Hujan makin lebat kat luar, aku pula makin kesejukan dan makin bercelaru. Nak menulis pun dah jadi malas time-time hujan ni. Nak tonton astro, lagi lah malas. Dah dua minggu lebih hujan berhenti sekejap-sekejap kat luar sana. Kadangkala lebat..kadangkala slow motion sikit. Tapi lebat ke tak lebat hujan, si penulis ini tetap dah jadi slower than usual.
Nak keluar enjoy kat luar, jalan sah-sah dah jem...bonus basah pulak tu. Banyak benda lah yang tertangguh sebab hujan ni. Bil astro aku belum bayar, bil telefon belum settle, pendek kata segala jenis bil aku belum jelaskan lagi. Mujur aku paksa juga diri aku ni poskan satu manuskrip aku pada pihak penerbit.
Apa aktiviti aku musim hujan ini? Tidur? Hahaha tidur tetap ikut jadual biasa. Tapi itu rutin harian adik-adik aku kat rumah. Tepat jam 2 atau 3 petang semua dah berlingkar kat tempat tidur masing-masing. Maklumlah musim hujan, tidur pun sodapp..
Sempat tengok berita TV3 tadi. Banyak orang dah dipindahkan ke pusat perpindahan banjir. Dan pelajar2 di sebuah sekolah di Kelantan terpaksa mengharungi air untuk mengambil exam STPM yang masih belum habis lagi. Kasihan tengok student-student ni semua. Hope so pihak kementerian tolonglah awalkan exam STPM untuk pelajar-pelajar pada masa-masa akan datang supaya takkan lagi berlaku benda-benda macam ni. Juga aku tertarik dengan berita korban banjir yang berlaku kalau tak salah di Kelantan juga. Sedih sekali!
Di tempat aku ni walaupun hujan lebat, nasib baik masih belum naik air lagi. Tapi beberapa tempat di sekitar sini sudah pun dinaiki air separas 2 kaki. Family aku dah sibuk bincang bagaimana nak pindahkan barang-barang di tingkat bawah ke tingkat atas. Tapi harap-harap kami tak perlu buat semua itu. Banyak juga kalau nak diangkut, berat beb! Bagaimanapun aku harap hujan ni cepat-cepat berhenti, sebab aku dah plan nak pergi bercuti ni. Huwaa..aku dah tension sangat ni. Banyak benda yang tak menjadi disebabkan hujan. Bukan aku nak salahkan hujan, tapi aku yang salah sebab tak tahan dengan suasana hujan. Badan jadi malas, otak pun jadi malas...
3 comments:
Tmpa nita tak benjir ke? bagus lah. susah klu banjir kan.. bnyk barang rosak danhilang.aktiviti tergendala gak. ade kawan ari dok kat kelate..tiap2 tahun mmg la umah dia banjir..lepas tu dia siapkan satu tempat tinggi kat bumbung rumah..jadi bila tiba hujung thn dia punggah sume barang2 naik atas...selamat lah. hehe..bagus..sediakan payung sebelum banjir
Nita..klu tido time hujan mmg la nyenyak..silap2 bom kat luar pun x dengor..hihi
k.nita..bestnyer..jue dah 4 tahun x dapat menikmati musim tkujuh..rindu sgt suasana tu..bkumpul ngn fmly..mkn..tido..borak..pastu tgk air kat tepi umah.Tiap2 tahun kwsn umah jue banjir..tapi kalau setakat tepi n depan umah sket okla..kalau dah masuk umah bsiap sedia nk kemas la..hehe.Tahun ni air masuk umah..kesian dorg kena cuci..hehe.last banjir masuk umah 2004...hehe.Tahun ni masuk gak,,dgr citer dlm umah paras lutut dah..huhu.
sian jue...rumah masuk air yer jue....mmg ada dgr juga area belah marang dah naik air.. hari ni hujan dah berhenti sekejap...klu macam ni br slmt sikit dr risiko banjir. hehhe
ari, rumah sy alhamdulillah..lapan tahun duduk sini, masih bebas lg dari banjir teruk. klu ada air pun just bertakung kat halaman rumah, belum smpi tahap nak angkut segala-gala barang lagi. mujur jugaklah...
Post a Comment