Thursday, April 2, 2009

Rembulan Yang Menangis..

AKAN DATANG APRIL 2009
Tajuk : Rembulan Berdarah
Penulis : Anita Aruszi
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM24
m/s : 786


REMBULAN BERDARAH adalah buah tangan terbaharu daripada Anita Aruszi, yang pernah bekerjasama dengan KN dalam penerbitan BUNGA SYURGA tahun lepas. Kisah Rembulan Berdarah menceritakan komplot ahli keluarga sendiri untuk membolot harta kekayaan secara mutlak. Cerita yang penuh dengan suspen, 'thriller' dan cinta.

Dia..tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat seorang puteri dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.


Namun mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

Penganiayaan demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.

Apakah perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?

10 comments:

mamashilla said...

Tahniah...RB telah dibukukan. Nampaknya macam goreng pisang panas nita skarang ya...sampai 3 buku keluar serentak tu..

Hanya Aku Dihatimu.. said...

salam nita tak sabar2 nak baca buku tu..semoga ada hummnya mcam buku2 yg lain nita..bila2 agak2 dijual dikedai2 dibrunei..

Anonymous said...

tahniah kak nita..td br bukak KN punya web..terkejut tgk RB akan berada di pasaran dlm ms terdekat..tahniah..

Cute_chucky said...

Salam Anita...Tahniah...tahniah...tahniah ya dengan kelahiran novel RB nie...tak sabar nak beli...mesti best kan...pst pst...rugilah saya cetak e-novel nie...

Mazni Aznita said...

Terima kasih dan terima kasih atas sokongan semua....

Insya Allah buku ini akan mula terjual di Pesta Buku Antarabangsa KL mulai 17 april-26 April ni..

Jue said...

K.nita!!

Wahhh...aktif betul lahh...tak terkejar nk baca buku k.nita...pastu..satu...hehe..

Apa pun tahniah!!!!

Jue said...

K.nita!!

Wahhh...aktif betul lahh...tak terkejar nk baca buku k.nita...pastu..satu...hehe..

Apa pun tahniah!!!!

Mazni Aznita said...

jue,
buku keluar serentak ni sebenrnya pantang bagi penulis..hehehe..tapi nak bukan macamana..bukan k nita tahu pun bila sesuatu buku tu nak keluar.

lepas ni bolehlah menyepikan diri buat seketika sementara tunggu tahun depan pula. Hehehe...

zara said...

Assalamualaikum Anita,

25 April, akak ada bi booth NB Kara. Nanti nak ajak Jue kenalkan Anita sebab akan nak beli buku RB tu dan nak Anita tandatangan depan akak ha3x Seronok ghitewww...

Mazni Aznita said...

ala kak zara ni siap nak t/tgn lagi..malulah kiter...

apakata kita tukar buku je kak zara? hr tu sy pun ada janji nak tukar buku dgn Jue...n sy pun nak t/tgn kak zara gak..if sudi...boleh yek!!

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com