Friday, April 23, 2010

Surat Cinta

Lelaki Yang Baik Untuk Wanita Yang Baik
Perfect Guy For Perfect Lady
Betui ka??

Pernah dengar tak quote macam ni? Haha sekarang ni rasanya benda ni tak leh jalan dah Gadis zaman sekarang dah tak macam dulu lagi dah. Dulu perempuan suka lelaki yang baik-baik. Kalau tak nampak kopiah atau janggut sejemput bawah dagu, perempuan tak mahu. Kalau yang jenis melepak bawah jambatan langsung mereka tak pandang. Zaman dulu, duit banyak orang tak pandang, akhlak tu yang penting. Kalau lelaki yang rajin imankan solat, mak bapak yang rajin ke surau dah target dah jadi menantu. Yang perempuan pulak mesti yang pandai mengaji, atau buat2 tunduk kalau jalan depan rumah bakal mertua. Hahaha..(versi orang tua zaman dahulu kala)

Zaman sekarang ni, perempuan dah tak suka lelaki yang baik-baik. Bosan kata mereka. Nak-nak yang jenis suka dengar cakap. Main yes aje. Perempuan zaman sekarang suka lelaki ala-ala jahat sikit (bukan jahat banyak tau!). Yang mana yang nampak brutal, yang rambut panjang mengurai, yang bercelak kat bawah mata, yang main gitar sambil melepak kat simpang jalan, yang naik motor laju kat jalanan tu lah yang mereka suka. Mereka suka lelaki yang kuat cemburu, tak nak mengalah. Kalau takde sebab nak gaduh pun, pura-pura ajelah bergaduh sebab kononnya bergaduh tu tanda sayang (versi anak murid aku)

CIKGU dia cuma tersengih aje mendengarnya. Dalam hati, canggih bebeno pemikiran budak-budak remaja sekarang dalam memilih pasangan.

Tiba-tiba teringat fasal situasi di sekolah yang mana banyak pelajar perempuan cerdik di kelas hadapan yang berboyfriendkan si pelajar lelaki di kelas belakang. Hal ini pernah menjadi tajuk perbualan kami para guru di kantin. Semua cikgu-cikgi menyuarakan kehairanan, apasal la pelajar lelaki di kelas tercorot paling diminati sehingga sampai tahap gaduh2 dan bermasam muka.

Jawab AKU sambil minum Sirap Bandung kegemaran aku :

“Fasal budak lelaki yang sama kelas dengan mereka takde masa nak ambil tahu hal mereka sebab diaorang lebih berminat nak belek buku dari jenguk hati budak-budak perempuan ni. Budak lelaki kelas belakang pula dah memang otak diaorg kosong, masa pulak banyak..jadi dari buang masa tengok buku, baik diaorang test skill ayat-mengayat..kut-kut bahasa melayu boleh dapat A.. Hahaha.

Tiba-tiba teringat suatu ketika dahulu, aku pernah rampas surat cinta seorang student aku dari kelas belakang yang nak bagi kata awek dia – bahasa budak ni fuhhh boleh buat aku ketawa pecah perut. Aku siap bagi balik surat tu kat dia sambil ajar dia buat surat baru yang betul tatabahasa, betul ejaan dan betul segala-galanya. Last-last sampai sekarang dia berterima kasih dengan aku sebab aku ajar dia tulis surat cinta sebelum dia diketawakan oleh awek dia yang pandai. Hihihi…

P/S : Surat cinta sepatutnya dimasukkan dalam sukatan pelajaran bahasa melayu selain dari surat kiriman rasmi dan tak rasmi dan surat-surat lain. Manalah tahu kot2 mereka boleh improve dalam bahasa melayu. Hehehe…


6 comments:

Anonymous said...

tih tih... hormon tengah menendang.. jalan berenjut macam unta sakit kaki pun nampak cool.. muka macam penyangak pecah rumah tu lah yang dok berebut.. kalu macam edward cullen takpe gak.. tih tih..:)
mazni.. simpan lagi tak surat cinta tu..? nak tumpang baca n gelak buleh tak...? :)by d by, honey.. have u watched the latest eclipse trailer..? MAJOR AWESOME FACTOR!!! :)

Keluduk said...

bila menyebut soal surat cinta ni, teringat zaman aku jadi budak sekolah dulu. Siap letak bedak dalam kertas kajang supaya bila mata air buka berbau warni. Sampul surat pulak mestilah yang berwarna warni, kalu boleh biar siap ada bunga lagi tu. Ayat-ayat surat pulak memang power jiwang...
indahnya masa bercinta.!!!

Ilmar Imia said...

Setuju! Hehe... Kadang2 bebudak ni lebih minat dengan benda yang ada kaitan dengan dia orang.

Mazni Aznita said...

hehe jahat cikgu irda ni.. ayat muka pecah rumah terus..haha..itulah kekadang yg pelik budak2 prmpuan ni yang direbutkan tu bukannya handsome sgt..agaknya ayat yg power kut..hehe...faham2 ajelah ayat budak skrg mengorat mcmana..

yup dah tgk dah trailer 4 eclipse..awesome! n dpt lebih feel..rasanya yg ni psti lebih baik dr new moon..tau tak ari tu nmpak DVD new moon keluar, tp sengaja tak nak beli..heheh nak tunggu complete dulu br beli buat koleksi..

Mazni Aznita said...

haha cikgu keluduk..time tu surat berbedak tu untuk siapa? untuk awek lama ke atau untuk 'isteriku' itewww?? hehe..

Mazni Aznita said...

ilmar,

jom kita request silabus surat cinta kt KPM sama-sama..

haha lepas ni mesti kena pecat dgn KPM..

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com