Wednesday, March 4, 2009

Sakti Cinta

Akhirnya yang ditunggu dah tiba. Specialnya novel terbaru aku ni dihantar sendiri oleh Encik Rozali, malam tadi ambil dengan dia. Aku sempat berborak dengan Encik Rozali kira-kira dekat setengah jam juga. Dia beritahu aku dia sakit lebih kurang setahun yang lalu, itu sebab banyak kes penerbitan tertunda yang berlaku kat iBook Publication dan banyak buku-buku lain yang terpaksa delay. Kasihan pula aku dengar tentang kes beliau. Apapun aku harap banyak novel-novel lain yang tertangguh dapat segera diterbitkan secepat yang mungkin.

Bila renung novel ni, tetiba je rasa ada semacam kelegaan. Hanya orang-orang tertentu sahaja faham betapa susah payahnya aku memastikan novel ini dapat diterbitkan. Aku nyaris menangis, nyaris putus asa dan nyaris tarik manuskrip ni dari syarikat iBook..banyaknya benda yang aku dah buat selama setahun ini. Tapi melihat cantiknya warna kuning bertatahkan tulisan berwarna pink pada cover novel, entah kenapa yang menjadi beban dan hampa itu segera menghilang. Seronoknya aku dapat menatap cover novel baru aku yang setebal 755 mukasurat ini dengan mata kepala sendiri. Bagi seorang penulis macam aku, menatap novel sendiri lebih seronok dari sewaktu mendapat hasil royalti.

Sinopsis Sakti Cinta

Dua beradik, Dina Azura dan Diazey dalam diam-diam mempunyai perasaan terlarang di antara satu sama lain tetapi memendamkan perasaan masing-masing. Perasaan yang hadir, membuatkan Diazey melarikan diri jauh ke luar negara dengan satu tujuan. Melarikan diri dari Dina Azura serta membunuh perasaan cintanya pada adiknya sendiri. Sepuluh tahun kemudian, Diazey pulang ke tanahair dan bekerja dengan seorang wanita bernama Alma Katherine dan membawa kembali pertemuan yang cuba dielakkannya dengan Dina. Apakah dia mampu membunuh rasa cintanya pada Dina? Atau apakah cinta mereka benar-benar terlarang? Dapatkan jawapannya di dalam Sakti Cinta..

16 comments:

miza said...

nita,
dah dapat sakti cinta ker? I beli dengan u laa boleh tak? Nak tunggu book fair ngan ada kat book shop sure lambat lagi... bole laaaa

azura aka deqno said...

lega melihat my 1st design artwork kat ibook dh publish....walaupun dh jadi x-staff..tapi kwn2 di sana byk mengajar aku dlm bidang nii...

Mazni Aznita said...

miza,

hntar maklumat n adress miza kat email my sis k..

Mazni Aznita said...

itulah zura, mesti zura sama seronok dgn sy dpt tgk first design yg zura buat kan...pelik, bila tgk dlm website nmpk cover ni kuning sgt..tp bila pegang sendiri, rupanya warnanya tak kuning terang tp kuning lembut..

Anonymous said...

nita,

Macam mana nak dapatkan novel SC ni.?
Fyi, I ni org Singapore..
You ada buat delivery to Sgp or JB?

Thanks,
Mdm Zie

Mazni Aznita said...

zie,

nureyta from singapore pun ada tnya sy fsl hal ni..sy ada tnyakan courier di sini dan kos penghntran ke singapura ialah RM53.10..tp itu utk penghntaran laju la..

apakata zie hntar maklumat zie dulu ke email adik sy di eyeja_252000@yahoo.com

then sy cuba tanyakan POS LAJU MALAYSIA pula k...

Cik Illya said...

salam. Kak nita, saya pun nak jugak lah. Saya duduk johor. hujung benua asia. jarang nak keluar. beli terus dengan akak yer. saya pun nak hantar maklumat thru email adik akak yer. harga termasuk pos berapa yer? dah terasa aura novel ni. tak sabar nak baca.

Mazni Aznita said...

kirim detail ke email

fadizah said...

salam kak nita saya liza dari brunei..nak tanya udah dipasaran kah buku SC?..liza suka buku2 yang kak nita tulis semua buku2 kak nita dlm simpanan saya terutama buku bunga surga sampai 2-3 x liza baca jika tak ada buku2 baru nak baca..macaman liza nak dapatkan?jika dihantar k brunei berapa belanja posnya?liza nak ttgan kak dalam buku tu dan kenpa tah datang keekspo buku2 brunei liza dapa jumpa kak yati n cik rose..

Mazni Aznita said...

salam liza,

wah smpai ke brunei juga ke bunga syurga tu. kak nita ingatkan sekitar malaysia sj..
sbnrnya liza, SC blm habis proses cetakan lagi, yang ada dgn kak nita ialah stok terawal sbb kak nita yg minta begitu dgn publisher itu. soal pasaran SC ke mana-mana tu dan bila itu semua kena tanya pihak iBook Publication sendiri.

selain liza, ada beberapa lagi pembaca dr singapore yang minta dikirimkan buku tapi kak nita tak sempat nak tanya kosnya. Beginilah liza kirim dulu address liza ke email eyeja_252000@yahoo.com dulu. Nanti kak nita tanyakan kos dia dari sini ke sana k.

Penakumenulis said...

x sabar nak dapatkan buku ni....teruskan berkarya...cayuk...

Penakumenulis said...

x sabar nak dapatkan buku ni....teruskan berkarya...cayuk...

Anonymous said...

slame nie,sy xprnh bc bk yg dtulis oleh akak...(pengakuan berani mati seyh)..
1st tym bc kat cari.com trus jatuh cinta ngan pnulisan akak...
coz pnulisan akak sempoi,len dr pnulis2 len n plg penting BEST SEYH!!!!!!!!

btw,ibook publication leh beli scr on9 x,kak?
coz,sy rs nk bli sume bk akak...
hehehe....

Mazni Aznita said...

ilyah, thnks atas sokongan yang diberi...

anonymous, kak nita rasa mana-mana penerbit boleh buat pembelian secara online, takde masalah. contact aje syarikat ibook okay...

Anonymous said...

K.nita!!!

Tau tak Jue punyerla lama myepi bukak blog ni..x perasan SC dijual!!...jgn habis!!!..cmfrm Jue nk Order satu!!!...

azura aka deqno said...

"itulah zura, mesti zura sama seronok dgn sy dpt tgk first design yg zura buat kan...pelik, bila tgk dlm website nmpk cover ni kuning sgt..tp bila pegang sendiri, rupanya warnanya tak kuning terang tp kuning lembut.."

Nita, kuning selembut hatiku, garang diluar....cewahhh..hahahahah....credit jugak kt Xjukie, photographer yg membenarkan hasil fotonya menjadi cover novel...hihihh

erm..cam kebetulan plak, watak dlm novel tu sama gn nama sy plak...dina azura= nor azura..hhehehe.... :)

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com