Yes...hari ni genap 2 bulan aku buat derk je kt blog aku. Maybe aku kena tukar layout blog kut lepas ni..haha..sian kt blog aku. Kasihan juga kat aku yang malas bebenor nak update. Kalau nampak web spider tu rasa macam dup dap dup dap dalam hati. Tadi tengok spiderman pun tiba-tiba je teringat kat blog sendiri yang bersawang dan berhabuk. Insya Allah, tahun ni aku nak buat azam aktif semula berblogging..(macam la ada banyak benda nak cerita ceriti). Hehe..
Tahun ni aku bakal keluar dengan tiga buah novel insya allah. Bulan mei ni VENOM SURIA akan menyusul. Dengar cerita bakal ada kat pesta buku antarabangsa tahun ni. Lepas tu diikuti oleh novel MENCARI KIBLAT CINTA. Penutup tirai 2012 pastinya jeng..jeng..SETANGGI DARI SYURGA..bakal menyusul untuk para pembaca..Tahun ni juga adalah tahun yang busy bagi aku kerana aku baru aje bertukar sekolah ke SMK Sultan Mansor Kuala Terengganu. Faham-faham ajelah bila kita satu-satunya yang jadi guru baru, macam-macam kerjalah kita dapat. Aku memang tak punya banyak masa untuk menulis. Tetapi pantang ada masa terluang aku akan siapkan juga sedikit demi sedikit manuskrip untuk mengisi slot 2013..hehe..doakan aku dapt maintain antara menulis dan mengajar k...
1 comment:
nak novel setangi bunga syurga...cite bunga syurga memang best...
x sabar :)
Post a Comment