Ia hanyalah minuman berkafein yang disukai ramai. Boleh diminum dengan krimer, coffee mate atau minum macam tu aje. Semuanya sedap dan aku cukup yakin bukan hanya aku seorang sahaja yang menjadi penggemar nescafe ini. Pakcik aku yang tinggal di Pekan Pahang misalnya, kalau balik ke rumah aku time-time raya wajib bawa bekal nescafe dia sekali.Dan khabarnya dia akan meminumnya setiap malam.
Di rumah aku, peminum tegar nescafe adalah aku seorang aje manakala adik-adik aku yang lain lebih gemar dengan minuman tea, milo, ribena dan jus buah-buahan yang lain. Mesti ada yang tanya apa yang istimewanya dengan nescafe? Jawapan aku, hanya yang suka minum sahaja yang tahu apa istimewanya.
Tapi siapa yang sangka hanya dengan minuman biasa begini mampu mengubah rutin aku secara drastik. Ramai yang tahu aku menulis setiap malam berbekalkan dengan segelas nescafe panas di tepi laptop. Kadangkala hanya dengan mencium aroma nescafe sahaja cukup untuk membuatkan tangan aku berlari di atas kekunci laptop lebih pantas dari biasa. Terasa macam idea mencurah-curah keluar. Dan aku mampu menulis sehingga 30-50ms dalam semalaman. Hebatnya penangan nescafe ni sampaikan aku agak addicted dengan minuman ni. Kalau tak minum sehari seperti ada yang tak lengkap dalam hidup.Teruk kan!
Tapi beberapa bulan lepas sebab aku tak berapa sihat, jadi aku terpaksa ucap bye-bye pada nescafe buat seketika. My family pun dah warning, don't you dare to drink nescafe anymore! Kenapa? Sebab bermula dari zaman sekolah lagi, kalau aku minum nescafe dalam keadaan badan aku yang lemah dan tak sihat, insya allah aku akan keluarkan semula semua isi perut yang aku makan sepanjang hari itu. Kadangkala sampai lembik aku dibuatnya.
Sehingga ke hari ini, hampir tiga bulan lamanya aku tak berani nak sentuh nescafe. Walaupun sudah sihat sedikit, tapi kadangkala batuk aku datang lagi. Aku memang ada masalah kesihatan berkait dengan paru-paru ni. Tapi aku baru perasan (padahal dah lama pun) sejak aku tinggalkan rutin aku ni, pemikiran aku jadi lebih lembab dan slow.Tubuh aku jadi lebih lemah sama sewaktu aku sakit. Dan aku akan cepat mengantuk tak kira di mana sahaja dan bila-bila masa. Bayangkan aku yang selalu aktif dengan nescafe asyik fikir fasal tidur walhal jam baru aje pukul 8 malam. Dan kemampuan aku untuk menulis? Hanya tinggal 50% sahaja. Tak lama lagi mungkin akan jadi zero!
Bayangkan tiba-tiba sahaja aku jadi malas nak menulis. Ada yang cakap ini semua kesan kafein. Ya aku akui mungkin betul. Lagipun sejak azali aku tahu fasal kafein ni.tapi aku tetap minum nescafe ni sebab aku suka dengan rasa dan aromanya. Bagi aku ia adalah benda ajaib yang membantu aku menulis dengan penuh gembira, fokus dan keazaman. Kata kawan aku, kalau aku tinggalkan kafein selama beberapa bulan, insya allah aku akan menjadi individu yang lebih sihat, lebih ceria dan lebih lawa. Hehehe..(ayat ketiga tu yang tak tahan tu).
Tapi bayangkan kalau dah 3 bulan aku tinggalkan kafein tapi aku masih begini? Wajarkah kafein yang dipersalahkan? Hehehe..jawab aku, aku mungkin telah disumpah oleh si kafein kerana meninggalkannya selama 3 bulan (gantung tak bertali) tanpa surat cerai. Hehehe..apa-apa ajelah! HIDUP NESCAFE! (lepas ni pihak nestle tolong ambil aku jadi maskot Nescafe sebab separuh dari hidup aku sudah dihabiskan untuk meminum nescafe.
P/S : aku dah buat keputusan untuk bancuh segelas nescafe malam ini secara senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa. Hehehe..apa-apa ajelah labi!