Fuh..akhirnya habis juga aku menonton drama Lucifer aka Devil ni sebanyak 20 episod ini tepat pada jam 1.35 pagi hari Sabtu. Actually aku dah mula tonton drama ni bulan lepas lagi, tapi sebab sibuk...aku stop jap. Dan sejak semalam, aku sambung tonton dari episod 14 hingga 20 nonstop. Dan endingnya amat-amat tidak dijangkakan.
Ceritanya bukan kisah love story seperti yang selalu dihidangkan oleh drama2 korea yang lain. But bukan tidak ada langsung. Ada..hanya 20 peratus sahaja kisah cinta. Mungkin bagi sesetengah orang yang menggemari cerita fairytale korea takkan sesekali memilih Lucifer untuk ditonton sebab unsur-unsur misteri dan suspen dalam cerita ini terlalu banyak. Tapi aku tetap menggemari cerita-cerita begini.
Kisahnya bermula dengan sebuah kejadian 12 tahun lalu di mana di sebuah gudang kereta2 terpakai, seorang remaja belasan tahun bernama Jeong Tae-Hyun telah ditikam sehingga mati oleh seorang remaja lain bernama Kang O-Su . Seorang budak perempuan Hyen In berusia 12 tahun yang mempunyai kuasa psikik melihat apa yang berlaku hanya dengan menyentuh sesuatu. Hyen In adalah orang pertama yang sampai di tempat kejadian dan membantu polis menyelesaikan kes. Namun kerana Kang O-Su seorang anak kepada ahli politik, maka dia dibebaskan dengan alasan mempertahankan diri. Ini menyebabkan ibu Tae-Hyun membunuh diri dan adiknya Tae-Sung pula melarikan diri selepas kejadian ibunya.
Namun peristiwa ini telah menghantui hidup Kang O-Su selama 12 tahun lamanya. Dia hidup di dalam penyesalan sehingga mengambil keputusan mahu menjadi polis dan membanteras jenayah. Sesuatu yang aku sangat kagum dengan wataknya yang berusaha sedaya upaya untuk berhadapan dengan kesilapan yang pernah dilakukannya dulu. Beberapa kejadian siri-siri pembunuhan mengaitkan Kang O-Su dengan kes 12 tahun yang lalu, mempertemukan dia dengan Oh Seung-ha..seorang peguam muda yang sentiasa kelihatan dingin dan tenang. Namun jauh di sudut hati, Oh Seung Ha adalah seorang lelaki yang sangat sunyi dan takut dengan dirinya sendiri.
Oh Seung-Ha sebenarnya adalah Jeong Tae-Sung, adik kepada remaja yang dibunuh oleh Kang O-Su suatu ketika dahulu. Kehadiran Oh-Seung Ha yang misteri sebenarnya awal-awal aku dah dapat agak adalah dalang kepada semua pembunuhan yang berlaku di sekeliling Kang O Su melibatkan orang-orang yang rapat dengannya. Kehadiran Oh Seung-Ha sebenarnya adalah untuk membalas dendam terhadap Kang O-Su. Tapi yang menjadikan cerita ini menarik ialah bagaimana caranya Oh Seung Ha membalas dendam. Dia tidak mengotorkan tangannya sendiri dengan darah. Tetapi dia bijak memanipulasikan orang-orang di sekelilingnya untuk membunuh dengan menggunakan emosi dan kelemahan mereka. Oh Seung-ha is a man with a brain. Dan percaya atau tidak rancangan untuk membalas dendamnya telah pun bermula sejak dia berusia 16 tahun apabila dia memalsukan kematiannya sendiri dan menukar identiti. Sangat bijak!
Namun dendam yang dirasakan oleh Oh Seung Ha terhadap Kang O Su semakin lama semakin pudar bila dia bertemu dengan Hyen In, gadis kecil yang ditemuinya suatu ketika dulu. Hyen In si librarian ini turut berkawan dengan Kang O Su apabila dia sering membantu pihak polis menyelesaikan kes dengan kebolehan psikik yang dimilikinya. Kedua-dua lelaki ini menyimpan perasaan terhadap Hyen In yang sangat lembut. Tetapi cinta Hyen In nampak jelas pada Oh Seung Ha walaupun dia cukup baik dan prihatin pada Kang O-Su.
Tema cerita ini cukup menarik. Ia berkait tentang bagaimana dendam tidak pernah membuatkan seseorang itu bahagia. Semakin kita berjaya melunaskan dendam itu, semakin kita terperangkap di dalam sebuah terowong gelap. Dan tidak akan ada jalan lagi untuk berpatah balik. Kata Hyen In dia akan menanti Oh Seung Ha di hujung terowong itu. Menanti Oh Seung Ha untuk berpatah balik. Tapi baik bagi Kang O Su atau bagi Oh Seung Ha sendiri, jalan untuk berpatah balik sudah tidak ada lagi. Yang mereka mampu lakukan hanyalah meneruskan semuanya sehingga ke penghabisan. Endingnya...huhuhu...sangat menyedihkan. Bagi aku cerita ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan tekun macam aku. Hehehehe...
No comments:
Post a Comment