Saturday, January 16, 2010

Penyakit Malas

Percaya atau tidak aku dah berhenti menulis sejak dua minggu yang lalu. lately aku sibukkan diri dengan menonton kembali beberapa buah filem yang aku suka tengok dan menghabiskan masa membaca beberapa buah buku yang selama ini aku sangka, aku takkan habis membacanya. Alhamdulillah habis juga. Cuma masalahnya sekarang, aku tak tahu macamana nak berhenti membaca dan menonton.... dan mula menulis semula seperti yang aku lakukan secara rutin sejak empat tahun lalu.


Tak tahu kenapa mood menulis aku tidak ada. Puas aku paksa diri, tapi last-last aku akan buka buku dan membaca sahaja. Dahulu aku akan katakan pada kawan-kawan, jikalau bagaimana sekalipun malasnya kamu untuk menulis, paksa diri siapkan sekurang-kurangnya 5-10 m/s sehari. Tapi aku sendiri sejak dua menjak ni jangan kata nak menulis, nak mengedit novel pun aku malas.


Terbaca dalam blog rose harissa, rupa-rupanya dia pun kekadang ada perasaan malas menulis. Aku dah menulis selama empat tahun, dan aku lakukannya tiap-tiap hari tanpa pernah puas dengan setiap novel yang aku karang. Dalam kepala aku sentiasa ada plot untu novel baru. Malah aku lakukannya dengan gembira sekali. Tapi pelik, sekarang aku dah rasa malas! Someone syor aku patut take a break dan lupakan sekejap dunia penulisan. Patutkah aku stop menulis buat sementara waktu dan buat sesuatu yang berlainan?

8 comments:

Anonymous said...

jangan!!!hehe..janganlah...tapi kalau nak rehat utk smtra waktu..okey..tapi jgn brhnti mnulis utk smntra wktu...hehe..

Keluduk said...

sebaiknya begitu. take a break! relax dulu, pahtu..kumpul kekuatan melawan penyakit malas tu. InsyaAllah penyakit malas itu bersifat sementara.

Anonymous said...

yup.. i agree.. give urself a break.. and then lepas break baru committed balik.. ilham bukan buleh dipaksa kan.. mane tau lepas break nanti, ilham datang mencurah2..:)

Mazni Aznita said...

anonymous,
haha kalau saya berhenti menulis setahun amacam? hehe kira macam ambil cuti tanpa gaji setahun..syok gak..boleh plan cuti-cuti luar malaysia

cikgu keluduk n cikgu irda,
betui3x selama ni selalu dengar keluh kesah penulis2 lain tentang ilham yang mati. rupa-rupanya after 4 years, giliran kita pulak..aduiii..vacation please!!

Anonymous said...

Salam Kak. Dhuha pun sejak beberapa detik ni jadi malas nak menulis. Kalau menulis pun tak bersemangat dan teruja seperti menyiapkan novel pertama. Karya pertama adalah karya y betul-betul lahir dari hati. Masa tu kita menulis untuk diri sendiri. Tetapi bila dah bergelar penulis, dhuha seolah-olah hilang rasa dan keseronokkan menulis untuk diri sendiri. Dhuha masa awal-awal menulis, Dhuha asyik teringat tentang manuskrip dhuha walau ke mana dhuha pergi dan tak sabar nak siapkannya, tapi sekarang dah tak sama lagi. Hope keterujaan kita menulis kembali datang.

Unknown said...

salam kak,
ujian la tu, kak. x kira pnulis lama @ bru, ujian ttp ada. bnyk bsabar. kdg2 klau bnyk bfikir n bna plot dlm kpla otak, nt bla kta mnaip lg lncar drp biasa tau. ni pglaman sndri, x tpu :P

Mazni Aznita said...

salam dhuha,

betul kata dhuha tu, novel pertama juga yang best menulis. walapun lompang sana sini tapi seronok bila menulisnya..mungkin sbb masa tu kita tak payah fikir nak hantar mana-mana time tu..just fikir nak tulis aje..hehe..

skrg pun k nita still seronok menulis, cuma kekadang terpengaruh dengan penyakit malas..ni penyakit yang semua penulis kena elak selagi boleh..

Mazni Aznita said...

salam rehal,

yang tu k nita setuju. kalau seorang penulis kerap fikir ttg plot dan watak-watak dlm novel dia, insya allah dia takde masalah nak menaip novel..sekejap aje..

semalam k nita paksa diri menulis..
tahu k nita buat apa? k nita cabut plug laptop pakai bateri aje..bateri kan tahan 2 atau 3 jam. lepas tu k nita cabar diri sendiri untuk menulis sehingga bateri off...haha alhamdulilah dalam malas-malas pun berjaya siapkan 7 m/s...kekeke kejayaan besar tu..hahaha

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com