Thursday, January 29, 2009

Casanova : Oh My Olan…Softlan??

Dia ada kawan baik dulu yang tentunya sekarang dah tak berapa nak baik lagi. Sebabnya? Hai…susah…susah…Banyak benda nak kena explain. Dari mana nak start? Okeylah kita start aje dari namanya. So si kawan baiknya yang dah tak berapa nak baik ni namanya Olan. Panggilan manja-manja kucing dari nama Sofian bin Endut. Orangnya nak kata hensem, bolehlah bagi 3 bintang suku. Lepas sekolah, masing-masing bertebar di seluruh planet ni kecuali si Olan yang dengar-dengar cerita sudah malas nak menyambung study. Katanya ada tiga reason kenapa dia malas nak sambung belajar. Pertama; katanya otaknya tak berapa nak geliga sangat. Markah masa SPM dulu pun ciput-ciput aje, cukup makan. Tak boleh nak salahkan dia juga..masa mak dia mengandungkan dia…mak dia diberitakan tertelan kapur putih (makluman : ayah dia cikgu sekolah rendah). Ni kira si Olan tu dapat efek gak la dari kejadian mengerikan tu. Just satu saje kelebihan dia, wajah dia putih pucat..smooth aje macam baru lepas letak krim malam. Farah, kita letak ajer cun kurang sikit dari si Edward. Hahahaha..okey sambung. Sebab tak mahu membazirkan duit mak bapak dia, maka dia lebih rela berhenti belajar dan kerja kat kedai dobi 24 jam kepunyaan Yap Ah Seng, the most incredible taiko dalam industri dobi mendobi. Pendek kata separuh kain di Kuala Lumpur ni didobi oleh kroni-kroni Yap Ah Seng ni.
Kedua, dia kata sejak ayahnya berkahwin lain dengan Janda Berhias kampung sebelah, mak dia asyik makan hati. Dek sebab dia anak yang baik, yang solehah..maka dia decide nak jaga mak dia. Sebab tu dia kerja kedai dobi siang malam sebab nak kumpul duit, beli ayam, udang, sotong kat mak dia. Jadi tak payahlah lagi mak dia makan hati hari-hari kan!
Sebab ketiga, Olan kata dia frust ngan Cikgu Sazwan. Hah yang ni dia dah start confuse. Apa kenanya Cikgu Syazwan si ‘macho man’ tu ngan Olan lak? Quote again : pembetulan! panggilan ‘macho man’ tu bukan datang dari mulutnya ya. Pandai-pandai aje nak tuduh dia mat dua alam! Hehehe..Tapi dia malas nak bertanya banyak. So dia biarkan sahaja Olan buat keputusan sendiri sambil dia pula terbang ke universiti antah berantahnya di Skudai, menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan sambil membuat second degree dalam bidang yang paling dia minat iaitu ‘Hati Dan Perasaan.” Hehehehe…
Tapi itu cerita 10 tahun lalu. Selepas sepuluh tahun ini, bersamaan dengan Hari Khamis, 12 Februari (lagi dua hari Valentine’s Day).. kira-kira jam 3.3o petang after lunch hour, dia terima pesanan dalam petak YMnya. Mulanya dia tidak perasan siapa pula la yang buzz dia sampai 28 kali tanpa henti. Setelah dia melihat wajah yang tertera di situ, baru dia perasan wajah itu milik Sofian bin Endut ni. Ntah bila pulak agaknya dia approve si Olan ni. Ada tapi kau lupa! Jawab hati kecilnya yang sememangnya tak kuasa nak fikir benda yang remeh temah.
Dia sempat berchatting dua tiga line dengan Olan, apabila bosnya muncul mendadak sambil membuat muka muncung Hitler. Dia terus potong line Olan..tetiba juga Olan ajak mereka jumpa kat restoran mamak depan Bangunan TNB kat PJ. Dan tanpa berfikir panjang, dia just sebut YES! (dengan menaip daa dalam YM Chatroom).
Sebenarnya bukan dia tidak tertanya-tanya apasal Olan yang menghilangkan diri selama 10 tahun akhirnya muncul diri? Buang tebiat ke apa? Selama ni bila dia contact Olan, mamat tu asyik buat derkkkk je kat dia. Ni yang dia malas nak sambung cerita! Last-last dia juga buat derrkkkk juga pada Olan. Now dua-dua sama-sama pakar dalam ilmu buat derrkkkk aje.
Tepat yang dijanjikan. Hari Sabtu, dia sudah terpacak kat kedai mamak di tempat yang dijanjikan. Dia sempat juga mengebas paper ayahnya sebelum keluar dari rumah tadi. Manalah tahukan, kalau-kalau si Olan tidak datang lagi..dia tidaklah membuang masa dengan menunggu bagai pak pacak.
Sepuluh minit dari masa yang dijanjikan…dia merenung teh tarik yang dipesannya yang sudah tinggal separuh. “Mamak, bagi teh tarik segelas lagi!” Dia menjerit. Nyaring dari biasa.
Dua puluh minit dari masa yang dijanjikan….dia menjeling kain batik makcik meja sebelah yang terselak menampakkan betis. Fuh gebunya! Makcik pun makciklah asal perempuan. Heheheh..
Tiga puluh minit dari masa yang dijanjikan….Dia mengira pencungkil gigi yang berada di atas meja di hadapannya.
Empat puluh minit dari masa yang dijanjikan….matanya mula kuyu. Kira pencungkil gigi ni tak habis-habis. Bosannya! Huwarggg…
Lima puluh minit dari masa yang dijanjikan…matanya mula segar bugar. Seorang gadis cantik baru sahaja melangkah masuk dari suatu arah. Dai memakai baju kebaya merah menyala yang dipadankan dengan kain batik jawa. Sekali pandang macam gadis zaman Azizah dengan P. Ramlee dulu aje. Dia menegakkan tubuhnya. Matanya terkelip-kelip memandang tubuh montok gadis itu sambil menelan air liur.Fuh seksinya….gulpp! Sekali lagi telan liur bila gadis itu melangkah ke arahnya.
Otaknya mula berfungsi. Segala ilmu yang dipelajarinya harus dipraktikkan. Kali ini si cantik manis ini takkan dilepaskan. Dia tersenyum-senyum bagaikan orang mabuk yang baru keluar dari hospital sakit jiwa.
Tak disangka-sangka gadis itu berhenti di tepi mejanya. Senyuman manis seindah senyuman Siti Nurhaliza dilemparkan dari bibir mungil yang merah dengan lipstick.
“Hai, cik adik nak pergi mana? Nak cari siapa? Kalau tak keberatan, duduklah sini..kita berborak-borak cari fasal.” Dia mula masuk jarum.
Si gadis tersenyum lagi. Mulus! Namun hatinya melonjak-lonjak gembira bila gadis itu seperti sudi memenuhi pelawaannya.
“Kenapa malu-malu ni? Abang bukannya nak makan cik adik.” Ayat basinya datang lagi. Ah lantaklah, asalkan bunga idaman jatuh jua ke pangkuan. Basi atau tidak, bukan halangan lagi untuknya memikat bunga merah menyala ni. Nak tunggu Olan datang buat mengabih boreh aje. Kurang-kurang ada juga benda di kedai mamak ni yang boleh dipandangnya selain dari makcik XXL yang sedang makan tiga keping tosei di meja sebelah.
Tiba-tiba gadis di hadapannya ketawa besar. Dia tergaman. Bukan kerana dia tidak pernah mendengar orang perempuan ketawa. Hanya kali ini nafasnya terasa pasang surut. Await dalam benar suara gelak pompuan ni? Begitulah ritma hatinya yang mula duk dak duk dak.
“Woi Zack, ini akulah…akulah ni Olan.” Suara itu keluar bagaikan sebiji bom yang baru sahaja dilancarkan ke negara-negara Haru Biru. Now dialah si haru biru itu. Dengan wajah merah padam hampir menjadi ungu kebiru-biruannya, color wajahnya bertukar lebih kerap dalam masa 30 saat sahaja. Olan? But….but..macamana Olan boleh jadi macam ni lak? Dahlah cantik, bergetah pulak tu.
“Kau mesti terkejut kan tengok aku cantik macam ni. Thanks to Uncle Yap, dia yang sponsor aku tukar jantina. Dah lama dah aku nak jadi cantik macam awek-awek kat sekolah kita dulu. Kalau aku cantik, baru Cikgu Syazwan tu tergila-gila kat aku.” Suara Olan ceria macam Tweety baru lepas lari dari Tom Cat.
Astaghfirullah azim…dia mengucap panjang. Buat pembedahan tukar jantina ropanya si Olan ni. Padanlah cun semacam. Tang suara je yang tak leh tukar. Garau macam dulu jugak! Yang paling memalukan dia hampir mengorat kawannya sendiri, his bestfriend masa sekolah dulu.
Sekarang semuanya dah clear dalam kepalanya. Kenapa bila dia sibuk menonton ragbi, si Olan sibuk mengendeng kat awek-awek cheerleader. Dulu dia ingatkan Olan sibuk mengorat, rupanya dia silap besar. Bila dia ajak Olan pergi jogging, si Olan cepat-cepat menolak sebab takut berpeluh. Dia juga pernah suspek Olan hisap dadah semata-mata dia jumpa serbuk putih dalam beg Olan. Padahal itu cuma bedak yang berjasa memutihkan lagi muka Olan yang sedia putih itu. Dia juga mula faham kenapa Olan menghentak-hentak kaki bila nampak Cikgu Syazwan dikelilingi oleh teman-teman sekelasnya especially girls. Ingatkan Olan marah cikgu tu potong line dia, padahal yang dia marah ialah mereka-mereka yang mengelilingi cikgu idolanya. Iskkk…kawan aku! Si Olan sudah jadi Softlan…sesuailah dengan nama dia Sofian bin Endut. My best friend sudah menjadi brand image produk detergent tu! Sofian sudah jadi Softlan..lembut..lembut dan melembutkan. Huhuhuhu...
Promo : Gunalah produk Softlan untuk kesejahteraan keluarga anda!

1 comment:

kak tyea said...

cikgu...best siot cite cikgu...saya sukalah...

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com