Sunday, April 20, 2008

Berpengaruhkah Penulisan Novel Berbanding Tulisan Intelektual?

Bagi saya, penulisan novel adalah satu cabang seni yang sangat bermakna. Ia boleh disamakan dengan cabang seni lain seperti muzik, tarian, fotografi atau penulisan skrip drama, hanya ritma sahaja yang berbeza Setelah terjerumus dalam bidang ini, saya baru menyedari sebenarnya betapa novel juga boleh jadi satu karya yang berpengaruh seperti juga politik. Seingat saya sewaktu mula-mula membaca Salina karya A Samad Said, saya teruja dengan hasil karya beliau. Begitu juga dengan novel Hartini karya Aziz Afkar yang mengangkat darjat wanita sejak era lampau. Mungkin kerana itu saya begitu terpengaruh untuk mengangkat kekuatan wanita dalam novel-novel saya sendiri. Tapi apa yang ingin dibincangkan di sini bukanlah tentang watak tapi adalah pengaruh dunia novel hari ini.

Rata-rata rakyat Malaysia banyak yang suka membaca novel. Malah setelah dibuat tinjauan secara rawak, tak melampau kalau saya katakan novel cinta menduduki carta pertama, diikuti oleh novel kisah thriller, kekeluargaan, seram dan novel bercorak politik. Tapi perasan atau tidak, ada sesetengah rakyat Malaysia yang sangat memandang rendah novel-novel berkisarkan kisah cinta ini. Bagi mereka novel seperti ini adalah 'junk' berbanding tulisan-tulisan ilmiah karya penulis-penulis berilmu. Saya tak menyalahkan mereka kerana lain orang lainlah fikirannya bukan. Tapi sebelum saya menjadi salah seorang dari penulis, saya adalah peminat buku yang mengangkat darjat semua genre-genre buku yang ada. Dari Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Marakarma, saya melebarkan minat kepada novel-novel karya A. Samad Said, Aziz Afkar, Khadijah Hasyim (semua novel beliau saya baca - Badai Semalam is the best), Amaruszati Noor dengan Bila Sena Berguguran. Tak lupa pada kak Syamsiah Noor yang sangat berkesan dengan novel-novel beliau. Permulaan novel Sindora beliau membuatkan saya benar-benar meminati karya-karya lain beliau. Malah saya juga membaca karya Shahnon Ahmad (SHIT) yang membuatkan kepala saya berpinar selepas itu. Selepas itu dunia yang berubah membuatkan kita juga berubah dari segi selera terhadap sesuatu buku. Saya mula membaca karya-karya Barat pula seperti karya John Grisham, Michael Chricton dan Stephen King untuk menukar selera.
And guess what, dari novel-novel ini saya boleh belajar banyak perkara yang mungkin takkan saya pelajari dari membaca jurnal atau karya-karya ilmiah. Kadangkala pemikiran manusia sangat simple. Dan orang-orang yang simple macam saya hanya memerlukan ilmu yang diceduk dari karya-karya yang simple tapi menarik berbanding buku-buku bercorak berat yang memberatkan lagi otak. Setuju atau tidak?
Novel dan penceritaan di dalamnya adalah satu hasil karya yang sangat dekat dengan pengalaman hidup. Dan kita sentiasa belajar dari pengalaman hidup untuk menjadi manusia yang lebih baik. Bukan niat saya untuk mengatakan karya ilmiah tidak baik. Tapi saya hanya meminta para-para cendikiawan, sesekali bacalah novel untuk mencari setitik nilai-nilai hidup yang terkandung di dalamnya.
Kerana itu bila bertemu orang-orang yang suka memandang rendah karya novel, saya akan bertanya sendiri. Come onlah, apa yang tak kena dengan novel-novel cinta berbanding karya-karya intelektual? Kadang-kadang dalam novel cinta pun ada ilmu yang tersirat.Mereka boleh menulis karya ilmiah, yup saya juga boleh menulis. Jika tidak masakan saya telah menghasilkan tesis tentang bidang oleochemical. Tapi bolehkah mereka menulis novel setebal 500 lebih mukasurat yang mempunyai pelbagai plot yang tidak statik seperti sebuah rencana? Entahlah, tepuk dada tanyalah selera....anyhow, aku hanya seorang penulis..hehehe

Bagaimanapun saya mengakui bahawa kadang-kala budaya membaca di kalangan pembaca-pembaca merupakan reason atau pengaruh kepada produktiviti pengeluaran sesuatu buku. Beginilah realiti penulisan tanahair yang berlaku pada hari ini. Pendek kata jika tiada anda semua sebagai pembaca, maka tiadalah kami semua dalam dunia penulisan novel.

5 comments:

Anonymous said...

bagusla topik ni. saya memang setuju dengan pendapat k.nita. Selalu bila baca novel sesetengah orang ni pandang semacam. lag best dorg kata org yg suka baca novel ni suka berkhayal.Esh!tak baik betul cakp mcm tu. bila org dah suka makna ada sesuatu yang menarikla tu.Bagi jue la..novel adalah medan untuk mencurah ilmu dengan cara menghiburkan dan tidak menjemukan. selain dapat membina keyakinan dan impian bagi sesiapa yg membacanya. komen yg kata Novel tu tak bagus dah tak boleh dipakai sekarang ni.so..kepada penulis novel semua chaiyok! hasilkan novel yg bmutu tinggi.. ^_^

Mazni Aznita said...

bukan apa jue, kak nita war-warkan topik ni cause banyak sgt orang yang kak nita jumpa yang memperlekehkan penulisan sesuatu novel especially novel cinta lah. sebagai salah seorang penulis, kak nita rasa terpanggil untuk bercakap tentang isu ni.

Anonymous said...

hehe..betula..jue pun pernah kena perli sbb baca buku cinta..tapi lantakla..hehe..tapi biasanya yg byk perli kaum adam la,,hehe.terutama yg dekat ngn jue ni..hehe.

Mazni Aznita said...

hehehe yang tu perli-perli sayang tuh. nanti dia takut ju asyik sgt dengan novel sampai lupa lak nak masak untuk dia.hehehhe, betoi tak??

Anonymous said...

hahaha..mcm tau jerr..mmg pun kalau buku duk kat tangan dia wat lawak camne pun jue tak pandang..ajak keluar pun taknak.tapi jue tgh jinak2 kn dia ngn novel.tapi buku pertama ju bagi yg ramlee awg murshi..unggu karmila.time tu dia punya asyik mbaca sampai 2-3pg mgalahkan kita lak.tkejut lak jue..hehe..lepas tu baru dia faham nape ju xleh lepas buku kalau dah baca..hehe

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com