Saturday, April 17, 2010

Amaran Kalau Nak Shopping

Jangan confident sangat dengan kad kredit dan kad ATM anda!
WHY?
Becoz this is the whole story...

Last week aku dikenakan kad kredit aku sendiri. Bertuah sungguh kad kredit tu, anak siapalah agaknya! Langsung tak kasihan kat tuan dia ni. Alkisahnya one day ni, aku ajak my sis ke Giant. Mula-mula check duit dulu dalam dompet. Adalah dalam RM150. Nak ambil duit kat ATM malas, so aku ingat apa-apa hal nanti, aku guna ajelah kredit kad atau bank card.

Hajat hati nak beli bahan-bahan buat spageti (acara menggemukkan diri), tapi sebelum nak sampai ke bahagian spageti tu, sempat singgah macam-macam booth kat Giant. Mula-mula singgah kedai Playstation. Kat situ aku beli earphone aku yang dah rosak. Lepas tu jalan lagi tertarik pulak nak singgah ke sebuah kedai menjual perfume. Takde niat pun nak beli sebenarnya. Tapi entah macamana, hidu sana hidu sini..berkenanlah aku kat satu perfume ni. Jenama Anna Shui, yang kotak dan botol dia punyalah comel. Aku ni memang pantang tengok botol perfume. Aku pun terbeli la Anna Shui : Rock Me. Melayang la RM180 aku, huhuhu. Tapi masa tu aku guna kad kredit (dengan penuh yakinnya..)
memporakperandakan budget aku di Giant..Hahaha apalah..

Lepas tu baru aku masuk giant. Tapi faham-faham ajelah..bila dah masuk kat tempat ni, lagi-lagi bawa bakul. Macam-macam benda nak isi dalam bakul tu. Adik aku lagilah, semua benda dia nak borong. Mentang-mentang kakak dia yang bayar, sesedap rasa aje dia mengisi bakul tu. Time tu aku tahu dah, RM150 dalam dompet aku tu takkan cukup nak membayar harga barang-barang tu. Tapi takdelah bimbang sangat pun sebab kad kredit ada. Kad bank pun ada. No hal beb! Jeling sebelah mata aje.

Tapi bila time nak membayar, tak disangka-sangka kad kredit aku tak jalan. Aku pun simpan kad kredit dan hulur pula kad bank. Pun tak jalan jugak. Aku dah bengang tahap maut dah. Iskk apasal la benda alah ni? Takkan semuanya tak boleh kut! Tak logik! Tapi seriously semua kad aku memang tak boleh pakai time tu. Muka dah merah padam menahan malu. Hehe nih mesti org kat belakang tu kutuk. Punyalah banyak kad dia tunjuk, satu pun tak boleh pakai.

Then aku pun dapat idea nak pergi withdraw duit. My sis aku suruh tunggu kat barang-barang tu. Kaunter tu siap tutup sebab aku. Then aku pun pergilah kat mesin ATM tu, cuba keluarkan duit tapi semua kad aku tak jalan. Aku cuba semua, tapi still tak dapat. Aku dah panik gila! Alamak! Dahlah aku beli barang banyak, duit tak cukup pulak. Bukan banyak pun nak. Cuma nak RM20 jer. Nak keluarkan duit kat bank, kad aku tak approve.

Panik punya fasal, aku call adik aku Amrul. Kebetulan dia baru balik dari Riyaz Heritage. Adalah dekat 15 minit aku tunggu dia dengan wajah bengang dan perasaan membara. Rasa cam nak bakar aje semua mesin ATM tu. Hari tu semua benda alah tu dok berpakat nak kenakan aku. Lepas dapat duit dari my bro, adik aku Wawa pun pergilah tuntut barang tu. Tapi sampai kat sana, budak kaunter tu dah return semua barang-barang kitaorang. Punyalah aku dan adik aku bengang. Tapi nak salahkan kat dia pun tak boleh jugak, mungkin sebab dia dah tunggu lama. Padan muka kitaorang!

Kitaorang pun balik dari Giant tu dengan tangan kosong. Haha punyalah semangat nak beli barang, last-last bawa balik sebotol perfume aje. Tak ke kelakau tu? Rasa bodoh pun ada jugak. Lepas balik tu, aku singgah kat ATM di bandar. Saja nak confirm kan, betul ke kad-kad aku nak sabotaj tuan dia? Aikk boleh la pulak withdraw duit. Then aku guna kredit kad pulak beli barang harga RM15..hehe (angin je orang kaunter tu) Tapi orait jer…so apa yang tak kena dengan kad aku hari tu? Pelik sungguh! Misterius ni!

Moral of the story
1) Jangan beli perfume sesuka ati sebelum beli barang-barang dapur. Jangan tiru cam aku!!
2) Pastikan duit tunai kat dalam dompet banyak sebelum nak keluar. Kalau tak cukup, cekau la duit mak bapak, adik beradik atau duit tabung anda!
3) Paling penting, kalau nak ke Giant lain kali, tinggalkan aje adik aku yang nama WAWA tu.. hahaha.. (takde faedah bawak)

inilah perfume Anna Shui Rock Me yang telah berjaya memporak perandakan budget aku.

11 comments:

agent_sesat said...

akak bila akak guna kad tue? sebab samer mcm akak lah..hari tue nak withdraw duit..pun x bleh..gna kredit kad pun x bleh gak..satu hari x jln

last2 call org bank..and kad kredit dier ckp..active jer...and try lah gosok cip tue bagai..lap lah kan..baru bleh gna...masalahnya...time nak kuar duit..time nak bayar brg tue lah die rbuat hal... :(

moral of the story..be prepared... :)

m.k.z.e said...

salam nita

sblm 2, nak tanya dulu

kredit card & bank card = bank sama?

kl sama & lama x pakai, mungkin itu terjadi

ataupun

something wrong with ur card

aper2 pun, buat muka tembok sudah...

p/s : ade x perasaan si AA adalah artis? :)

Mazni Aznita said...

salam, fatiha kan
hari tu kak nita pakai kad tu kat Giant la..tp lepas tu kak nita cuba kt tempat lain okey ja..rasanya mesin kt giant tu yg problem..tp pelik juga sebab serentak semua mesin ATM pun tak leh jalan

Mazni Aznita said...

ala amarul,
krdit kad + kredit kad
bank card = kad ATM untuk bank2 yg biasa kita pakai..mck maybank dan CIMB kan kita boleh guna mcm guna kredit kad.

ala sya tau apa problemnya amarul..mesin swap dia yg rosak klut..haha ayat buat sedap ati..

fsl sy try guna kad yg sama kat tmpt lain, okey je..takde masalah pun..

haha sy ni artis ke? hehe pelik bunyinyer

Keluduk said...

itulah keburukan guna IT ni. so, guna cara tradiosional lagi baik. Pikul duit beb! Apa pun macam member kata, tembokkan muka aje!!! hi..hi

m.k.z.e said...

mksd saya, bank yang sama dua2 kad 2?

Anonymous said...

tih tih.. sabar je lah.. ur experience is as colourful as ur books..:)

Mazni Aznita said...

salam cikgu keluduk,

kadang kala benda berteknologi ni bagus utk memudahkan kerja kita dan menyenangkan diri..

tp kalau sekali aje benda alah ni mabuk, huru hara jadinya..
apapun,mcm cikgu keluduk kata...
mulai hari ni rajin2 la kita pikul duit klu nak beli barang..

Mazni Aznita said...

tak amarul..

kad kredit dgn kad ATM tu lain2 bank..utk kredit kad sy guna RHB tak pernah guna kredit kad under bank2 utama mcm mYbnk, cimb atau b.rakyat..

Mazni Aznita said...

haha ni adegan ni masuk dlm buku ni,.mesti pecah lubang..siapa yang malu? hahaha

Mazni Aznita said...

haha ni adegan ni masuk dlm buku ni,.mesti pecah lubang..siapa yang malu? hahaha

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com