Tadi aku habiskan masa menonton Astro lebih-lebih lagi saluran HBO dan Cinemamax. Bukan apa, kalau otak aku tepu..aku akan habiskan masa menonton. Tapi dalam banyak-banyak cerita yang aku tonton non-stop dari petang tadi..aku paling tertarik pada movie lakonan Will Smith, Thandie Newton dan Jaden Smith yang bertajuk The Pursuit of Happyness atau bermaksud mengejar kebahagiaan. Apa yang dikejar? Apakah definisi kebahagiaan pada sesetengah manusia. Jika tidak ada duit, apakah manusia boleh bahagia? Inilah persoalan utama dalam dalam filem ini. Dari awal hingga akhir aku tak berganjak tonton filem ini dan tak sangka movie ni boleh buat aku nangis. Touching sangat!Friday, March 13, 2009
The Pursuit Of Happyness
Tadi aku habiskan masa menonton Astro lebih-lebih lagi saluran HBO dan Cinemamax. Bukan apa, kalau otak aku tepu..aku akan habiskan masa menonton. Tapi dalam banyak-banyak cerita yang aku tonton non-stop dari petang tadi..aku paling tertarik pada movie lakonan Will Smith, Thandie Newton dan Jaden Smith yang bertajuk The Pursuit of Happyness atau bermaksud mengejar kebahagiaan. Apa yang dikejar? Apakah definisi kebahagiaan pada sesetengah manusia. Jika tidak ada duit, apakah manusia boleh bahagia? Inilah persoalan utama dalam dalam filem ini. Dari awal hingga akhir aku tak berganjak tonton filem ini dan tak sangka movie ni boleh buat aku nangis. Touching sangat!Wednesday, March 11, 2009
Result SPM 2009
Teachers Lore 2
Friday, March 6, 2009
5 Romantic Movies
Sebenarnya aku sukakan filem-filem aksi, supernatural, mistik n kena fikir-fikir sikit macam Covenant, Gabriel, 23 dn yang sewaktu dengannya. Tapi sebagai perempuan, of course la aku layan gak citer-citer romantic ni. Hehehe...so jue, inilah jawapannya beserta huraiannya sekali kenapa aku suka. Hahaha....

2) A Very Special Love ni aku suka sangat. In fact semua citer2 JLC ni aku suka tengok. Mana taknya mamat Filiphino ni cuter sesangat...and dlm movie ni dia paling romantik. Watak dia sebagai Miggy yang buka sebuah syarikat pengiklanan yang hampir nak lingkup. Then datang si Laida (the girl) yg mmg menggilai Miggy ni (coz dia dr keluarga politik yang terkenal, so gambar dia n family jadi billboard tepi jalan). Laida ni mmg in love hbs kt Miggy dan bila dia dpt kerja kat syarikat Miggy, sukanyerr dia...cuma satu je yg dia tak tahu, Miggy ni berperangai baran, sombong dan suka memecat pekerja..Kiranya siapa yg kerja ngan Miggy ni setahun pun tak habis trauma..

3) Vampire Knight. Wlpun ini anime tapi bagi aku inilah anime yang paling best, romantic and mengujakan bila aku menontonnya. Sekarang musim 1 anime ni dah habis aku tengok. Tinggal nak habiskan musim 2 : Vampire Night Guilty. Sukanya aku dengan watak-watak Yuuki Croos, Zero dan Kaname yang cool habis. Kisahnya? Dah namanya Vampire, kisah tentulah Vampire. tapi vampire yang romantic mcm Edward Cullen..lagu-lagu opening theme kat dalam ni seperti futatsu no kodou to akai tsumi nyanyian on/off dan still doll menjadi kegilaan aku smpi aku buat ringtones. Best sangat :


Thursday, March 5, 2009
Al-Kisah Street Vendetta
Wednesday, March 4, 2009
Sakti Cinta
Bila renung novel ni, tetiba je rasa ada semacam kelegaan. Hanya orang-orang tertentu sahaja faham betapa susah payahnya aku memastikan novel ini dapat diterbitkan. Aku nyaris menangis, nyaris putus asa dan nyaris tarik manuskrip ni dari syarikat iBook..banyaknya benda yang aku dah buat selama setahun ini. Tapi melihat cantiknya warna kuning bertatahkan tulisan berwarna pink pada cover novel, entah kenapa yang menjadi beban dan hampa itu segera menghilang. Seronoknya aku dapat menatap cover novel baru aku yang setebal 755 mukasurat ini dengan mata kepala sendiri. Bagi seorang penulis macam aku, menatap novel sendiri lebih seronok dari sewaktu mendapat hasil royalti.
Sinopsis Sakti Cinta
Dua beradik, Dina Azura dan Diazey dalam diam-diam mempunyai perasaan terlarang di antara satu sama lain tetapi memendamkan perasaan masing-masing. Perasaan yang hadir, membuatkan Diazey melarikan diri jauh ke luar negara dengan satu tujuan. Melarikan diri dari Dina Azura serta membunuh perasaan cintanya pada adiknya sendiri. Sepuluh tahun kemudian, Diazey pulang ke tanahair dan bekerja dengan seorang wanita bernama Alma Katherine dan membawa kembali pertemuan yang cuba dielakkannya dengan Dina. Apakah dia mampu membunuh rasa cintanya pada Dina? Atau apakah cinta mereka benar-benar terlarang? Dapatkan jawapannya di dalam Sakti Cinta..
Wednesday, February 25, 2009
Harapan Yang Tak Pernah Pudar...
Sampai sekarang pic ni tetap aku simpan sbg kenang-kenangan dan berharap one day, aku boleh bergambar dengan model cover SC, adib dan auni yang cute sangat-sangat in person.
P/S : Rina..kalau terbaca entry ni, call saya yek..saya nak tunai janji. hehehe...insya allah!
Thursday, February 12, 2009
Cover Hujan Rindu
Hmmm belek-belek email hari ni, nampak kiriman email dari FP. Isi email adalah cover novel terbaru aku dengan Fajar Pakeer bertajuk Hujan Rindu yang akan ke pasaran pada awal April 2009 ini. Menurut staff FP, kemungkinan besar ia akan mulai dijual sebelum berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa di Kuala Lumpur nanti.
Hehehe..comel tak? Tak sabar nak tunggu buku ni keluar sebab ini hadiah aku untuk keluarga aku. Blurb dia tak dapat disertakan buat masa ini kerana aku belum menerima isi blurb. Lagipun tak seperti KN, dengan FP ni aku tak buat blurb aku sendiri. Lagi senang.. tak susah otak aku nak fikir panjang-panjang.
Nota : HR adalah e-novel yg pernah tersiar di blog ini akhir tahun lepas dan kini ia akan kembali dalam versi cetak. Nantikan kemunculannya. Bagi pengunjung blog yang tidak sempat mengikuti e-novel ini, aku paparkan sedikit sedutan dari versi e-novel.
YUZER baru pulang sewaktu melihat Anum Dahlia rancak berbual dalam telefon. Dia menjeling ke arah Anum Dahlia yang pura-pura tidak melihatnya. Wajah gadis itu ceria. Sesekali deraian ketawa Anum Dahlia terdengar lunak di telinganya.
Yuzer berlalu ke arah dapur. Dia tidak berniat mahu menganggu perbualan gadis itu, meskipun hatinya teramat ingin tahu dengan siapa Anum Dahlia berbual. Sambil menuang air masak ke dalam gelas, matanya masih mengawasi tindak-tanduk Anum Dahlia.
“Baiklah, Kimi, nanti saya datang. Insya-Allah,” ujar Anum Dahlia seraya menghabiskan perbualan.
Sebaik gadis itu meletakkan gagang telefon, Anum Dahlia menoleh ke arah Yuzer.
“Awal awak balik hari ni?” tegurnya sambil tersenyum.
Hairan juga dia melihat Yuzer balik ke rumah agak awal. Selalunya pukul 5.00 atau 6.00 baru lelaki itu muncul, tapi jam di dinding rumah itu baru hendak masuk pukul 1.00 tengah hari. Hendak makan tengah hari di rumahkah? fikir Anum Dahlia.
Teguran Anum Dahlia disambut Yuzer dengan sekadar anggukan. Melihat wajah Yuzer yang serius, Anum Dahlia tidak banyak cakap, terus melangkah masuk ke biliknya. Namun belum sempat dia menghilangkan diri ke dalam bilik, talian telefon di rumah itu berbunyi lagi. Anum Dahlia berpaling, namun Yuzer terlebih dahulu mengangkatnya.
“Helo! Ya, Yuzer cakap. Itu nenek ya?”
Anum Dahlia tercengang. Siapa? Nek Jahkah? Dia tercegat memandang Yuzer. Lelaki itu masih rancak berbual namun sesekali mata Yuzer melirik ke arahnya. Dia menganguk-angguk sesuatu sebelum menghulurkan gagang ke arah Anum Dahlia.
“Nenek nak cakap dengan awak,” ujarnya bersahaja.
Anum Dahlia mengambil gagang telefon dari tangan Yuzer. Lelaki itu masih tercegat di situ, membuatkan Anum Dahlia dihimpit serba salah. Perlahan-lahan gagang telefon itu di lekatkan pada telinganya.
“Helo! Nenek ya? Anum sihat, nek. Nenek dengan datuk sihat?”
Senyuman halus mula singgah di bibir mungil itu. Yuzer yang melihat seakan terpaku.
“Tak ke mana pun, nenek. Kelmarin Anum dengan Zurin jalan-jalan kat shopping complex kat sini. Lepas tu kami pergi makan, itu aje.” Dia mencanang satu per satu aktiviti yang dilakukannya bersama Zurin.
“Yalah. Insya-Allah nek, nanti Anum balik segera. Anum pun rindu dengan nenek dan datuk. Kalau boleh Anum pun nak balik cepat,” sahut anak gadis itu pula.
Yuzer menatap gadis itu agak lama. Kenapa, tak sukakah dia tinggal di rumah aku sampai nak balik cepat? detik hati Yuzer penuh tanda tanya. Namun dibiarkan gadis itu menghabiskan perbualan. Apabila dirasakan perbualan antara Anum Dahlia dan Nek Jah hampir berakhir, tiba-tiba sahaja Yuzer merampas telefon di tangan Anum Dahlia. Gadis itu tergamam.
“Helo. Nenek, Yuz nak minta izin nenek bawa Anum dan Zurin ke Pulau Pangkor. Mereka mungkin balik lambat sedikit daripada jadual asal. Yuz harap nenek izinkan. Lepas balik dari Pulau Pangkor, Yuz sendiri akan hantar mereka berdua ke kampung. Lagipun Yuz ada kerja dengan ayah,” ujar Yuzer selamba.
Anum Dahlia tercengang mendengar kata-kata Yuzer. Dia berdoa agar Nek Jah tidak setuju dan memintanya pulang segera. Namun mendengar kata-kata Yuzer seterusnya, Anum Dahlia tahu harapannya tidak mungkin berjaya.
“Baik, terima kasih, nenek. Sampaikan salam kami pada datuk ya!” ucap Yuzer seraya menamatkan perbualan.
Dia meletakkan gagang telefon di tempatnya, seraya mengalihkan pandangan ke arah Anum Dahlia yang tercegat seperti patung. Wajah gadis itu menikam tepat ke wajahnya. Bibir Anum Dahlia bergerak-gerak bagaikan ingin mengatakan sesuatu. Tapi sebelum sempat Anum Dahlia mahu bersuara, Zurin tiba-tiba muncul sambil menjerit kegirangan.
“Betul abang nak bawa kami ke Pulau Pangkor?” soalnya inginkan kepastian.
Yuzer hanya mengangguk.
“Bila? Bila kita nak pergi?” soalnya lagi sudah tidak sabar.
“Selepas kerja abang habis. Mungkin dalam dua tiga hari lagi. Lagipun kita kena tunggu Zaza habis exam. Lepas tu kita pergi sama-sama,” usul Yuzer.
Sebenarnya sudah dua hari dia merancang percutian itu. Apatah lagi apabila Zurin sering merungut kerana mereka sudah lama tidak pergi bercuti. Sekadar meraikan Zurin yang baru menamatkan peperiksaan SPM serta Zaza yang baru habis final exam, maka dia sudah menyuruh Emir menempah apartmen yang selalu didiaminya jikalau mereka bercuti ke pulau percutian yang terkenal itu.
“Kak Anum dengar tak? Kita nak pergi Pulau Pangkor.” Zurin memeluk Anum Dahlia tanpa sedar.
Anum Dahlia tersenyum, namun senyuman yang diberi kelihatan hambar di mata Yuzer. Dia tahu gadis itu tidak bersetuju dengan rancangannya.
HR 2
Anum Dahlia memanjangkan lehernya, mengintai kelibat Yuzer dan Zurin yang sedang tertawa menonton rancangan komedi di televisyen. Tanpa disedari, mulutnya melepaskan keluhan berat. Dia meneruskan tugasnya membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun, sisa daripada makan malam tadi.
Sambil membasuh, dia terkenangkan Nek Jah dan Tok Anjang di kampung. Apa khabar kedua-dua mereka? Entah mengapa dia rasa kasihan dengan Nek Jah. Mungkin tujuan Nek Jah menelefonnya kerana ingin menyuruh dia pulang awal. Tapi bila tiba-tiba Yuzer membuat permintaan sebegitu, mahu tak mahu Nek Jah terpaksa menurut.
“Nenek rindu betul pada Anum. Jaga diri kat sana ya, sayang!”
Ucapan Nek Jah petang tadi menyentuh hati kecilnya. Apalagi ungkapan kata sayang daripada wanita itu begitu kerap meniti di bibirnya sejak dua menjak ini. Jauh di sudut hati dia tahu, wanita itu mula menyayanginya. Bahkan dia juga begitu. Sebulan bersama Nek Jah dan Tok Anjang, kasih sayangnya tumbuh mekar dari hari ke sehari.
“Awak marahkan saya?” ujar suatu suara.
Anum Dahlia tergamam. Dia berpaling. Pantas matanya bertembung pandang dengan kelibat tubuh Yuzer yang tiba-tiba menjengah ke ruang dapur.
“Saya tak faham apa maksud awak,” balas Anum Dahlia acuh tak acuh. Dia kembali menghadap ke arah sinki sambil meneruskan tugasnya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu memandang Yuzer. Bimbang Yuzer melihat air mata yang bergenang di kelopak matanya.
“Saya tahu awak tak suka tinggal di sini, lebih-lebih lagi sebab saya ada di sini.”
“Ini rumah awak, saya tak berhak nak marah!” balas Anum Dahlia pantas.
“Tapi awak tak suka bila saya buat keputusan menghalang awak balik ke kampung kan? Saya tahu awak rindukan nenek dengan datuk. Pelik juga bila saya fikirkan, hubungan awak dengan mereka lebih baik daripada hubungan mereka dengan Melina, cucu mereka sendiri. Apa rahsia awak,Anum?” soal Yuzer.
Anum Dahlia tergamam. Rahsia? Apa maksud Yuzer? Dia memberanikan diri memandang ke arah lelaki itu. Wajah lelaki itu serius menatap ke arahnya. Anum Dahlia kian resah.
“Awak tiba-tiba muncul dalam hidup kami dan dalam sekelip mata awak jadi cucu kesayangan Nek Jah dan Tok Anjang. Tapi anehnya kami langsung tak tahu apa-apa pasal awak. Siapa awak sebenarnya?” Bertalu-talu soalan itu menyapa bibir Yuzer.
Kata-kata Yuzer seperti mengandungi maksud tersirat, membuatkan Anum Dahlia rasa seperti dadanya ditolak dengan batu besar. Dia ingin bersuara, namun lidahnya bagaikan kelu untuk berkata-kata.
Perlahan-lahan Yuzer melangkah mendekati Anum Dahlia yang seperti hendak menangis. Dipandangnya wajah itu tidak mahu lepas.
“Awak orang asing dalam hidup saya, Anum. Selalunya saya tak pernah membiarkan seseorang yang asing hadir dalam hidup saya begitu sahaja. Tapi entah kenapa dengan awak, hati saya bagaikan membenarkannya dan saya tak faham kenapa ianya berlaku,” bisik Yuzer perlahan.
Anum Dahlia terdiam. Entah kenapa hatinya berdebar kuat tatkala ungkapan kata-kata itu meluncur dari bibir Yuzer. Meskipun dia tidak pasti apakah maksud sebenar lelaki itu, tapi entah kenapa hatinya terasa sejuk mendengar kata-kata Yuzer itu. Ada sekelumit ketenangan singgah di penjuru hatinya.
Tuesday, February 10, 2009
Bengkel Penulisan
Dengar cerita projek Pengkisahan Guru (Teacher Lore) ini akan diabadikan sebagai tribute kepada Mantan Timbalan Menteri Pelajaran, arwah Dato' Razali Ismail mengenangkan jasa-jasa arwah sendiri yang pernah bergelar pendidik dan penyumbang kepada dunia pendidikan tanahair terutamanya di Terengganu sendiri.
P/S : Aku hanya ada 6 hari untuk siapkan draf cerpen ni. Tapi rasanya aku kena guna 4 hari darinya untuk refresh balik otak yang dah berkarat ni dan perah otak cari idea untuk tulis apa. Tapi rasanya dua hari dari empat hari tu, apa pun tarak....hehehe aci tak datang bengkel tu bawa badan aje?
Monday, February 9, 2009
Tuah Versus Jebat
Ini mengingatkan aku pada salah seorang teman chatting aku berbangsa Holand, Bert yang pernah mempelajari tentang Kesultanan Melayu Melaka di universitinya. Salah satu topik yang kami bincangkan ketika itu adalah tentang sejauh mana kesetiaan Hang Tuah yang mengatasi apa yang aku istilahkan ketika itu sebagai satu tindakan yang ‘kurang berakal’ bagi seorang pahlawan melayu yang dikagumi dan terbilang di mata rakyat melayu dan orang luar sekalipun. Even Bert sendiri mempersoalkan perkara tersebut dan mengatakan Hang Jebat dikenali di tempatnya sebagai seorang wira. Rasionalnya kerana Hang Jebat mempertahankan apa yang benar dan menentang apa yang batil, di saat-saat semua orang melayu ketika itu yang pengecut dan hanya menjadi Yes Man sahaja. Malunya! Kita memandang Hang Jebat sebagai pengkhianat bangsa sedangkan Hang Jebat adalah wira bangsa bagi orang yang bukan melayu. Bagi aku sendiri Hang Jebat adalah lambang manusia yang dicatatkan sejarah sebagai orang pertama yang berani mempertahakan pendapatnya. Malangnya Melaka ketika itu bukannya sebuah tanahair yang demokrasi serta bebas menyuarakan apa sahaja. Dan apakah negara kita sekarang ini demokrasi? Jawab aku TIDAK! We are not democracy.
Tapi lupakan soal Hang Tuah dan Hang Jebat seketika. Kerana apa yang berlaku pada zaman itu telah pun berlalu. Tetapi anehnya kita mengulang kembali kesilapan lama pada alaf ini. Perkataan derhaka kini menjadi satu perkataan yang popular dalam internet, di dalam media masa, di media cetak, di sekolah-sekolah, di universiti, di kedai kopi dan di mana-mana sahaja ianya diperkatakan. Semua orang berminat memberi komen di suratkhabar dan di televisyen. Hari-hari benda yang sama dikeluarkan sehinggakan aku sendiri naik muak. Damn! They’ve talked about it very much. Derhaka sana derhaka sini. Tapi tak ada yang nak bercakap soal penderhakaan terhadap perlembagaan negara yang jelas-jelas telah diperkotak-katikkan sesuka hati. Since when kita boleh sesuka hati merampas apa yang telah dipilih oleh rakyat? Is it a democracy? To me..it is hell not a democracy. Jika kalah, kalahlah secara bermaruah. Jika menang, menanglah secara berhemah. And once again…there were Hang Tuah and Hang Jebat in this issue. Bezanya Hang Tuah tidak lagi boleh membunuh Hang Jebatnya hanya kerana permintaan Sultan. Dan aku...malas nak cakap banyak lagi!
Sunday, February 8, 2009
Best..Best!!
Wednesday, February 4, 2009
10 Cara Membunuh Hati
Terbaca satu artikel baru-baru ini Mengenai 10 Cara Bagaimana Mahu Membunuh Hati. Firstly aku baca…aku agak sinikal. Kalau artikel yg dipaparkan bertajuk 10 Cara Mengubati Hati atau 10 Cara Untuk Membunuh Diri, mungkin aku takkan ambil kisah. Tapi bercakap soal membunuh hati, aku rasa keliru. Kenapa perlunya hati dibunuh? Apa akan jadi dengan manusia yang hatinya sudah dibunuh? Dan susah untuk aku menyukai artikel ini..kerana sebahagian yang ada di dalamnya adalah mewakili apa yang aku rasakan sekarang ini. Benci memikirkan yang sebahagiannya mungkin adalah benar. Satu jawapan kepada hati.
Inilah point-point yang terpapar. Terima jika sudi. Tolak jika membenci. Namun jangan sesekali biarkan hati anda mati.
Menyukai kesunyian melebihi sebarang bunyi.
Menyimpan perasaan seperti sebuah diari
Memikirkan orang lain melebihi diri sendiri
Selalu mengatakan YA sedangkan TIDAK juga mungkin lebih baik.
Melihat dunia yang hanya ada sekelompok manusia : yang tidak digemari
Tidak pernah berpaling walau sekali ke belakang sewaktu melangkah
Merasakan malam lebih bermakna berbanding siang.
Tidak pernah terasa mahu mencuba makanan yang dirasakan tidak sedap atau membeli sesuatu yang tidak diperlukan.
Malu untuk bersuara biarpun pada diri sendiri.
Menyukai perkataan Syurga sedangkan Neraka tidak pernah disebut.
Monday, February 2, 2009
Vampire Lover
Friday, January 30, 2009
Selesai akhirnya...
Fuh..akhirnya habis juga aku menonton drama Lucifer aka Devil ni sebanyak 20 episod ini tepat pada jam 1.35 pagi hari Sabtu. Actually aku dah mula tonton drama ni bulan lepas lagi, tapi sebab sibuk...aku stop jap. Dan sejak semalam, aku sambung tonton dari episod 14 hingga 20 nonstop. Dan endingnya amat-amat tidak dijangkakan.Thursday, January 29, 2009
Casanova : Oh My Olan…Softlan??
Dia ada kawan baik dulu yang tentunya sekarang dah tak berapa nak baik lagi. Sebabnya? Hai…susah…susah…Banyak benda nak kena explain. Dari mana nak start? Okeylah kita start aje dari namanya. So si kawan baiknya yang dah tak berapa nak baik ni namanya Olan. Panggilan manja-manja kucing dari nama Sofian bin Endut. Orangnya nak kata hensem, bolehlah bagi 3 bintang suku. Lepas sekolah, masing-masing bertebar di seluruh planet ni kecuali si Olan yang dengar-dengar cerita sudah malas nak menyambung study. Katanya ada tiga reason kenapa dia malas nak sambung belajar. Pertama; katanya otaknya tak berapa nak geliga sangat. Markah masa SPM dulu pun ciput-ciput aje, cukup makan. Tak boleh nak salahkan dia juga..masa mak dia mengandungkan dia…mak dia diberitakan tertelan kapur putih (makluman : ayah dia cikgu sekolah rendah). Ni kira si Olan tu dapat efek gak la dari kejadian mengerikan tu. Just satu saje kelebihan dia, wajah dia putih pucat..smooth aje macam baru lepas letak krim malam. Farah, kita letak ajer cun kurang sikit dari si Edward. Hahahaha..okey sambung. Sebab tak mahu membazirkan duit mak bapak dia, maka dia lebih rela berhenti belajar dan kerja kat kedai dobi 24 jam kepunyaan Yap Ah Seng, the most incredible taiko dalam industri dobi mendobi. Pendek kata separuh kain di Kuala Lumpur ni didobi oleh kroni-kroni Yap Ah Seng ni.Kedua, dia kata sejak ayahnya berkahwin lain dengan Janda Berhias kampung sebelah, mak dia asyik makan hati. Dek sebab dia anak yang baik, yang solehah..maka dia decide nak jaga mak dia. Sebab tu dia kerja kedai dobi siang malam sebab nak kumpul duit, beli ayam, udang, sotong kat mak dia. Jadi tak payahlah lagi mak dia makan hati hari-hari kan!
Sebab ketiga, Olan kata dia frust ngan Cikgu Sazwan. Hah yang ni dia dah start confuse. Apa kenanya Cikgu Syazwan si ‘macho man’ tu ngan Olan lak? Quote again : pembetulan! panggilan ‘macho man’ tu bukan datang dari mulutnya ya. Pandai-pandai aje nak tuduh dia mat dua alam! Hehehe..Tapi dia malas nak bertanya banyak. So dia biarkan sahaja Olan buat keputusan sendiri sambil dia pula terbang ke universiti antah berantahnya di Skudai, menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan sambil membuat second degree dalam bidang yang paling dia minat iaitu ‘Hati Dan Perasaan.” Hehehehe…
Tapi itu cerita 10 tahun lalu. Selepas sepuluh tahun ini, bersamaan dengan Hari Khamis, 12 Februari (lagi dua hari Valentine’s Day).. kira-kira jam 3.3o petang after lunch hour, dia terima pesanan dalam petak YMnya. Mulanya dia tidak perasan siapa pula la yang buzz dia sampai 28 kali tanpa henti. Setelah dia melihat wajah yang tertera di situ, baru dia perasan wajah itu milik Sofian bin Endut ni. Ntah bila pulak agaknya dia approve si Olan ni. Ada tapi kau lupa! Jawab hati kecilnya yang sememangnya tak kuasa nak fikir benda yang remeh temah.
Dia sempat berchatting dua tiga line dengan Olan, apabila bosnya muncul mendadak sambil membuat muka muncung Hitler. Dia terus potong line Olan..tetiba juga Olan ajak mereka jumpa kat restoran mamak depan Bangunan TNB kat PJ. Dan tanpa berfikir panjang, dia just sebut YES! (dengan menaip daa dalam YM Chatroom).
Sebenarnya bukan dia tidak tertanya-tanya apasal Olan yang menghilangkan diri selama 10 tahun akhirnya muncul diri? Buang tebiat ke apa? Selama ni bila dia contact Olan, mamat tu asyik buat derkkkk je kat dia. Ni yang dia malas nak sambung cerita! Last-last dia juga buat derrkkkk juga pada Olan. Now dua-dua sama-sama pakar dalam ilmu buat derrkkkk aje.
Tepat yang dijanjikan. Hari Sabtu, dia sudah terpacak kat kedai mamak di tempat yang dijanjikan. Dia sempat juga mengebas paper ayahnya sebelum keluar dari rumah tadi. Manalah tahukan, kalau-kalau si Olan tidak datang lagi..dia tidaklah membuang masa dengan menunggu bagai pak pacak.
Sepuluh minit dari masa yang dijanjikan…dia merenung teh tarik yang dipesannya yang sudah tinggal separuh. “Mamak, bagi teh tarik segelas lagi!” Dia menjerit. Nyaring dari biasa.
Dua puluh minit dari masa yang dijanjikan….dia menjeling kain batik makcik meja sebelah yang terselak menampakkan betis. Fuh gebunya! Makcik pun makciklah asal perempuan. Heheheh..
Tiga puluh minit dari masa yang dijanjikan….Dia mengira pencungkil gigi yang berada di atas meja di hadapannya.
Empat puluh minit dari masa yang dijanjikan….matanya mula kuyu. Kira pencungkil gigi ni tak habis-habis. Bosannya! Huwarggg…
Lima puluh minit dari masa yang dijanjikan…matanya mula segar bugar. Seorang gadis cantik baru sahaja melangkah masuk dari suatu arah. Dai memakai baju kebaya merah menyala yang dipadankan dengan kain batik jawa. Sekali pandang macam gadis zaman Azizah dengan P. Ramlee dulu aje. Dia menegakkan tubuhnya. Matanya terkelip-kelip memandang tubuh montok gadis itu sambil menelan air liur.Fuh seksinya….gulpp! Sekali lagi telan liur bila gadis itu melangkah ke arahnya.
Otaknya mula berfungsi. Segala ilmu yang dipelajarinya harus dipraktikkan. Kali ini si cantik manis ini takkan dilepaskan. Dia tersenyum-senyum bagaikan orang mabuk yang baru keluar dari hospital sakit jiwa.
Tak disangka-sangka gadis itu berhenti di tepi mejanya. Senyuman manis seindah senyuman Siti Nurhaliza dilemparkan dari bibir mungil yang merah dengan lipstick.
“Hai, cik adik nak pergi mana? Nak cari siapa? Kalau tak keberatan, duduklah sini..kita berborak-borak cari fasal.” Dia mula masuk jarum.
Si gadis tersenyum lagi. Mulus! Namun hatinya melonjak-lonjak gembira bila gadis itu seperti sudi memenuhi pelawaannya.
“Kenapa malu-malu ni? Abang bukannya nak makan cik adik.” Ayat basinya datang lagi. Ah lantaklah, asalkan bunga idaman jatuh jua ke pangkuan. Basi atau tidak, bukan halangan lagi untuknya memikat bunga merah menyala ni. Nak tunggu Olan datang buat mengabih boreh aje. Kurang-kurang ada juga benda di kedai mamak ni yang boleh dipandangnya selain dari makcik XXL yang sedang makan tiga keping tosei di meja sebelah.
Tiba-tiba gadis di hadapannya ketawa besar. Dia tergaman. Bukan kerana dia tidak pernah mendengar orang perempuan ketawa. Hanya kali ini nafasnya terasa pasang surut. Await dalam benar suara gelak pompuan ni? Begitulah ritma hatinya yang mula duk dak duk dak.
“Woi Zack, ini akulah…akulah ni Olan.” Suara itu keluar bagaikan sebiji bom yang baru sahaja dilancarkan ke negara-negara Haru Biru. Now dialah si haru biru itu. Dengan wajah merah padam hampir menjadi ungu kebiru-biruannya, color wajahnya bertukar lebih kerap dalam masa 30 saat sahaja. Olan? But….but..macamana Olan boleh jadi macam ni lak? Dahlah cantik, bergetah pulak tu.
“Kau mesti terkejut kan tengok aku cantik macam ni. Thanks to Uncle Yap, dia yang sponsor aku tukar jantina. Dah lama dah aku nak jadi cantik macam awek-awek kat sekolah kita dulu. Kalau aku cantik, baru Cikgu Syazwan tu tergila-gila kat aku.” Suara Olan ceria macam Tweety baru lepas lari dari Tom Cat.
Astaghfirullah azim…dia mengucap panjang. Buat pembedahan tukar jantina ropanya si Olan ni. Padanlah cun semacam. Tang suara je yang tak leh tukar. Garau macam dulu jugak! Yang paling memalukan dia hampir mengorat kawannya sendiri, his bestfriend masa sekolah dulu.
Sekarang semuanya dah clear dalam kepalanya. Kenapa bila dia sibuk menonton ragbi, si Olan sibuk mengendeng kat awek-awek cheerleader. Dulu dia ingatkan Olan sibuk mengorat, rupanya dia silap besar. Bila dia ajak Olan pergi jogging, si Olan cepat-cepat menolak sebab takut berpeluh. Dia juga pernah suspek Olan hisap dadah semata-mata dia jumpa serbuk putih dalam beg Olan. Padahal itu cuma bedak yang berjasa memutihkan lagi muka Olan yang sedia putih itu. Dia juga mula faham kenapa Olan menghentak-hentak kaki bila nampak Cikgu Syazwan dikelilingi oleh teman-teman sekelasnya especially girls. Ingatkan Olan marah cikgu tu potong line dia, padahal yang dia marah ialah mereka-mereka yang mengelilingi cikgu idolanya. Iskkk…kawan aku! Si Olan sudah jadi Softlan…sesuailah dengan nama dia Sofian bin Endut. My best friend sudah menjadi brand image produk detergent tu! Sofian sudah jadi Softlan..lembut..lembut dan melembutkan. Huhuhuhu...
UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com