Thursday, May 13, 2010

BUSY TAHAP PECAH KEPALA

Dah lama tak update blog ni..Haha bukan apa, aku baru sahaja selesai edit satu manuskrip untuk kali ketiga dan baru-baru ni aku terpaksa semak semula final draf manuskrip baru yang akan diterbitkan pada bulan 6 ni dalam bentuk PDF. Lepas selesai dan dikembalikan kepada penerbit, aku kena sambung pulak editing untuk MSC. Hehe banyak kan kerja aku?

Itulah ramai orang sangka menulis novel ni senang. Tulis sahaja dan hantar pada penerbit. Tapi sebenarnya kalau anda nak manuskrip anda sempurna, proses ini bukan setakat menulis dan mengedit sekali dua sahaja. Lepas tu serah bulat-bulat kat tangan editor dengan harapan editor yang akan semak manuskrip tu. Kenapa tidak kita sahaja yang semak betul-betul? Ini kan manuskrip kita.

Baru-baru ni aku sempat baca manuskrip seorang teman aku yang hendak dihantar pada penerbit. Banyak juga yang aku tolong perbetulkan ejaan yang salah. Tapi struktur ayat aku tak ubah, sebab bagi aku struktur ayat tu ialah salah satu gaya penulisan dia. Kecuali lah memang confirm ada yang salah dengan struktur ayat tu, baru aku mention kat dia. Tapi aku tak ubah sesedap hati aku sebab itu manuskrip dia, bukan manuskrip aku. Kalau dia nak ikut pendapat aku, dia buat. Kalau tidak pun tak apa. Hehehe…

Pendapat aku, masa kita hantar manuskrip kita pada penerbit, kita kena pastikan manuskrip tu dah tip top dari segi struktur ayat, kesalahan ejaan dan tatabahasa tu seharusnya tidak ada dalam manuskrip (kecuali betul-betul terlepas pandang). Bayangkan kalau editor baca manuskrip kita tu tapi setiap baris ada aje yang salah. Lama kelamaan si editor pun malas nak membacanya (walaupun itu tugas dia).Percaya tak kalau ada sesetengah manuskrip yang jalan cerita dia sedap sebenarnya, tapi manuskrip dia direject semata-mata banyak kesalahan dari pelbagai sudut. Ini sumber dari seorang editor yang aku kenal.

Sebab tu kalau anda boleh dan mampu mengedit sendiri manuskrip anda maka buatlah betul-betul. Edit manuskrip anda seolah-olah anda tidak percaya LANGSUNG pada keupayaan editor. Walaupun ada sesetengahnya kata, kalau semuanya kita buat..apa tugas editor pulak? Nanti makan gaji buta ajelah mereka sebab mereka terima manuskrip yang sudah cantik tercanai. Tapi jangan sesekali beranggapan seperti itu. Pernah juga aku dengar ayat sebegini keluar dari mulut seorang penulis. “Ala kita edit macam nak gila, bukannya dapat banyak mana pun royalti tu. Bagi diaorang je lah edit. Biar diaorang buat kerja sikit.”

Hehehe aku ketawa je mendengarnya. Salah tanggapan macam tu. Sikit ke banyak ke royalti, sepatutnya kita kena berusaha pastikan manuskrip kita tu jadi yang terbaik. Bukan ke kita menulis untuk pembaca? Kita nak pembaca yang baca berpuas hati dengan hasilnya. Memanglah editor akan buat kerja, tapi mereka pun manusia biasa. Kadang-kadang diaorang pun tak nampak kesilapan pada manuskrip tu.

Aku sendiri pun sebelum nak serah manuskrip tu, wajib edit sekurang-kurangnya 3X. Itupun ‘sekurang-kurangnya’. Lepas tu aku harapkan editor boleh kesan beberapa kesilapan yang aku tak perasan. Tapi ada juga benda yang aku tulis, editor ubah tapi jadi salah pulak. Hehe..sebab tu aku suka sangat kalau editor boleh bagi aku final draf untuk aku semak semula. Mungkin orang lain malas nak buat semua ni, tapi dengan aku, baca 10x pun aku sanggup semata-mata untuk pastikan tidak ada banyak kesilapan dalam novel aku nanti. Jadi fikir-fikirlah sendiri…

2 comments:

Izza Hani said...

hehehe...jangan percaya pada editor 100% untuk membetulkan kesilapan kita, setuju. sebab hanya kita sj yg faham apa yg kita nak sampaikan. tugas editor hanya membantu dr segi teknikal dan menyesuaikan manuskrip kita mengikut house style penerbit. tp yg tak bestnya bila ejaan kita dah memang betul, ada editor yg pergi ubah menjadi salah. harus asah gigi aku...hahaha

Mazni Aznita said...

sedapnya nama gonggok ni..hahaha

kadangkala mmg berlaku begitu..kita tulis tp editor ubah dan salah pulak tu dari segi kosa kata..jd apa yg sy buat sy akan semak kamus dewan dn hantar notis 24 jm untuk editor tu beserta buktinya kenapa sy kata ejaan yg diubah itu salah..

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com