Ada orang kata aku ni kaya..haha nak gelak sumbing aku dengar. Tang mana aku kaya? Gaji aku ciput-ciput je. Royalti novel? Hehe pun ciput-ciput jugak.. Takkan sebab aku pakai Waja Campro dan seorang penulis..aku ni banyak duit..takde semua tu..bila jadi anak sulung dalam family, kita kena jaga semua perkara. Thanks god adik-adik aku dua orang dah kerja so bolehlah kongsi tanggungjawab. Kami pun sama-sama perempuan, so mungkin sebab itu kami lebih faham dan masing2 ada inisiatif untuk membantu meringankan beban keluarga.. alhamdulillah.
Kadang-kala orang suka buat spekulasi sendiri. Konon-konon si polan tu kaya, banyak duit. Sikit-sikit suruh belanja. Tapi masalah kita orang tahu ke? Susah- senang kita orang nampak ke? Kalau kita tak tunjuk, memang tak nampak. Tapi apa ke jadahnya saja-saja nak tunjuk kaya atau saja-saja nak tunjuk miskin? Buat biasa-biasa cukuplah kan!
Kalau aku kata aku miskin, memang orang tak percaya. Tapi aku pun takdelah sesengkek sangat pun. Hehe..masih ada gaji sebagai guru, dan masih dibantu oleh sedikit royalti yang aku perolehi. Bolehlah sekadar nak hidup tapi taklah mewah yang segelintir orang fikirkan. Tapi kalau buat indeks kemiskinan, aku memang duduk dalam kategori miskin atau dalam loghat terengganu ‘orang takdok pitih’.. hehehe..
Fasal aku bilang begitu? Hehe..kalau nak tahu sangat, ni teori serba ringkas kenapa aku kata aku sebenarnya miskin.
Teori 1
Aku tak pernah tukar jam sejak aku di universiti. Harga jam aku ialah RM19.90 dan Kawan baik aku bagi hadiah masa kat UM dulu. Itupun dapat harga RM19.90 sebab kitaorang beli dua jam..haha..buy one free one. Kitaorang plak mmg pantang perkataam gratis tu..tiap-tiap tahun aku cuma tukar bateri dan tukar tali setiap dua tahun sekali, tapi tak pernah nak pergi kedai beli jam baru yang kurang-kurang pun berharga RM59.90..hehe…Aku pernah belikan jam yang agak mahal untuk salah seorang student aku. Tapi itu kerana aku hargai sangat pencapaiannya dalam akademik. Hehe kalaulah dia tahu cikgu dia pakai jam murah je sebenarnya!
Teori 2
Masuk hari ni, dah 888 kali dah aku dok pergi survey telefon baru untuk gantikan telefon aku yang tak pernah ditukar semenjak aku belajar di universiti. In fact telefon yg aku pakai sekarang ni telefon ke –dua yang aku pakai sejak aku mula-mula tahu guna telefon. Kalau berbanding adik aku yang maybe dah 5, 6 kali tukar telefon..aku baru dua kali. Itu pun keypad kt phone tu dah hilang tulisan..tengok! Tu bukti betapa bersungguh-sungguh nya aku pakai telefon tu. Jatuh 10x pun pakai yang tu jugak. Sampai abah aku tegur, pergilah tukar telefon baru..hehe klu mak ayah sendiri pujuk, tu maknanya telefon aku tu dah wajar kena campak gaung dah. Hari tu aku berkenan kat Nokia E27..punyalah cantik. Harga pun lawa. RM1200 je. Hah jer? Aku telan liur sambil garu kepala. Sebenarnya tengah congak. Kalau RM1200 tu aku buat belanja sebulan, macam-macam benda aku boleh beli : beras, telur, ikan masin, milo, maggi, nescafe (botol besar) dan yang seangkatan dengannya. Silap-silap haribulan bakinya boleh buat belanja bulan berikutnya. Hehehe…P/S : Telefon adik aku wawa yang berusia 16 tahun lebih cantik dari telefon aku. Hahaha sadis kan?
Teori 3
Aku selalu beli blouse atau T-shirt tapi sebab badan aku ni sekejap kembang sekejap surut, maka aku selalu beri kat adik-adik aku baju-baju tu. Time aku kembang, aku bagi. Time aku surut, aku menyesal bagi..hehehe nak mintak balik buruk siku la pulak. Hahaha macamanalah tak miskin..beli baju bagi orang, beli sedekah, beli sedekah..hehehe.. takdelah sedekah jauh, almari sebelah je (almari adik beadik). Begitu jugaklah dengan kain batik. Ampun aku memang tak pandai pakai kain batik (nak kata moden punya orang, takdelah moden pun). Tapi apasal ya? Orang-orang kat terengganu suka sangat hadiahkan kain batik kalau ada apa-apa events yang melibatkan AKU. Masalahnya aku memang alergi dengan kain batik. So sebab banyak sangat, aku pun bagilah kat mak aku untuk dipakai. Tapi time aku takde duit, aku selalu melamun sorang-sorang sambil angkat kening jahat. Bayangkan kalau aku kumpul semua kain-kain batik yang aku bagi mak aku tu dan jual kat pasar malam, mesti untung beratus jugak tu..
Teori 4
Aku boros sedikit dalam berbelanja tapi aku miskin bukan sebab keborosan aku, tapi aku miskin sebab aku selalu hilangkan duit yang konon-konon aku sorokkan untuk elak aku membazir belanja tak tentu hala. Masalahnya kalau aku simpan duit tu di situ, lagi dua tiga hari memang aku dah tak ingat dah kat mana aku simpan. Kalau nak jumpa balik pun sah-sah dua tiga tahun lagi. My friend kata itu pelaburan jangka masa panjang. Kepala hotak dia..hehehe..orang lain pelaburan jangka panjang simpan kat bank, aku pulak simpan kt dlm almari baju.
Teori 5
Aku suka kumpul kasut walapun tak sebanyak Imelda Marcos bini bekas presiden Filiphina yang mmg kaki boros dalam membeli kasut. Tapi dalam sepuluh kasut yang aku beli, sebenarnya aku pakai satu aje sampai rosak.Yang lain-lain tu buat tayang dan cuci mata je.
Teori 6
Kegilaan aku pada cerita korea buat aku jadi miskin sekejap. Kalau suruh pilih antara beli kasut, baju, jam, barang kemas atau kosmetik..korang toksah mimpilah aku akan beli semua tu kalau ada DVD cerita korea yang best. Ayah aku suruh aku jual DVD yang berkotak-kotak di rumah tapi no way..hehehe…siapa sentuh CD Box aku, aku fire kang! Kalau duit dalam poket aku tinggal sepuluh sen pun aku takkan surrender koleksi-koleksi aku ni kat semua orang..jangan harap! Hehehe..
Teori 7
Aku tak penah suka pakai barang kemas. Aku memang takde duit nak beli pun.Kalau ada bonus pun, aku tak pernah terfikir nak pakai. My parent nak belikan barang kemas kat aku. Then aku cakap kat diaorang, apakata barang kemas tu tukar dengan duit. Kalau duit aku nak..boleh buat beli cerita korea. hehehe..after that my parents tak pernah lagi dah sebut nak belikan aku barang kemas. Serik gamaknya. Hahaha…padan muka aku!
Teori 8
Kalau korang tanya cikgu mana kat SMK Padang Midin yang selalu kena pau duit dengan student? Jawabnya aku la.Agaknya muka aku ni muka cop duit agaknya..budak-budak aku kalau jumpa aku je.teacher nak seringgit, teacher belanja air, teacher nak duit tambang bas. Asyik2 pau aku je..tang belajar tak jugak rajin-rajin. Haiii…(keluh berat ni). Bilalah aku nak kaya ni?

12 comments:
blh tahan jgk teori AA
apa2 pun kite mampu bernafas di atas muka bumi ini
rezeki ada di mana-mana jer
salam nita, tolong tanya kat editor FP, penulis mereka yang mana tak ada telefon bimbit sampai sekarang? jadi kalau Nita dalam kelompok orang takdok pitih, akak bawah sikit dari Nita.
mkze :
saja melalut sbb ms ni br je kena pau duit dgn student..tp bila check semula duit dlm poket..alamak ada lima ringgit je lagi..hehe
kak qaseh : tau tak kak qaseh dah buat sy pecah perut gelak mlm ni..haha
best dan menarik, teori-teori ciptaan cg sains kita ini. Kalu di + menjadi 10 teori lagi KAOW.
apa pun tahniah, kerana sentiasa 'sedar diri' yang kita nie adalah tergolong dalam 'miskin' yang tersebut itu.
ni teori ms tengah melamun sorang2 sambil buat belanjawan negara ckg keluduk..bila kira congak, bilang dari tepi dari kanan, dari atas dari bawah..bru sedar rupa2nya diri ini MISKIN..hihi
hehehe ingat cter miskin sal per upernya teori2 tue jer...lawak laaa kak anita nie....
far_east :
bila ye belanjawan 2010?hehe soalan takde kaitan..
adui..
kesiannye ckgu kita ni...
bru tau fakta nya, student suka pau duit ckgu..
hehehe...samalah. org sangka penulis ni kaya. tak semua. tapi memang ada yg dah kaya-raya. usaha tangga kejayaan. yoshhh!
Kah...kah...kah part beli nescafe botol besar tu yang tak tahan bila baca...
missn : student sy je..hehe
izza : ada org pernah ckp penulis kt malaysia mmg susah nak kaya..haha itu fakta betul..tp klu cakap penulis malaysia plg byk kena tipu..itu pun betul jugak..hehe
lolozh : mana boleh tinggal nescafe chek..hehe
Post a Comment