Kelmarin dalam sibuk-sibuk termenung (biasalah org bekerja kalau lepas raya mesti termenung sana sini, al maklum poket tengah kontang), aku terpandang susunan rak buku-buku di hadapan aku. Banyaknya buku2 yang dibeli di pesta buku tahun ini yang belum habis dibaca. Dah la pesta buku tahun depan dah terasa sikit-sikit auranya. Monday, September 28, 2009
All The Pages...
Kelmarin dalam sibuk-sibuk termenung (biasalah org bekerja kalau lepas raya mesti termenung sana sini, al maklum poket tengah kontang), aku terpandang susunan rak buku-buku di hadapan aku. Banyaknya buku2 yang dibeli di pesta buku tahun ini yang belum habis dibaca. Dah la pesta buku tahun depan dah terasa sikit-sikit auranya. Wednesday, September 16, 2009
Yeay Dah Nak Cuti!
Saturday, September 12, 2009
Salam Lebaran Untuk Semua..
Next week semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya AidilFitri 1430H...seperti biasa setiap orang sedang berlumba-lumba memperlengkapkan ibadat mereka di hari-hari terakhir Ramadhan. Berakhir Ramadhan, menyusul pula Syawal yang dinantikan...Tahun ini sambutan lebaran terasa lebih bererti bagi aku kerana semua baby-baby aku yang tersangkut di salah satu syarikat penerbitan hampir setahun lebih kini semuanya dah keluar. Terasa lega sangat bila jerih-perih kita berjuang memastikan novel-novel itu dikeluarkan seperti yang dijanjikan, berbaloi sudah. Cuma harap lepas ni syarikat tu tak buat diam pulak masa nak bayar royalti aku. Hahaha..ada yang tanya aku apakah aku akan serik untuk berurusan dengan publisher itu? Jawapan aku entahlah..aku tak pandai nak mendefinisikan apa yang aku rasa. Yang pasti harapan aku agar kekecewaan aku pada tahun-tahun sudah takkan berulang lagi kali ini. Bagaimanapun aku doakan yang terbaik untuk semua pihak dan berharap pihak penerbit ini akan bersikap lebih telus pada penulis-penulisnya...kalau tak boleh untuk menerbitkan novel-novel ini, diharap jangan dibiarkan tersadai di meja sehingga bertahun-tahun lamanya. Serahkan kembali manuskrip yang tersadai lama tu supaya penulis boleh mencari alternatif lain. Kasihanilah para penulis yang bersusah payah menghasilkan karya tersebut. Kasihan kan kita ni Kak Non!
Tuesday, September 8, 2009
Kejamnya Manusia Zaman Sekarang...

HULU TERENGGANU - Bekas Ketua UMNO cawangan Felda Mengkawang dekat sini ditemui mati dengan ususnya perutnya terburai setelah ditikam bertubi-tubi oleh seorang perompak yang memecah masuk rumahnya sebelum melarikan sejumlah barang kemas di Felda Mengkawang petang semalam.
Sunday, September 6, 2009
Mencari Diri..
Pejam celik pejam celik dah dua minggu kita berpuasa, tinggal dua minggu lagi nak beraya. Proses mengkhatamkan quran aku macam biasa asyik tersekat-sekat je..kurang lancar. Rasanya aku kena sambung khatamkan quran tu sehingga habis raya baru habis kut.Hmm..biarlah lambat asalkan tamat. Asal aku mengaji dan khatam cukuplah, tak kisahlah bulan Ramadhan ke bulan Syawal ke...ye tak?Di rumah, persiapan raya dah dibuat sikit-sikit. Konon-konon tahun ni tak nak tukar langsir, tapi tiba-tiba je dah tersangkut langsir baru kat ruang tamu. Konon-konon tak nak beli banyak kuih raya, tapi entah berapa ramai cikgu kat sekolah tu aku dok tempah kuih raya, sampai aku lupa kuih apa, berapa jenis dan dengan cikgu yang mana aku tempah. Hai masaklah aku bila time nak membayarnya nanti.Silap-silap haribulan, gaji aku habis time tu jugak.Inilah perempuan kan? Kalau namanya perempuan, semua benda terasa penting je pada hari raya..sedangkan ada banyak benda penting lagi yang nak kena fikir..contohnya ibadat kita sempurna ke tidak, atau dapatkah kita mencari Lailatul Qadar?
Tapi jika manusia..maka manusialah juga. Tidak dinamakan manusia jika kita sesempurna dan sebaik Rasulullah S.A.W.Mencari kesempurnaan diri itu memang sukar dalam beribadat.Tapi kita boleh belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik dari hari-hari semalam.
UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com