Wednesday, December 16, 2009

Apa boleh buat...

Dua tiga hari ni aku asyik tengok prolog dan bab 1 yang aku siapkan khas untuk menghadiri bengkel AVA yang tak jadi 12 Disember baru-baru ini. Kesal juga hati bila tak dapat hadiri bengkel tu bersama-sama Farah, Jue, Maria Kajiwa dan ramai lagi. Sebenarnya aku nak sangat jumpa member2 blog aku ni dan of course teringin nak jumpa Kak Maria yang superb dalam penulisan bagi aku. Aku suka semua novel2 dia dalam blog dan merasakan Elara dan Honeypot salah satu cerita yang sangat mencabar. Apa nak buat? Hajat aku tak kesampaian sebab aku tak selesai lagi tugas mengawasi peperiksaan SPM. Tu lah siapa suruh pandai-pandai nak jadi cikgu..Hehehe terpaksa la terima tugas ni dengan hati terbuka.
Seronoknya bila membayangkan Puan Nisah Harun membedah karya-karya Farah, Jue dan yanbg lain-lain. Terus-terang aku nak sangat orang membedah karya aku. Of course la editor2 aku adalah tukang-tukang bedah yang sangat prihatin, konsisten dan sabar membedah karya-karya aku untuk diterbitkan. Tapi aku teringin nak ada seseorang yang boleh membedah karya aku di hadapan aku sendiri dan bagitahu aku, apa silap aku? Apa kelemahan dalam ritma penulisan aku serta apa yang boleh aku perbaiki dengan karya-karya aku yang akan datang?

Ada orang kata kat aku, tak payah pergi bengkel pun tak apa. Ko kan dah ada 7 novel. Heii tolong sikit, itu cakap-cakap orang yang sombong. Penulisan pun kena ada ilmu, kalau nak jadi penulis yang baik. Bukan setakat tulis syok sendiri dan ayat tunggang langgang sampai semua kerja editor nak kena betulkan. Kita kena juga belajar tentang struktur ayat, jenis-jenis perbendaharaan kata yang baru, cara menulis yang baik, idea-idea fresh tentang sebuah cerita yang memanfaatkan dan macam-macam lagi. Nak sebut memang banyak.Kat mana nak dapat semua ilmu-ilmu ni? Mestilah dari bengkel-bengkel yang diadakan.

Dalam 7 buah novel yang aku hasilkan, aku mengaku aku tak pernah belajar spesifiknya cara-cara menulis, tak pernah dapat didikan khusus untuk menulis (kecuali rajin bertanya dgn salah seorang lecturer aku dulu), juga tak pernah tahu cara-cara yang betul untuk menghasilkan sesuatu karya. Aku main redah aje...dan kebanyakan perbendaharaan kata aku dalam novel biasanya berasal dari banyak majalah dan novel-novel lain yang aku baca, idea penceritaan berasal dari satu teknologi dipanggil TV dan dua jenis organ yang dipanggil mata dan telinga, manakala unsur-unsur keromantisan karya-karya aku (hehe ada ke?), aku kutip dari banyak karya-karya berbahasa indonesia yang sangat aku gemari.

Teringat pula kat kata-kata abah aku tempohari. Katanya, antara bahasa yang puitis, sastera dan indah selain bahasa melayu adalah bahasa indonesia. Sebab itu aku gemar sangat membaca karya-karya sastera penulis-penulis indonesia. Bukan bermakna aku tak baca karya sastera penulis malaysia. Ada dan banyak sekali. Cuma aku paling menggemari bahasa-bahasa puitis indonesia. Gembira juga kerana dua tiga menjak ni my sis Aiza dah mula berjinak-jinak membaca novel-novel berbahasa indonesia yang menjadi koleksi aku. Tapi kat Malaysia ni aku susah nak dapatkan novel-novel berbahasa indonesia. Yang ada kebanyakannya telah diterjemah ke dalam bahasa melayu yang kebanyakannya aku tak minat. Kalau ada kawan-kawan yang tahu di mana aku boleh dapatkan novel-novel Indonesia ni kat Kuala Lumpur atau di mana sahaja, tolong inform yek..aku dah kemaruk nak membaca ni..

2 comments:

Farahusain said...

ala...sedih plak kita baca..tak pe nita, mungkin tak ada rezeki kali ni. Insya-Allah ada peluang lain menanti. hehehe...walaupun hati sebenarnya terkilan jugak sebab menanti2 nak berbengkel dengan penulis favourite saya...teringin nak awak bedah Nadi tu...hehehehe

Mazni Aznita said...

hehe farah ni, ada kita plak yg nak kena bedah nadi farah tu sedang sy sendiri nk org lain yg bedah karya saya tu..

untung farah dah ada pembedah puan nisah haron. masa sy sekolah lagi, sy selalu baca karya2 puan nisah haron tu dekat majalah dewan siswa. cerpen dia yg paling sy ingat ialah Anyss Sophilleaa klu tak salah.

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com