Thursday, November 4, 2010

Ceritaku....Dedalu Di Hati

Harga : RM25.90 (sem msia)/RM28.90 (Sabah/Sarawak)
Mukasurat : 792 mukasurat
Hendak membeli? Dapatkan di blog saya dengan email ke arr_nita@yahoo.com
(hanya dijual di blog, tidak ada di kedai-kedai terpilih Harap maklum)

Pertama sekali bila novel ini hendak diterbitkan, tuhan saja tahu betapa saya gembira kerana diberi peluang menerbitkan karya sendiri. Tahun itu tahun 2006 kalau tak salah saya. Saya bersorak gembira kerana berjaya menerbitkan manuskrip yang saya ilhamkan dari kehidupan alam kampus saya di Universiti Malaya dan meminjam watak teman-teman sekuliah yang rancak berpacaran ketika itu serta mengilhamkan kekacakan seorang pensyarah muda yang pernah mengajar subjek English pada saya. Nama pensyarah itu Encik Azman. Memang handsome dan memang digilai oleh kawan-kawan sekelas saya ketika itu. Semua itu saya adun dan rangkum dan akhirnya lahirlah Dedalu Di Hati. Karya pertama saya yang membuatkan saya mula rancak menulis novel saban waktu.

Penghujung 2007 novel itu jadi sepi, sepertimana sepinya layanan penerbit itu pada saya. Saya pekakkan telinga bila ada yang bertanyakan cara bagaimana mahu mendapatkan novel itu. Sungguh ketika itu saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan mereka. Siapa yang tidak sedih bila jalan yang terbentang luas untuk kita melangkah lebih jauh tertutup lantaran masalah dalaman syarikat itu. Saya rasa itu tidak adil bagi saya kerana saya belum pun memanaskan enjin untuk memecut lebih jauh. Sungguh tidak adil.Saya nekad mempertahankan dua manuskrip saya yang berada di tangan penerbit itu lalu mencari penerbit lain. Alhamdulillah rezeki saya masih terbuka luas. Namun begitu perasaan tidak puas hati saya muncul bila Dedalu Di Hati terus ghaib sedangkan dari respon pembaca-pembaca menunjukkan mereka mahu mendapatkan Dedalu Di Hati. Tapi pertanyaan saya langsung tidak disambut. Email saya tidak dibalas. Pernah sekali panggilan telefon saya diputuskan. Hehe..itu nasib saya pada mulanya.

Geram dengan jawapan yang tidak logik, royalti yang entah ke mana, saya nekad untuk mempertahankan manuskrip Dedalu Di Hati dan mengambil semula hak ke atas manuskrip tersebut. Alhamdulilah dapat dan saya hantar manuskrip itu yang telah diperbaiki kepada sebuah syarikat penerbitan. Mulanya tak yakin sbb mnskrip ni cuma reprint, takut tak diterima pula. Lagipun saya tahu mereka agak sibuk dengan novel-novel dari penulisan2u. Jadi siapalah nak terima manuskrip ulang cetak ni ya tak. Tapi lama tunggu takde juga apa-apa. Salah seorang pembaca buku2 saya hantar email dan bertanyakan tarikh pengeluaran DDH ni. Tapi jawapan mereka MUNGKIN tahun depan. Saya pun apa lagi, terus contact pihak penerbit tersebut (wakil) dan minta untuk menarik semula manuskrip tu sebab saya tak mahu diterbitkan tahun depan kerana saya ada banyak manuskrip dalam perancangan untuk agenda 2011. Lagipun perkataan MUNGKIN tu buat saya fobia..hahaha..saya punya stail kerja senang je.. Jangan beri tarikh terbit jika anda tidak pasti bila hendak diterbitkan. Kalau tidak anda buat saya FOBIA..hehehe.

Then saya terfikir nak keluarkan sendiri DEDALU DI HATI ni dengan cover baru, versi baru dan of course susunan plot baru. Siapa yang pernah baca dan baca sekali lagi mungkin akan tahu di mana pembaharuan tu. Tapi ingat senang ke nak keluarkan novel sendiri? Sebenarnya senang je…hehe saja je nak buat havoc. Saya ingat susah, rupa-rupanya senang. Kalaulah semua penulis tahu terbitkan sendiri, insya Allah, penerbit boleh bangkrap..hehehe gurau para penerbit. Ampun ya! Dan bila ia sudah siap dan terpampang di hadapan saya, rasa macam baru aje tengok baby yang lahir semula. Rasa bangga pun ada, macam-macam rasalah. Saya rasa macam tak percaya saya yang buat semula ni. Edit, draf dan beri idea tentang konsep cover yang saya nak. Dulu saya minta penerbit nakkan cover purple, tapi tak dapat. Now, saya dah hasilkan novel dengan cover berwarna purple yang saya inginkan. Rasa gembira macam nak lompat. Mujur tak tembus siling. Hihi…

First dapat pertontonkan novel itu di Festival Novel 1 Malaysia di TTC baru-baru ini buat saya happy. Saya bawa 100 naskah dan hampir terjual semuanya. Alhamdulillah saya ada promoter-promoter lawa yang asyik promotekan novel saya tu. Thanks girls. You are the best! Dah lah comel-comel, pandai pulak promote buku..hehe.Bayangkan dalam tempoh dua hari sahaja buku itu siap dicetak saya dah dapat pulangan atas usaha saya. Selepas selesai Festival Novel 1 Malaysia, saya terpaksa pula menguruskan tempahan DDH di blog yang masuk saban hari. Family pun excited sama tengok saya tersengih-sengih. Hahaha..gilo doh anok demo ni..Bayangkan berhadapan dengan hampir 160 tempahan (ketika ini)..buat saya teruja. Tak sangka saya boleh terbit dan jual buku saya sendiri.

Dalam masa yang sama, Sudah 5 orang penulis hubungi saya secara personally bertanyakan tentang proses penerbitan sendiri ni. Hehehe..buat para penerbit, jaga-jaga….takut kejap lagi ada penulis anda yang lari pecut! So layanlah penulis tu baik-baik, buat lebih kurang nanti jangan salahkan anita aruszi ni pulak yang boleh explain dengan detail fsl proses penerbitan novel sendiri. Dan sudah ada dua syarikat pencetak yang dok offer kt saya untuk cetak novel2 saya.. Mungkin diaorang ingat saya ni buka syarikat, padahal tak pun. Buat sendiri-sendiri je untuk puaskan hati pembaca yang dah lama menanti DDH. Tapi saya simpan jugak bussiness card diaorang. Sekarang dari 100 peratus hal mengenai penerbitan, saya hanya tahu 30 peratus sahaja. Maksudnya saya kena belajar 70 peratus lagi. Ilmu tu luas. Insya Allah saya yakin saya akan tahu semua tentang penerbitan kerana saya sedang belajar untuk pertahankan diri sendiri pada masa akan datang.

Apapun, saya gembira dengan penerbitan novel ini. Saya punya kerja senang aje. Dari menanti novel ni keluar macam menunggu buah yang gugur, lebih baik saya cetak sendiri. Sebab tujuan saya menulis adalah kerana nak mengembirakan pembaca dan hendakkan pembaca membaca novel-novel saya, bukan hendak menggembirakan atau menjaga hati sesetengah pihak. Nak jaga hati orang macamana, hati saya sendiri tak terjaga.hehehe..

Sesiapa yang berminat mahu membeli Dedalu Di Hati, boleh contact saya melalui email tertera. Naskah yang tinggal hanya 50 sahaja lagi dari 300 naskah yang saya cetak. Tetapi insya allah tahun depan, saya akan cetak semula naskah ini.

Sinopsis
Aliya Murni yang kematian ibubapanya akibat kemalangan jalan raya membesar di rumah anak yatim dengan menerima ikhsan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai daddy. Dia tidak pernah kenal siapa lelaki itu. Dia juga tidak pernah tahu rupa lelaki itu. Namun mereka tidak menjadi asing meskipun saling tidak mengenali lantaran YM menjadi rutin harian.

Kehadiran pensyarah baru di kampusnya membuatkan dia hampir terlupa pada kewujudan daddy. Sedikit demi sedikit Adam Hazril mula mengambil tempat di hatinya. Kerinduannya pada daddy terubat dengan kehadiran lelaki itu. Apa yang tak diduga, kehadiran Adam Hazril dalam hidupnya semakin mendekatkan dirinya dengan daddynya yang misterius. Dia mula mengenali kewujudan Doktor Badrul, Haikal dan Irina dalam hidupnya. Tapi mampukah dia bertahan dengan panahan cinta Adam Hazril apabila ternyata Irina lebih berhak? Mampukah dia berkorban diri semata-mata untuk membalas budi daddynya?

19 comments:

JUE said...

Mungkin senarai yg bertanya bagaimana print sendiri akan bertambah menjadi enam...hehehe. Takpe kan??hahaha.

missn said...

1st paragraph sipnosis sy bc terbyang cter daddy's long leg... huhu..

tp, wat saya tertarik tuk baca, to know the plot n the ending..

tapi yang sedihnye, kena tahan rasa nak baca tu dulu... hujung2 sem ni, bajet kena catu... beselah...

saya tgu next cetakan la... jgn x cetak semula plak ek...hehe..=)

Ros Illiyyuun said...

Salam sahabatku :)

Tahniah berjaya mengharungi kerenah-kerenah yang mungkin tidak sepatutnya...Erm, rasanya nak kena tuntut ilmu jugaklah dengan Maz tentang penerbitan sendiri tu :)

ezi said...

Kak Nita...tahniah...happynyer dengar cerita akak ni...teruja pun ada tapi lum mampu nak buat...hehehe...anyway...kita doakan akak berjaya...chayok2...:)

Wild Cherry said...

haa tinggal 50 naskah je lagi.... Nak kene cepat nie...

Mazni Aznita said...

jue : sedia membantu dan memberi info bila2 masa..hehe

Mazni Aznita said...

missn..mmg k nita sengaja je buat sinopsis mcm daddy long legs..hehe tu kartun kegemaran k nita sbnrnya..ambil la sedikit part tu utk diadaptasi..sekadar panggilan itu dan part anak angkat..tp jalan ceritanya tak sama pun...

Mazni Aznita said...

jom ros :

org kt sini sedia membantu..free of charge je..tp ini projek cuba-cuba je..hehe tak sangka la pulak menjadi..hihi mcm kawan sy kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..

Mazni Aznita said...

ezi dah byk keluar novel..mybe suatu hari boleh cuba..manalah tahu kan..

Mazni Aznita said...

ezi dah byk keluar novel..mybe suatu hari boleh cuba..manalah tahu kan..

Mazni Aznita said...

wild cherry..yup..klu habis ni tahun depan br mula cetak lain..

agent_sesat said...

alhamdulillah kak~~~ dapat gak kan...saya nak tolong akak pun x dpt...magazine kami yang kuarkan majalah keter..tapi nnti lah saya curi2 ilpu penerbitan gak..kiter try buat samer2 next time..hehehe....

congrats kAK ~~ x sabar nie

airina said...

yeah! menarik!
Memang payah nak jumpa novel ni tau, puas dah cari.
Saya nak satu la
Tahniah ya kak :))

Lily Haslina Nasir said...

Bravo girl!! Seronok, bangga dan tersentuh hati sebenarnya baca catatan Nita ni.. betul tu kak lily sendiri ada ketika fobia nak menulis. Orang luar mungkin bayang yang indah-indah aje. Sebenarnya banyak yang penulis telan, simpan dan pendam. Kalau cakap banyak aje nanti kena kambing hitamkan...
All the best utk Nita.. Kak lily ni hitung hari aje nak pencen menulis bila semua anak dah besar...

FirasFirzana said...

Tahniah Cik Nita...bangga...bangga sungguh dengan awak....heheheh...teruskan usaha...errr nanti boleh la kengkawan tumpang terbit bersama hehehe...

Anonymous said...

akk,novel ni kt popular or mn2 kedai xde jual ke??

Anonymous said...

mazni.. congrats.. ida cadangkan mazni terbit buku2 sendiri... senang.. sekarang kan zaman globalisasi.. buleh promote ikut internet.. fanbase mazni besar dah kan... kat malaysia ni hakcipta tak sehebat di us kan.. kalu mazni kat us macam stephenie meyer mesti mazni dah millionaire kan... whatever it is, best of luck n hope suara kembali normal.. nak ajak gi melalak nih..=)

Anonymous said...

kat minerva ade tak novel kak nita?

alia.hamid said...

don't worry kak nita..
penat lelah mu pasti terbayar...
x sabar daa nak dapat nih!!
Caiyok!!!

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com