Monday, January 25, 2010

Prodigy Dalam Penulisan

Beberapa hari yang lepas, aku ada terbaca sebuah majalah berbahasa Inggeris yang menyebut perkataan prodigy secara berulang-ulang. Kalau di dalam kamus, perkataan prodigy boleh didefinsikan sebagai kebolehan, bakat atau anugerah yang diberikan kepada seseorang yang ‘master’ dalam sesuatu bidang dan biasanya bermula sewaktu seseorang individu itu masih muda. Contohnya kalau dia pandai bermain catur sejak kecil, kita boleh gelarkan dia sebagai chess prodigy. Kalau dia pandai bermain alat muzik, dia boleh dipanggil music prodigy dan sebagainyalah.

Sebenarnya aku lebih berminat dengan klausa prodigy tu sendiri berbanding definisnya. Yalah kebiasaan perkataan yang tidak diversimelayukan biasanya mempunyai maksud yang lebih mendalam. Contohnya seperti beberapa perkataan-perkataan di dalam ilmu sains yang tidak boleh dimelayukan..kerana jika dimelayukan, maksudnya akan menjadi kelakar dan tidak sesuai.

Lepas tu aku menonton pula sebuah filem dan anehnya dalam masa beberapa hari, aku mendengar perkataan yang sama disebut. Bezanya perkataan prodigy ini disebut untuk merujuk kepada seorang wanita (di dalam filem tersebut) yang merupakan seorang penulis skrip yang dituduh menciplak hasil karyanya. Karyanya dikatakan meniru sebuah filem Inggeris yang lain sedangkan dia tidak pernah sekalipun menonton filem yang dikatakan itu. Disebabkan hal itu, timbul pelbagai masalah dalam proses penerbitan filem dan dia menerima kecaman tentang kekredibilitiannya sebagai seorang penulis skrip.

Sebenarnya wanita tersebut langsung tidak pernah menciplak skrip yang dihasilkannya. Malah skrip yang dihasilkannya telah ditulis lama sebelum filem yang dikatakan memiliki ciri yang sama itu ditayangkan di negaranya. Meskipun memiliki banyak adegan yang sama, tapi dialog-dialog di dalamnya tidaklah seratus-peratus sama. Tapi kerana kebetulan itu berlaku, maka dia dituduh meniru filem tersebut. Sehinggalah ada teman-temannya membantunya dengan mencari sebab dan logik kenapa skripnya dikatakan mempunyai kesamaan dengan filem tersebut. Maka seorang temannya mengutarakan satu sebab. Iaitu si wanita ini adalah seorang prodigy. Maksudnya di dalam suatu keadaan, terdapat dua atau lebih individu berbeza dianugerahkan dengan bakat dan kebolehan untuk mampu berfikir dalam garisan yang sama yang membawa kepada hasil yang sama. Contohnya skrip tadi!

Di dalam novel, kadangkala kita temui jalan penceritaan yang sama, kisah yang sama, kasih sayang yang sama, adegan yang sama, kelukaan dan kebahagiaan yang sama dan pelbagai lagi perkara yang sama. Ramai orang yang membaca buku A dan kemudian buku B akan mengatakan kedua-duanya mempunyai jalan cerita yang sama sahaja. Tapi apakah penulis A meniru buku penulis B? Jawabnya tidak. Apakah penulis B meniru buku penulis A? Mungkin juga tidak. Di dalam karya, kesamaan tidak mampu dielakkan sama sekali, Kebetulan akan sering terjadi apalagi ruang lingkupnya sama. Katakan kalau dalam novel cinta, kisah kahwin paksa atau love at first sight paling popular berbanding kisah kekeluargaan yang biasa-biasa. Mungkin itu satu sebab yang membawa kepada kesamaan antara penulis, tapi aku percaya plot penceritaan penulis-penulis tersebut tetap berbeza dan memiliki keistimewaan tersendiri. Begitu juga kalau menulis adegan di restoran..watak-wataknya tentu akan memesan makanan, berbual-bual dan mungkin akan bergaduh di meja makan. Setiap penulis yang menulis adegan seperti ini akan menulis benda yang sama, malah kadangkala dialognya hendak tak hendak kadangkala lebih kurang sama. Ini tidak mampu dielakkan lagi.

Bagi aku, tidak ada istilah peniruan dalam penciptaan plot atau kisah yang dicipta untuk anda baca. Ia berlaku hanya secara kebetulan. Kerana penulis biasanya mengutip pengalaman mereka serta orang-orang yang mereka kenal masuk ke dalam sesuatu karakter atau situasi. Malah mereka yang menulis tidak akan tahu apakah karya mereka mempunyai persamaan dengan karya orang lain. Percayalah! Kalau mereka tahu, mereka akan menulis sesuatu yang lain dari yang lain. Hanya pembaca sahaja yang boleh mengesan persamaan itu jika timbul. Oleh itu tak adil dan tak tepat jika dikatakan ramai penulis suka meniru jalan cerita dan karya-karya yang sudah ada di pasaran. Mungkin tema sahaja sama, tapi masing-masing memiliki plot penceritaan yang tersendiri. Katakan sahaja mereka adalah prodigy dalam bidang penulisan. Yang mempunyai jalan berfikir dan kebolehan mencerna situasi yang seiring dan selari. Yes, we are the prodigy! Jadi jangan terkejut kalau dalam sepuluh novel yang anda baca, anda mungkin menemui beberapa darinya yang mempunyai kisah yang lebih kurang sama! It’s life!

pic source : link

4 comments:

Ummihana said...

Salam Nita...alhamdulillah, artikel Nita ni buka minda Kak hana...actually Kak hana ni kalau lepas tulis manuskrip dan kemudiannya bila terbaca semacam scene yg sama kat mana mana blog novel, Kak hana akan rombak semula manuskrip akak....takut sangat dengan frasa novel stereotype dan ikut idea orang lain.....but apa yg Nita jot down kat sini, ada kebenarannya....

Thanks babe!!

Mazni Aznita said...

salam hana,

scene yang sama tu perkara biasa aje..tapi kalau ada usaha untuk ubah scene tu agar berlainan..lagi bagus..kalau tidak pun it's okay.. yang penting ini karya kita sendiri..dan kita tahu apa yang kita tulis...gud dgn novel hana...

qaseh qaisara said...

Salam Anita, sebenarnya masalah akak setiap kali menghasilkan manuskrip baru, ialah takut akan dituduh meniru, tetapi bila membaca tulisan Anita ini, akak sedikit lega.

Mazni Aznita said...

salam kak qaseh..

lain kali tak payah bimbang lagi..hehe..sy pun pernah bimbang juga tentang hal yang sama. semakin banyak kita hasilkan novel, maka akan semakin banyak tekanan kita hadapi..

tp alhamdulillah, filem itu mengubah persepsi sy tentang persamaan dalam karya dan memberi dimensi yang berbeza..

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com