Wednesday, April 28, 2010

Komik Studentku..


Bekas student aku ni memang pandai melukis komik..haha tapi pandai juga mengenakan cikgu dia dalam diam-diam. Jangan sangka ini komen sebarang komik, sbb isi cerita di dalamnya benar-benar terjadi kecuali part kereta aku accident tu. Hehehe..thanks Syamil kerana mengabadikan watak cikgu dalam komik-komik kamu.
P/S : Klik pada gambar untuk imej lebih jelas

Friday, April 23, 2010

Surat Cinta

Lelaki Yang Baik Untuk Wanita Yang Baik
Perfect Guy For Perfect Lady
Betui ka??

Pernah dengar tak quote macam ni? Haha sekarang ni rasanya benda ni tak leh jalan dah Gadis zaman sekarang dah tak macam dulu lagi dah. Dulu perempuan suka lelaki yang baik-baik. Kalau tak nampak kopiah atau janggut sejemput bawah dagu, perempuan tak mahu. Kalau yang jenis melepak bawah jambatan langsung mereka tak pandang. Zaman dulu, duit banyak orang tak pandang, akhlak tu yang penting. Kalau lelaki yang rajin imankan solat, mak bapak yang rajin ke surau dah target dah jadi menantu. Yang perempuan pulak mesti yang pandai mengaji, atau buat2 tunduk kalau jalan depan rumah bakal mertua. Hahaha..(versi orang tua zaman dahulu kala)

Zaman sekarang ni, perempuan dah tak suka lelaki yang baik-baik. Bosan kata mereka. Nak-nak yang jenis suka dengar cakap. Main yes aje. Perempuan zaman sekarang suka lelaki ala-ala jahat sikit (bukan jahat banyak tau!). Yang mana yang nampak brutal, yang rambut panjang mengurai, yang bercelak kat bawah mata, yang main gitar sambil melepak kat simpang jalan, yang naik motor laju kat jalanan tu lah yang mereka suka. Mereka suka lelaki yang kuat cemburu, tak nak mengalah. Kalau takde sebab nak gaduh pun, pura-pura ajelah bergaduh sebab kononnya bergaduh tu tanda sayang (versi anak murid aku)

CIKGU dia cuma tersengih aje mendengarnya. Dalam hati, canggih bebeno pemikiran budak-budak remaja sekarang dalam memilih pasangan.

Tiba-tiba teringat fasal situasi di sekolah yang mana banyak pelajar perempuan cerdik di kelas hadapan yang berboyfriendkan si pelajar lelaki di kelas belakang. Hal ini pernah menjadi tajuk perbualan kami para guru di kantin. Semua cikgu-cikgi menyuarakan kehairanan, apasal la pelajar lelaki di kelas tercorot paling diminati sehingga sampai tahap gaduh2 dan bermasam muka.

Jawab AKU sambil minum Sirap Bandung kegemaran aku :

“Fasal budak lelaki yang sama kelas dengan mereka takde masa nak ambil tahu hal mereka sebab diaorang lebih berminat nak belek buku dari jenguk hati budak-budak perempuan ni. Budak lelaki kelas belakang pula dah memang otak diaorg kosong, masa pulak banyak..jadi dari buang masa tengok buku, baik diaorang test skill ayat-mengayat..kut-kut bahasa melayu boleh dapat A.. Hahaha.

Tiba-tiba teringat suatu ketika dahulu, aku pernah rampas surat cinta seorang student aku dari kelas belakang yang nak bagi kata awek dia – bahasa budak ni fuhhh boleh buat aku ketawa pecah perut. Aku siap bagi balik surat tu kat dia sambil ajar dia buat surat baru yang betul tatabahasa, betul ejaan dan betul segala-galanya. Last-last sampai sekarang dia berterima kasih dengan aku sebab aku ajar dia tulis surat cinta sebelum dia diketawakan oleh awek dia yang pandai. Hihihi…

P/S : Surat cinta sepatutnya dimasukkan dalam sukatan pelajaran bahasa melayu selain dari surat kiriman rasmi dan tak rasmi dan surat-surat lain. Manalah tahu kot2 mereka boleh improve dalam bahasa melayu. Hehehe…


Saturday, April 17, 2010

Amaran Kalau Nak Shopping

Jangan confident sangat dengan kad kredit dan kad ATM anda!
WHY?
Becoz this is the whole story...

Last week aku dikenakan kad kredit aku sendiri. Bertuah sungguh kad kredit tu, anak siapalah agaknya! Langsung tak kasihan kat tuan dia ni. Alkisahnya one day ni, aku ajak my sis ke Giant. Mula-mula check duit dulu dalam dompet. Adalah dalam RM150. Nak ambil duit kat ATM malas, so aku ingat apa-apa hal nanti, aku guna ajelah kredit kad atau bank card.

Hajat hati nak beli bahan-bahan buat spageti (acara menggemukkan diri), tapi sebelum nak sampai ke bahagian spageti tu, sempat singgah macam-macam booth kat Giant. Mula-mula singgah kedai Playstation. Kat situ aku beli earphone aku yang dah rosak. Lepas tu jalan lagi tertarik pulak nak singgah ke sebuah kedai menjual perfume. Takde niat pun nak beli sebenarnya. Tapi entah macamana, hidu sana hidu sini..berkenanlah aku kat satu perfume ni. Jenama Anna Shui, yang kotak dan botol dia punyalah comel. Aku ni memang pantang tengok botol perfume. Aku pun terbeli la Anna Shui : Rock Me. Melayang la RM180 aku, huhuhu. Tapi masa tu aku guna kad kredit (dengan penuh yakinnya..)
memporakperandakan budget aku di Giant..Hahaha apalah..

Lepas tu baru aku masuk giant. Tapi faham-faham ajelah..bila dah masuk kat tempat ni, lagi-lagi bawa bakul. Macam-macam benda nak isi dalam bakul tu. Adik aku lagilah, semua benda dia nak borong. Mentang-mentang kakak dia yang bayar, sesedap rasa aje dia mengisi bakul tu. Time tu aku tahu dah, RM150 dalam dompet aku tu takkan cukup nak membayar harga barang-barang tu. Tapi takdelah bimbang sangat pun sebab kad kredit ada. Kad bank pun ada. No hal beb! Jeling sebelah mata aje.

Tapi bila time nak membayar, tak disangka-sangka kad kredit aku tak jalan. Aku pun simpan kad kredit dan hulur pula kad bank. Pun tak jalan jugak. Aku dah bengang tahap maut dah. Iskk apasal la benda alah ni? Takkan semuanya tak boleh kut! Tak logik! Tapi seriously semua kad aku memang tak boleh pakai time tu. Muka dah merah padam menahan malu. Hehe nih mesti org kat belakang tu kutuk. Punyalah banyak kad dia tunjuk, satu pun tak boleh pakai.

Then aku pun dapat idea nak pergi withdraw duit. My sis aku suruh tunggu kat barang-barang tu. Kaunter tu siap tutup sebab aku. Then aku pun pergilah kat mesin ATM tu, cuba keluarkan duit tapi semua kad aku tak jalan. Aku cuba semua, tapi still tak dapat. Aku dah panik gila! Alamak! Dahlah aku beli barang banyak, duit tak cukup pulak. Bukan banyak pun nak. Cuma nak RM20 jer. Nak keluarkan duit kat bank, kad aku tak approve.

Panik punya fasal, aku call adik aku Amrul. Kebetulan dia baru balik dari Riyaz Heritage. Adalah dekat 15 minit aku tunggu dia dengan wajah bengang dan perasaan membara. Rasa cam nak bakar aje semua mesin ATM tu. Hari tu semua benda alah tu dok berpakat nak kenakan aku. Lepas dapat duit dari my bro, adik aku Wawa pun pergilah tuntut barang tu. Tapi sampai kat sana, budak kaunter tu dah return semua barang-barang kitaorang. Punyalah aku dan adik aku bengang. Tapi nak salahkan kat dia pun tak boleh jugak, mungkin sebab dia dah tunggu lama. Padan muka kitaorang!

Kitaorang pun balik dari Giant tu dengan tangan kosong. Haha punyalah semangat nak beli barang, last-last bawa balik sebotol perfume aje. Tak ke kelakau tu? Rasa bodoh pun ada jugak. Lepas balik tu, aku singgah kat ATM di bandar. Saja nak confirm kan, betul ke kad-kad aku nak sabotaj tuan dia? Aikk boleh la pulak withdraw duit. Then aku guna kredit kad pulak beli barang harga RM15..hehe (angin je orang kaunter tu) Tapi orait jer…so apa yang tak kena dengan kad aku hari tu? Pelik sungguh! Misterius ni!

Moral of the story
1) Jangan beli perfume sesuka ati sebelum beli barang-barang dapur. Jangan tiru cam aku!!
2) Pastikan duit tunai kat dalam dompet banyak sebelum nak keluar. Kalau tak cukup, cekau la duit mak bapak, adik beradik atau duit tabung anda!
3) Paling penting, kalau nak ke Giant lain kali, tinggalkan aje adik aku yang nama WAWA tu.. hahaha.. (takde faedah bawak)

inilah perfume Anna Shui Rock Me yang telah berjaya memporak perandakan budget aku.

Thursday, April 8, 2010

Waiting For The Last Airbender

Poster yang dah release untuk tatapan peminat-peminat Avatarempat element yang menyeimbangkan dunia mereka
Aang si Avatar yang memiliki kuasa mengagumkan. Sangat rapat dengan Katara yang kadang kala seperti kekasih, kakak dan ibunya.
watak-watak dalam Avatar The Last Airbender

teka siapa ini? Hehe inilah Jasper, mamat vampire dalam twilight yang couple dengan alice adik Edward. Dia ni la yang akan pegang watak Sokka The Water Tribe

Watak-watak yang dah casting. Antara banyak-banyak watak Zuko (gambar ketiga) paling tak sesuai jd Prince Zuko. Sebab Zuko digambarkan sebagai seorang lelaki berbangsa Cina di dalam anime. Tapi dalam movie diganti dengan seorang yg berbangsa India. kan kelakar tu!

Dah lama tak update blog, rasanya blog aku macam bersawang aje. Lately aku rasa cam takde mood. Siti Nur Dhuha yang comel itu selalu rajin tanya aku soalan cepu emas, kenapa tak update blog? Hehehe..nak jawab apa lagi. Memang aku ketandusan mood yang baik.

Nak kumpul mood bukan benda senang. Kena alihkan tumpuan pada hal-hal yang tak menyenangkan di sekeliling aku. Masalahnya di sini, hidup kadang-kala terasa menyenangkan, dan adakalanya terasa begitu sukar. Sehingga kini, rasanya aku sudah mula membuat kiraan hidup aku satu persatu bermula dari belakang.

Mood yang tak baik membuatkan aku jadi gila menonton dari gedung movie melalui internet sehinggalah pada anime-anime kesukaan aku. Minat ni aku kongsi bersama seorang teman yang juga sukakan anime. Baru-baru ni aku pinjam CD anime dia bertajuk Avatar : The Last Airbender.

Dan ketika ini aku baru sahaja selesai menonton Avatar : The Last Airbender sebentar tadi. Betul cakap kawan aku Aisyah, cerita ni memang best kalau follow dari awal. Tak sangka aku tengok anime ni sebanyak 61 episode dalam tempoh seminggu. Cerita dia tentang empat elemen yang ada di dunia ketika zaman itu iaitu api,air, bumi dan udara. Setiap element ini mewakili kuasa-kuasa luarbiasa yang boleh dimanipulasikan oleh manusia. Dan empat elemen ini akan menyeimbangkan kuasa bumi. Tapi satu perang besar berlaku apabila Fire Lord dari Fire Nation menyerang ketiga-tiga kerajaan elemen lain untuk meluaskan kuasanya dan berlakulah perang hampir 100 tahun lamanya. Hanya ada seorang sahaja yang boleh menghentikan perang itu iaitu Avatar, manusia istimewa yang boleh menguasai keempat-empat kuasa elemen. Namun ketika Avatar diperlukan, ia menghilangkan diri. Ghaib entah ke mana!

100 tahun selepas perang, dua adik beradik Katara dan Sokka dari Water Tribe menemui segumpal ais beku di South Pole. Di dalamnya mereka menemui seorang budak lelaki bernama Aang membeku bersama binatang pendampingnya seekor bison bernama Appa. Aang adalah the next Avatar yang menjelma semula (reincarnation) dari kelahiran Avatar terdahulu. So bersama-sama Aang, Katara dan Sokka bergabung memulakan misi mereka untuk mencari guru bagi Aang bagi = melatihnya menjadi Avatar terunggul untuk melawan Fire Lord. Dalam pencarian mereka, mereka menemui teman-teman baru yang berjuang bersama menentang kekejaman Fire Nation. Best citer ni!

Hahaha…yang excited dan terujanya apabila tahu anime ini akan dibuat dalam bentuk movie dan release di pawagam pada bulan 7 nanti. Tak sabar nak tunggu dan tengok pengembaraan Avatar Aang, Katara, Sokka dan Toph beserta musuh-musuh mereka Zuko dan Azula bertarung untuk mengalahkan Lord Ozai dari Fire Nation. Must watch movie ni! Excitednya lagi watak Sokka dipegang oleh Jasper dalam siri Twilight Stephenie Meyer. Mesti ramai nak tengok si Jasper tu beraksi sebagai Sokka yang kelakar tapi bijaksana.

Mr. Night Shyamalan dipilih sebagai pengarah untuk movie ni. Berita yang sedikit menghampakan aku sebab aku agak pening dengan karya-karya Night Shyamalan ni seperti The Happening, Lady In The Water, The Village dan yang lain2, sebab rasa macam banyak sangat unsur-unsur abstrak dan seni bunyi yang pelik-pelik dalam filem-filem dia. Boleh mengantuk dibuatnya sebelum nak sampai ending.
Aku juga sempat tengok trailer untuk The Last Airbender dan agak frust sebab Aang di dalam movie tidak kelihatan nakal seperti Aang di dalam anime. Malah filem ini rasanya jauh dari unsur-unsur humor yang aku tonton dalam anime. Maklumlah Night Shyamalan tidak familiar dengan filem-filem yang memiliki sense of humour. Bagaimana pun aku still nak tengok keseluruhan movie ini dan harap ia lebih baik dr jangkaan awal aku.

Sempat tengok elemen aku dalam site Avatar ni. Yes! Rupa-rupanya aku adalah The Earthbender. Hahahaha..elemen bumi adalah elemen pemimpin. Haha macam tak caya aje..hehehe so kalau orang lain rancak menanti Eclipse tahun ini, aku pula sedang menunggu dengan sabarnya movie ini keluar.

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com