Tuesday, April 1, 2008

Betulkah??

Blogger, penulis-penulis yang gagal?
Oleh Azman Ismail
Utusan Malaysia (Isnin, 31 Mac)

PARA panel Forum Astaka Minda, Penulis dan Blog: Trend Masa Kini yang berlangsung di Dewan Seminar DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dari kiri, Jiwarasa, Shamsuddin Othman (pengerusi) dan Nisah Haron.
MEDIA blog pertama kali dipopularkan Blogger.com yang dimiliki oleh PyraLab sebelum ia diambil alih oleh Google.Com pada akhir tahun 2002.
Pelbagai pembaharuan dibuat oleh Google.Com terhadap media tersebut hingga banyak aplikasi yang bersifat sumber terbuka yang diperuntukkan kepada perkembangan para penulis blog tersebut.
Blog mempunyai fungsi yang pelbagai. Ia boleh sahaja sebuah catatan harian, media untuk memuatkan tulisan-tulisan ilmiah, wacana perdebatan, kempen politik, program-program media dan penulisan karya-karya sastera.
Banyak juga weblog yang memiliki kemudahan interaksi dengan para pengunjungnya yang membenarkan para pengunjungnya untuk meninggalkan pendapat daripada tulisan yang dimuatkan. Namun demikian ada juga yang yang bersifat tidak interaktif.
Blog sebagai indikasi kemajuan penulisan di Malaysia khususnya sedang melanda para pengguna Internet. Ruang maya tersebut menjadi medium alternatif untuk berkarya, berbahas dan sebagainya.
Namun, muncul pertanyaan adakah karya para blogger merupakan tulisan kelas kedua dan sekadar bersifat sampah? Atau ia hanya memuatkan tulisan yang sama sekali tidak bermutu.
Menurut penulis, Nisah Haron, karya-karya blog dan para blogger bukanlah penulis kelas kedua yang tulisan mereka gagal mendapat tempat di Beliau berkata, justeru blogger juga mampu menghasilkan karya yang baik dan mempunyai kekuatan tersendiri dan merupakan perkembangan positif terhadap kesusasteraan Malaysia hari ini.
(untuk baca seterusnya, klik tajuk di atas)
p/s : Sila komen....

No comments:

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com