Thursday, April 8, 2010

Waiting For The Last Airbender

Poster yang dah release untuk tatapan peminat-peminat Avatarempat element yang menyeimbangkan dunia mereka
Aang si Avatar yang memiliki kuasa mengagumkan. Sangat rapat dengan Katara yang kadang kala seperti kekasih, kakak dan ibunya.
watak-watak dalam Avatar The Last Airbender

teka siapa ini? Hehe inilah Jasper, mamat vampire dalam twilight yang couple dengan alice adik Edward. Dia ni la yang akan pegang watak Sokka The Water Tribe

Watak-watak yang dah casting. Antara banyak-banyak watak Zuko (gambar ketiga) paling tak sesuai jd Prince Zuko. Sebab Zuko digambarkan sebagai seorang lelaki berbangsa Cina di dalam anime. Tapi dalam movie diganti dengan seorang yg berbangsa India. kan kelakar tu!

Dah lama tak update blog, rasanya blog aku macam bersawang aje. Lately aku rasa cam takde mood. Siti Nur Dhuha yang comel itu selalu rajin tanya aku soalan cepu emas, kenapa tak update blog? Hehehe..nak jawab apa lagi. Memang aku ketandusan mood yang baik.

Nak kumpul mood bukan benda senang. Kena alihkan tumpuan pada hal-hal yang tak menyenangkan di sekeliling aku. Masalahnya di sini, hidup kadang-kala terasa menyenangkan, dan adakalanya terasa begitu sukar. Sehingga kini, rasanya aku sudah mula membuat kiraan hidup aku satu persatu bermula dari belakang.

Mood yang tak baik membuatkan aku jadi gila menonton dari gedung movie melalui internet sehinggalah pada anime-anime kesukaan aku. Minat ni aku kongsi bersama seorang teman yang juga sukakan anime. Baru-baru ni aku pinjam CD anime dia bertajuk Avatar : The Last Airbender.

Dan ketika ini aku baru sahaja selesai menonton Avatar : The Last Airbender sebentar tadi. Betul cakap kawan aku Aisyah, cerita ni memang best kalau follow dari awal. Tak sangka aku tengok anime ni sebanyak 61 episode dalam tempoh seminggu. Cerita dia tentang empat elemen yang ada di dunia ketika zaman itu iaitu api,air, bumi dan udara. Setiap element ini mewakili kuasa-kuasa luarbiasa yang boleh dimanipulasikan oleh manusia. Dan empat elemen ini akan menyeimbangkan kuasa bumi. Tapi satu perang besar berlaku apabila Fire Lord dari Fire Nation menyerang ketiga-tiga kerajaan elemen lain untuk meluaskan kuasanya dan berlakulah perang hampir 100 tahun lamanya. Hanya ada seorang sahaja yang boleh menghentikan perang itu iaitu Avatar, manusia istimewa yang boleh menguasai keempat-empat kuasa elemen. Namun ketika Avatar diperlukan, ia menghilangkan diri. Ghaib entah ke mana!

100 tahun selepas perang, dua adik beradik Katara dan Sokka dari Water Tribe menemui segumpal ais beku di South Pole. Di dalamnya mereka menemui seorang budak lelaki bernama Aang membeku bersama binatang pendampingnya seekor bison bernama Appa. Aang adalah the next Avatar yang menjelma semula (reincarnation) dari kelahiran Avatar terdahulu. So bersama-sama Aang, Katara dan Sokka bergabung memulakan misi mereka untuk mencari guru bagi Aang bagi = melatihnya menjadi Avatar terunggul untuk melawan Fire Lord. Dalam pencarian mereka, mereka menemui teman-teman baru yang berjuang bersama menentang kekejaman Fire Nation. Best citer ni!

Hahaha…yang excited dan terujanya apabila tahu anime ini akan dibuat dalam bentuk movie dan release di pawagam pada bulan 7 nanti. Tak sabar nak tunggu dan tengok pengembaraan Avatar Aang, Katara, Sokka dan Toph beserta musuh-musuh mereka Zuko dan Azula bertarung untuk mengalahkan Lord Ozai dari Fire Nation. Must watch movie ni! Excitednya lagi watak Sokka dipegang oleh Jasper dalam siri Twilight Stephenie Meyer. Mesti ramai nak tengok si Jasper tu beraksi sebagai Sokka yang kelakar tapi bijaksana.

Mr. Night Shyamalan dipilih sebagai pengarah untuk movie ni. Berita yang sedikit menghampakan aku sebab aku agak pening dengan karya-karya Night Shyamalan ni seperti The Happening, Lady In The Water, The Village dan yang lain2, sebab rasa macam banyak sangat unsur-unsur abstrak dan seni bunyi yang pelik-pelik dalam filem-filem dia. Boleh mengantuk dibuatnya sebelum nak sampai ending.
Aku juga sempat tengok trailer untuk The Last Airbender dan agak frust sebab Aang di dalam movie tidak kelihatan nakal seperti Aang di dalam anime. Malah filem ini rasanya jauh dari unsur-unsur humor yang aku tonton dalam anime. Maklumlah Night Shyamalan tidak familiar dengan filem-filem yang memiliki sense of humour. Bagaimana pun aku still nak tengok keseluruhan movie ini dan harap ia lebih baik dr jangkaan awal aku.

Sempat tengok elemen aku dalam site Avatar ni. Yes! Rupa-rupanya aku adalah The Earthbender. Hahahaha..elemen bumi adalah elemen pemimpin. Haha macam tak caya aje..hehehe so kalau orang lain rancak menanti Eclipse tahun ini, aku pula sedang menunggu dengan sabarnya movie ini keluar.

10 comments:

Anonymous said...

same here!! cant wait!! kalu cite2 fantasy nih, ida cannot resist!!

suhida said...

slm,saya pun tak sabo na tgk movie ni...a ah lah, watak zuko tu tak sesuai ar ngn mamat tu.neway,hrp2 cter ni best mcm kartun dia gak.takut hampa.

Mazni Aznita said...

twitweety,
samalah kita..sy suker semua cerita2 fantasy.harap2 versi movie ni best..tak sabar nak tunggu

Mazni Aznita said...

salam suhida,
hah kan betul..watak zuko langsung tak sesuai dgn indian guy tu. watak zuko sebelum ini diberi pd seorang pelakon handsome yg blonde.entah camna dpt kat indian guy ni, agaknya ni saudara mara si Night Shyamalan kut..hahaha

p/s : prince zuko watak yang unik dan menarik..tp geram kat dia masa dia khianati uncle dia Iroh..love Iroh very much..so funny character.

Keluduk said...

aku pun gile gak dengan cite ini. Terutama dgn watak aang yg cerdik-cerdik bodoh dan kelakar tu.

Mazni Aznita said...

hehe tak sangka cikgu keluduk tgk jugak anime ni..hehe bertambah lagi sorang cikgu yang tengok anime..entah apa la nak explain kt student2 nanti..hehe

cerita ni sweet dan ada sesuatu yg boleh dijadikan motivation..ttg persahabatan, dendam, emosi, sedih dan sebagainya..

FirasFirzana said...

Salam Cikgu Anita...

Sama-sama la kita bersabar menunggu movie nih...hehehehhe

m.k.z.e said...

saya nk tgk watak puteri yue jatuh cinta dengan sokka jer...

watak zuko di pegang oleh Dev Patel (Slumdog Millionaire)

aper2 pun kisah movie pasti Fire Nation serang South Water Tribe...

Mazni Aznita said...

salam noorul,

hehe tu ler fsl..excited sungguh nak tgk citer ni lebih dr nak tunggu eclipse..haha otak kartun sungguh..

Mazni Aznita said...

dalam anime puteri yue tu mcm tak kuat sangat watak dia..yg byk ialah watak suki..sy lebih suka suki dgn sokka..

sokka watak lelaki kartun idaman yang selamba badak, suka ati mak nenek dia aje dan very sempoi person..kelakar gila ms dia nak belajar pedang dgn tok guru dari fire nation tu..boleh nampak muka tok guru tu hampeh je kena main2 dgn Sokka.hahaa

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com