Tuesday, July 22, 2008

Jakarta, wait for us...

Congak punya congak lagi tiga minggu aku dan teman-teman akan berangkat ke Jakarta. Tiga minggu tu rasanya kejap aje. Kami pilih tarikh 14 Ogos untuk ke sana. Memasing nampak dah excited sangat nak bercuti lepas berpenat lelah dengan tugas masing-masing. Adik aku Aiza pun asyik tersenyum sorang diri je dua tiga hari ni sebab dah tak sabar nak jalan-jalan. Aku tahu otak dia dah sarat ngan nota-nota. Tu yang dia suka sangat tu. Benjamin tu pun sibuk congak berjuta-juta rupiah nak angkut kat sana. Tergelak besar aku bila dia minta aku belikan mak dia beg kat sana. Hehehe kiut betul permintaan tu. Macamlah aku ni reti nak pilih beg-beg tangan ni. Baya as usual, asyik low profile je.
Meskipun frust juga pada awalnya sebab rancangan nak ke Bali terpaksa cancel atas sebab2 keselamatan, tapi pergi Jakarta dengan Bandung pun okay jugak kut. Lagi-lagi bila dengar member-member cerita fasal tempat shopping kat sana. Minggu lepas juga sempat chatting ngan farah. Lupa pulak Farah pun nak ke Bandung bershopping. Hehehe jangan lupa ya Farah, balik nanti bagi tips kat mana tempat paling best nak shopping kat Bandung! Harap-harap juga kemacetan jalan raya kat sana takkan memacetkan kepala hotak kami semua selepas ni. Kakakaa (gelak jahat)

Canda Akalku

Hmm..dah lama tak catat sesuatu dalam blog ni. Kesibukan kerja dah jadi rutin harian cikgi macam aku ni. Kalau tak ke kelas sibuk siapkan lesson plan untuk esok, kalau tak pun mencacak di bilik akses siapkan apa-apa yang patut untuk pertandingan 3k. Ada cikgu yang aku kenal kata, buat apa bersusah payah dengan pertandingan ni kalau akhirnya orang yang di atas juga yang dapat nama. Nak tergelak pun ada dengar komen sebegini. Jauh di sudut hati aku, aku mengerti yang pandangan sebegini tak patut keluar dari mulut seorang guru. Berkhidmat untuk sekolah, bukan bersandarkan pada pujian atau pangkat semata-mata, tapi ini keikhlasan kita untuk melakukan satu sumbangan kecil pada sekolah. Ini yang sepatutnya kita lakukan. Mungkin sumbangan kecil ini akan berupaya menaikkan nama sekolah, biarpun akhirnya kita akan tetap berada di takuk yang lama. Itu sudah lumrah. kalau hendakkan balasan semata, rasanya tak perlulah jadi cikgu..lebih baik kerja di bidang yang senang naik pangkat dan boleh menentukan apa yang kita mahu atau tidak. Macamana cikgu lama boleh cakap macam tu sedangkan aku yang baru setahun jagung pun sedar tentang semua ni?? Bukanlah aku ni baik sangat pun, cuma aku tak leh dengar apa-apa yang aku rasa tak logik. Ada ke pulak sebab tak mahu orang atas dapat nama, sampai kita nak lingkupkan prestasi sekolah. Pernah dengar ke benda mengarut ni? Maybe he can do that but i still can't. Hehehe obviously aku ni tukang bangkang kat sekolah. Lumrah alam beb, lain orang lain ragam...

Tuesday, July 8, 2008

Tahukah anda..

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
3. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan oleh Ricky Martin.
4. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakan room dot dot dot)
5. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
9. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
10. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
11. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
12. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya. Hehehhe...
--Krdt to yynr--

Sunday, July 6, 2008

Intel Punya Pasal

Pagi tadi datang lagi pelawat dari Pulau Pinang nak datang melawat ke Bilik KPM-Intel aku. Dan seperti biasa, aku yang tengah berada di dalam makmal dikunjungi dengan pelbagai panggilan telefon suruh aku bersedia di kelas, minta student buka semua CMPC tu dan buat pengajaran. Sengal betul! Macamana aku nak suruh cikgu-cikgu tu bersedia on time dengan P&P menggunakan CMPC kalau kami didatangi tetamu mengejut begini. Siapa aku nak arah-arah cikgu-cikgu kelas tu begini begitu? Dahlah kelas aku banyak terjejas kerana lawatan-lawatan sebegini. Sempat juga lepas perasaan kat Cikgu Nik, aku kata kenapa..dah tak ada orang lain lagi dah kat sekolah tu sampai asyik-asyik aku kena...asyik-asyik aku yang kena layan tetamu jauh semata-mata aku penyelaras kelas KPM-Intel. Padahal aku bukannya mengajar kelas tu. lagipun kalau alasan aku lebih pakar dalam penggunaan Master Program di kelas tu, rasanya ada 13 orang cikgu yang pergi kursus tu dulu. Await aku deh yang kena. Kelakar pun ada masa kat makmal, bila Cikgu Nawi call, aku kata kejap lagi aku datang. Cikgu isa call, aku kata aku dah on the d way. Padahal aku selamba aje mengajar kat lab. tapi cukup 6 7 kali call mencurah-curah masuk, student aku pulak yang berbunyi. Siannn cikgu...takpelah cikgu...orang dah panggil tu pergilah. Heheheh asam boi betul student tu. Padahal depa dah boring dah dengar amylase, lipase, protease dan segala-gala suffix -ase yang keluar dari mulut aku tak henti-henti..mata memasing dah macam mata cicak kubing. layu jeee..jangan kata diaorang, aku pun sama. Enzyme-enzyme ni memang aku alergik sikit. So bila dah student kata camtu, terpaksa aku stop kelas dan berlari pecut 100 m dengan penuh keayuan ke bilik KPM-Intel. Dahlah pecut, shortcut belakang Pusat Sumber pulak tu. Sempat pula dengar ada orang menyiul fasal nampak aku lari. Heheh student manalah yang kurang asam tu. Tapi time tu buat muka derkk je...asal nak sampai tepat sebelum orang Pinang tu datang. Kalau tak berbakullah leteran mak nenek tersedia untuk aku..Hahaha macam-macam..

Friday, July 4, 2008

Realiti...malunyer

Aku pernah pernah berbicara dalam blog lama yang aku agak malu jika ada orang yang terapat membaca novel aku. Antaranya ialah ahli keluarga sendiri terutama mak dan ayah aku sendiri. Meskipun mereka tak membacanya tapi cukup sekadar jika mereka menyentuh kulit novel DDH dulu, betul-betul buat aku segan sedikit. Mungkin kerana blurp di belakang kulit novel yang disediakan oleh pihak ibook sendiri rasanya sedikit 'hot' dan menarik perhatian Adik-adik aku pula mujurlah bukan dari jenis yang suka membaca novel cinta. Thank god for that. Kurang gangguan, kurang bertanya dan segala-galanya. Mulanya aku berniat mahu kekal menulis as a silent writer, tapi beberapa minggu sudah anak murid aku sibuk bertanyakan tentang novel aku yang berada di perpustakaan negeri. Jumpa jugak mereka akhirnya. Dan antara ayat yang disuarakan oleh salah seorang dari mereka ialah...romantiknya novel cikgu. hehehehe..merah beb kulit muka ni. Walaupun ditanya berkali-kali, aku buat tak faham je..Bukan tak nak bagi novel DDH yg masih ada beberapa buah dalam simpanan, tapi mengenangkan mereka akan menghadapi SPM tahun ni yang tinggal lebih kurang 4 bulan sahaja lagi. Hehehe alasan sebenarnya. As their teacher, aku memang tak mahu anak murid aku baca novel aku sebenarnya. Pertama bukan sahaja sebab exam mereka tapi juga kerana masalah aku segan orang yang aku kenal baca hasil karya aku. Beberapa guru di sekolah juga sudah menempah novel yang akan keluar nanti. Entah bagaimana mahu menghalang dan membuat alasan supaya mereka tak membacanya. Teruk betul aku ni..tapi realitinya memang itulah yang aku rasakan. Segan sekali...bagaimana agaknya penulis-penulis lain berhadapan dengan hasil karya mereka yang dibaca orang yang terdekat dengan mereka. Kalau ada, kongsilah dengan aku ya..

Wednesday, July 2, 2008

Mirage..antara nampak dan tidak nampak.

Mula serius menulis tahun 2004 semasa di UM dan mula menerbitkan buku pertama November 2007. Kira-kira dah tiga tahunlah aku mula serius menulis. Tapi mula-mula menulis dulu, aku tak pernah terfikir pun nak terbitkan manuskrip-manuskrip ni. Hantar ke syarikat penerbitan pun secara main-main je atas desakan dan pujukan my sis. Now kenapa bila aku ada sebiji buku yang dah keluar, sebiji buku yang tersadai serta sebiji lagi on coming serta beberapa lagi yang dipegang oleh penerbit, tetiba aku rasakan langkah aku ni tak betul sebenarnya. Kenapa jadi penulis di blog sendiri rasanya lebih gembira dan puas dari jadi penulis yang ternanti-nanti karyanya bila nak keluar? Tetiba aku rasakan aku dah buat satu mistake. Mungkin aku sepatutnya tak payah susah-susah jadi penulis yang mempunyai buku sendiri. Cukuplah kalau aku jadi penulis yang menulis di blog untuk diri sendiri. Senang tak payah fikir banyak dan tak payah rasa bersalah pada orang lain. Buat teman-teman yang setia menanti novel-novel ini diterbitkan, maaf banyak-banyak kerana saya sudah tidak tahu bagaimana harus menjelaskan. Mulai sekarang, hentikan pertanyaan anda sebab saya takkan mengupdate sesuatu yang saya tidak pasti. Kalau novel saya sah sudah ada di pasaran dan mata saya melihatnya sendiri di rak buku, baru saya war-warkan pada anda semua. Jika tidak, anda hanya akan nampak diri saya yang berdiam diri sahaja pada pertanyaan anda. Hope semua setuju yek!!

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com