Aduh sebab ramai sangat yang bergaduh-gaduh dan marah-marah fasal isu ni, so aku cut and paste dari beberapa blog yang memang memberi keizinan untuk cut and paste artikel ni untuk manfaat bersama. Semoga hal ni dapat diperjelaskan dengan lebih baik. Untuk yang baru memeluk Islam, jadikan sumber ini sebagai iktibar dan jangan marah-marah..
COPY SAHAJA
Assalammualaikum...kat sini ada soal jawab pasal isu UCAP MERRY CHRISTMAS kepada non muslim yg telah dijawab oleh Ustaz Azhar. Yang ni jawapan2 yg telah dikumpulkan untuk dibuat satu status lengkap supaya semua dapat baca terus...semoga bermanfaat.
Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh2 tanya pasal Christmas ni? seolah2 Kristian yg ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la...tak sibuk nak ucap yg Nabi saw suruh ucap...doa dan zikir byk lg yg tak reti..
Soalan 2 : Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! ..Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap "Merry Christmas" anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tp jenis melayu ni degil..
Soalan 3 : apa hukum kalau pergi ke rumah org yg buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jgn buat amalan2 berkait agama mereka..
Soalan 4 : Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan2 yg menyambutnya? 2) Sekiranya, rakan2 (drpd sabah sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja..jgn ucap merry atau selamat.. 2. bolih jika rakan kerja atau jiran sebelah..jgn ucap atau buat2 apa2 yg berkait dgn agama..sekadar hadir menjamah jamuan yg halal sahaja...
Soalan 5 : mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..org non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya...jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya... zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bkn dgn saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dgn ditegakkan hukum dan perintah agama dimana saja kita berada..
Soalan 6 : Perayaan2 etnik trbesar diMalaysia spt krismas, deepavali, raya cino dll....Setakat mnow umat Islam dpt merayaknnya?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pd hari2 raya mereka dgn tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka...
Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain mcm contoh Krismas or Tahun Baru Cina?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..
Soalan 8 : rumah terbuka sempena christmas..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil..Kitab Bahrulmmazi.
~ BOLEH SHARE ATAU COPY UNTUK MANFAAT BERSAMA ~
Tuesday, December 27, 2011
Wednesday, November 9, 2011
Sakit Itu Anugerah Bukan Hukuman..
Aku sendiri tidak tahu dan malas mahu mengira berapa kali aku jatuh sakit tahun lepas, tahun ini dan mungkin pada masa-masa akan datang. Tapi aku selalu jatuh sakit. Batuk, demam, selsema dan macam-macam lagi. Seolah-olah aku mesti melaluinya berpuluh-puluh kali dalam setahun untuk menempuhi tahun seterusnya.
Kondisi aku memang merosot mungkin kerana faktor usia barangkali. Kalau berbicara tentang sakit atau bertemu dengan seseorang yang kononnya arif fasal sakit, aku akan bertemu dengan seseorang yang bercakap fasal isu terkena buatan oran g, terkena sihir dan sebagainya. Ya memang tak dinafikan dalam hidup manusia, kita sentiasa terdedah dengan penyakit..dan kebanyakannya penyakit itu datangnya dari unsur-unsur jin san syaitan. Tapi sungguh aku bosan dihadapkan dengan benda yang sama begini. Entah mengapa aku lebih suka percaya bahawa ALLAH memberi sakit ini pada aku sebab dia masih mengasihi aku yang banyak berdosa padanya. Kerana sakit itu adalah cara Allah menghapuskan dosa-dosa kecil kita padaNYA. Lalu mengapa sakit itu dirintih sedangkan ia adalah anugerah sebenarnya dan bukannya hukuman. Kan ?
Saturday, August 27, 2011
Nantikan Karya Terbaru Dari Saya : SAYANGKU CASPER
Klik gambar untuk besarkan
BLURB COVER :
Cinta Pertama adalah keramat di hati..
Rindu pertama adalah penamat di jiwa..
Is love supposed to last throughout all time…
or is it like trains changing at random stops?
SINOPSIS
Andai aku Cinderella yang hidupnya dinaungi kasih Prince Charming..
Andai aku Snow White yang cintanya seputih salji di pergunungan…
Andai aku Sleeping Beauty yang membuka mata hanya untuk putera tercinta..
Tapi itu semua hanya angan-angan kosong..
Ceritaku umpama mimpi dalam mimpi..
Sehinggalah suatu hari….
Tia Adila si nerd dan clumsy
Bertemu si putera yang slow and steady..
Maka terciptalah sebuah dongeng yang indah..
Di bumi Paris …pari-pari berteriak…
Mampukah dongeng menjadi realiti?
Atau cinta akan berakhir sepantas angin..?
Tuesday, July 5, 2011
Risau + Stress
Bila orang yang paling penting dengan kita sakit, hati kita akan jadi lemah, susah, bimbang, rasa nak menangis dan pelbagai lagi. Airmata akan mudah berlinang, tapi demi kerana tak membimbangkan hati org lain, diam-diam kita menangis di mana-mana sahaja asalkan bukan di hadapan dia.
Saya fikir selama ini saya cukup kuat. Hati saya cukup teguh untuk terima apa sahaja keadaaan, susah atau senang. Tapi ternyata saya kalah, lagi-lagi kalau saya berhadapan dengan kenyataan yang memeritkan. Saya memang nak menangis sama macam adik-adik saya yang lain. Tapi saya elakkan dengan melakukan kerja-kerja lain. Tapi selepas perhatian saya beralih, airmata saya akan berlinang lagi tanpa disedari.
Saya memang susa h hati sangat. Dari A hingga Z, saya memikirkan pelbagai kemungkinan. Dan tidak ada satu pun yang membuatkan saya tenang. Saya tahu saya harus redha, tapi itu juga tak mampu saya lakukan buat masa ini. Dalam saat ini, waktu ini, saya sedang berada dalam keadaan yang paling stress pernah saya rasakan dalam hidup. Ya Allah! Sembuhkan penyakit ibuku. Jika boleh digantikan sakit ini, maka saya lebih rela diri saya yang terlantar begitu di katil hospital.
Sunday, May 22, 2011
Lain Padang Lain Belalang...
Saya selalu kata saya menulis untuk diri sendiri, sebab saya sangat suka menulis dan suka mengarang sesuatu untuk dipersembahkan. Dan saya juga mengaku bahawa saya sangat praktikal orangnya dan benci benda yang complicated. Kalau saya rasa benda tu macam menyusahkan aje, saya akan tarik diri. Itu saya. Dan saya juga suka berterus-terang, straight forward klu nak bercakap sesuatu termasuklah tentang para penerbit saya. Cuma kelakarnya, bila saya cakap berkias-kias fasal penerbit, lain yang dituju lain pulak yang terasa. Hehe…Anda kan tahu saya bekerjasama dengan ramai penerbit. Dan pasti anda juga tahu penerbit mana yang bermasalah dengan saya. Kalau tak bermasalah, tak mungkin terbitan buku saya tak dijumpai di mana-mana dan tak mungkin royalti saya macam mimpilah nak dapat. Teringat pulak pada editor BP yang pernah tanya saya, kenapa saya tak hantar manuskrip lama kt BP, saya terasa hati ke? Haha see..saya tuju kat oran g lain tapi yang lain pulak tangkap. Haha..BP...thanks for calling. At least dia nak tahu masalah saya. Dan saya rasa macam dihargai.
Itulah sebab kenapa saya terbitkan sendiri Dedalu Di Hati, tapi masih ramai yang tak faham. Dedalu di Hati adalah novel bermasalah dari penerbit yang bermasalah. Sakti Cinta adalah novel bermasalah kedua yang memberi saya masalah sebab saya tak dapat langsung roy altinya dan saya pun malas nak minta-minta. Jadi pandai-pandailah fikir sendiri siapa penerbit yang saya maksudkan tu dari ada yang membuat andaian dan tafsiran melulu.
Saya terbitkan sendiri Dedalu Di Hati sebab nak bagi oran g yang selama ini menanti untuk membacanya, agar dpt membacanya. Ia lebih mudah dari memberinya pada penerbit lain sebab banyak masalah dan proses. Lagipun ia buku lama, bukan buku baru. Tapi salah ke kalau saya terbitkan semula DDH? Tak payahlah nak pandang hina dan kata macam-macam yang tak sedap didengar. Yang penting rezeki masing-masing. Saya tak tamak periuk nasi oran g, tapi janganlah kata yang bukan-bukan macamlah saya buat salah besar. Lagi satu tolonglah jangan cakap belakang-belakang, sebab telinga oran g banyak..mungkin ada yang sampai kat telinga saya. Tak eloklah macam tu! Saya tak ada hutang tapi anda tiba-tiba berhutang dengan saya sebab ditangkap sedang sedap-sedap mengutuk saya. Yang lagi best, dari takde masalah terus ada masalah sbb telinga saya dengar benda tak sedap tu. Hahaha…
Baru-baru ni di pesta buku saya jumpa dengan seorang penulis lama yang dah lama sangat saya nak jumpa. Saya memang hormat dia selama ini. Tapi dari bertanya khabar saya, sebaliknya dia tanya saya macamana bisnes saya. Saya terkedu. Bunyinya macam sinis je. Bisnes apa yang saya buat? Saya cuma terbitkan buku lama saya yang kalau tak dilakukan sesuatu akan mati begitu sahaja. Saya tahu mungkin ada yang beranggapan saya agak sensitif tapi semua penulis akan sensitif pada cara seseorang bercakap. Sebagai seorang penulis hebat, dia sepatutnya lebih faham kenapa saya terbitkan sendiri DDH. Bukan nak berlagak saya pandai atau banyak duit, tapi saya buat semuanya sebab pembaca. Saya tahu penulis ini banyak pengaruh, saya ni ikan bilis sahaja. Tapi janganlah jadikan kemajuan kecil yang saya capai dengan bersungguh-sungguh serendah tapak kaki saya. Tapi kelakarnya sebab saya tak suka ton suara dia yang nampa k macam peramah tapi bunyinya macam sinis, saya terus angkat kaki tanpa bergambar dengannya. Saya memang tersinggung. Saya memang adore sgt2 dia dan saya fikir saya boleh belajar darinya tapi saya mula fikir dia jenis orang yang mungkin mudah termakan hasutan oran g lain! Tapi tak apalah, lagipun saya tak rugi apa-apa pun..i'm just me..jangan dengki orang cukuplah, itu prinsip sy.
Wednesday, March 30, 2011
Bulan Gila...
Entry hari ni fasal bulan. Memandangkan dua tiga menjak ni susah sangat nak tengok bulan, so aku pun saja-saja buat research fasal bulan. Memandangkan unsur bulan ni juga ada dalam novel terbaru aku iaitu VENOM aka Mito s Cinta Suria.
Jom kita bla..bla dulu fasal bulan. Dari segi mitologi, bulan juga dikenali dengan nama Luna. Bukan Luna Maya tau..tapi ia diambil sempena nama seorang dewi dalam mitos rakyat Rom di mana Luna ni isteri kepada Raja Zeus dan beliau memiliki hampir 50 orang anak. So sebab anak-anak dia ni ramai sangat, Luna jadi tak terkawal dan akhirnya jadi GILA!!!.. Haha kelakar kan dengar cerita ni. Teringat pulak aku kat ibu-ibu yang gila meroyan..agaknya tension fasal dengar anak menangis, anak bising dan sebagainya. Ikut cerita tu pun, Luna ni macam tu jugak. Meroyan!
Selain itu Luna ni juga dikatakan berasal dari perkataan Inggeris Lunatic yang bermakna gila. Mungkin itu sebabnya bulan dikatakan berupaya mempengaruhi emosi seseorang. Kononnya kalau kita melihat pada bulan untuk tempoh masa yang lama, kita pun boleh jadi mereng. Malah ada banyak sangat cerita-cerita tentang mito s-mitos dan makhluk-makhluk tertentu yang dikaitkan dengan bulan mengambang. Entah betul atau tidak tak tahulah. Ada yang mengatakan bila bulan mengambang, semua pintu dunia ghaib terbuka..haha seeloknya jangan percaya. Ini kepercayaan sesuatu masyarakat..kita cuma harus percaya bahawa alam ghaib itu wujud, dahlah..yang lain-lain di luar pengetahuan kita sebenarnya.
Tapi cerita tentang bulan dan kegilaannya bukan lagi cerita lama. Tapi ia telah diperkatakan hampir di seluruh dunia dan wujud lebih awal dari ketamadunan manusia itu sendiri. Malah kaitannya dengan alam ghaib sudah lama diperkatakan manusia-manusia di seluruh dunia. Kisah tentang serigala jadian yang bertukar setiap kali bulan mengambang adalah antara cerita paling popular dalam mito s rakyat. Sementara itu bagi rakyat melayu sendiri, oran g-orang tua dahulu kala sering berpesan, jangan keluar di kala bulan mengambang, takut terserempak dengan makhluk halus kononnya. Entahlah banyak sungguh cerita dari versi berbeza yang berkait dengan bulan.
Bagi aku, itu semua hanya mito s. Yang aku tahu, setiap kali bulan mengambang, setiap kali itulah aku pergi beli udang atau ketam di pasar sebab murah. Oran g kata benda-benda laut ni byk waktu bulan mengambang. Dan serius memang ya! Mur ah-murah pulak tu. Hehehe..nampak sangat aku kuat makan..
Thursday, March 24, 2011
Jerawat Boleh Membunuh
Ni persoalan yang ditimbulkan dalam sebuah artikel yang aku baca dalam sebuah majalah minggu lepas. Fasal jerawat tu.haha...almaklum siapa tak ada jerawat..Even kucing dengan lembu pun ada jerawat..
Jerawat ni benda yang buat orang perempuan stress betul tak? Angguk juga walaupun korang tak setuju dan rasa tak betul. Dan lelaki juga paling trauma dengan jerawat walaupun sering tak tunjuk. Konon-konon tak kisah padahal ada teman aku yang menangis depan cermin sebab jerawat..haha malas nak bagitahu siapa...takut lagi kuat nangisnya. Kekeke..
Kata mak aku, jerawat ni pemanis wajah. Jawab aku..itu kalau sikit ma..kalau banyak melata di wajah, bukan pemanis lagi dah tapi penyeksa jiwa dan raga. Pengalaman paling buruk aku dengan jerawat ialah masa aku kat maktab dulu nak konvo diploma. Dua minggu sebelum konvo, muka aku yang licin ayu ni ditumbuhi jerawat..aku dah waaaa..noooooo...nooooo..Bayangkan kita tengok wajah kita depan cermin tapi macam tengok monster..Trauma sungguh time tu. Buat apa pun still banyak lagi..Tension betul..fikir lagi nak konvo ni. Dahlah tu boyfriend aku plak dah lama tak jumpa (haha time tu la)..bayangkan bila dia jumpa aku..soalan pertama dia fasal jerawat aku..bukannya nak tanya khabar berita..tapi tanya khabar sengsara,,,haha...seksa..
Tapi itu dulu, sekarang dah tak ada..almaklum hormon perempuan ni cepat berubah..Agaknya time tu mengorat je kut..haha tu banyak jerawat tu. Okey berbalik pada isu jerawat yang boleh membunuh, mesti ada yang tak sangka kan? Almaklum selama ini kita tahu penyakit kanser itu pembunuh utama manusia di dunia..tapi ini jerawat. Apa bahayanya? Oo jangan pandang remeh fasal jerawat tau...perlu dingatkan JERAWAT MEMANG BOLEH MEMBUNUH!!! So hati-hati.. Kenapa?
Dekat wajah manusia, kita ada apa yang dipanggil sebagai T-Shape pada wajah. Tapi para doktor memanggilnya Segitiga Maut. Ia merujuk kepada kawasan dahi dan hidung. Kat situ kalau ada jerawat tak kisahlah jerawat batu ke, pasir ke kerikil ke..hehehe tolong berhati-hati..Jangan picit melulu.. Sebabnya kawasan itu dianggap sangat sensitif dan salur pembuluh darah mudah pecah. Jadi kalau bakteria yang datangnya dari jerawat yang dipicit itu memasuki saluran darah, anda boleh mendapat apa yang dipanggil meningitis. Meningitis ni penyakit serius kerana terletak dekat otak dan tulang belakang. Bakteria yang memasuki darah boleh merebak ke cairan otak dan menyebabkan maut. Begitu lah lebih kurang,
kalau meningitis disebabkan virus biasanya tak bahaya, tapi kalau dari jerawat kita panggil bakteria bisa. Ini yang boleh menyebabkan kerosakan otak, hilang daya pendengaran dan paling teruk boleh menyebabkan KEMATIAN..Haha panjang lebar cikgu sains ni berdiskusi..so pada sesiapa yang tangan gatal asyik nak memicit jerawat..picit ajelah tapi jangan sesekali sentuh jerawat di bahagian segitiga maut..iaitu di atas dahi dan juga hidung..Sekadar berkongsi ilmu..insya allah..hehehe..
Jerawat ni benda yang buat orang perempuan stress betul tak? Angguk juga walaupun korang tak setuju dan rasa tak betul. Dan lelaki juga paling trauma dengan jerawat walaupun sering tak tunjuk. Konon-konon tak kisah padahal ada teman aku yang menangis depan cermin sebab jerawat..haha malas nak bagitahu siapa...takut lagi kuat nangisnya. Kekeke..
Kata mak aku, jerawat ni pemanis wajah. Jawab aku..itu kalau sikit ma..kalau banyak melata di wajah, bukan pemanis lagi dah tapi penyeksa jiwa dan raga. Pengalaman paling buruk aku dengan jerawat ialah masa aku kat maktab dulu nak konvo diploma. Dua minggu sebelum konvo, muka aku yang licin ayu ni ditumbuhi jerawat..aku dah waaaa..noooooo...nooooo..Bayangkan kita tengok wajah kita depan cermin tapi macam tengok monster..Trauma sungguh time tu. Buat apa pun still banyak lagi..Tension betul..fikir lagi nak konvo ni. Dahlah tu boyfriend aku plak dah lama tak jumpa (haha time tu la)..bayangkan bila dia jumpa aku..soalan pertama dia fasal jerawat aku..bukannya nak tanya khabar berita..tapi tanya khabar sengsara,,,haha...seksa..
Tapi itu dulu, sekarang dah tak ada..almaklum hormon perempuan ni cepat berubah..Agaknya time tu mengorat je kut..haha tu banyak jerawat tu. Okey berbalik pada isu jerawat yang boleh membunuh, mesti ada yang tak sangka kan? Almaklum selama ini kita tahu penyakit kanser itu pembunuh utama manusia di dunia..tapi ini jerawat. Apa bahayanya? Oo jangan pandang remeh fasal jerawat tau...perlu dingatkan JERAWAT MEMANG BOLEH MEMBUNUH!!! So hati-hati.. Kenapa?
Dekat wajah manusia, kita ada apa yang dipanggil sebagai T-Shape pada wajah. Tapi para doktor memanggilnya Segitiga Maut. Ia merujuk kepada kawasan dahi dan hidung. Kat situ kalau ada jerawat tak kisahlah jerawat batu ke, pasir ke kerikil ke..hehehe tolong berhati-hati..Jangan picit melulu.. Sebabnya kawasan itu dianggap sangat sensitif dan salur pembuluh darah mudah pecah. Jadi kalau bakteria yang datangnya dari jerawat yang dipicit itu memasuki saluran darah, anda boleh mendapat apa yang dipanggil meningitis. Meningitis ni penyakit serius kerana terletak dekat otak dan tulang belakang. Bakteria yang memasuki darah boleh merebak ke cairan otak dan menyebabkan maut. Begitu lah lebih kurang,
kalau meningitis disebabkan virus biasanya tak bahaya, tapi kalau dari jerawat kita panggil bakteria bisa. Ini yang boleh menyebabkan kerosakan otak, hilang daya pendengaran dan paling teruk boleh menyebabkan KEMATIAN..Haha panjang lebar cikgu sains ni berdiskusi..so pada sesiapa yang tangan gatal asyik nak memicit jerawat..picit ajelah tapi jangan sesekali sentuh jerawat di bahagian segitiga maut..iaitu di atas dahi dan juga hidung..Sekadar berkongsi ilmu..insya allah..hehehe..
Thursday, March 17, 2011
Gay vs Novelis
Asalnya dia membeli buku-buku aku. Katanya dia peminat setia. Aku bila tahu ada lelaki suka dengan novel2 aku memang excited gila. Tersengih sahaja memanjang. Bukan senang tau nak dpt penghargaan dari seorang lelaki. Lagi-lagi kaum lelaki ni suka perlekehkan novel-novel yang mereka anggap ‘jiwang’. Macamlah mereka tak pernah bagi bunga, coklat atau bawa awek pergi tonton wayang. Hehe mengarut je…
Lepas tu dia tunjukkan aku gambar-gambar dia. Dalam hati aku kata mak oii handsome siut budak ni. Tinggi, putih melepak..teringat plak kat adik angkat aku masa kat maktab dulu. Lida, kalau awak tengok budak ni..awak mesti ingat kat adik angkat kita kat maktab dulu. Budak ala peragawan tu..hehe.
Dia memang rajin berchatting dengan aku tiap-tiap malam sejak sebulan lebih. Seminggu sekali kira wajib, kadangkala kerap lagi. Memang aku jarang buka fb chat atau yahoo messenger tp klu ada org nak luah perasaan kat aku, mmg aku online je. Itu prinsip aku. Dengar apa sahaja. So time bersembang dengan guy ni, dia secara tak sengaja buat ayat yang membangkitkan rasa hairan aku. Dan dengan selamba aku tanya, apakah dia gay? Katanya kalau ya kenapa? Apakah aku takkan layan dia lagi lepas ni? Kata aku, aku tak berhak nak judge orang, tak ada kelayakan pun..tapi aku ambil berat tentang saudara sesama islam. Yang salah tetap salah. Meskipun semoden mana pemikiran kita, kita tetap tak boleh menghalalkan apa yang haram di sisi Allah. Itu jawapan aku! Kata aku lagi selagi dia mahu berchatting dengan aku, it’s okay with me. Takde hal!
Tiba-tiba dia hilang. Dua malam lepas dia muncul. Dia tegur aku dan aku jawab. Katanya dia ingat aku dah tak nak layan dia. Aku kata, kenapa dia fikir begitu? Kenapa mesti fikir aku pandang hina pada dia? Seorang insan takkan fikir oran g pandang rendah pada dia kalau dia mengangkat tinggi martabatnya sendiri. Dia fikir buruk tentang persepsi oran g kerana jauh di sudut hati dia, dia rasa dirinya sendiri hina. Aku katakan padanya jangan ambil kisah apa org lain fikir tentangnya, tapi ambillah kisah apa yang terbaik untuknya di sisi Allah.
Katanya dia terjebak angkara kawan-kawan. Sayang! Dia seorang lelaki yang ada paras rupa, suka membaca, bererti jiwanya halus dan murni. Kesilapan memang sering terjadi dlm hidup. Sesetengah mengatakan naluri dan emosi mereka menginginkan begitu. Tapi kenapa mesti kalah pada emosi? Kenapa mesti dihalalkan apa yang telah azali haram dan dikutuk Allah?
Dear Naz, belum terlambat. Belum terlewat untuk kembali ke jalan yang lurus. Sis kagum dengan keberanianmu untuk berterus-terang. Maaf kerana catatan malam ini khas untuk kamu. Andai kamu marah selepas ini, just remember this…sis hanya mahu kamu menjadi dirimu di dalam chat room yang kelakar, baik hati, penuh perhatian dan bertanggungjawab. Itu yang postif dalam diri kamu. Itu yang novelis ini nampa k dari dalam diri kamu. Kadangkala seorang penulis boleh melihat apa yang tersirat dalam jiwa seseorang hanya dari perbualan biasa. Dan kerana kamu suka membaca, maka bacalah juga bahan-bahan motivasi dan sesuatu yang boleh menenangkan jiwa yang kacau. Mulakan dari solat, bergaullah dengan kawan-kawan yang baik, tinggalkan kawan-kawan yang menyesatkan..Insya allah..kamu akan jadi lebih kuat dari sebelumnya!
P/S : Sis takkan novelkan watak kamu kalau pun itu yang kamu mahu. Kerana bagi sis, cerita ini cerita kamu. Hanya kamu yang berhak dengan kehidupan kamu. Lagipun kisah ini belum ada penamat. Hanya kamu yang boleh memilih penamatnya..bukan si penulis ini..tapi terima kasih kerana berkongsi cerita.
Wednesday, March 16, 2011
Penangan Hujan
Mendung dan lembab..begitulah keadaan cuaca kat tempat aku sekarang ni. Boleh dikatakan sejak kejadian tsunami di Jepun tempohari, hujan tak berhenti-henti turun. Dengar-dengar khabar di beberapa buah tempat di pahang dah dinaiki air dalam sehari dua ni..
Macam-macam spekulasi aku dengar oran g duduk bercerita. Kononnya hujan lebat ni disebabkan tsunami di Jepun baru-baru ini. Entahlah, malas nak menokok tambah cerita yang aku tak maklum. Sama macam kiriman sms dan email yang banyak masuk dalam inbox telefon dan laptop aku, kononnya hujan yang membawa kandungan radiasi (hujan asid) dah sampai ke Malaysia . Aku perasan masa tsunami di Sumatera dulu, pun oran g sibuk heboh fasal sms yang kononnya tsunami turut akan menelan Malaysia .
Pendapat aku senang aje. Jangan percaya bulat-bulat sms ni, nanti kita pun jadi panic dan bila disebarkan, oran g lain pulak bertambah panic. Tapi jangan lah pulak tak percaya langsung. Maksudnya, apa salahnya kita ambil langkah-langkah yang perlu dan berhati-hati. Contohnya kalau dah tahu hujan, bawa ajelah payung. Dan kalau sesekali kita duduk rumah time-time hujan lebat ni pun kira okey apa. Jangan pulak saja-saja nak dedahkan diri sendiri pada hujan. Begitulah lebih kurang.
Kalau boleh sentiasa pantau keadaan dengan banyakkan melayari internet. Walaupun internet agak lembab dua tiga menjak ni tapi kita seharusnya sentiasa tahu tentang keadaan semasa di Jepun dan negara-negara perairan pasifik yang lain.
Hujan kali ini memang agak pelik. Tak pernah-pernah bulan 3 yang sepatutnya panas terik tapi sebaliknya seperti musim tengkujuh. Tapi aku lebih suka kaitkan peru bahan cuaca ini dengan fenomena Supermoon yang akan berlaku pada 19 Mac ini. Lagipun kita sedia maklum, bulan berkait rapat dengan pasang surut air serta ada kaitan dengan kebanyakan peristiwa yang melibatkan air. Jadi tak hairanlah kalau hujan sentiasa lebat menjelang fenomena ini.
Apapun, aku sebenarnya sukakan hujan cuma kalau agak lebat dah jadi trauma pulak. Tapi sayangnya waktu hujan ni, aku yang demam tak kebah-kebah dan asyik batuk memanjang, asyik tertidur aje di depan kerja yang bertimbun-timbun. Penang an cuaca sejuk dan ubat batuk perisa oren yang aku dapat dari klinik..hehe..pernah makan ubat batuk perisa oren? Hehe…
Sunday, February 27, 2011
Mungkin Nanti aka Blue Sunset
ISBN: 978-967-365-051-4
Sem. Malaysia: RM22.90
Sabah/Sarawak: RM25.90
Sem. Malaysia: RM22.90
Sabah/Sarawak: RM25.90
SINOPSIS
Aqila Murni membesar tanpa seorang ayah. Juga terpaksa menjaga seorang ibu yang menghidap penyakit berbahaya. Lebih malang lagi, dia dilahirkan dengan kecacatan penglihatan akibat kesilapan si ibu. Dunia yang sepatutnya indah dan berwarna-warni, menjadi kelam dan sunyi di matanya. Namun dia memilih untuk membahagiakan orang lain kerana katanya, memaafkan itu lebih mudah dari membenci!
Nadzihar Hakim, anak muda berperawakan serius. Yang membenci wanita lantaran masa silam yang menyakitkan. Meskipun nampak dingin di luar, namun hatinya tetap rapuh di dalam. Lalu Zahar memilih untuk membenci kerana katanya, membenci itu lebih baik dari jiwa terseksa!
Lalu di bawah langit biru mereka bertemu.
Aqi melihat Zahar sebagai objek indah yang cukup berbeza dan dikagumi. Namun Zahar memandang Aqi dengan rasa benci yang tidak bersebab. Lantas apakah ada peluang untuk mereka menyemai benih rasa yang memungkinkan sayang? Di mana permulaan dan pengakhiran kisah mereka, andai kedua-duanya mempunyai dua persepsi berbeza tentang cinta dan kasih sayang?
Atau mungkin nanti… Hati yang sunyi akan dicuri dan jiwa yang rapuh takkan membenci lagi. Mungkinkah?
Aqila Murni membesar tanpa seorang ayah. Juga terpaksa menjaga seorang ibu yang menghidap penyakit berbahaya. Lebih malang lagi, dia dilahirkan dengan kecacatan penglihatan akibat kesilapan si ibu. Dunia yang sepatutnya indah dan berwarna-warni, menjadi kelam dan sunyi di matanya. Namun dia memilih untuk membahagiakan orang lain kerana katanya, memaafkan itu lebih mudah dari membenci!
Nadzihar Hakim, anak muda berperawakan serius. Yang membenci wanita lantaran masa silam yang menyakitkan. Meskipun nampak dingin di luar, namun hatinya tetap rapuh di dalam. Lalu Zahar memilih untuk membenci kerana katanya, membenci itu lebih baik dari jiwa terseksa!
Lalu di bawah langit biru mereka bertemu.
Aqi melihat Zahar sebagai objek indah yang cukup berbeza dan dikagumi. Namun Zahar memandang Aqi dengan rasa benci yang tidak bersebab. Lantas apakah ada peluang untuk mereka menyemai benih rasa yang memungkinkan sayang? Di mana permulaan dan pengakhiran kisah mereka, andai kedua-duanya mempunyai dua persepsi berbeza tentang cinta dan kasih sayang?
Atau mungkin nanti… Hati yang sunyi akan dicuri dan jiwa yang rapuh takkan membenci lagi. Mungkinkah?
P/S : Bagi yang tak tahu..Mungkin Nanti adalah lanjutan kisah Blue Sunset di dalam blog Gedung Novella saya. Mungkin ada yang melihat ia sebuah novel cinta biasa, tapi apa yang saya adun di dalamnya adalah tentang kasih sayang sebuah keluarga yang berpecah belah, dengan memasukkan sedikit unsur-unsur sains berkenaan penyakit buta warna. Kesemua fakta-fakta di dalam naskah ini telah pun diteliti dan dikaji secara mendalam. Namun jika ada kesilapan yang tidak disengajakan, itu adalah kelemahan saya sendiri sebagai seorang penulis. Semoga anda terhibur dengan novel ini dan please..ambil segala yang positif dan abaikan yang negatif..sekian..hehe
Friday, February 25, 2011
Kembangkan Potensi, Menulis Dengan Hati...
Sejauh mana kita suka menulis? Segila manakah idea kita yang ada di dalam kepala? Cuba tanya diri sendiri soalan itu.Juga tanyakan apakah kita mampu menulis lebih jauh dari jangkauan kita sendiri? Atau menulis sesuatu yang lebih sensitif yang mungkin akan dikritik seseorang.Jika jawapannya adalah YA..maka potensi seseorang penulis akan lebih menyerlah.Jika tidak, jadikah kita penulis di takuk lama. Mana yang lebih baik sebenarnya? Menulis kerana pembaca mahukan kisah sebegitu? Atau pembaca yang mahukan penulis, tak kisahlah apa pun yang ditulisnya.
Hati saya teringin mahu jadi penulis kategori kedua. Tapi mampukah diri membuatkan pembaca mencari buku-buku saya pada masa akan datang? Saya teringin menulis tentang dunia di luar sedar, menulis tentang masa depan yang lebih panjang, serta menulis tentang erti sebenar kekeluargaan. Teringin juga menulis tentang pontianak, menulis tentang alien, menulis tentang kemusnahan bumi..tanpa perlu berfikir apakah idea-idea saya ini terlalu melampau untuk dibaca orang?
Saya keluh kesah bila kadangkala penyakit malas saya menyerang. Dan bila ia datang, sudah pasti bahana yang akan menjelma. Banyak manuskrip akan tertangguh dan banyak dateline akan tersasar. Tapi seorang insan yang paling saya sayang memberitahu saya, jangan menulis kerana kuantiti, tapi menulislah dengan kualiti. Jangan menanti cepat atau lambat sesuatu manuskrip itu, tapi nantilah dengan kesabaran asalkan ia menjadi karya yang cukup bererti. Rasanya saya terlalu fobia, sedangkan kata-katanya benar belaka. I love you dad...
Darinya juga, saya mendapat ajaran yang berguna. Untuk menjadi seseorang yang karya-karyanya diingati, maka menulislah dengan HATI..kerana HATI itu memberi NADI pada sesuatu karya..sharing this for all of you guys..
Wednesday, February 2, 2011
Coretan Kala Bosan...
Wah blog aku sangat-sangat bersawang. Tahun baru dah sebulan berlalu, aku pulak dah ditukarkan mengajar sebelah pagi yang aku sifatkan sebagai..sangatttttttt menakutttkannnnn! Goodbye kawan2 sesi petangku yang sangat caring dan saling memahami. Will miss you all..
Tahun ni agenda aku banyak, tapi malas nak ambil pot sangat. Buat aje yang mana sempat. My sis akan ambil exam SPM tahun ni. Tugas aku pastikan dia belajar lebih banyak dari apa yang kami tengok dia buat. Harap-harap berbaloi sebab aku dah belanjakan hampir RM300 hanya untuk buku-buku dia. Wahh banyak kan? Kalau dia tak belajar memang nahas dia..baik bagi makan itu burung unta saja lagi baik.
Projek novel? Of course aku masih menulis. Tapi mungkin speed aku berkurang. Almaklum aku ada masalah saraf di tangan kanan yang menegang sejak akhir-akhir ini. Bila saraf menegang, aku dapati tangan aku memang sakit sangat dan aku tak boleh nak angkat walau sebatang pen pun. Doktor lama cakap saraf..need to go for therapy..but because of my ignorance..i let it go just like that..now I’m so deeply in pain..bila doktor beritahu benda yang sama dicakapkan oleh doktor lama masa aku di UM dulu..baru aku sedar..aku memang tak sayang diri sendiri. Hopefully tangan aku sembuh cepat sebab aku tak boleh kalau tak menulis. Hidup aku tak bererti kalau aku tak boleh buat apa yang aku suka..
Mujur aku ada tiga manuskrip yang dah siap.. so bolehlah distribute dalam tempoh satu tahun..Yang pertama dah diberikan pada penerbit dan insya allah katanya bulan 2 akan keluar. Yang kedua..mybe akan menyusul selepas ini..dan seterusnya..nampaknya target aku tiga novel setahun masih mampu dilaksanakan..dan harap-harap tahun-tahun seterusnya juga begitu. Aminn..
Life is not easy..itu ayat aku dulu..hidup akan selalu sukar di fikiran jika kita berfikir dengan jalan yang sukar. Now I’m back and ready to fight for my life..again!! 2011…you have taking all my 2010 matters ..but I’m giving you back all my efforts for the whole year. Sarangeyo…
Subscribe to:
Posts (Atom)