bila dengar rumah polis kena pecah. Await depa ni tidur tak kunci rumah ke? Macam nak ketawa pun ada juga. Kalau setahun dua kali kena pecah takdelah kami nak mengata. Ini sebulan sampai dua tiga kali. Rasa macam nak salute aje pencuri profesional ni yang berani pecah masuk rumah ASP polis.


Sebab tu bila family aku pindah masuk rumah kami, ramai yang mengingatkan tentang sejarah rumah ini. Tapi alhamdulillah setelah beberapa tahun kami masuk, belum pernah sekalipun rumah kami jadi sasaran. Mungkin kerana berkat ayat-ayat kursi yang kami kerap baca sebelum tidur agaknya. Ataupun kerana si pencuri itu tidak ada keberanian untuk pecah masuk kerana takut terserempak dengan aku yang tak pernah tidur malam agaknya. At least itulah yang menjadi usikan family aku suatu ketika dahulu. Bayangkan pukul 3 atau 4 pagi sewaktu orang lena, aku pula ke hulu ke hilir buat macam-macam kerja. Kadang-kadang memasak pada waktu-waktu begini. Kadang-kadang bercakap sorang diri. Ketawa pun sorang diri (bukan sbb sinting, tapi ketawa sebab tengah tengok comedy movie time tu). Siapa yang cuba nak pecah masuk pun kena fikir dua tiga kali. Ayah aku patut bagi upah sebab secara tak langsung aku dah guard rumah kami ni. Rasanya aku patut minta upah tu..hehehe!


Rasanya setahun yang lepas aku dah boleh tidur semula macam orang normal. Tapi sejak dua bulan yang lepas, masa tidur aku dah kucar kacir. Kadang-kadang penat aku datang tiba-tiba. Pernah aku tertidur kat sekolah sehingga pukul 5 petang. Peliknya aku tak tahu bila aku mula tidur. Kejadian ni dah berlaku beberapa kali juga. Sehinggalah beberapa hari yang lepas aku menonton sebuah movie di KBS bertajuk 'Loveholic'. Isi cerita itu berkenaan seorang guru yang mengidap satu penyakit yang dipanggil Narcolepsy kalau tak salah aku. Cerita itu buat aku terfikir, apakah aku juga salah seorang pengidap Narcolepsy?? Harap-harap tidak!

Thursday, November 13, 2008

Hooray!! Dah Cuti Sekolah Rupernya....


Excitednyer dia.....begitulah teguran salah seorang guru bila nampak aku kelam kelibut (betul ke istilah ni?) menyiapkan macam-macam benda kat sekolah. Tapi aku always kelam kabut kalau di sekolah. Sebab my prinsip : SEKOLAH ADALAH SEKOLAH. RUMAH ADALAH RUMAH. Kedua-duanya sangat berbeza. Kerja sekolah jangan bawa balik di rumah, sebab kerja-kerja itu adalah beban sekolah yang sebolehnya aku haramkan dibawa masuk ke dalam sebuah rumah. Pulun sahaja habis-habis kat sekolah. Kekadang sebab tu kalau aku sibuk sangat, aku balik rumah pukul 5.30 petang atau pukul 6. Sama masa dengan sidang petang balik.


Dan cikgu itu pun tak tahu betapa seronoknya aku bila cuti dah mula...Ada banyak sebab kenapa aku gembira sebenarnya. Dalam kepala aku dah tersurat dan tersirat pelbagai projek yang aku nak lakukan sepanjang cuti. Heheheh apa lagi kalau bukan projek menulis aku yang terbengkalai kerana concentration aku pada SPM.


Ini projek cuti sekolah aku yang tengah mendidih dalam kepala aku ni : (update 23 nov sebb byk list yg nak kena cancel)


1) Rehat sepenuhnya
(tht impossible!!)

2) Edit new version untuk HR
(done)
3) Edit PBM
(baru nak mula)

4) Sambung menulis cerita MKC dan SV
(dah buat sikit-sikit)

5) Baca novel yg tak habis baca
(baru dua biji..nak smbung semula hijab sang pencipta)

5) tengok semua VCD-VCD yang aku beli punyalah banyak kat KL tempohari
(baru sempat tengok QOTG)

6) Jalan-jalan kat Kuala Lumpur/ Langkawi.
(cam kena cancel je sebab hujan- new plan on coming December)

7) Shopping baju
(heheheh faham-faham jerlah. Kerjaya cikgu ni macam ni ler.. kena ada banyak baju
tapi blm mula lagi..hehehe)

8) Pergi memancing kat Tasik Kenyir and tengok tapak gajah kat sana.
(cam tak berkenan je aku nak ikut klu tengok time2 hujan ni)
9) Semak PEKA Bio/Sains
(tunggu greenlight dr kak paridah untuk semak sama2)

Jamuan Perdana Akhir Tahun 2008

Persembahan nasyid yang menghiburkan. Lain-lain gambar persembahan tak sempat nak snap sebab masa tu aku tengah makan-makan.
Kak Zana, Kak Rahimah n Kak Ani. Nasi Beriyani hari tu memang umph. Inilah orang kuat yang memberi makan kami-kami ni semua. Hahaha

Khemah guru tempat guru-guru santai sambil menonton persembahan dan makan-makan. Kalau tak salah ada sebanyak enam khemah besar didirikan hari itu.
we all cikgu-cikgu bergambar dengan Aiman, Finalis Akademi Nasyid 2008.Teka tempat bergambar tu kat mana? Syyy...jgn beritahu sesiapa. Hehehhe bilik pengetua tu. (time tu pengetua tak ada kat sekolah)

Kak Nora n cikgu Azman. Sepadan tak? Tapi jangan salah faham..keduanya sudah berpunya....heheheh tu ler siapa suruh pakai baju matching..tak fasal-fasal di zoom in oleh my camera..

Hidangan untuk tetamu-tetamu VIP yang dijemput
me n kak rozaidah bersama anak-anak murid kesayangkan kami
5 Dinamik dalam kenangan...

Bestnyer..Gitulah reaksi aku bila pada penghujung minggu lalu, my school buat acara jamuan akhir tahun yang paling grand. Grand menurut pendapat akulah, orang lain tak tahulah. Jamuan ni bersempena juga dengan Jamuan Raya AidilFitri (wlupun dah lepas lebih sebulan) serta Jamuan Perpisahan Akhir Tahun untuk semua pelajar + guru-guru. Makanan of course makanan raya cuma kali ni campur gak ngan nasi beriyani serta kuih muih yang lain. Ada rendang, ketupat, lemang dan yang lain-lain. Best jugaklah aku menyentap walaupun tengah sakit gigi. Lagi kelakar, keesokannya aku mc sebab sakit gigi. Hehehe macam budak-budak je sakit gigi. But itu satu sebab kenapa aku dah lama tak update blog. Hehehe...tapi sekarang ni dah ok sikit... coz aku dah pi jumpa dentist. Cabut lagi senang dari menahan seksa ini selama beberapa malam.

Yang bestnya pada jamuan tu, ada persembahan nyanyian karaoke dari pelajar-pelajar aku. Tak sangka, kebanyakan pelajar aku ni ada tokoh masuk AF tahun depan. Semuanya berbakat dan pandai menyanyi. Tak kurang juga persembahan dari cikgu Alias yang best sangat menyanyikan lagu Aris Ariwatan dan Broey Marantika. Serta persembahan Cikgu Syamsul yang mendapat tepukan gemuruh dengan lagu My Heart bergandingan dengan seorang student dia.

Kak Rasmah juga tak lupa bawak anak teruna dia turun padang. Siapa lagi kalau bukan Aiman, salah seorang finalis Akademi Nasyid yang kini gah bergelar seorang penyanyi. Kesian juga tengok budak ni kena kerumun dek budak-budak perempuan yang nak bergambar. Yang kelakar, cikgu-cikgu dia ni pun sibuk sama nak bergambar dengan Aiman.
Habis sahaja acara kira-kira pukul 12 tengahari, aku dengan pelajar-pelajar aku pula ambil turn bergambar. Tapi sedihnyerr coz kak Paridah ngan Kak Zaidah tak dapat sama-sama meraikan Jamuan Akhir Tahun kali ini kerana kena pergi seminar.

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com