Hari ni nak review fasal satu cerita taiwan yang baru sahaja habis aku tengok. Kiranya inilah koleksi terakhir yang aku ada dalam simpanan aku yang berjaya dihabiskan sebelum tahun 2010. Cerita yang aku tengok kali ini ialah You' re My Destiny/ Fated To Love U. Aku dah beli lama dah cerita ni tapi baru je tergerak hati nak tengok sebab cerita ni panjang sangat. Lebih dari 30 episod. Aku dah tahu kalau cerita panjang sangat, masa aku yg sibuk akan terbuang lebih banyak dari biasa. Jadi aku ambil keputusan untuk menontonnya sewaktu masih dalam cuti sekolah dan alhamdulillah sempat. Percaya atau tak aku ambil masa 3 hari untuk menontonnya, sampai sekarang ni kepala aku masih lagi pening sebab tak cukup tidur. Tapi cerita ni memang sangat berbaloi untuk ditonton kerana sangat menghiburkan..
You're My Destiny sebuah kisah komedi yang menarik. Of course la ada persamaan dengan kisah-kisah drama taiwan dan korea yang menunjukkan perhubungan antara jejaka kaya dan gadis miskin. Dan ada pula watak lelaki pembantu yang jatuh cinta dengan heroin dan serta watak pembantu wanita yang merupakan awek kepada hero (yang pasti last-last kena tinggal). Tapi lupakan sahaja soal persamaan itu sebab isi ceritanya penuh dengan nilai-nilai kekeluargaan yang menarik.
Kisahnya tentang Ji Cun Xi, lelaki kaya raya yang tak sabar-sabar nak approach awek dia seorang penari ballet bernama Anna Shi. So sebab dia nak melamar Anna, jadi dia dah rancang satu percutian menaiki kapal mewah. Tapi malangnya Anna mungkir janji dan tak naik kapal tu. Chen Xi Yin pula adalah gadis lurus yang turut menaiki kapal yang sama semata-mata sebab nak pulihkan hubungan dengan teman lelakinya. So dengan tak disangka-sangka keduanya terlanjur tak disengajakan. Kenapa tak disengajakan? Haha..yang ni sapa tak tengok kenalah tengok.
Chen Xi Yin kemudiannya tak disangka-sangka pregnant. Dia jumpa seorang lelaki bernama Dylan yang kemudian bagi nasihat otai suruh dia beli alat pregnancy test. Jadi dengan niat tak nak identitinya diketahui jadi dia masuk dalam kedai farmacy dengan muka bertutup dan pakai topi keledar, lalu beli alat tu. Tapi bila dia nak test, tak fasal-fasal dia kena serbu dengan pihak polis yang menyangka dia penjenayah bersiri. Haha yang ni aku memang ketawa pecah perut. Lawak! Siap muka dia masuk TV lagi sebab kena interview dengan wartawan. Satu Taipei tahu dia mengandung kecuali kampung dia di Pulau Jiangmu. Sebab kebetulan hari tu siaran TV kat Pulau Jiangmu tak berapa baik..kikiki..
Bila keluarga Ji Cun Xi tahu hal dia dengan Xin Yi, maka dia kena lah bertanggungjawab dan kahwin dengan Xin Yi. Nak tak nak dia terpaksa kahwin untuk puaskan hati neneknya tapi tanpa pengetahuan orang lain dia buat perjanjian dengan Xin Yin. Selepas Xin Yin lahirkan anaknya, mereka akan bercerai. Xin Yi yang jenis tak suka susahkan orang ikut aje. Dan bermulalah kehidupan Xin Yin yang seratus-peratus berubah ketika tinggal di rumah Ji Cun Xi. Mulanya semuanya baik-baik sahaja. Layanan Cun Xi membuatkan Xin Yi fikir, dia akan menjadi isteri Cun Xi untuk selama-lamanya. Tapi kemunculan Anna telah membuatkan segalanya berubah.Kerana cemburu dengan perhatian yang Cun Xi berikan pada Xin Yi, Anna telah menganiayai Xin Yin dan meracuni fikirannya kononnya selama ini Cun Xi tidak inginkan anak dalam kandungannya. Xin Yi yang sedih, kemudiannya kemalangan dan keguguran. Time ni aku dah nangis dah...sebab kasihan kat Xin Yi dan kasihan juga kat Cun Xi yang hari-hari mencari Xin Yi untuk minta maaf..
Salah faham yang berlaku membuatkan Xin Yi ingin melupakan Cun Xi dan dengan rela hati mengikut Dylan meninggalkan Taipei ke Shanghai dan menjadi murid kepada Nakayama Ryu, seorang guru kesenian yang sangat dihormati. Di sana dia menjadi Elaine yang sangat berbeza dengan Chen Xin Yi yang lurus dan baik hati. Hubungannya dengan Dylan juga bermula meskipun jauh di sudut hati dia masih belum dapat melupakan Cun Xi.
Suka watak Ji Cun Xi (Ethan Ruan) yang walaupun kadangkala mementingkan diri, tapi dalam masa yang sama dia layan Xin Yi dengan baik dan sangat sayang dengan Ji Nian Pi (baby dalam kandungan Xin Yi yang dah siap dah ada nama). Ethan ni kalau sekali imbas tengok sebiji macam Ming Dao hero Prince Frog. Joe Chen yang memegang watak Xin Yi memang salah seorang aktress Taiwan yang aku suka dalam Prince Frog..tapi cerita ni sangat mendalam ertinya tentang bagaimana dua orang yang berbeza disatukan oleh satu kesilapan yang mana kesilapan itu menjadi sesuatu yang cukup manis dan mengharukan dalam hidup mereka. Bayangkan bila aku tengok cerita ni aku selalu tersenyum sendiri, kekadang aku ketawa dengan perangai kedua-dua watak utama ni. Sesaat kemudian aku boleh menangis kerana kesedihan. Cerita begini kalau boleh membuatkan aku melalui ketiga-tiga situasi itu, bermakna ianya sangat berbaloi untuk ditonton. So sweet...
8 comments:
best kan drama neh? dah lama dah tengok. sejak tengok drama neh la saya minat kebanyakan cerita yg Chen Qiao En berlakon. lagi satu cerita yg best, Hi My Sweetheart. Rainie Yang berlakon. Tapi drama tu belum habis lagi. Tiap2 minggu tunggu update kat viikii.
hehe ye la fisya, cerita ni antara cerita taiwanese yang best..pernah tengok cerita My Lucky Star tak? Hah cerita tu pun best..gabungan pelakon taiwan dan korea..
cerita ni memang best ada tayang gak kat tv astro AEC stiap isnin-rabu petang
salam myra,
tak best tgk sekerat2 kt AEC, beli box set lagi baik..barulah boleh tgk 3 hari non stop..
sweet kan cerita ni, menyesal tak tgk dari awal..dekat setahun beli baru nak tgk..almaklum sibuk sgt dgn projek menulis selama ni..
rasanya ini cerita yg boelh diulang tgk..ending dia kelakar gila + bodoh sikit..hihi
Terima kasih atas info..kena cari masa nak layan ni..
salam nomie,
tengok jgn tak tgk..tapi kalau dah tengok bersedia la utk mengabaikan byk kerja2 lain..macam saya. hehehe...
waaahh, mcm mnarik jek...hrrmm, kna carik nih...
seriously best dolce..carik jgn tak carik tau..
Post a Comment