Saturday, April 18, 2009

Jom Pakat Beli Buku...

















Berikut adalah novel-novel terbaru saya yang sudah dijual dan boleh didapati di Booth Fajar Pakeer di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC. Booth Fajar Pakeer terletak di 3026, 3027, 3042 & 3043(Dewan Tun Razak 3). Temui saya juga di sana pada 25 April ini bersama-sama penulis seperti Sarnia Yahya, Nur Rafishah Md Hassan, Umaira Dzul Widad, Siti Rozilah dan Suria Areesya aka Remy Ikmal (Pewaris Senja). Datang beramai-ramai dan meriahkan pesta buku tahun ini ya!

Bagi yang mencari Sakti Cinta dan Dedalu Di Hati...anda boleh dapatkannya nanti dari saya pada 25hb ini. Ini kerana pihak ibook tidak terlibat dengan pesta buku pada tahun ini. Jadi stok buku2 ini akan diberikan terus kepada saya di situ. Siapa cepat dia dapat! Atau jika mahu..beri nama anda dan alamat contact anda pada Fyda di booth Fajar Pakeer. Dan saya sendiri akan menghubungi anda nanti! Salam semua....

7 comments:

UMAIRA DZUL WIDAD @ NAZ AREESYA AMEEN said...

Nita,jgn lupakan saya.Hari tu sy dah booking Sakti Cinta + signature dari Nita :)

Mazni Aznita said...

insya allah umaira, nnti sy simpankan..tp editing novel ini agak kurang memuaskan hati sy..nak beri kat orang pun segan..lagi-lagi seorang penulis cam umaira...

nti kita jumpa kat sana yekk

tak sabar ni..

yunixx77 said...

RB - ada bbrp typo error (3 tpt saya jumpa smlm.

Tahniah diucapkan sbb novel ni tidak mengecewakan. Ending ok berbanding BS. hehe. Dok bayangkan Nashriq = Alwiz sbb rasanya nama Nashriq tak cukup hensem la. hihi (pengaruh drama korea gitu).

Overall, jln cerita ada sedikit kesamaan dgn novel Damya Hanna (Sepi Tanpa Cinta kalau tak silap).

jangan marah eh k.nita. daku tunggu SV plak. Teruskan menulis yaa

Mazni Aznita said...

hehehe..takpe no hal..

klu ada sedikit kesamaan tu entahlah...lagipun k nita blm smpt nak baca crita Sepi Tanpa Cinta tu...karya Damya, k nita cuma baca Bicara Hati sebab adik beli.

nntilah k nita cari dn tgk sama ke tak..
yunix jumpa typing error ya..hehehe..k nita jumpa lg byk kut..rasanya BS tmpohari x byk typing error..susah nk jumpa la. Adatlah tu..kekadang tak nampak silap ejaan kt mana2.

Nama Nashriq digunakan sebb dia nama budak kecil yg comel sgt k nita jumpa dalam flight..hehehe...

yunixx77 said...

haaa...kan dah cakap. Nashriq tu tak sehensem Alwiz. rupernya... nama budak kecik. sabo jer.

Saya belum baca sebiji-sebiji novel RB. Respon di atas merujuk kpd cara saya ==> baca laju-laju. Start jam 11 malam habis jam 1 pagi. Naik kelabu mataku tapi demi novel sanggup ja. hehe.

Berbaloi dgn harga yang dibayar. Nak kena kasi bintang ke? Saya bg 3.75 / 5? SV bulan 6 eh?

Mazni Aznita said...

Amboi tak habis2 sebut nama Alwiz..hehehe..klu yunix nk tahu nama Alwiz pun tercetus masa k nita naik flight gak..ntah nape..time naik flight je fikir nama hero..fikir nama hero je...naik flight...hahahha...lain kali ingat nk jengah kokpit kapten nk tanya nama kapten..buat nama hero...

nak bagi bintang ke tak bagi ke ikut suka yunix la..yg penting tugs k nita pada novel ni selesai dan respon pembaca smda positif atau negatif..terpaksalah terima dgn hti terbuka asal bukan ditahap 'penghinaan' hehehe..

yunix..jgn lupa tunggu SV bulan 6 ni yek...huhuhu berdebar ni..

Aqilaa said...

aaah!saye sukee bunga syurga!!;D
hijjaz!riffkkii!!mereka secocok!;)
i love them!waa. mereka wujud kea aa?;DD

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com