Sunday, August 30, 2009
Selamat Hari Merdeka
Berikut adalah beberapa fakta sambutan Hari Kemerdekaan yang harus kita raikan bersama :
1) Tema Hari Kemerdekaan ialah Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
2) Lokasi sambutan pada asalnya akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil tetapi mungkin dipindahkan ke bangunan Parlimen kerana penularan wabak H1N1
3) Sambutan diadakan pada bulan Ramadhan, bulan keberkatan kepada umat Islam.
4) Perayaan Hari Malaysia pula akan disambut pada 10 OKtober 2009 bertempat di Padang Merdeka, Kuching Sarawak.
5) Buat pertama kali logo Satu Malaysia telah diperkenalkan untuk mencerminkan rakyat Malaysia yang saling berkerjasama, saling bermuafakat,berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa
Sunday, August 23, 2009
Blog e-Novel
So aku dengan penuh tekun (hehehe..sabar) menyiapkan satu blog baru yang menghimpunkan kesemua snippets untuk novel-novel aku yang telah diterbitkan atau masih dalam bentuk e-novel..mungkin pada waktu sekarang hanya kisah Arina sahaja yang sempat aku updatekan...jangan terkejut bagi sesiapa yang mengikuti cerita ini kalau lihat kedudukan chapter dia berubah...maklumlah bila blog terdelete, maka aku dah lupa susunan chapter cerita ni. Hehehe belasah ajelah ya.
Bagi yang ada buat link (followers) untuk blog2 e-novel tu, maka secara drastiknya, kesemua URL blog yang anda linkkan itu sudah tidak boleh digunakan.Jadi inilah blog baru untuk kesemua himpunan karya-karya aku yang sudah-sudah serta yang terkini..
Sila klik pada http://gedungnovellaa.blogspot.com/
Semoga terhibur dan salam ramadhan buat semua pengunjung blog..
Thursday, August 20, 2009
Alkisah Topeng Muka
1) Antaranya ialah keluar dalam berita-berita di televisyen dan juga di media cetak tentang perompak-perompak yang mengambil kesempatan menggunakan topeng ini untuk merompak. Yalah bayangkan kalau ada orang masuk bank pakai topeng muka, takkan pengawal keselamatan nak halau dia keluar kut. Dalam hati aku ketika baca berita tu, hmmm..perompak pun pandai jaga kesihatan. Hehehe...tak mustahillah kalau ada student2 yang pakai topeng dalam kelas ambil kesempatan makan sebab tak nampak mulut mereka yang sedang mengunyah or mungkin juga ada di kalangan mereka yang ambil kesempatan jelir lidah pada guru yang mengajar di hadapan..mungkinkah?
2) Situasi adik aku pulak. Hamba allah ni demam dan sakit tekak sebab cuaca panas, so pergilah dia ke hospital untuk pemeriksaan. Di hadapan pintu masuk hospital, datang dari arah hadapan seorang pakcik sedang memimpin anaknya yang baru hendak keluar. My sis dan pakcik ni hampir nak berselisih. Tapi apa pakcik tu buat? Dia pandang adik aku macam nak juling then cepat-cepat bawa anak dia jalan jauh-jauh sikit dari adik aku. Adik aku ternganga je walau mulut dia tak nampak sebab dah cover ngan topeng. Hihi..Moral of the story, kelakar tengok pakcik tu takutkan adik aku yang bertopeng tapi dengan selamba dek berjalan di samping orang-orang tak bertopeng yang lalu lalang di kawasan hospital. Padahal kalau diikutkan kondisi adik aku lagi selamat dari orang2 lain kat situ. Dalam hati aku..kurang baca suratkhabar ngan tengok tv gamaknya pakcik ni.
3) Aku pergi bank nak keluarkan duit, then masuk dalam kawasan ATM dengan bertutup topeng. Cuba punya cuba tekan, kad tu asyik tak jalan je. Aku dah bengang dah sebab dah cuba banyak kali tak okey juga..dahlah aku takde duit sesen pun dalam beg. So aku merungut la sorang-sorang kat situ. Aku cakap mesti sebab aku pakai topeng ni baru mesin ATM tu tak nak terima kad aku. Ingat aku ni Nordin Mat Top ke sampai tak nak terima kad aku..macam2 aku luah perasaan depan ATM tu. Manalah tau ada hidden camera kat situ dan tengok aku yang bertopeng ni buat mesin tu suspek ke apa ke..hahaha gitulah otak aku fikir time tu. So dengan rasa penuh yakin aku pun bukalah topeng muka aku ni mengadap mesin ATM..Tunjuk sikit muka ayu aku ni moga-moga mesin tu cam.Tekan punya tekan, yess!! Berjaya beb.,aku keluarkan RM50 (hahaha nak RM50 je). Bila pusing belakang, tiba-tiba nampak seorang pakcik pakai topeng gak pandang ke arah aku. So aku buat dak je terus keluar.Dalam hati dah rasa malu, mesti pakcik tu dah dengar aku merungut2 tadi depan mesin ATM. Aiyoo camnalah aku boleh tak perasan pakcik tu masuk tadi.. ketika nak jalan kat kereta, tiba-tiba aku teringat yang aku masih belum ambil resit. Cepat2 aku berlari ke dalam semula. Tapi aku tergezut. Giliran aku pula dgr pakcik tu merungut.."apasal tak boleh yek? Kan dah buka topeng ni." Cakap pakcik tu. Aku pun apa lagi ketawa bagai nak rak tengok pakcik yang bertopeng berdiri belakang aku tadi dah buang topeng muka dia sambil mengadap mesin ATM..dalam hati aku apasal la pakcik ni boleh kena tipu hidup-hidup dengan aku. Lupa lak nak cakap dengan dia, lepas beberapa kali percubaan dengan kad aku yang tak berjaya tu, aku keluarkan kad lain pulak baru boleh guna. Bukan sebab aku buang topeng tu. Hehehe...sian pakcik tu. Tertipu tertipah pulak dia! Hahaha...
Monday, August 17, 2009
Salam Ramadhan 2009...
Friday, August 7, 2009
Mini Novella Terbaru
Sunday, August 2, 2009
Di Mana Nilai Sayangmu..
Kedua
Ketiga
Dia : Cikgu, mak kita minta cikgu pulangkan semula beg kita.
Aku : Tak boleh. Saya cakap dua minggu, lagi dua minggu la awak datang balik.
Dia : Mak kita marah ni cikgu.
Aku : Saya pun marah ni
Dia : Beg tu mahal cikgu
Aku : Buku teks sekolah lagi mahal. Kalau jual balik kat kedai boleh beli tiga biji lagi beg macam awak punya. Barang mahal kena diisi dengan buku yang mahal.
Dia : Mak kita tak suka cikgu ambil beg kita.
Aku : Cikgu pun tak suka tengok mak awak yang ambil berat fasal beg awak lebih dari awak sendiri. Saya nak sangat tahu antara awak dengan beg, mana yang lebih mahal agaknya?
Dia : (terdiam sambil menggaru-garu kepala)
Aku : Cakap kat mak awak, kalau rasa nak sangat beg mahal ni, datang sendiri jumpa saya dan minta sendiri dengan saya. Kalau tak tunggu aje 2 minggu lagi baru saya bagi.
P/S : Anak murid yang kerek dapat cikgu yang sama kerek. Hehehe baguslah tu!Bestnya dah dua minggu aku tunggu, mak dia tak juga datang-datang. Dalam hati aku, tak nak ke beg mahal ni?
Contoh ibu zaman moden! Ketiga-tiga peristiwa di atas mengingatkan aku pada ibu aku. Tentang bagaimana baik sifatnya sebagai seorang ibu. Tentang betapa beralahnya dia pada kami semua. Tentang betapa sanggupnya dia menempuhi hidup susah bersama abah aku dulu meskipun dia berasal dari keluarga yang senang.
Tapi kedegilan aku semasa zaman sekolah dulu telah membutakan aku buat seketika betapa baiknya ibuku berbanding yang lain. Dia jarang marahkan kami, kalau pukul pun setakat cubit telinga atau cubit perut sahaja.Orangnya rajin sangat semasa muda, sehingga kerajinannya sewaktu itu sedikit sebanyak memberi mudarat pada kesihatannya kini. Meskipun tidak belajar setinggi mana, tapi nasihatnya penuh dengan ilmu yang takkan diperolehi dari mana-mana guru atau buku pun di sekolah. Nada suaranya sentiasa lembut memujuk jika kami dalam kesedihan. Masakan enaknya sentiasa mengisi perut kami yang sentiasa lapar. Sebelum ke sekolah, kami sentiasa diingatkan akan membawa semua buku untuk menagih ilmu dari guru. Tak cukup duit belanja, bekal pula disediakan untuk mengisi perut.
Tapi itu ibu aku. Bagaimana pula dengan tiga contoh ibu di atas? Aku percaya berjayanya seorang manusia di atas muka bumi ini adalah kerana didikan ibunya. Si ibu tidak perlu jadi garang untuk mengajar anaknya. Si ibu tidak perlu memegang rotan untuk mendidik. Si ibu juga tidak perlu meninggikan suara untuk membuatkan anak memahaminya. Apa yang perlu ibu lakukan hanyalah dengan mengasihi anaknya secara berpada-pada dan mengajar anaknya tentang apa yang betul dan apa yang salah dalam hidup ini. Barulah sayang yang diberi itu bukan sayang yang tidak bertepi, tapi sayang yang mempunyai nilai yang cukup mahal dan telus. Sayangkan anak bukan tangan-tangankan, tapi sayangkan anak tunjuk-tunjukkan!