UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Sunday, February 27, 2011

Mungkin Nanti aka Blue Sunset

ISBN: 978-967-365-051-4
Sem. Malaysia: RM22.90
Sabah/Sarawak: RM25.90


 
SINOPSIS
Aqila Murni membesar tanpa seorang ayah. Juga terpaksa menjaga seorang ibu yang menghidap penyakit berbahaya. Lebih malang lagi, dia dilahirkan dengan kecacatan penglihatan akibat kesilapan si ibu. Dunia yang sepatutnya indah dan berwarna-warni, menjadi kelam dan sunyi di matanya. Namun dia memilih untuk membahagiakan orang lain kerana katanya, memaafkan itu lebih mudah dari membenci!

Nadzihar Hakim, anak muda berperawakan serius. Yang membenci wanita lantaran masa silam yang menyakitkan. Meskipun nampak dingin di luar, namun hatinya tetap rapuh di dalam. Lalu Zahar memilih untuk membenci kerana katanya, membenci itu lebih baik dari jiwa terseksa!

Lalu di bawah langit biru mereka bertemu.

Aqi melihat Zahar sebagai objek indah yang cukup berbeza dan dikagumi. Namun Zahar memandang Aqi dengan rasa benci yang tidak bersebab. Lantas apakah ada peluang untuk mereka menyemai benih rasa yang memungkinkan sayang? Di mana permulaan dan pengakhiran kisah mereka, andai kedua-duanya mempunyai dua persepsi berbeza tentang cinta dan kasih sayang?

Atau mungkin nanti… Hati yang sunyi akan dicuri dan jiwa yang rapuh takkan membenci lagi. Mungkinkah?

P/S : Bagi yang tak tahu..Mungkin Nanti adalah lanjutan kisah Blue Sunset di dalam blog Gedung Novella saya. Mungkin ada yang melihat ia sebuah novel cinta biasa, tapi apa yang saya adun di dalamnya adalah tentang kasih sayang sebuah keluarga yang berpecah belah, dengan memasukkan sedikit unsur-unsur sains berkenaan penyakit buta warna. Kesemua fakta-fakta di dalam naskah ini telah pun diteliti dan dikaji secara mendalam. Namun jika ada kesilapan yang tidak disengajakan, itu adalah kelemahan saya sendiri sebagai seorang penulis. Semoga anda terhibur dengan novel ini dan please..ambil segala yang positif dan abaikan yang negatif..sekian..hehe

Friday, February 25, 2011

Kembangkan Potensi, Menulis Dengan Hati...

Sejauh mana kita suka menulis? Segila manakah idea kita yang ada di dalam kepala? Cuba tanya diri sendiri soalan itu.Juga tanyakan apakah kita mampu menulis lebih jauh dari jangkauan kita sendiri? Atau menulis sesuatu yang lebih sensitif yang mungkin akan dikritik seseorang.Jika jawapannya adalah YA..maka potensi seseorang penulis akan lebih menyerlah.Jika tidak, jadikah kita penulis di takuk lama. Mana yang lebih baik sebenarnya? Menulis kerana pembaca mahukan kisah sebegitu? Atau pembaca yang mahukan penulis, tak kisahlah apa pun yang ditulisnya.

Hati saya teringin mahu jadi penulis kategori kedua. Tapi mampukah diri membuatkan pembaca mencari buku-buku saya pada masa akan datang? Saya teringin menulis tentang dunia di luar sedar, menulis tentang masa depan yang lebih panjang, serta menulis tentang erti sebenar kekeluargaan. Teringin juga menulis tentang pontianak, menulis tentang alien, menulis tentang kemusnahan bumi..tanpa perlu berfikir apakah idea-idea saya ini terlalu melampau untuk dibaca orang?

Saya keluh kesah bila kadangkala penyakit malas saya menyerang. Dan bila ia datang, sudah pasti bahana yang akan menjelma. Banyak manuskrip akan tertangguh dan banyak dateline akan tersasar. Tapi seorang insan yang paling saya sayang memberitahu saya, jangan menulis kerana kuantiti, tapi menulislah dengan kualiti. Jangan menanti cepat atau lambat sesuatu manuskrip itu, tapi nantilah dengan kesabaran asalkan ia menjadi karya yang cukup bererti. Rasanya saya terlalu fobia, sedangkan kata-katanya benar belaka.  I love you dad...

Darinya juga, saya mendapat ajaran yang berguna. Untuk menjadi seseorang yang karya-karyanya diingati, maka menulislah dengan HATI..kerana HATI itu memberi NADI pada sesuatu karya..sharing this for all of you guys..

Wednesday, February 2, 2011

Coretan Kala Bosan...

Wah blog aku sangat-sangat bersawang. Tahun baru dah sebulan berlalu, aku pulak dah ditukarkan mengajar sebelah pagi yang aku sifatkan sebagai..sangatttttttt menakutttkannnnn! Goodbye kawan2 sesi petangku yang sangat caring dan saling memahami. Will miss you all..

Tahun ni agenda aku banyak, tapi malas nak ambil pot sangat. Buat aje yang mana sempat. My sis akan ambil exam SPM tahun ni. Tugas aku pastikan dia belajar lebih banyak dari apa yang kami tengok dia buat. Harap-harap berbaloi sebab aku dah belanjakan hampir RM300 hanya untuk buku-buku dia. Wahh banyak kan? Kalau dia tak belajar memang nahas dia..baik bagi makan itu burung unta saja lagi baik.

Projek novel? Of course aku masih menulis. Tapi mungkin speed aku berkurang. Almaklum aku ada masalah saraf di tangan kanan yang menegang sejak akhir-akhir ini. Bila saraf menegang, aku dapati tangan aku memang sakit sangat dan aku tak boleh nak angkat walau sebatang pen pun. Doktor lama cakap saraf..need to go for therapy..but because of my ignorance..i let it go just like that..now I’m so deeply in pain..bila doktor beritahu benda yang sama dicakapkan oleh doktor lama masa aku di UM dulu..baru aku sedar..aku memang tak sayang diri sendiri. Hopefully tangan aku sembuh cepat sebab aku tak boleh kalau tak menulis. Hidup aku tak bererti kalau aku tak boleh buat apa yang aku suka..

Mujur aku ada tiga manuskrip yang dah siap.. so bolehlah distribute dalam tempoh satu tahun..Yang pertama dah diberikan pada penerbit dan insya allah katanya bulan 2 akan keluar. Yang kedua..mybe akan menyusul selepas ini..dan seterusnya..nampaknya target aku tiga novel setahun masih mampu dilaksanakan..dan harap-harap tahun-tahun seterusnya juga begitu. Aminn..

Life is not easy..itu ayat aku dulu..hidup akan selalu sukar di fikiran jika kita berfikir dengan jalan yang sukar. Now I’m back and ready to fight for my life..again!! 2011…you have taking all my 2010 matters ..but I’m giving you back all my efforts for the whole year. Sarangeyo…

 

Template by Blogger Candy