Monday, February 9, 2009

Tuah Versus Jebat

Waktu kecil-kecil dulu, aku selalu tengok cerita Hang Tuah lakonan Allayarham P.Ramlee. Kisah pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat, dua tokoh dalam sejarah Tanah Melayu pada awal kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Beza antara keduanya hanyalah satu. Iaitu seorang dianggap pahlawan dan hero melayu. Manakala seorang lagi dianggap pengkhianat dan penderhaka bangsa. Waktu itu aku selalu bertanya pada diri sendiri. Kenapa Hang Jebat yang hanya mahu mempertahankan orang yang tidak bersalah dianggap penderhaka? Sedangkan Hang Tuah yang sanggup membunuh saudaranya sendiri yang mahu mempertahankannya hanya kerana Sultan Melaka yang membuat keputusan tanpa usul periksa dianggap pula pahlawan dan satria. Di mana keadilan untuk Hang Jebat ketika itu? Nonsense!

Ini mengingatkan aku pada salah seorang teman chatting aku berbangsa Holand, Bert yang pernah mempelajari tentang Kesultanan Melayu Melaka di universitinya. Salah satu topik yang kami bincangkan ketika itu adalah tentang sejauh mana kesetiaan Hang Tuah yang mengatasi apa yang aku istilahkan ketika itu sebagai satu tindakan yang ‘kurang berakal’ bagi seorang pahlawan melayu yang dikagumi dan terbilang di mata rakyat melayu dan orang luar sekalipun. Even Bert sendiri mempersoalkan perkara tersebut dan mengatakan Hang Jebat dikenali di tempatnya sebagai seorang wira. Rasionalnya kerana Hang Jebat mempertahankan apa yang benar dan menentang apa yang batil, di saat-saat semua orang melayu ketika itu yang pengecut dan hanya menjadi Yes Man sahaja. Malunya! Kita memandang Hang Jebat sebagai pengkhianat bangsa sedangkan Hang Jebat adalah wira bangsa bagi orang yang bukan melayu. Bagi aku sendiri Hang Jebat adalah lambang manusia yang dicatatkan sejarah sebagai orang pertama yang berani mempertahakan pendapatnya. Malangnya Melaka ketika itu bukannya sebuah tanahair yang demokrasi serta bebas menyuarakan apa sahaja. Dan apakah negara kita sekarang ini demokrasi? Jawab aku TIDAK! We are not democracy.

Tapi lupakan soal Hang Tuah dan Hang Jebat seketika. Kerana apa yang berlaku pada zaman itu telah pun berlalu. Tetapi anehnya kita mengulang kembali kesilapan lama pada alaf ini. Perkataan derhaka kini menjadi satu perkataan yang popular dalam internet, di dalam media masa, di media cetak, di sekolah-sekolah, di universiti, di kedai kopi dan di mana-mana sahaja ianya diperkatakan. Semua orang berminat memberi komen di suratkhabar dan di televisyen. Hari-hari benda yang sama dikeluarkan sehinggakan aku sendiri naik muak. Damn! They’ve talked about it very much. Derhaka sana derhaka sini. Tapi tak ada yang nak bercakap soal penderhakaan terhadap perlembagaan negara yang jelas-jelas telah diperkotak-katikkan sesuka hati. Since when kita boleh sesuka hati merampas apa yang telah dipilih oleh rakyat? Is it a democracy? To me..it is hell not a democracy. Jika kalah, kalahlah secara bermaruah. Jika menang, menanglah secara berhemah. And once again…there were Hang Tuah and Hang Jebat in this issue. Bezanya Hang Tuah tidak lagi boleh membunuh Hang Jebatnya hanya kerana permintaan Sultan. Dan aku...malas nak cakap banyak lagi!

3 comments:

Farahusain said...

amboi..marah nampak? hehehe...
isu tuah dan jebat memang kita tak boleh nak ubah lagi sebab memang dah tertulis begitu. pendapat peribadi saya, Jebat memang hebat kerana sanggup mempertahankan saudara dia. Tuah juga tak boleh disalahkan kerana dia 'terikat' dengan janjinya akan sentiasa setia pada sultan. Dan kita kena ingat, Tuah ada meminta Jebat supaya menyerah diri tapi Jebat tetap berdegil. Bukan kehendak Tuah membunuh Jebat tetapi kedegilan Jebat yang mengakibatkan dirinya di bunuh. Dalam hal ni saya tak sebelahkan Jebat atau Tuah sebab masing-masing ada sebab tersendiri kenapa mereka bertindak sedemikian. Masing-masing bertindak atas kepercayaan dan prinsip masing-masing. Bagi saya, kedua-duanya sama betul dan sama salah. Dan macam Nita cakap, hari ni kita lihat lagi episode Tuah dan Jebat. Jebat menderhaka terhadap Sultan. Tapi kali ni kita boleh mempersoalkan tindakan Jebat sebab yang bertitah bukan lagi Sultan Melaka yang bodoh dan angkuh. Yang bertitah kini seorang yang berpendidikan dan tahu selok belok hal yang dititah. Jadi wajarkah tindakan Jebat? Secara jujurnya, saya dah bosan dan muak dengan apa yang jadi sekarang. Suratkhabar, berita perdana bukan lagi agenda harian saya. Dah naik menyampah baca apa yang tertulis, menonton apa yang tersiar. Masing-masing sibuk mepertahankan tindakan masing-masing, Yang ini kata tindakan dia betul, yang itu pun kata apa yang dia buat betul. Yang ini dikatakan menderhaka, yang itu pula setia. Macam kes Tuah dan Jebat, saya tak sokong mana-mana pihak. Tapi yang paling saya geram tindakan yang dibuat dua golongan manusia ni sebenarnya banyak menyusahkan rakyat. Hidup jadi kucar-kacir. Kita sebagai rakyat yang menjadi mangsa keangkuhan Tuah dan Jebat ni. Dan yang paling memalukan, kita sesama bangsa pun turut berbalah dek kerana keangkuhan Tuah dan Jebat alaf ini. Negara ini hanya akan jadi sebuah Negara Demokrasi jika keangkuhan dan kesombongan Tuah dan Jebat ini diketepikan. Kita akan jadi demokrasi jika Tuah dan Jebat tidak mengulangi sejarah. Malaysia akan demokrasi bila Tuah dan Jebat, sekali lagi dapat bersaudara dan sepakat. But that is only a wishful thinking and a dream which will never come true….

Mazni Aznita said...

Bukan marah Farah…boring je ngan berita kat suratkhabar dan tv. Sebetulnya sy tak berminat dengan politik just tapi tak boleh lari sebab sy duduk dalam lingkungan keluarga yang sering bercakap tentang politik dalam dua versi berbeza. Dan saya tak rujuk pada tuah dan jebat versi moden ni sebab kedua-duanya orang yang berpendidikan. Tapi saya maksudkan pd orang-orang di sekeliling mereka yang memprovok isu ini hingga jadi isu besar. Yang kecil sengaja dibesar-besarkan, memanipulasikan apa yang diucap.

Sejujurnya saya melihat media sebagai medium yang menakutkan. Yang double standard pd golongan tertentu. Saya pernah melihat sendiri satu video seorang pemimpin yang berucap satu benda yang simple dan mudah tetapi keesokkannya diprovok oleh satu media hingga jadi isu besar. Tapi of course bagi rakyat yg hanya bergantung pd media dan suratkhabar untuk menjadi telinga dan mata mereka, akan percaya bulat-bulat. Dan saya sebenarnya masih menginginkan pentadbiran yang ada sekarang agar dapat mengetuai rakyat dan negara ini. Tetapi biarlah dengan calon yang sesuai dan memikirkan kebajikan rakyat melebihi kebajikan sendiri.

P/S : Bagi Hang Tuah, ketaatan pada Sultan melebihi segala-galanya hatta harta atau nyawa jadi taruhan. Tapi ketaatan yang tidak ada hala tujuan bagi saya adalah ketaatan yang tidak wajar dipertaruhkan. Masih ingat ungkapan ini, ‘Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah’. Tapi statement saya ni tak dimaksudkan pada raja sekarang lah. Ia just opinion pada zaman dahulu aje. Hahahah….sorrylah kalau isu ni dianggap sensistif bagi sesetengah orang.

Farahusain said...

hehehe...sebab tu saya tak gunakan diploma mass comm saya di bidang yg betul. dulu saya pernah dpt peluang kerja jadi reporter kat sebuah sykt akhbar arus perdana tapi saya takut nak accept. takut tak terpikul tanggungjawab kalau ade ape2 yg jadi jika laporan saya tu 'tersasar' dari cerita yg sebenarnya. byk contoh dah saya tengok. media skg pentingkan keuntungan sebab tu byk laporan 'menakutkan' yg kita tgk. sorrylah kalau ada wartawan yg terbaca cerita ni tapi ini pandangan peribadi saya je..hehehe..
kat rumah saya pun cam tu gak Nita. Dari ayah sampai le adik saya semua org politik. hehehe...selalu sangat buat perbahasan sampai kite naik letih di buatnye...

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com