UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Monday, September 28, 2009

All The Pages...

Kelmarin dalam sibuk-sibuk termenung (biasalah org bekerja kalau lepas raya mesti termenung sana sini, al maklum poket tengah kontang), aku terpandang susunan rak buku-buku di hadapan aku. Banyaknya buku2 yang dibeli di pesta buku tahun ini yang belum habis dibaca. Dah la pesta buku tahun depan dah terasa sikit-sikit auranya.

Tobat aku nak puasa dari beli buku buat sementara waktu sehingga buku2 di rak habis dibaca. Setakat ni buku-buku yang dah khatam ialah Ilham Hati, Viva Sakura, Belahan Jiwa, Mulanya Satu Cinta, Tika Rindu Berlagu, Biarlah YM Berbicara, Di Hujung Ranting dan Aku Ada Kamu. Tengoklah dalam 30 buah buku yang dibawa balik tempohari, tak sampai 10 pun aku sempat baca. Maklumlah masa aku benar-benar terbatas nak habiskan novel-novel tu. Mana nak habiskan kerja-kerja kat sekolah, mana nak curi masa untuk menulis lagi...nak buat macam-macam lagi. Betullah kata orang, aku memang takde sosial life langsung.

Ketika inilah aku dok tenung novel-novel aku pulak. Lepas beberapa saat, aku selongkar gobok aku dan cari pembaris dan tali tape..apa aku buat? Aku sibuk mengukur ketebalan novel-novel aku dengan novel-novel rakan penulis yang lain. Novel yang jadi mangsa perbandingan tentulah novel che rose, Mulanya Satu Cinta dan novel kak zara, BelahanJiwa. Hehe nampak sangat aku takde kerja dan dalam keadaan boring teramat...

Bukan apa, aku selalu over budget dan jadi kemaruk kalau dah start menulis. Ada orang kata buku aku tebal-tebal, sampai sakit tangan mereka nak pegang buku tu. Adui kasihan, aku nak tolong pegangkan pun..jauh di mata (tapi dekat di hati tau!).

Ada orang tanya kenapa aku suka menulis buku tebal-tebal. Jawab aku, bukan aku suka-suka tulis tapi 'tertebal' nak buat camna. Dah aku limitkan ketebalan tu, last-last aku langgar and redah je limitation tu sehingga puas.Tak tahu lah kenapa tiba-tiba bila siap tulis, tebal semacam pulak. Agaknya mungkin sebab bila aku menulis, aku asyik fikir fasal jalan cerita dan bagaimana nak buat penamat yang memuaskan, sebab tu aku tak ingat langsung fasal soal mukasurat.

Kekadang bila tengok novel orang lain antara 400-500 ms je, aku jealous gila. Bukan jealous kat diaorang tapi jealous sebab diaorang mampu melimitkan panjang novel itu sehingga ke had-had yang ditetapkan. Sedangkan aku pula asyik tulis, tulis dan tulis sampai lupa nak jeling pages.Terfikir pula bila tgk novel aku yang setebal 700 ms dengan novel kawan-kawan lain yang hanya 400 ms lebih.

Bayangkan kalau 700 ms tu aku bahagi 2, agak-agaknya aku dah boleh jimatkan masa dengan menulis dua buah novel. Hihihi gitu pulak otak aku fikir! Pening betul nak fikir panjang mana nak tulis. Lebih mudah untuk menulis sahaja mengikut jalan cerita yang terangka dalam otak. Sebab tu bila aku hasilkan mini novella, aku hampir putus asa nak hantar mini novella tu pada pihak FP..bukan apa, seksa nak edit mengikut jumlah ms yang diperlukan oleh mereka. Potong sana, buang sana, tambah sana..adui macam nak gila dibuatnya. Agaknya mungkin itulah mini novella terakhir yang akan aku tulis dengan FP..hehehe..

Tapi bestnya bila tengok novel Kak Norhayati Berahim, Chinta.. novel Kak Lily, Aku Ada Kamu serta novel Rose, Tuhan Lebih Tahu..entah kenapa sejuk sikit perasaan aku. Sebab apa? Kurang-kurang aku tahu bukan aku je tulis novel tebal, diaorang pun tulis novel-novel tebal jugak. Cuma bezanya novel tebal mereka lebih diminati orang dari novel aku..hahaha...

P/S : Tengah curious dan tak sabar menanti novel terbaru aku dengan Kaki Novel, entah setebal mana la pulak novel tu? Hahaha..nampak gayanya aku kena belajar tulis cerita kanak-kanak agaknya supaya aku terbiasa tulis manuskrip yang lebih nipis.KN ampun, aku memang tak reti tulis nipis...rasa macam cerita tak habis dan tak lengkap je..hihihi..

Wednesday, September 16, 2009

Yeay Dah Nak Cuti!

Wah, hari ni cam excited je..al maklum last day sekolah sebelum nak raya. Pepagi ni lepas sahur terus tengok Diari Ramadan Rafique sekejap dengan family aku. Ni drama wajib tonton tiap-tiap kali bulan puasa padahal drama ulangan je. Kalau ada penerbit DRR baca entry aku ni..please..please..buatlah season baru drama ni untuk tahun depan. Sebuah drama yang menghiburkan dan terasa seperti hidup sangat untuk ditonton. Suka muka Rafique yang macam poyo-poyo aje..hehe.

My sis ingatkan aku fsl baju raya yang tersadai lagi kat kedai jahit. Dah dua kali call, makcik tu kata tak siap-siap. Jangan jadi macam tahun lepas dah le..tunggu punya tunggu alih-alih belek baju lama yang paling lawa je buat baju raya. Lepas tu aku teringat pulak kat kek yang aku tempah kat kedai, tunggu nak diambil.satay yang abah tempah lagi..aduii pening plak kepala aku ni..rasa cam berhelai-helai ringgit malaysia akan terbang dari poket aku lepas ni..

Kelmarin keluar jap bawa adik aku wawa beli kasut. Kitaorang sanggup buka puasa dalam kereta semata-mata sebab nak kejar masa takut ramai sangat orang. Jangan tak tahu, kat Kuala Terengganu ni makin dekat nak raya, makin penuh orang di bandar dari pagi sampai ke malam. Abah aku dah phobia dah nak keluar even sekadar nak pergi Giant dan Mydin Mall yang cuma 1 kilometer je dari rumah aku. Kelakarnya konon-konon sempat, padahal bila sampai sana, banyak kereta dah beratur dua line kiri dan kanan jalan..aku pandang adik aku, dia pun dah mula buat muka blurr..last-last dua-dua orang ni balik bodoh aje ke rumah. Esok? Kena fikir strategi baru ni camna nak kejar tempat parking kat kedai kasut tu.

Eii tak sabarnya nak cuti. Rasa cam melayang-layang aje rasa gembira ni. Kertas exam subjek sains untuk lima kelas dah setimbun atas meja aku. Baru selesai 2 kelas yang dah disemak..baki dia aku buat donno aje. Cuba fikir? Siapa yang nak bawa balik kertas-kertas tu time cuti-cuti gini? Sejak dulu prinsip aku tetap sama..kerja sekolah buat kat sekolah aje..jangan nak bawa balik kat rumah. Kat rumah masa untuk family je..

Peliknya aku tak sabar nak cuti bukan sebab nak raya sangat. Tapi sebab aku dah rancang nak sambung projek menulis yang tergendala sepanjang Ramadhan ni..Lepas ni bolehlah concentrate kat novel pulak..cuti..cuti, i really need you...haha apa yang aku repekkan ni??
P/S : atas sebab2 keselamatan dan nasihat rakan2, aku padamkam duit raya tu..hehe langsung tak teringat fsl gabenor..ingat fsl mr.bean je..anyway thanks tzaraz untuk duit raya kat atas tu..tahun depan bagi not seribu pulak ya...tp duit betul la...

Saturday, September 12, 2009

Salam Lebaran Untuk Semua..

Next week semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya AidilFitri 1430H...seperti biasa setiap orang sedang berlumba-lumba memperlengkapkan ibadat mereka di hari-hari terakhir Ramadhan. Berakhir Ramadhan, menyusul pula Syawal yang dinantikan...

Tahun ini sambutan lebaran terasa lebih bererti bagi aku kerana semua baby-baby aku yang tersangkut di salah satu syarikat penerbitan hampir setahun lebih kini semuanya dah keluar. Terasa lega sangat bila jerih-perih kita berjuang memastikan novel-novel itu dikeluarkan seperti yang dijanjikan, berbaloi sudah. Cuma harap lepas ni syarikat tu tak buat diam pulak masa nak bayar royalti aku. Hahaha..ada yang tanya aku apakah aku akan serik untuk berurusan dengan publisher itu? Jawapan aku entahlah..aku tak pandai nak mendefinisikan apa yang aku rasa. Yang pasti harapan aku agar kekecewaan aku pada tahun-tahun sudah takkan berulang lagi kali ini. Bagaimanapun aku doakan yang terbaik untuk semua pihak dan berharap pihak penerbit ini akan bersikap lebih telus pada penulis-penulisnya...kalau tak boleh untuk menerbitkan novel-novel ini, diharap jangan dibiarkan tersadai di meja sehingga bertahun-tahun lamanya. Serahkan kembali manuskrip yang tersadai lama tu supaya penulis boleh mencari alternatif lain. Kasihanilah para penulis yang bersusah payah menghasilkan karya tersebut. Kasihan kan kita ni Kak Non!

Buat publisher2 aku yang best-best seperti KN, FP dan BP...thanks a lot kerana sudi menerbitkan karya-karya aku yang tak seberapa tu. Sesungguhnya aku rasa bertuah sangat dapat bernaung di bawah syarikat-syarikat yang sedang mewarnai dunia penerbitan tanahair. Menjadi sebahagian dari mereka adalah benda terindah yang berlaku pada aku sepanjang tahun ini. Terima kasih juga atas kiriman kad-kad raya tu..wah syok dapat kad raya..kalau tak asyik tgk kad raya digital aje..

Teristimewa buat ahli-ahli keluargaku yang tersayang..abah, ma, amrul, ida, aiza, zura, wawa, sarah dan qistina..cayang kamu semua..thnks atas sokongan yang tak berbelah bagi diberikan pada aku untuk menjadi sebahagian dari dunia baru ini. Terutama buat abah yang menjadi moral support terkuat yang sentiasa menegur kenapa aku tak menulis kalau nampak aku duduk lepak-lepak kat depan tv, yang sentiasa teruja melihat cover-cover novel aku, yang sentiasa menolong aku tunaikan cek-cek royalti aku, dan yang sentiasa datang ke bilik aku untuk menjenguk novel apa yang aku taip di skrin. Thanks abah, your are the best father in the world!

Teristimewa juga buat teman-teman baikku, ayu, ben, naim, baya, asyrani, hariri, che ziha, kak ma, rosziyani (kak zie), gee, lida..semoga kalian sukses dalam hidup.

Buat teman-teman penulis seperti bikash, hafielda, rehal, umaira dzul widad, kak zara aluwi, kak ainon zaini, kak dyza ainun, kak indah hairani, fatin nabila, sarnia yahya, che rose harissa, kak mimie afinie, izza aripin, kak izzul izzati, hanni ramsul, shaheila arimi (ila), quratul'ain(sue), ida nardiel,ikmal syah, mr. khar dan yang lain-lain...adoii ramainya..maaf kalau tak dapat sebut semua kat sini.Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan menegur penulis cabuk ini di blognya. Hahaha..

Tak lupa juga buat teman-teman pengunjung blog, para reviewers and a few linkers seperti farah, julia esqalia, sonata, kak ziekiera, cikgu keluduk, twitweety (ida), geng kicap, april snow (kucing ungu), rinn, kak maria kajiwa, nafisya, reben merah, liza, yan brunei, yulie (indonesia), suhana UNIMAP, tzaraz, yunix77, misznana, princess, kesengalan terserlah, bulan hijau, cik ulat buku, wan jazlina (jaz), yusnita casting, qunia dunia indah, norazila (nay), kak noor, kak jua, jujun, kak udaidza, kak ija, kak wan amalyn, adhan (dunia novel), amarul, ain,fralyana, shalby salbina, mamaerra, hantunovel, qasehnuriz..sekali lagi maaf jika tidak disebut semua..thnks atas kesudian singgah ke blog aku serta sudi mereview novel-novel aku.

Buat mereka-mereka di atas dan semua yang pernah mengunjungi blog anita aruszi dan blog gedung novellaa, aku ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Jika ada terkasar tutur bicara dan perbuatan, aku pohon maaf yang tak berbelah bagi. Semoga Ramadan dan Syawal ini akan terus menyambungkan ukhwah persahabatan kita semua di alam maya..salam aidilfitri untuk anda semua...

Tuesday, September 8, 2009

Kejamnya Manusia Zaman Sekarang...

Kira-kira pukul 8 malam semalam, selepas berbuka puasa, abah aku dapat call yang bertalu-talu kat handset dia. Tapi sebab dia sembahyang kat tingkat atas, jadi mak aku suruh adik aku bagitahu dia tentang panggilan-panggilan tu. Hati mak aku masa tu dah tak sedap, rasa macam ada benda penting je..kalau tak takkan sampai macam tu sekali panggilan-panggilan tu singgah macam urgent sangat-sangat.

Then my father turun, terus reply call tu. Rupanya memang betul memang ada berita mengejutkan. Salah seorang kenalan abah aku masa dia berkhidmat sebagai Pengurus Felda dulu, rupa-rupanya dirompak dan dibunuh dengan kejam kira-kira jam 3.30 petang kelmarin. Terkejut jugak kita orang mendengar khabar berita ni, apatah lagi abah dan mak aku memang sangat-sangat rapat dan mengenali arwah makcik Simah dan suaminya Husin. Malah mereka sempat datang beraya ke rumah kami tahun lepas.

Kata mak aku, arwah Makcik Simah ni baik sangat orangnya dan peramah pada sesiapa yang dia baru kenal. Jadi tak mustahillah dia aktif dalam UMNO. Tak sangka ajalnya sampai dalam keadaan begini. Sedih mendengar bagaimana perompak itu menikam dia bertubi-tubi sehingga tali perut terburai keluar. Tak cukup dengan itu dikelarnya pula seorang wanita yang tak berdosa. Betul-betul perompak yang tak ada hati perut! Kejam dan tak berperikemanusiaan betul.

Menurut kata kawan abah aku yang menelefon semalam, si pelakunya adalah warga asing dan mungkin lebih dari seorang suspek. Tapi dalam berita dikatakan hanya seorang sahaja. Entahlah...apa yang pasti kami semua doakan agar pembunuh kejam ini mendapat balasan yang setimpal di atas apa yang dilakukannya dan semoga roh arwah Makcik Simah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...
Petikan Berita..(Harian Metro)

HULU TERENGGANU - Bekas Ketua UMNO cawangan Felda Mengkawang dekat sini ditemui mati dengan ususnya perutnya terburai setelah ditikam bertubi-tubi oleh seorang perompak yang memecah masuk rumahnya sebelum melarikan sejumlah barang kemas di Felda Mengkawang petang semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kurang setengah jam selepas mangsa bertandang ke rumah jirannya apabila dia didatangi perompak yang dengan kejam meragut barang kemas dan nyawanya. Dalam kejadian itu dia dipercayai cuba mempertahankan diri.Ketika kejadian, mangsa, Asimah Abd. Rahman, 51, yang merupakan Pengerusi Gabungan Pergerakan Wanita UMNO Felda Wilayah Terengganu tinggal bersendirian kerana suaminya keluar bekerja.Kejadian hanya disedari jirannya, Asmah Mat Adam, 45, yang datang ke rumahnya pada pukul 3 petang. Asmah hairan apabila salam yang diberi tidak bersambut.Menurut Asmah, dia terus masuk ke ruang tamu rumah itu apabila mendapati pintu depan rumah mangsa terbuka dan televisyen terpasang.

Sunday, September 6, 2009

Mencari Diri..

Pejam celik pejam celik dah dua minggu kita berpuasa, tinggal dua minggu lagi nak beraya. Proses mengkhatamkan quran aku macam biasa asyik tersekat-sekat je..kurang lancar. Rasanya aku kena sambung khatamkan quran tu sehingga habis raya baru habis kut.Hmm..biarlah lambat asalkan tamat. Asal aku mengaji dan khatam cukuplah, tak kisahlah bulan Ramadhan ke bulan Syawal ke...ye tak?

Di rumah, persiapan raya dah dibuat sikit-sikit. Konon-konon tahun ni tak nak tukar langsir, tapi tiba-tiba je dah tersangkut langsir baru kat ruang tamu. Konon-konon tak nak beli banyak kuih raya, tapi entah berapa ramai cikgu kat sekolah tu aku dok tempah kuih raya, sampai aku lupa kuih apa, berapa jenis dan dengan cikgu yang mana aku tempah. Hai masaklah aku bila time nak membayarnya nanti.Silap-silap haribulan, gaji aku habis time tu jugak.Inilah perempuan kan? Kalau namanya perempuan, semua benda terasa penting je pada hari raya..sedangkan ada banyak benda penting lagi yang nak kena fikir..contohnya ibadat kita sempurna ke tidak, atau dapatkah kita mencari Lailatul Qadar?

Tapi jika manusia..maka manusialah juga. Tidak dinamakan manusia jika kita sesempurna dan sebaik Rasulullah S.A.W.Mencari kesempurnaan diri itu memang sukar dalam beribadat.Tapi kita boleh belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik dari hari-hari semalam.

Beberapa hari yang lalu, aku mendengar cerita tentang salah seorang pelajar aku yang kurang sempurna hidupnya. Sudahlah yatim bapa, ibu pula jatuh sakit dan tidak bekerja. Bayangkan rumah yang diduduki hanyalah rumah kayu biasa yang tidak memiliki sebarang perabut asas. Jangan katakan kerusi rotan, katil dan meja makan pun tidak ada. Mungkin ada banyak benda lagi yang tidak lengkap dalam rumah itu. Dah lama aku mendengar cerita tentang pelajar ini yang kurang mampu, tapi selama ini aku tidak pernah menyangka keadaan sebenarnya seteruk ini. Malah dia pernah dituduh mencuri aiskrim di kedai runcit suatu ketika dahulu. Semua ini buat aku terfikir, mungkin ada sebabnya dia mencuri. Mungkin dia teringin nak menjamah aiskrim sepertimana kawan-kawan seusianya tapi tidak mempunyai wang untuk membeli. Mungkin perbuatannya itu walaupun salah tapi jika difikir dari sudut keluarga dan latar belakang,ia hanya kerana didasari oleh keinginan untuk memiliki apa yang tidak pernah dimiliki oleh seorang budak berusia 13 tahun.

Mendengar cerita dari mulut salah seorang guru, membuatkan aku menginsafi diri seketika. Sebak rasa hati ini sebenarnya. Mendengar perut orang lain kosong, bagaimana kita sebagai manusia boleh sanggup makan sehingga kenyang di rumah sendiri? Melihat dia tidur hanya beralaskan kain-kain, bagaimana kita sebagai manusia sanggup tidur di atas katil empuk ditemani dengan udara sejuk dari aircond yang terpasang? Mendengar dia datang ke sekolah tanpa duit belanja, bagaimana kita sebagai manusia sanggup berbelanja sehingga beratus ringgit setiap kali membeli belah?

Semua ini buat aku menilai diri sendiri. Betapa aku tidak bangga dengan diri aku yang sekarang ini. Betapa aku terasa malu kerana tak mampu menyelami kesengsaraan anak murid aku sendiri sehingga orang lain yang mengkhabarkannya di telinga aku. Tiba-tiba aku rasa diri ini tidak layak dipanggil seorang guru...
 

Template by Blogger Candy