Apa nak cerita sebenarnya yek? Ntahlah dah dua minggu aku tak ke sekolah, dua minggu juga aku tak mengajar. Asyik pakai t-shirt dgn tracksuit je. Maklumlah tahun ni agak sibuk dengan program kadet polis yang memanjang tak pernah habis. Sejak dua minggu lepas aku asyik sibuk menguruskan perkhemahan kadet polis peringkat negeri. Bila jumpa student aku, diaorang pun pandai merungut cikgu asyik sibuk aje. Kekadang aku malu juga dengan anak murid sendiri. Nak menolak kerja, nanti dikatakan beri alasan. Tapi inilah dunia guru sebenarnya. Pernah juga aku dengar orang cakap jadi cikgu ni seronok, cuti banyak, kerja tak banyak. Rasanya semua kenyataan yang keluar dari mulut orang itu kena ditarik balik. Realitinya dunia guru tak seindah yang difikirkan. Dahulu masa aku kena paksa jadi guru (hehehhe), aku pun fikir macam tu. Kerajaan sepatutnya kena perdebatkan beban kerja guru ni di parlimen agar masyarakat terutama ibubapa faham kedudukan kami sebagai guru ni. Dahulu tugas guru hanya mengajar murid-murid dan sesekali terlibat dalam aktiviti kurikulum atau kokurikulum. Jadi tak mustahillah pelajar-pelajar cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tapi juga dari segi sahsiah diri.Tapi sekarang tugas guru semakin mencabar dan tidak keterlaluan kalau dikatakan tugas guru bukan lagi setakat mengajar, membentuk sikap murid tapi juga tugas-tugas luar yang ternyata lebih diutamakan berbanding mengajar di dalam kelas. Bayangkan kalau seorang guru yang tidak dapat menghabiskan silibus matapelajaran kerana terperangkap dengan situasi terpaksa mematuhi arahan pihak sekolah untuk menghadiri pelbagai kegiatan akademik dan kokurikulum di luar. Siapa yang akan dipersalahkan? Bila student mengadu pada ibu bapa kerana guru asyik tidak ada di kelas, siapa yang akan dipersalahkan? Bukan pihak pentadbir sekolah tapi guru itu sendiri yang mendapat reputasi kurang baik. Mereka yang akan dipersalahkan. Adilkah itu? Bukan itu sahaja, guru-guru pada hari ini juga dibebani dengan pelbagai tugas-tugas menulis, merekod dan membuat kaji selidik tentang pelbagai perkara seperti yang diarahkan. Jadi apa gunanya pihak kementerian menempatkan kerani-kerani di sekolah jikalau tugas seperti ini harus dilakukan oleh guru sendiri? Jika murid terabai, guru juga yang dipersalahkan. Padahal kami ada banyak benda hendak dibuat, bukan semua murid kami dapat jaga serentak. Satu lagi yang aku agak kecewa ialah sikap beberapa pihak di sekolah aku yang bagi aku agak tidak pandai mengurus guru-guru di sekolah. Jika ada guru yang menolak kerja yang diberi, senang-senang sahaja guru lain yang akan dicari. Bukannya mereka nak pertikaikan atau sekurang-kurangnya menggunakan kuasa veto. Ini tak, asal ada yang berani kata tidak, cepat sahaja mereka buat tak tahu. Lepas tu cikgu-cikgu yang muka lurus jugalah yang terkena. Tak payahlah aku jelaskan, kat mana-mana pun sama aje. Mahu tak mahu sabar ajelah....bukannya aku berniat nak buruk-burukkan sekolah...bukan tau. Tapi sekadar melepas perasaan hati dalam blog sendiri. Hari ini kalau ada teman-teman aku bercita-cita nak jadi guru, aku hanya tersenyum sendiri. Tak dinafikan seperti mak aku kata, kerjaya guru itu kerjaya mulia. Itu semestinya. Dan kini aku...antara murid yang malas dan banyak memberi masalah dahulu di sekolah, kini terpaksa menerima hukuman untuk menjadi guru sehingga ke akhirnya....kalau ada cikgu aku yang lama dulu tahu aku jadi guru, entah apa reaksi mereka yek.Hehehe..arios.
3 comments:
hehe..sabar ye k.nita. itulah dugaan jadi guru. dulu pun mak selalu bising suh mintak jadi cikgu. tapi Jue x minatla. apa pun reason..kata byk cutila..gaji okla..terjaminla.. mmg tak minat.kesian mak terkilan nk tgk salah sorg anak dia jd cikgu.hehe.
Tapi mmg ju tabik springla kepada cikgu2 skrg.sbb mcm k.nita ckp mmg mencabar...
hehehe saja je nak lepas tension jue. esok-esok hilang ler tension ni. tapi kalau diberi second chance, memang kak nita reject bidang guru ni and stick dengan my first ambition nak jadi ahli bomba. hhikkk mesti tak caya kan!itupun tak berjaya sebab ada sikit rabun, kalau tak jadilah kak nita first firefighter yang jadi penulis. Hahaha lawak!
apa?ahli bomba?(dlm nada citer ibu mertuaku)hehehe..
wahh..lasak tu....patutla mak k.nita suh jd cikgu.hehe..
Post a Comment