Bila orang yang paling penting dengan kita sakit, hati kita akan jadi lemah, susah, bimbang, rasa nak menangis dan pelbagai lagi. Airmata akan mudah berlinang, tapi demi kerana tak membimbangkan hati org lain, diam-diam kita menangis di mana-mana sahaja asalkan bukan di hadapan dia.
Saya fikir selama ini saya cukup kuat. Hati saya cukup teguh untuk terima apa sahaja keadaaan, susah atau senang. Tapi ternyata saya kalah, lagi-lagi kalau saya berhadapan dengan kenyataan yang memeritkan. Saya memang nak menangis sama macam adik-adik saya yang lain. Tapi saya elakkan dengan melakukan kerja-kerja lain. Tapi selepas perhatian saya beralih, airmata saya akan berlinang lagi tanpa disedari.
Saya memang susa h hati sangat. Dari A hingga Z, saya memikirkan pelbagai kemungkinan. Dan tidak ada satu pun yang membuatkan saya tenang. Saya tahu saya harus redha, tapi itu juga tak mampu saya lakukan buat masa ini. Dalam saat ini, waktu ini, saya sedang berada dalam keadaan yang paling stress pernah saya rasakan dalam hidup. Ya Allah! Sembuhkan penyakit ibuku. Jika boleh digantikan sakit ini, maka saya lebih rela diri saya yang terlantar begitu di katil hospital.
3 comments:
sabar ye kak.. bulan mei lepas ayah sya juga ditmpatkan di icu dan saya juga sbagai anak sulung terpaksa menguatkan diri walaupun tidak sekuat mana. tetapi ajal ayah cepat. Al-fatihah.. Tetapi saya terima dengan hati terbuka.
kesakitan yang akak rasatu, saya masih merasakannya sehingga sekarang.
saya doakan emak akak selamat dan sihat semula, doa banyak-banyak. kuatkan iman.
jangan patah hati untuk mengharap dan berdoa kerana Allah tahu apa yang terbaik buat insannya...
Kuatkan semangat demi adik2 yg lain.. dan banyakkan berdoa. Semoga K.Nita sekeluarga tabah hadapi ujian ni. Apa pun reda dengan ujian ALLAH. Insya-Allah segalahnya dapat ditempuhi dengan hati yg tenang.
Sabar dan tabah; dua perkataan yang senang diungkapkan dari bibir mereka yang memahami. Namun pada hakikat sebenarnya hanya cg sendiri yang begitu memahami dan mengerti. Tapi hanya dua perkataan itu sahaja yang paling sesuai dan tepat diucapkan dalam waktu-waktu begini.
Kerana dalam sabar dan tabah itu, tersembunyi seribu rahmat yang kita sendiri tidak ketahui.
Post a Comment