UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Tuesday, October 13, 2009

Tribute To Wawa

Hari ni aku just nak share cerita tentang adik bongsu aku. Bukan apa, saja nak tribute kat dia sebab hari ni last day dia selesai menduduki PMR. Dia ni memang comel orangnya (bagi akulah...hehe) n of course la aku cakap begitu fasal dia adik aku. Aku ada banyak nama gelaran untuk dia sejak dia kecil sampailah usianya lima belas tahun. Biasanya gelaran-gelaran yang aku beri akan lekat pada dia. Means.. apa yang aku panggil, itulah yang orang akan panggil pada dia. Kiranya pengaruh aku kuat jugak la dalam family. Salah satu nama gelaran dia ialah Tea Pot. Tapi lama kelamaan kami sebut 'tiput' aje sebab lebih kiut..Hahaha..sikit-sikit ada bunyi siput..we all know that n yet still like the name..

Orangnya tinggi, kurus dan muka pulak kecil aje..lagi-lagi kalau dia pakai cermin mata lagilah nampak muka tu kecil. My other sis kata muka dia memang terover jimat coz semua organ seperti mata, hidung, mulut, telinga dan sebagainya cukup-cukup muat untuk diisi kat muka dia. Tak macam kitaorang ni, letak mata dan hidung..aikk ada lagi space..letak mulut lak..fuhh tinggal lagi space kat belah pipi plak..hehehe ada faham ke?

Dia ni hantu komik, gila kat My Space, meja study dia bersepah giler macam baru kena taufan Ketsana, bila keluar tak suka bawa duit sendiri (sbb dia tahu sangat siapa yang akan bayar), suka benar berfesyen sampai sanggup ikat talileher kat baju dia coz katanya fesyen terbaru. Kalau meja studynya kena hentam taufan ketsana, almari bajunya pula cam taufan palma. And the sweetest thing.. dia suka buat muka blur all the time, terutama masa kena marah dengan kami semua sebab malas nak belajar.

And you know what, tonight aku tanya dia agak-agak berapa A dia boleh dapat dalam PMR tahun ni? Dengan mata masih kat My Space, dia jawab...semua A kecuali Bahasa Inggeris. Hahaha sardin betul. Dalam kepala otak aku kureng2 dia jawab la 4A tak pun 5 A ke..tapi jawapan dia gempak gila. Sama gempak dengan jawapan adik aku zura masa kena interview bebaru ni. Tanya si tukang interview..ada tiga jabatan kat sini, agak-agak yang mana satu jabatan yang sesuai dengan awak? Jawab adik aku tu dengan muka selamba...tanpa diragukan lagi, saya rasa ketiga-tiga jabatan tu sesuai dengan saya.. hehehe poyo tul adik-adik aku ni.Kakak dia? Poyo jugak kekadang! Hihihi...

4 comments:

© EM Muhammad/Oshun Muhammad said...

Salam Anita...
Adik bongsu memang macam tu. Adik bongsu akak pun suka buat muka blur kalau kena marah. Sakit hati dibuatnya. Kalau kita nak shopping, dia yang beria-ia. Beli barang-barang dia dulu baru barang-barang kita... sabar sabar... kalau ikutkan, fulus kurang (high maintenance minah sorang tu) tapi kalau buat blur macam yang selalu dia buat kat kita, rasa bersalah pulak lepas tu... he he he. Sabar ajelah.

ANITA ARUSZI said...

haha tu ler kak elee...

wlpun geram tp kita selaku kakak totap sayang..hihi..adik sy yang sorang ni pun mmg high maintanance punya org..kecik2 lagi dah nmpk dah ciri2 tu..

JuliaEsqa said...

k.nita..letak la gambar..nk tgk gak muka jimat tu camne...hehehe(kelakola korg ni)

ANITA ARUSZI said...

haha mengamuk dia nanti klu letak muka jimat dia kat sini..hehe

 

Template by Blogger Candy