UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Wednesday, October 21, 2009

Susahnya Nak Buat Orang Faham...

Beberapa hari ini sebenarnya aku rasa agak terkilan sedikit. Tapi untuk elakkan perasaan terkilan ini bercambah menjadi celaru, maka aku sibukkan diri dengan menyelesaikan report PEKA Sains anak-anak murid aku. Tapi perasaan sedih itu tetap terasa...

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa. Sebenarnya adik aku Aiza dah masuk hari keempat berada di wad di Hospital Besar Kuala Terengganu. Dia dibawa masuk ke hospital setelah muka dan kedua belah kakinya bengkak-bengkak. Sebenarnya ini bukan kali pertama mukanya bengkak-bengkak begitu. Kali pertama dulu, kami ingatkan ia sekadar alergik pada sesuatu. dan selepas dia pulang dari Kuala Lumpur kerana temankan adik aku interview, dia macam tak sihat dan demam-demam. Dua hari dia MC dan tak pergi mengajar.Tapi lepas habis MC, dia mengajar macam biasa. Tapi bengkak kat muka dia tak surut-surut. So kami hantar dia ke klinik. Dan doktor di klinik syorkan kami terus bawa dia ke hospital besar untuk pemeriksaan sebab doktor syak dia mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan paru-paru berair.

Sekarang ini hari keempat dia menjalani pelbagai ujian. Hampir tiap-tiap hari dia kena suntik dengan 4 atau 5 jarum suntikan. Kasihan pula aku tengok dia. Tekanan darah dia pula punyalah tinggi sehingga mencecah 154/110...even ayah aku yang mengidap darah tinggi pun tak kena setinggi itu. Dahlah kelmarin aku sempat menatap seorang jururawat yang suntik ubat pada adik aku punyalah kasar sampai adik aku dan berkerut-kerut tahan sakit.

Apa yang aku terkilankan ialah aku tak boleh kerap melawat dia sebab aku sekolah petang. Pukul 12.30 dah turun nak pergi sekolah dan balik pulak pukul 6.30 petang. Sedangkan masa melawat di hospital ialah 12-2 dan 5 -7. Kelmarin sahaja aku pecut dari sekolah dekat 100km/j untuk sampai ke hospital melawat dia. Tepat pukul 6.50 aku sampai ke hospital dan tak keluar-keluar dari wad dia sehingga dekat pukul 8 malam. aku buat tak peduli je bila ada nurse jeling-jeling aku. Pedulilah asal aku nampak adik aku cukuplah!

Satu lagi benda yang aku terkilan ialah fasal cuti. Kelmarin aku cuba minta-minta cuti dengan pihak pentadbir sekolah (petang) sebab nak ambil turn jaga adik aku, lagipun aku kasihan kat adik aku Zura yang terpaksa berulangalik ke hospital. Lagipun CRK aku banyak lagi, dan last aku ambil CRK ialah pada bulan 8 masa konvo adik aku kat Perlis. Tapi malangnya tak diberi.Alasannya...buat apa nak jaga adik, kan dah ada jururawat di hospital tu. Biarlah jururawat tu yang jaga. Begitulah bunyi kata-kata itu ditujukan pada aku. terus-terang cakap telinga aku memang berdesing mendengarnya. Terkedu dan terkecewa...lagi-lagi diucapkan oleh orang yang juga sakit. Aneh kan!

Mudahnya orang lain bercakap kalau bukan jatuh pada ahli keluarga sendiri.Kenapa hendak diharapkan jururawat yang ada di hospital untuk jaga ahli keluarga kita? Kitalah yang sepatutnya ambilberat tentang ahli keluarga sendiri. Kita yang sepatutnya temani dia dan beri kata-kata dorongan padanya. Sebab bagi orang sakit, ahli keluargalah yang mereka nak tengok, bukannya muka jururawat yang bersepah kat hospital tu. Terfikir juga aku, apakah selama ini waktu dia dimasukkan ke hospital tak pernah ditemani ahli keluarga, hanya jururawat sahaja yang menjaganya barangkali!

Aku pun jadi pelik, kenapa nak halang aku ambil CRK yang memang hak aku? Lagipun aku nak cuti ikut peraturan. Kali terakhir aku ambil CRK bulan 8 bermakna CRK aku ada jarak-jarak masa yang dibolehkan. Dan aku nak ambil CRK bukan nak pergi holiday atau pergi shopping kat mana-mana. Aku cuma nak habiskan masa dengan adik aku sahaja. Salahkah? Kalau tak nak beri sekalipun, janganlah buat keluar ayat yang boleh buat airmata aku mengalir.

P/S : Patutlah orang lain minta cuti tak pernah melalui dia..Ada sebab rupanya..aku yang terlebih hormat konon-kononnya..Maaflah kalau ada kengkawan satu sekolah yang terbaca luahan ni.. Aku tengah sedih dan kuciwa ni..

Friday, October 16, 2009

Selamat Hari Ulangtahun BS


Hari ini genap setahun novel yang sangat memberi erti pada aku iaitu Bunga Syurga di pasaran. Dan dalam tempoh setahun ini aku bersyukur sangat sebab novel ini masih diterima dan dibaca oleh segenap lapisan wanita pelbagai bidang kerjaya. Malah perasaan gembira tak dapat digambarkan dengan kata-kata bila novel ini diulang cetak dan masih terdapat di rak-rak buku. Ini menandakan kehadiran aku di dalam bidang ini rupa-rupanya diterima oleh para pembaca. Syukur alhamdulillah.

Antara banyak-banyak novel aku, Bunga Syurga boleh dikatakan sebagai antara novel terawal aku yang berada di tangan pelbagai penerbit dan mengalami pelbagai masalah yang boleh membuatkan aku hampir putus asa sebenarnya ketika itu. Sepertimana aku yang mula bertatih dalam bidang ini (masih bertatih sebenarnya), aku kurang arif dengan mana-mana penerbit sehingga aku mengharapkan sebuah syarikat penerbitan yang kurang dikenali untuk menerbitkannya. Tapi masalah pula melanda apabila syarikat ini mengalami masalah.

Sesudah itu aku lontarkan pula naskah ini pada Alaf 21. Tapi akibat masa yang terlalu panjang untuk menilai naskah ini (hampir setahun), maka aku dengan rela hati dan tanpa confident, melayangkan pula naskah ini pada tangan Kaki Novel. Alhamdulillah bila Rizal dari KN call aku, tuhan aje tahu betapa gembiranya aku ketika itu. Terasa melayang-layang perasaan ini.

Dalam proses editing novel ini, tiba-tiba aku menerima panggilan telefon dari pihak Alaf 21 yang mengatakan akan menerbitkan novel tersebut. Terkejut memang terkejut ketika itu. Bayangkan aku yang langsung tak dengar berita tentang manuskrip aku dari pihak Alaf dan hampir putus asa, tiba-tiba sahaja dihubungi dan diberikan berita yang aku nanti-nantikan sejak hampir setahun yang lalu. Tapi disebabkan aku seorang yang berpegang pada janji, maka aku jelaskan baik-baik bahawa aku telah menyerahkan manuskrip BS pada KN dan takkan sesekali menariknya kembali.Memang kena leter jugalah waktu itu dengan Kak Wan Alaf, tapi nak buat macamana, bukan rezeki aku dengan Alaf agaknya.

Waktu itu ramai juga kengkawan yang mengatakan bodohnya aku. Sepatutnya aku terbitkan manuskrip itu dengan Alaf.Tapi aku buat donno aje dengan kata-kata beberapa orang kawan. Jawapan aku mudah. Sudah bukan rezeki aku! Lagipun aku tak mahu dikatakan mungkir janji dengan pihak KN. Bagi aku yang dah dibesarkan dengan cara begini, janji adalah sesuatu yang harus dihormati dan bukannya digadaikan semata-mata kerana sebuah syarikat penerbitan yang terkenal. Lagipun tak ada salahnya menerbitkan manuskrip dengan KN yang aku kira sekarang sudah boleh dikatakan megah juga namanya, iya tak.

Dan dalam tempoh ini aku langsung tak menyesal memberikan manuskrip ini pada KN. Kerana aku sedar aku dilahirkan bukan untuk jadi penulis yang popular dan menerima royalti berpuluh-puluh ribu. Tapi aku dilahirkan untuk jadi penulis yang benar-benar gembira menulis dan gembira jika ada pembaca yang sudi membaca buku-buku aku.

Buat Bunga Syurga yang amat aku sayang, terima kasih kerana memberi mamamu ini satu keyakinan untuk meneruskan perjuangannya dalam bidang penulisan. Buat KN, thanks kerana menerima aku ketika aku bukan nobody, dan untuk kawan-kawan di blog, terima kasih kerana menyokong dan terus menyokong. Selamat Hari Ulangtahun Pertama Bunga Syurga, harap-harap tahun depan..ia akan terus hadir di rak-rak utama di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia.

Tuesday, October 13, 2009

Tribute To Wawa

Hari ni aku just nak share cerita tentang adik bongsu aku. Bukan apa, saja nak tribute kat dia sebab hari ni last day dia selesai menduduki PMR. Dia ni memang comel orangnya (bagi akulah...hehe) n of course la aku cakap begitu fasal dia adik aku. Aku ada banyak nama gelaran untuk dia sejak dia kecil sampailah usianya lima belas tahun. Biasanya gelaran-gelaran yang aku beri akan lekat pada dia. Means.. apa yang aku panggil, itulah yang orang akan panggil pada dia. Kiranya pengaruh aku kuat jugak la dalam family. Salah satu nama gelaran dia ialah Tea Pot. Tapi lama kelamaan kami sebut 'tiput' aje sebab lebih kiut..Hahaha..sikit-sikit ada bunyi siput..we all know that n yet still like the name..

Orangnya tinggi, kurus dan muka pulak kecil aje..lagi-lagi kalau dia pakai cermin mata lagilah nampak muka tu kecil. My other sis kata muka dia memang terover jimat coz semua organ seperti mata, hidung, mulut, telinga dan sebagainya cukup-cukup muat untuk diisi kat muka dia. Tak macam kitaorang ni, letak mata dan hidung..aikk ada lagi space..letak mulut lak..fuhh tinggal lagi space kat belah pipi plak..hehehe ada faham ke?

Dia ni hantu komik, gila kat My Space, meja study dia bersepah giler macam baru kena taufan Ketsana, bila keluar tak suka bawa duit sendiri (sbb dia tahu sangat siapa yang akan bayar), suka benar berfesyen sampai sanggup ikat talileher kat baju dia coz katanya fesyen terbaru. Kalau meja studynya kena hentam taufan ketsana, almari bajunya pula cam taufan palma. And the sweetest thing.. dia suka buat muka blur all the time, terutama masa kena marah dengan kami semua sebab malas nak belajar.

And you know what, tonight aku tanya dia agak-agak berapa A dia boleh dapat dalam PMR tahun ni? Dengan mata masih kat My Space, dia jawab...semua A kecuali Bahasa Inggeris. Hahaha sardin betul. Dalam kepala otak aku kureng2 dia jawab la 4A tak pun 5 A ke..tapi jawapan dia gempak gila. Sama gempak dengan jawapan adik aku zura masa kena interview bebaru ni. Tanya si tukang interview..ada tiga jabatan kat sini, agak-agak yang mana satu jabatan yang sesuai dengan awak? Jawab adik aku tu dengan muka selamba...tanpa diragukan lagi, saya rasa ketiga-tiga jabatan tu sesuai dengan saya.. hehehe poyo tul adik-adik aku ni.Kakak dia? Poyo jugak kekadang! Hihihi...

Wednesday, October 7, 2009

Mini Novella Di Pasaran

Disebabkan internet kt sekolah cari fasal dengan aku dalam dua tiga hari ni, smpai aku tak perasan pula ada update terbaru dari FP tentang Mini Novella karya penulis2 FP yang Kini ada di pasaran. Harga pasaran di kedai adalah RM8.90..murah kan! Sesuai la dengan kenipisannya..So bagi sesiapa yang berminat nak membeli mini novella bukan sahaja karya aku tapi juga semua karya penulis-penulis FP yang lain bolehlah mendapatkannya di kedai-kedai terpilih mulai hari ini.

Kelakarnya hari itu aku baru je bercakap soal ketebalan novel-novel aku, aiseh camna boleh lupa pulak kat mini novella ni yang sebenarnya nipis sahaja. Kiranya inilah hasil karya aku yang paling nipis dengan cerita paling sempoi aku kira. Dan jangan suruh aku hurai panjang lebar apakah isi ceritanya coz aku dah lupa apa benda yang aku tulis. Ada kengkawan aku kata nak beli mini novella ni aku kata tak payahlah..hahaha ada la pulak gitu! Hehe sori bukan tak kasi beli tapi segan daaa....bukan apa rasa cam nak tulis panjang lagi la..hehehe...
BLURB BUKU (tak ingat bila buat ni?)
Kata orang cinta datangnya dari mata, terus turun ke hati. Tapi bagi Kael, cinta tidak semudah itu. Apatah lagi gadis-gadis yang berada di sekelilingnya langsung tidak menarik minatnya kecuali seorang…

Widuri bukan gadis idaman, malah jauh panggang daripada api untuk termasuk dalam senarai gadis-gadis yang diperkenalkan ibunya. Di matanya dia melihat Widuri sebagai si Ugly Duckling. Namun dwi-personaliti Widuri memangkah setiap perhatiannya kepada gadis itu.Apatah lagi sikap Widuri menimbulkan misteri tersendiri sekali gus menimbulkan rasa bingung, curiga dan keliru dalam diri Kael. Apakah misteri itu? Dan, benarkah si Ugly Duckling punya dua personaliti berbeza?

Friday, October 2, 2009

Diugut Anak Murid Sendiri..


Aku macam nak ketawa dua tiga hari ni..why? Bayangkan one of my student ugut aku semata-mata sebab aku denda dia kerana tak bawa buku ke sekolah. Bayangkan pelajar yang sama tak berminat nak belajar, tak bawa buku teks dan buku nota, bercakap masa aku tengah mengajar dan menganggu kawan-kawannya yang lain. Apakah wajar kalau aku jadi cikgu yang hanya terus mengajar tanpa apa-apa respon dengan jenis murid yang begini semata-mata sebab aku dah penat nak menegur? Jawab aku..maaf this is not me..

Aku akui kelas ni baru dua bulan aku ambil dari guru asalnya. Berbeza dengan kelas-kelas yang aku latih dari awal tahun, kelas ini agak sukar mahu dikawal. Aku tahu banyak sangat cabaran mengajar kelas-kelas yang ke belakang kerana mereka semuanya tidak berminat mahu belajar. Ditambah lagi dengan masalah disiplin mereka yang sering membuat ramai cikgu-cikgu pening kepala di sekolah.

Berkali-kali aku katakan dengan diri aku sendiri, yang tak pandai belajar tak mengapa..boleh diajar..tapi kalau murid biadab, guru MUSTI mengajarnya. Bukan hanya berdiam diri atau membiarkannya sahaja. Jika seorang murid biadap dengan gurunya, kemungkinan besar dia mempunyai sikap yang sama terhadap ibubapa dan adik beradiknya di rumah.

Bayangkan pelajar ini sering memberi alasan yang sama tidak bawa buku. Aku pun dah muak mendengar alasan yang sama. Jadi bila aku periksa beg sekolahnya..apa yang ada? Nothing at all. Hanya ada dua batang pen sahaja yang mungkin takkan berguna tanpa sebarang buku. Jadi jenis pelajar yang bagaimanakah sehingga langsung tak bawa buku ke sekolah? Usah katakan buku teks, buku tulis pun dia tak bawa. Beg sekolah dibawa hanya untuk ditunjuk-tunjukkan pada kawan-kawannya agaknya. Jadi seperti biasa, aku beri dia dua batang pen miliknya dan aku ambil beg sekolahnya. Kata aku selagi dia tak bawa buku-buku ke sekolah, aku takkan beri beg dia. Bukannya susah pun, dia ada dua pilihan. Samaada dia bawa buku atau dia takkan dapat balik begnya. Tapi apa yang pelajar ini pilih? Dia pilih untuk mengugut aku di hadapan rakan-rakannya yang lain.

Apa yang dia buat? Dia tenung aku dengan marah sambil mula mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat. Yang paling best dia buat dialog mengugut dalam loghat terengganu. Ini antara dialog dia yang paling gempak.

Dia : Tengok arr kalau aku jupe mung kat luar, mampuih mu aku buat..Siap mung nanti!

Aku terbeliak biji mata dengar ayat yang keluar dari mulutnya. Then apa aku buat? Dengan dialek terengganu juga aku membalas dengan lancar, kejam, sadis dan selamba.

Aku : Oh ada ati nak tunggu aku kat luar? mu pung sama..kalau aku jupe mung kat luar, mapuih mung jugok aku kerjakan. mung ingat mung sorang samseng, aku dok berani? Kalau berani mari la lawan aku kat depan ni.

Aku mencabarnya dengan menggunakan perkataan 'Aku'. Hahaha gempak jugak kan..then lepas tu ada satu beg kosong melayang ikut celah tingkap..ini beg kelima yang aku campak ikut luar tingkap dalam tahun ni sebab kosong takde isi.

Maaflah kalau ada ibubapa yang membaca entry ni beranggapan kata-kata aku terlalu kasar dan ekstrim. Even my mother pun kata aku ni terlalu agresif sebagai seorang guru. Tapi bagi aku yang ada pengalaman mengajar budak-budak begini, kelembutan menasihat sudah tidak ada ertinya bagi jenis pelajar begini. Sepertimana ada pelbagai jenis pelajar di sekolah dengan pelbagai ragam...kaedah untuk menyedarkan pelajar juga perlu pelbagai. Kadangkala kita perlu lembut tetapi kadangkala kita harus juga berkeras dengan mereka.

Bagi aku untuk mengajar pelajar biadab dan 'jahat mulut' begini, kita harus lebih biadab dan jahat darinya supaya dia tahu membezakan siapakah guru dan siapakah kawannya. Kelakarnya satu kelas terlopong tengok aku membalas kata-kata kawan mereka dengan penuh selamba tanpa perasaan takut atau gementar. Apa respon budak itu? Dia diam aje..

Sepanjang aku jadi cikgu, aku dah berhadapan dengan banyak ragam pelajar begini.Tahun ni sahaja aku dah berlawan mulut dengan ramai pelajar yang sewaktu dengan pelajar yang biadap ini.

Bagi aku, kebanyakan yang kuat melawan sebenarnya dalam hati mereka adalah pelajar yang penakut.. Aku paling faham tentang itu. Mereka bangga kalau berjaya menakut-nakutkan cikgu. Tapi kalau ada cikgu yang melawan mereka sekali sahaja, mereka takkan berani lagi bersuara..buktinya? keesokkannya pelajar itu sentiasa mengelak diri dari berjumpa aku kat sekolah..hahaha aku nak tengok aje sampai bila dia mengelak..Mapuihh mung kalu aku jupe!!! (Sedap pula ayat camgitu kalau disebut berulang-ulangkali..haha try ler).
 

Template by Blogger Candy