Tuesday, July 22, 2008

Canda Akalku

Hmm..dah lama tak catat sesuatu dalam blog ni. Kesibukan kerja dah jadi rutin harian cikgi macam aku ni. Kalau tak ke kelas sibuk siapkan lesson plan untuk esok, kalau tak pun mencacak di bilik akses siapkan apa-apa yang patut untuk pertandingan 3k. Ada cikgu yang aku kenal kata, buat apa bersusah payah dengan pertandingan ni kalau akhirnya orang yang di atas juga yang dapat nama. Nak tergelak pun ada dengar komen sebegini. Jauh di sudut hati aku, aku mengerti yang pandangan sebegini tak patut keluar dari mulut seorang guru. Berkhidmat untuk sekolah, bukan bersandarkan pada pujian atau pangkat semata-mata, tapi ini keikhlasan kita untuk melakukan satu sumbangan kecil pada sekolah. Ini yang sepatutnya kita lakukan. Mungkin sumbangan kecil ini akan berupaya menaikkan nama sekolah, biarpun akhirnya kita akan tetap berada di takuk yang lama. Itu sudah lumrah. kalau hendakkan balasan semata, rasanya tak perlulah jadi cikgu..lebih baik kerja di bidang yang senang naik pangkat dan boleh menentukan apa yang kita mahu atau tidak. Macamana cikgu lama boleh cakap macam tu sedangkan aku yang baru setahun jagung pun sedar tentang semua ni?? Bukanlah aku ni baik sangat pun, cuma aku tak leh dengar apa-apa yang aku rasa tak logik. Ada ke pulak sebab tak mahu orang atas dapat nama, sampai kita nak lingkupkan prestasi sekolah. Pernah dengar ke benda mengarut ni? Maybe he can do that but i still can't. Hehehe obviously aku ni tukang bangkang kat sekolah. Lumrah alam beb, lain orang lain ragam...

1 comment:

Unknown said...

Salam nita. salute kat cikgi nita coz x ramai cikgi yg punya semangat cam nita. Abg n adik sy pn cikgu dan sy sendiri pernah berkhidmat disekolah n saya tau camna suasana sek. Kebykkan cikgu hanya mau imbuhan n nama dan tdk ramai yg betul2 ikhlas dlm laksana kerja especially mendidik anak bangsa, yg mrk mau gaji nak besar tp keja berkira sgt2. Sdgkan kerjaya cikgu la yg paling mulia sekali. Yg plg sy sedih sekali bila hanya murid2 pandai aje yg diberi perhatian sdgkan murid yg berada di kelas belakang mrk buat sambil lewa aje sdgkan murid2 berkenaan jg berhak. Semoga semangat nita ni akan bertrusan sampai bila2. Ok.

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com