Friday, August 7, 2009

Mini Novella Terbaru

AKAN DATANG
Terbitan : Fajar Pakeer (2009)
Harga : RM8.90


Berapa ramai lelaki dalam dunia ni yang begitu meminati bidang cosmetology? Dan berapa ramai antaranya yang sangat obses dengan kecantikan bibir seorang wanita? Kajian menunjukkan bilangan lelaki menyertai ahli-ahli beautician yang lain hanyalah 3 peratus sahaja. Bermakna bidang ini sebenarnya didominasikan oleh kaum wanita. Benarkah?

Sinopsis
Dua ahli cosmetologist saling bersaing dalam apa sahaja perkara. Perbezaan menjadikan mereka seperti api dan minyak. Tapi mereka tidak pernah menyangka perbezaan satu peratus inilah yang mendekatkan mereka tanpa mereka sedari.

Sejak awal lagi Kael tidak pernah menyukai Widuri. Baginya kehadiran gadis itu di makmalnya ada, tidak apa. Tidak ada juga dia tidak kisah. Gaya Widuri yang selekeh mencipta si Ugly Duckling yang tidak selera dipandangnya.Dan elergiknya dia pada Widuri sehingga menyebabkan dia sering mengabaikan apa-apa sahaja perkara berkaitan gadis itu. Sehinggalah suatu hari dia menemui seorang gadis seiras Widuri, memaksa dia menjadi penyiasat tak bergaji untuk membongkar misteri gadis itu. Siapa sebenarnya Widuri? Dan kenapa ada dua Widuri yang mempunyai personaliti berbeza?

9 comments:

UMAIRA DZUL WIDAD @ NAZ AREESYA AMEEN said...

Dah cikgu yang tulis, ceritanya pun memang versi ilmiah. Ilmiah dalam santai. Cover & sinopsis yang mantap... :) tahniah

Mazni Aznita said...

takdelah umaira,,

apa yg ilmiahnya..hehehe sekadar cerita yang simple untuk tatapan mereka-mereka yg suka membaca.

m.k.z.e said...

ewah-ewah

kene baca nie

nak tahu jgk betul x fakta 2

benarkah???

Cute_chucky said...

sALAM A.A...
bELUM BELI LAGI S.V TU...TGH HABISKAN THE HOST (S.M)...
WAH TAHNIAH DAH LAHIRKAN NOVEL BARU...UTK KAKI NOVEL TAK TULIS KER? APA LAK MAKSUD 'MINI NOVELA' NIE...? MCM CERPEN KER? MAAF YA SAYA NIE KURANG ARIF DGN BENDA MCM NIE.....

Mazni Aznita said...

mkze

betul ke tidak, kena fikir sendiri. hahaha..tp 3 peratus tu bukan dari seluruh penduduk dunia atau sesebuah negara tau. 3 peratus itu dr golongan ahli-ahli beautician dari pelbagai bidang kecantikan.

Mazni Aznita said...

salam cute chucky,

mini novella di sini bermakna novel pendek yang panjang sedikit dr cerpen...begitulah yang diberitahu oleh saya olh pihak FP..

untuk Kaki Novel saya memang ada sebuah lagi manuskrip dgn pihak KN yang masih belm diterbitkan. Insya allah, saya akan terus menulis dengan kaki novel selagi mereka masih sudi menerima manuskrip2 saya. hehehe...

yunixx77 said...

k.nita
invite la saya utk ke blog akak tu
pelisss

Anonymous said...

sinopsis dia menarik.

topik yang jarang dirungkaikan. nak kena cari buku ni. aja aja kak nita!

Mazni Aznita said...

salam yunix,
tak yah invite arr..tak lama lagi k nita buka la blog tu..ada problem je sikit kt blog tu..hehehe..

adra dear,
cerita yang biasa-biasa aje...

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com