Thursday, July 29, 2010

Lempuk Durian Paling Best

Tak tahulah dah banyak mana aku berangan nak makan lempuk durian tapi sampai sekarang tak juga makan-makan. Nak makan lempuk durian, kena beli buah durian dulu. Tapi masalahnya bila aku pergi je stall buah-buahan..lain buah pulak yang aku bawak balik. Tak manggis, mesti buah mempelam atau pisang. Padahal nun jauh d lubuk hati (Chewahhh macam serius je), aku kempunan nak makan lempuk durian. Nak kata susah nak buat, takdelah susah mana pun..tapi aku hanya suka makan lempuk durian air tangan orang yang pakar.

Hari tu masa pergi kelantan, aku beli lempuk durian dekat pasar CT Khadijah tapi last-last buang macam tu je. Tak sedap la..takde rasa durian, rasa gula je lebih. Tapi nak makan lempuk durian yang paling sedap di dunia, aku kena ambil hati orang yang paling penting ni. Coz dia lah tukang buat lempuk durian yang paling sedap. Pendek kata sehingga menjilat jari. Kalau dia buat lempuk ni, aku lah tukang perabis sampai licin bekas. Memang tak bersisa langsung. Bukan buruk lantak tapi berjimat cermat. Durian kan mahal! Hehehehe…

So abah..please..please..and please..tolong buat lempuk durian itu untuk anakmu ini. Ini rayuan yang entah kali ke berapa dah. Hehehe…

3 comments:

Chit Ana said...

ana plak..orang yang paling xsuka makan durian hehe..entah lah nak bau pun xleh apatah lagi nak makan kan..mak selalu buat lempuk durian ni sebab ada durian di tanam ada lebih2 dari nak makan

Anonymous said...

ala.. nak gakkkkk...:)

FirasFirzana said...

Ala...pasal baru bgtau...kalau tak boleh kirim durian kat awak hehehehe...

Dah tengok Avatar ke?

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com