UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Friday, February 19, 2010

Bird Of Paradise

Semalam aku godek-godek internet. Then singgah sekejap di website flower expert. Hobi aku kalau dah bosan menulis, aku akan singgah mana-mana blog yang memberi ketenangan dan info baru. Jadi semalam rasa nak cuci mata tengok bunga-bunga exotic yang cantik-cantik.

Belek punya belek, aku terpandang sekuntum bunga yang macam familiar sangat. Hehe rupa-rupanya aku terjumpa bunga Bird of Paradise yang menjadi cover novel Bunga Syurga. La patutlah pihak KN pilih cover ni sebab bunga tu memang dikaitkan dengan syurga..namanya sahaja Bird Of Paradise. Mungkin disebabkan bunga ni kelihatan seperti burung kecil yang sedang hinggap pada kelopak bunga. Comel betul bunga ni. Agak-agaknya ada tak kat Malaysia. Kalau ada aku nak carilah dan tanam di rumah. Hehe tapi mimpilah..bunga ni susah nak cari. Ia banyak terdapat kat Afrika dan merupakan sejenis bunga hutan liar.


Sedikit info tentang Bird of Paradise yang aku baca kat internet : Bunga ni diperkenalkan oleh Sir Joseph Banks di Britain pada tahun 1773. nama saintifiknya ialah Strelitzia reginae. Dinamakan begitu sempena nama Queen Charlotte, isteri kepada Raja George III. Queen Charlotte ni ialah Duchess of Mecklenburg-Strelitz. Sebab tu nama sainfiknya Strelitzia. Queen Charlotte ni juga merupakan seorang ahli botani yang membantu membina Kew Garden di London suatu ketika dahulu. Kew Garden ni sekarang dikenali sebagai The Royal Botanic Garden yang menghimpunkan sebahagian besar spesies-spesies bunga di dunia ni. Hehe..hebat duchess ni. Memang betul-betul hantu bunga dia ni. Perkahwinan beliau dengan King George 111 berlaku hanya setelah 6 jam bertentang mata. Lagi hebat, baru 6 jam jumpa dah ajak kahwin. Hehehe..

Aku ni bukanlah hantu bunga sebenarnya sebab aku tak berapa suka bunga lain kecuali bunga raya. Kat rumah aku yang banyak ditanam ialah bunga raya pelbagai spesies dan warna yang memang aku cari dan ambil jika aku nampak warna bunga raya tu belum ada kat rumah. Kat sekolah jangan cakaplah, habis satu taman di sekolah tu aku round semata-mata sebab nak pastikan bunga raya yang ditanam di situ aku belum ada lagi. Baru-baru ni aku terbaca tentang spesies bunga raya biru yang tak ada stigma kat tengah-tengah kelopak. Cantiknya! Terasa nak cari dan cukupkan koleksi di rumah. Aku kan suka semua benda yang berwarna biru! Hihihi..

Thursday, February 18, 2010

Satu Hari Yang Memenatkan.

Macam ku kenal gaya tidur seperti itu..zzz di hadapan laptop dengan mulut ternganga luas..sebelah laptop ada nescafe yang dihurung semut.hihihihi


Hari ni Hari Sukan kat sekolah aku. Ingatkan ada cuti peristiwa hari Ahad. Ceh takdak pulak..hehe hampa sikit hati ni. Baru ingat nak enjoy2 jalan-jalan cari fasal hari ahad ni tp tak dpt..apa-apa ajelah. Balik dari sekolah, badan memang letih sangat. Pertama sebab dah dekat dua minggu bertungkus lumus menemani student-student berkawad di padang, dan kedua sebab buat kerja-kerja persiapan untuk perbarisan hari sukan. Tapi letih aku dan kawan-kawan lain berbaloi hari ni sebab rumah sukan kami dapat Johan untuk perbarisan dan Johan untuk khemah tercantik (congrats utk Ada yang sepetang menyiapkan khemah bersama pelajar-pelajarnya. Dengar cerita untuk acara olahraga pun, rumah Satria banyak sambar pingat, iya ke? Hehe cikgu dia tak tahu cerita sebab dah terbongkang keletihan dekat Bilik Akses. Sempat jumpa Muzzamiel bekas anak murid aku sekejap kat sekolah.

Tepat pukul 12, hati aku dah melonjak2 lonjak dah nak chow awal dari sekolah. Bukan apa aku rasa macam mengantuk sangat dan letih. Pukul 12 sepatutnya ada jamuan sebelum balik, tapi aku dah tak kira dah fasal makanan ni. Balik rumah tidur lagi baik! Tapi tiba-tiba teringat fasal buku Mariana. Aku pun terus kansel plan tidur dan bersiap-siap nak ke pejabat pos besar bertanyakan fasal buku yang hilang tempohari. Pelik juga kad merah minta tuntut bungkusan tu langsung tak sampai pun kat rumah. Ni yang aku nak pi tanya dengan niat nak marah2 orang pejabat pos tu sekali. Hehehe..auta betul aku ni!

Tengah nak siap, Muzammiel ex-student aku lak call. Then aku keluar jap jumpa dia kat Mc Donald. Dia tengah tunggu family dia dari Kelantan jemput. Tapi best borak dengan dia ni. Aku bawakan buku2 aku untuk dia dan dia minta aku sign buku-buku tu termasuk Di Bibirnya Ada Cinta yang dia beli di Bintulu. Bila dia kata dia dah baca DBAC tu dekat empat kali, aku rasa cam terharu pulak. Hehe emo…Katanya nak bawa buku aku naik kapal sebab dia kena belayar enam bulan. Seronok dengar cerita dia tentang dia melawat ke tempat-tempat seperti Jepun, Korea, Philiphines dan lain-lain lagi. Siap tunjuk gambar awek jepun dia lagi kat aku ( hehe kira jadilah tu ekk). Aku minta dia tanyakan master dia boleh tak aku ikut trip diaorang nanti. Sebab aku tengah rancang nak menulis buku tentang kehidupan navy dari sudut yang benar-benar tepat. Dia kata nak tanya Master dia dulu. Hehe..Muzzamiel..cikgu ko ni serius nak naik kapal tu tau!

Tapi serius cakap, melihat student-student aku membesar menjadi lebih matang, ada kehidupan sendiri, membuatkan hati aku rasa macam lapang. Tumpang seronok dengan kehidupan baru mereka dan masa depan mereka yang lebih panjang selepas keluar dari sekolah. Untuk Muzammiel, remember this. Hidup ini tidak seperti apa yang kita rancangkan. Belajar menyukai hidup baru itu biarpun hanya untuk sebentar, kerana masa depan tidak ada sesiapa pun yang boleh meramalnya kecuali Allah SWT.

Dekat 1 jam lebih borak and dia belanja aku minum (terbalik plak..sepatutnya aku yang belanja dia minum..hehehe)..kami pun ikut hala tujuan masing-masing. Kepala aku masih dok ingat dekat pejabat pos. Mata macam nak layu dah tapi sebab nak tanya juga pasal missing parcel tu, so aku pun ke pejabat pos. Minta la seorang akak ni cari parcel tu. Puas dia menelefon sana-sini, last-last dia kata parcel tu dah jadi ‘surat mati’. Maksudnya dikira hapus dan tidak akan dihantar lagi ke mana-mana! Dia suruh aku naik ke tingkat 4 untuk jumpa dengan seseorang (bahagian admin pejabat pos). Dengan tubuh letih, mata kuyu dan asyik menguap aje..aku pun panjat la tangga tu. Tak sangka dalam pejabat pos yang nampak takdelah besar mana pun sebelah Istana Maziah tu, ropa-ropanya ada 4 tingkat ruang pejabat.

Kat sana aku jumpa Puan Fauziah yang ramah tamah. Borak-borak dengan dia dan dia keluarkan parcel aku tu. Dah jadi rutin pegawai pos kena buka bungkusan tu dulu sblm serah kat kita. Bila dia buka dan nampak novel aku tu, dia terus tanya.. Nak tak nak aku jawab la novel tu aku poskan untuk orang yang nak beli. Dia tanya jual novel ke? Aku kata jual online sesiapa yang nak beli novel aku tu. Bila dia tahu akulah penulis novel yang ada kat tangan dia tu, terus dia belek-belek dan tanya macam-macam. Kecoh sekejap! Kelakarnya dia siap bagitahu kat semua orang kat ruangan admin tu sampai semua orang serbu aku kat ruang tamu pejabat tu. Haha glemer sekejap. Dah tu macam-macam pertanyaan diajukan pada aku. Dahlah malu kena keliling macam aku ni spesies alien yang baru mendarat kat bumi! Dalam ngantuk-ngantuk tu paksa diri juga menjawab pelbagai pertanyaan. Haha tapi kejadian hari ni memang lawak aduszz…

Balik rumah, ingat nak tidur..tapi bilik bersepah gila. Aku mengadap FB sekejap..balas email orang, kemas-kemas bilik yang dah jadi tongkang pecah ni. Dah settle, yes..nak tidur! Tapi tiba-tiba ada call plak untuk aku. Jawablah sekejap..Dah habis aku baring lagi. Kali ni mata aku dah terkelip-kelip pandang siling. Yang layu dah tak layu dah. Sebaliknya aku renung siling bilik aku sampai naik rabun. Gosh kenapa tak ngantuk pulak ni. Kat sekolah macam nak gila aku mengantuk sampai rassa nak belasah orang.. Adui bila nak tidur ni? Takkan nak tunggu malam karang? Huhuhu..mission not accomplish plak da..


pic source : link

Saturday, February 13, 2010

Selamat Tahun Baru Cina


GONG Xi FA CAi diucapkan buat teman-teman yang beragama Buddha. Seronok juga sesekali sama-sama memeriahkan perayaan Tahun Baru Cina ni. Apa yang paling aku suka tentang perayaan ini ialah buah limau mandarin dia yang best. Yumm..yum..so sweet. tiap-tiap hari jumpa limau kat sekolah. Bestnya kalau dapat pekena limau hari-hari. Malam ni makan besar kan!

Tuesday, February 9, 2010

Kuasa Alam Maya

Pelikkan…internet boleh menyatukan kawan-kawan lama yang terpisah. Sepertimana facebook telah menemukan aku dengan teman-teman sekolah lamaku dulu.

Dahulu waktu famili aku masih di Pahang, aku bersekolah di Terengganu, ditinggalkan sorang-sorang sejak aku di Tingkatan 1. Tapi masa tu jiwa muda, jadi hati di dalam lebih banyak memberontak. Aku memang benci asrama, sebab aku tak ada privacy di asrama. Jadi kehidupan aku di dua sekolah asrama di Terengganu sebenarnya bukan satu kenangan manis meskipun aku ada ramai kawan-kawan di situ. Dekat asrama sebenarnya aku selalu kesepian, jadi aku habiskan masa dengan menghasilkan cerpen dan sajak. Aku tak berapa berbakat bermain outdoor games meskipun aku masuk team hoki di sekolah.

Bila aku habis SPM dan balik ke Pahang, aku tak pernah contact kawan-kawan aku lagi. Aku manusia yang vanish. Lesap tanpa kesan. Begitulah kata salah seorang teman. Salah satu bukti kewujudan aku ialah kawan-kawan lama yang masih mengingati aku. Itu pun dengan bantuan facebook.

First kawan yang jumpa di alam maya ialah kawan aku sewaktu di sekolah teknik dulu. Che Ziha namanya. Dia ni memang rapat dengan aku masa tingkatan 4. Apa yang paling aku ingat tentang dia ialah dia ni bijak Add Math, agak pendiam masa sekolah dan ada famili yang sangat-sangat ramah. Sebab aku pernah beberapa kali bermalam di rumah dia waktu sekolah dulu. Aku tahu bila dia jumpa aku, ini bermakna aku akan jumpa kawan-kawan lain. Tapi aku tak tahu kenapa aku fobia dengan kawan-kawan aku yang lain. Mungkin sebab dah lama sangat tak jumpa, ada sebahagian dalam diri aku yang terkenangkan bahagian sisi gelap aku di teknik. Teringatkan mereka buat aku teringatkan kesepian yang aku rasakan untuk satu tempoh yang agak panjang di sana ketika itu.

Lepas tu aku jumpa kawan sekolah rendah aku waktu di Pahang dulu. Masa aku ikut ayah aku pindah ke Pahang, dia ni orang pertama yang tegur aku dan jadi kawan baik aku. Dan orang yang paling aku ingat antara teman-teman aku dari pelbagai sekolah masa kat Pahang. Ini disebabkan sejak kecil, aku dan famili hidup bagaikan berkelana. Sekejap di tempat itu, sekejap di tempat ini. Belum sempat nak berkawan, kami berpindah pula ke tempat lain. Yati ni anak seorang ustaz..sangat bijak dalam pelajaran dan pandai melukis. Kami banyak habiskan masa lapang kami di kelas dengan melukis. Kalau tak salah, dia juga berbakat dalam penulisan dan aku benar-benar sukakan dia. Kami berdua juga ada kenangan peristiwa histeria yang tak dilupakan sewaktu darjah enam dulu. Hehehe…Masa aku nak berpindah lagi, semalaman aku nangis kerana sedih terpaksa berpisah dengan Yati. Now aku gembira sebab aku jumpa dia balik. Dia pun dah jadi cikgu di sekolah di Jerantut. Hope so lepas ni dapat jumpa lebih ramai kawan aku di Pahang.

Then bebaru ni kawan aku Suhaini pula muncul. Budak kiut yang sangat baik hati masa kat sekolah. Tutur katanya sentiasa lembut dan dia suka tersenyum. Siapa sangka dah berbelas tahun kami tinggalkan sekolah dan membesar menjadi lebih dewasa dari sikap keanak-anakan yang lalu. Aku selalu kata kematangan seseorang bukan boleh diukur dari umurnya, tapi dari fikirannya. Mereka semua kelihatan semakin matang buat aku jadi malu sendiri. Ini disebabkan aku merasakan aku kurang matang. Hahaha..tapi entah kenapa, aku suka sikap keanak-anakan dalam diri aku dan dalam diri orang-orang yang aku kenal. Rasa macam seronok dan menghiburkan untuk sesekali berfikiran keanak-anakan. Sebab tu aku suka tonton anime, sesekali membaca komik, tengok gameshow di TV atau sesekali layan Kiteretsu, Putera Shazlan, Geng Bas Sekolah dan lain-lain lagi kat Astro. Apa salahnya kan?

pic source : link

Monday, February 8, 2010

Membenci Itu Sukar

Bila aku terima email dari orang yang tak dikenali..aku cuma tersenyum. Hati aku fikir kata-katanya di dalam email tersebut sangat menyakitkan. Tapi aku tidak mahu terlalu mengambil berat tentangnya. Tiba-tiba aku teringatkan email yang aku dapat masa aku nak masuk AVA dulu. Mungkinkah orang yang sama?

Di dalam hati aku selalu tertanya-tanya, aku tidak kenal dia. Dia juga tidak kenal aku. Maka kenapa dia cuba menyinggung perasaan orang yang dia tidak kenal dengan kata-kata yang agak kasar dan tidak berperikemanusiaan begitu? Apakah aku pernah menyakitinya dengan hanya tulisan dari novel-novelku? Anehnya, jika dia begitu tidak senang dengan novel-novel yang aku karang, kenapa dia mesti membeli dan terus membelinya sehingga 4 buah? Peliknya manusia ni. Bukankah jika tidak suka membaca karya seorang penulis, maka dia tidak perlu lagi membeli karya kedua, ketiga dan keempat aku? Dan kenapa dia asyik membandingkan aku dengan penulis-penulis yang disanjungnya? Apakah kehadiran aku di persada penulisan kreatif begitu membimbangkannya? Apa yang penulis bilis seperti aku ada berbanding penulis-penulis yang disebutnya sehingga dia melihat aku seperti satu ancaman besar?

Awal tahun baru ni, aku melihat beberapa perkara dalam sisi yang berlainan dari dulu. Memahami betapa dalam dunia yang kita huni sukar untuk kita tentukan hati manusia. Kadang-kala yang tersenyum pada kita tak semestinya menyukai kita. Dan yang asyik bermasam muka dengan kita pula tak semestinya membenci kita. Kadang-kala bila aku fikirkan semua ini aku takut dengan seseorang yang dipanggil manusia. Sesetengah dari mereka…boleh jadi amat dahsyat dan tidak berperasaan. Kadangkala juga, orang di sisi kita juga boleh jadi orang yang menakutkan.

Kak Mahani teman satu profesionku kata, kadang-kadang kita tak buat apa-apa pun orang tak suka kita. Kita banyak bercakap, orang tak suka. Kita pendiam pun orang tak suka. Apa nak buat, berserah sahajalah. Aku cuma manusia biasa. Tidak ada daya dan kudrat untuk memaksa seseorang menyukai aku.

Di dalam hati, entah kenapa aku simpati pada dia kerana dia tidak menyukai aku. Ini kerana aku paling faham..perasaan membenci seseorang itu terlalu menyakitkan bila disimpan di dalam hati. Dan dengan memilih aku untuk tidak disukainya…sebahagian hatinya tentu merasakan beban yang sarat, yang lama kelamaan menjadi berat jika tidak dilepaskan.

Tapi jika itu pilihannya..teruskan. Sebab sebanyak mana dia terus melemahkan semangatku, sebanyak itulah aku akan terus berdiri dan berdiri. Kerana aku tahu tidak semua orang sepertinya? Aku cuma berharap dia faham..aku hanya aku..insan biasa yang suka menulis. Aku tidak berniat menyinggung sesiapa. Aku tidak berniat untuk merebut tempat sesiapa. Aku cuma mahu hadir sekejap sahaja di dunia penulisan dan terus menulis sehingga otak ku menyuruh aku berhenti menulis dan tanganku sudah tidak mampu digerakkan lagi. Hanya sebentar sahaja. Aku tidak boleh menulis untuk selama-lamanya. Aku juga tidak boleh menulis untuk tempoh masa yang agak lama. Aku hanya singgah sebentar…sebelum aku sudah tidak mampu menulis lagi!

pic source :
link

Wednesday, February 3, 2010

Tiada Sepertimu di Februari 2010

TIADA SEPERTIMU
hidup bersamamu tidak pernah mudah..
namun salahkah jika aku mencuba?
Genre : Thriller love story
Terbitan : Kaki Novel Enterprise (Feb 2010)
Harga : RM24 (Semenanjung)/RM27 (Sabah & Sarawak)
Tempahan awal melalui Kaki Novel boleh dibuat mulai minggu hadapan (klik)
MAKLUMAN TERBARU DARI KAKI NOVEL : TIADA SEPERTIMU AKAN BERADA DI PASARAN SELEPAS TAHUN BARU CINA.BLURB COVER



Keifli : "Biar betul! Takkan Ruby ingat aku main cinta dengan anaknya? Hish! Minta dijauhkan malapetaka ini. Siapa yang nak bertemankan perempuan seperti Zara? Sudahlah garang, keras kepala pulak tu!"

Zara : "Betul ke aku bencikan Keifli? Kalau aku bencikan dia, kenapa aku setuju disatukan dengan lelaki itu?"

Rubiah : "Benci itu satu perasaan yang amat dekat dengan cinta, Kif. I tahu you mampu buat Zara mencintai you. You mampu bahagiakan Zara."

Keifli dan Zara bersatu jua meskipun tanpa cinta di hati. Kenapa Rubiah nekad menyatukan anaknya dengan Keifli? Berjayalah Keifli menjinakkan Zara yang garang dan keras kepala? Bolehkah Zara menerima Keifli dalam hidupnya? Semuanya di dalam Tiada Sepertimu.

SINOPSIS
Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang saling tidak berhutang antara satu sama lain.

Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Namun jika namanya hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.

Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.

Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Mampukah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?
 

Template by Blogger Candy