Tuesday, May 20, 2008

Nasib Guru Zaman Sekarang...

Guru Dapat Aib
Oleh : Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

KUALA LUMPUR: Hanya kerana memberi amaran kepada seorang murid akan melondehkan seluarnya, seorang guru terpaksa menerima aib ditahan empat anggota polis di kelas selepas perhimpunan pagi di sebuah sekolah elit, baru-baru ini.Lebih memeritkan apabila guru dari sebuah negeri di pantai barat itu terpaksa meringkuk semalaman di sebuah balai polis, di sini.Dia hanya dibebaskan selepas mendapatkan kerjasama seorang individu berpengaruh yang dikenalinya kira-kira jam 9 pagi.Kejadian bermula apabila guru lelaki lingkungan 30-an terbabit memberikan kata dua kepada murid tahun dua itu seluarnya akan dilondehkan kerana melanggar disiplin sekolah secara berulang.Murid itu, anak sebuah keluarga yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat, diberi amaran itu kira-kira jam 3 petang.Bagaimanapun, murid terbabit yang dikatakan sering menimbulkan masalah di kalangan rakan memaklumkan kepada bapanya yang turut mempunyai hubungan dengan pihak tertentu.Sumber memberitahu Harian Metro, bapa murid terbabit tersinggung dengan kata-kata kasar guru itu terhadap anaknya.Malah, katanya, bapa murid terbabit mendapat kerjasama daripada seorang saudaranya yang juga anggota polis yang dipercayai bertindak terhadap guru terbabit.“Saya terkejut apabila guru terbabit dibawa menaiki kenderaan polis selepas ditahan di kelas kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.“Saya percaya penahanan guru itu ada kaitan dengan tindakannya memberi amaran akan melondehkan seluar seorang murid di sekolah itu.“Memang kejadian itu sungguh memalukan guru berkenaan, terutama ketika ditahan di depan murid dan guru lain,” katanya.Menurutnya, walaupun pengurusan sekolah itu cuba merayu kepada anggota polis supaya dihentikan penahanan itu, tetapi tidak berjaya.Guru terbabit yang tidak sempurna anggota kakinya akibat kemalangan jalan raya dikatakan terkejut sebelum dibawa ke balai polis bagi diambil keterangan.“Saya difahamkan dia ditahan di lokap sebelum guru itu menggunakan pengaruh seorang kenalan bagi membebaskannya,” katanya.Sumber itu berkata, bapa murid terbabit sanggup menggunakan tindakan yang tidak masuk akal untuk memalukan guru berkenaan.“Sepatutnya, sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, bapa murid itu perlu memikirkan tanggungjawab seorang guru berbanding bertindak mengikut telunjuk anak yang terlalu dimanjakan,” katanya. Dia kecewa kerana sekolah contoh itu dicemarkan dengan insiden yang sungguh memalukan apabila seorang guru dibiarkan bermalam di lokap hanya kerana menasihatkan muridnya. Sumber itu berkata, guru terbabit sedang berbincang dengan keluarga dan rakan bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap bapa murid dan anggota polis terbabit terbabit.“Pengurusan sekolah cuba mengelak kejadian itu diketahui media dan Kementerian Pelajaran bagi menjaga imej sekolah itu,” katanya.Menurutnya, tindakan segera perlu diambil bagi membantu guru berkenaan selain menjaga imej profesion perguruan yang semakin menjadi sasaran pihak yang tidak senang dengan peranan guru.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan guru terbabit oleh beberapa anggota polis di sekolahnya.Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan sebelum sebarang tindakan dilakukan.

Friday, May 16, 2008

Hari Guru...

Pagi tadi selepas sembahyang subuh, aku sambung tidur...maklumlah semalam tidur lewat sebab nak semak kertas midterm exam Sceince and Additonal Sceince untuk Form 4 n Form 5. Bangun pukul 9 sebab terdengar suara bising-bising kat bawah. Check telefon n guess what inbox telefon aku dah penuh. Nasib baik smlm aku dah empty semua mesej dlm tu. Hehehe tiap-tiap tahun macam ni. Dah kalih dah. Setiap hari guru, memang ramai kenalan aku yang menghantar pesanan ringkas Selamat Hari Guru. Antara yang terawal menghantar pesanan penaja ialah kak Kaniza, Kak Dah, Kak Tini, Fiza, Lida yang dah jadi pengantin baru. Selamat Pengantin Baru yek. Tak ketinggalan Miss Yee from Intel Corporation (PROJEK ANAK ANGKAT KPM-INTEL) dan beberapa nombor-nombor yang tak dikenali yang aku agak nombor anak-anak murid aku. Heheh tengok ayat tak mature tu pun dah tahu. Tapi they all really nice. Anak-anak murid beginilah yang membuatkan sejuk hati seorang guru itu.Then aku bukak email, ada beberapa e-card hari guru pulak. Hmm dunia makin moden kan!Buat teman-teman kat blog, thanks untuk ucapan itu. Terasa diri dihargai meskipun kita sebenarnya tak saling mengenali. At least not at this time. Sbnrnya kami guru-guru di Terengganu belum menyambut Hari Guru kerana hari Jumaat ialah hari kelepasan am. Sambutan sebenarnya akan diadakan pada hari Ahad ini 18 Mei 2008. Tapi dengan badan aku yang terasa macam nak demam ni, entah apakah aku boleh sama sama menyambutnya bersama teman-teman guru lain? Hope so...badan ni sihat cepat.

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu Ma.....

Hari ni semua rakyat Malaysia setiap penjuru menyambut antara hari yang paling bermakna sekali di dlm hati setiap anak..iaitu Hari Ibu. Semua orang memiliki ibu atau pernah memiliki ibu. Aku beruntung sebab sehingga sekarang, aku masih memiliki seorang yang dipanggil ibu di sisi aku. Meskipun ibu yang aku miliki ini sakit dan tak mampu berjalan normal seperti orang lain, tapi jauh di sudut hati aku...aku terlalu menghargai insan yang satu ini. Hanya kekadang tak pandai meluahkannya atau menunjukkannya. Kadang-kadang sedih juga tengok dia melekat saja di wheelchair tak mampu berjalan seperti orang lain. Kadangkala aku dan adik-adik selalu membayangkan kalau ibu aku tu sihat seperti dulu, pasti dia takkan lekat di rumah dan sering mengikut kami berjalan ke mana-mana. Lebih-lebih lagi dengan keadaan kami sekarang yang rata-rata mampu dan telah bekerja. Pasti dia akan mengikut kami keluar shopping bersama-sama atau mengunjungi tempat-tempat yang digemarinya dulu. Bagi aku dialah ibu yang paling baik yang pernah aku jumpa. Dia bukan setakat penyayang dengan anak-anak malah baik dengan adik beradiknya dan orang lain. Jika kami tidak puas hati dengan sesuatu hal dalam keluarga, dialah orang yang akan menjadi pembela. Tapi aku tak pernah terasa hati bila dia membela orang lain lebih dari anaknya sendiri. Kerana bagi aku inilah kebaikan hati ibu aku. Tapi aku sedih bila tengok kebaikan hatinya sering dianggap kelemahan oleh orang-orang yang mendapat tempat dihatinya suatu ketika dulu. Bagi aku itulah kekuatan dia yang masih tinggal. Dan aku gembira menjadi anak perempuan kepada seorang ibu yang baik hati bernama Mizi Binti Yusof. Like i said before..she's my everything. SELAMAT HARI IBU MA...we wish you will always be like before...because we miss your cook, your smile, your laugh, your joke and everything. Dan jangan salahkan aku kerana aku memilih untuk hidup begini. This is all for you ma...to be with you forever!! I luv u ma....dan tidak ada satu pun malam-malam tidurku yang lena sebelum aku memikirkan tentang dirimu...not a single day.

Sunday, May 4, 2008

Bali..Oh..Bali!

Tak sabarnya aku nak tunggu cuti bulan 8 ni. Rasa hati macam dah terbang ke Bali. Mula-mulanya memang agak bercanggah hati nak samaada nak ke Bali atau ke Bandung. Ben dan Baya pada mulanya beria nak ke Bandung. Ayu dan aku pula pada asalnya nak ke Bali. Tapi last meeting ngan Ben, kitaorang decide nak pergi Bali aje. Mulanya terpengaruh juga dengan kata-kata ayah aku yang kata susah nak cari Halal Food kat sana. tapi takkanler takde kan. Kalau susah sangat, kami pulun ajelah makanan fastfood. Lega punyalah lega sebab dalam perjalanan kami nanti, insya allah...kami mungkin ada pemandu pelancong. Bekas manager HR Ben akan join kitaorang. Lagipula dia nampaknya dah biasa dengan Bali. Lagi mudahlah kami nanti. Tapi harap-harap diaorang tak tukar fikiran lagi last minute ni. Lagipun aku memang merancang nak ke Bali...untuk projek novel terbaru. kelakar juga bila mengenangkan ramai orang sangka aku dah pernah ke Bali sebelum menyiapkan novel Bunga Syurga. Tapi sebenarnya aku belum menjejakkan kaki ke sana. Novel Bunga Syurga dihasilkan kerana aku banyak membaca. Tapi insya Allah perjalanan kali ini akan merungkai satu kisah hidup yang lain pula. Itupun setelah 2 versi ....'kasih' telah pun siap. Masih tinggal satu lagi kisah trilogy kasih yang akan aku siapkan pada penghujung tahun ini. Harap perjalanan ini bukan setakat menyegarkan fikiran aku tapi juga menjejak satu daerah di Bali yang akan dijadikan satu medium kisah terbaru. Buat kawan-kawanku, harap-harap korang semua setia pada yang satu yek...moga perjalanan kita ini disulami kenangan yang berpanjangan. Arios beb!


UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com