UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Thursday, September 25, 2008

Menjelang Raya

Kemungkinan besar pada 1 oktober ini kita semua akan menyambut hari lebaran Aidill Fitri. Rumah aku dah macam tongkang pecah dengan sesi mengemas yang dijalankan secara sekerat-sekerat. Tapi rutinnya dua tiga hari nak raya barulah adegan kemas mengemas ni jadi serius. Tengah menanti kepulangan adik aku zura yang akan drive sendiri dari kampusnya bertemankan kawan-kawanya.
Tadi lepas habis sekolah, kak Paridah ajak shopping kuih raya. Tapi aku memang pantang pergi shopping kuih raya ni. Mana taknya, semuanya nak dibedal tak muat mulut. Tapi dah janji dengan diri sendiri dah, tak nak beli banyak sgt biskut raya. Last-last dia beli empat lima balang, aku terikut sekali beli dua balang. Yang kelakarnya tadi beli rempeyek dua bungkus dengan Kak Mahani. Kebetulan pulak aku dengan kak Paridah, dua-dua uzur...tiba-tiba borak fasal rempeyek, teringin lak nak rasa rempeyek kak Mahni tu best ke tak? Kitaorang berdua pun apa lagi, buat projek merasa rempeyek dalam bilik akses. Itupun setelah memastikan line kiri kanan clear. Haahaaha nakal betul. Konon nak merasa, tapi dah setengah bungkus rempeyek tu kitaorang habiskan. Mujur student-student semua ada aktiviti kat surau sekolah sempena raya ni.
Lagi best, bila sekolah announce boleh balik awal. Semuanya ribut berkemas sebab excited sgt nak cuti raya. Tapi dekat tengah jalan nak balik, aku mengucap banyak. Woitt kuih rempeyek aku tertinggal kat sekolah lorrr...hihihik, kak Paridah gelak guling dengar aku cerita fsl rempeyek aku ada lagi kat sekolah. Itulah siapa suruh kau tibai rempeyek tu sebelum masanya tiba? padan muka aku!! Entah bila la aku nak patah balik ke sekolah ambil kuih tu?? Hmmm..nasib-nasib.
Buat teman-teman blog serta teman-teman forum, aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga atas sokongan kalian. Maaf nama tak disebut kerana kalau nak sebut satu persatu sangatlah ramainya. Minta maaf naa kalau ada salah dan silap atau terkasar gurau. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf, Zahir dan Batin. Semoga ukhwah antara kita akan terus terjalin dari masa ke semasa.
Salam sayang..
Anita Aruszi
4.44 petang
25hb September 2008

Tuesday, September 9, 2008

Penantian Yang Kini Berakhir


BUNGA SYURGA

Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Price : RM23
(keluaran Oktober 2008)


At last...keluar jugak Bunga Syurga aku ni setelah hampir setahun menanti. Thanks to Kaki Novel Enterprise yang sudi terbitkan novel ini untuk keluaran Bulan Oktober. Sejak seminggu yang lalu, aku dah menatap cover BS ni, tapi tak boleh dipublishkan lagi selagi belum dirasmikan oleh Kaki Novel di laman web mereka. Syukur alhamdullilah, tercapai juga hasrat untuk melihat Bunga Syurga dalam versi cetak. Tapi lucunya cover kali ini juga berwarna biru sama seperti yang asal. Mungkin sememangnya warna biru sudah menjadi satu kemestian untuk novel aku kali ini.

Sunday, September 7, 2008

Memori Negara Serumpun

Hmm entah apa yang nak dicatatkan ya...lagipun dah tiga minggu aku balik dari sana...fikiran pun dah jadi suam-suam kuku. Tapi tadi sempat belek-belek friendster budak bertiga ni.

Antara ketiganya..hanya Ben yang tidak mengupload gambar. Aiza ngan baya rupa-rupanya dah buat album perjalanan kami dalam friendster masing-masing. Bila ditanya aku bila lagi, ntahlah.. (jawab ngan muka toya. hehehehe). Tapi hari ni tergerak hati pula nak merakamkan kenangan kami semua semasa di sana.

Day 1, kami bertolak ke LCCT tepat pukul 4.00 pagi. Ben drive ke Seremban, sbb kat sana dia minta temannya hantarkan kami ke LCCT untuk flight pukul 7.05. Dalam perjalanan, kami sempat singgah gerai mamak pukul 5.00 pagi makan nasi lemak ngan kopi o. Mana taknya...sebab semuanya excited nak pergi...boleh kata semua orang tak leh tidur malam sebelum tu. Yang lelap hanyalah adik aku yang tepi longkang pun dia boleh tidur. Hehehe..Pukul 7.05, memasing dah masuk dalam flight. Tapi await pulak tayar kapal terbang bocor ka? Pukul 8.30 baru flight jalan. Sampai kat sana Pak Basuki, the handsome one dah menanti. Kami dibawa melawat Taman Fantasi Anchol. Tiket dia RM35 kita. Walaupun mahal tapi berbaloi. Bestnya kat sana sebab dapat tengok pertunjukan Singa Laut, Ikan Paus dan macam-macam lagi. Bermulalah sesi gambar-bergambar yang paling hebat di abad nih. Yang paling suka bergambar dah tentulah Ben. Hampir semua muka dia terselit dalam gambar-gambar kami.

Lepas tu kami singgah di Cempaka Emas, sebuah pusat beli belah.Kata Pak Basuki, ramai orang suka ke Mangga Dua di Jakarta, padahal barang-barang yang murah ada di Cempaka Emas. Lepas shopping buku di Gramedia, kami jalan-jalan di sekitar Cempaka Emas. Memang murah barang-barang di situ, tapi mungkin mood shopping kami belum muncul. Kat sini pun ada Giant, tapi anehnya kosong je. Rasanya mungkin sebab kebanyakan mereka kat sini tak mampu membeli belah di Giant agaknya. Aku dan Aiza sempat tibai perkakas-perkakas Maybelline kami yang hanya RM28 kat sini, berbanding kat Malaysia dah sah-sah harganya RM46 ke atas. Kemudian, kami pergi soru tengahari. Masa nak pesan makanan, semua confuse sebab semua tak tahu apa ke benda yang kami boleh makan kat situ. Last-last Pak Basuki juga yang tolong order. Tapi bila sampai lauk, kami terkejut beruk tengok ayam goreng bersama kepalanya sekali dalam pinggan. Hahaha.. Malamnya selepas makan Seafood, kami check in di Batavia Hotel. Hehehe cantik hotel ni, besar pulak tu. Acara bebas.
Day 2, lepas sarapan kat Batavia...Pak Basuki jemput di mana lepas ni kami nak ke Puncak. Tapi dalam perjalanan kami sempat singgah ke Monas, tugu kebanggaan rakyat Indonesia. Di sepanjang perjalanan kami bertemu dengan perarakan di mana menurut Pak Basuki, Indonesia akan menyambut hari kemerdekaan pada 18 Ogos, iaitu hanya beberapa hari saja. Then, kami bergerak ke destinasi kedua iaitu Taman Budaya Indonesia, di mana ditempatkan banyak model rumah-rumah Indonesia mengikut region. Tapi tak larat nak pergi semua. Kami hanya sempat melawat Rumah Bali, Minang dan Yogja. Kat sana aku dah mula beli cenderamata-cenderamata untuk di bawa pulang. Kami makan hidangan Nasi Padang kat sebuah restoran. Sedap sangat! Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Taman Safari. Best taman ni tau sebab boleh bagi makan binatang melalui tingkap kereta sahaja. Patutlah Pak Basuki suruh kami beli lobak kecil yang dijual di sepanjang perjalanan. Kebanyakan binatang kat sini bebas bergerak kat mana saja mereka suka. Even harimau pun mereka tak kurung, cuma kita tak dibenarkan buka tingkap kereta..then lepas tu kami pergi ke Gunung Berapi Tangkuban Perahu di mana sepanjang perjalanan, Pak Basuki tak habis-habis cerita fasal lagenda Sankuriang yang jatuh cinta pada ibunya sendiri. Kiranya gunung Tangkuban Perahu tu ada lagendanya sendiri la. Singgah kat masjid atas bukit (aku dah lupa nama daa) untuk tunaikan solat. Then kami balik ke Hotel Surya Indah. Lepas makan malam, kami keluar pergi makan jagung bakar ngan air kopi kat warung-warung kecil di Puncak. Malamnya kami berkaraoke di Surya Indah sampai pukul 12 malam. Heheh yang paling kuat melalak, aku ler...semua lagu indon aku tibai nyanyi. Reti tak reti tolak tepi.

Day 3, kami bertolak ke Bandung. Jumpa beberapa rombongan malaysia dalam perjalanan. Kami singgah beli makan segera di Cianjur. Banyaknya biskut cam nak beli semua. Hahaha. Perjalanan kami lancar je tapi semakin bertambah sejuk. Rupa-rupanya baru aku tahu Bandung tu sejuk tempatnya, mungkin sebab terletak di tanah tinggi. Kami di bawa Pak Basuki untuk shopping-shopping di Factory Outlet yang memang banyak sekali. Aku sempat beli beg tangan di Elizabeth House dan beli baju serta dompet untuk saudara mara. Sebelum tu kami juga singgah ke Rumah Batik yang khabarnya tempat ekslusif untuk pelancong-pelancong. Tapi tak banyak yang menarik kat Rumah Batik. Then lepas tu kami pergi makan tengahari yang cukup enak sebelum sambung shopping. Lepas tu makan lagi. pendek kata kat Bandung tu tak ada istilah hayati suasana, kepala asyik ingat nak shopping aje. Check in di Hotel Ahadiat yang berupa cottage yang mengadap ke arah sebuah tasik. Pemandangannya boleh tahan menarik juga.
Day 4, lepas sarapan di hotel Ahadiat, kami sempat bershopping sekali lagi sementara menanti waktu pulang ke Kuala Lumpur lebih kurang pukul 12 tengahari. Sempat bertukar-tukar hadiah dengan Pak Basuki yang sabar melayan kerenah kebudak-budakan kami ni. Sampai di KL pukul 3.30 petang. Kawan Ben jemput kami tapi lepas tu kami tak terus pulang ke rumah, sebaiknya ambil keputusan ke Kajang kerana tiba-tiba saja aku nak makan sate kajang. Hehehe..itu jerlah report yang sempat. Kalau tulis panjang-panjang kan...blog ni kena kuarantin plak...bagaimana pun memang best sesekali berjalan kat sana. Percutian seterusnya insya allah akan dirancang dalam masa terdekat. Salam sayang Anita Aruszi

Wednesday, September 3, 2008

Bingkisan dari Jakarta

Beberapa hari ni aku gian sikit menunggu bungkusan dari Jakarta sampai. Tak sangka hari ni penantian aku berakhir apabila aku dapat panggilan dari rumah. Rupa-rupanya kiriman novel-novel Agnes Jessica sudah sampai. Percaya atau tidak semua novel-novel ini dikirim sendiri oleh Agnes Jessica si penulisnya.
Minggu sudah kami sempat ngobrol-ngobrol guna sms dan email tentang novel-novelnya. Secara bercanda aku katakan aku sudah gila angau dengan novel-novel beliau. Sebenarnya bukan bercanda tapi memang ya aku dah jadi kemaruk dengan kisah-kisah cinta Agnes. Tak sangka beliau telah menghasilkan berpuluh buah novel cinta yang aku kira sangat menarik untuk dibaca. Sayangnya novel-novel beliau tidak dipasarkan di sini. Bila ditanya berapa yang aku ingin baca, jadi aku namakan sepuluh buah novel-novel beliau yang aku gagal mendapatkannya di Gramedia ketika berkunjung ke Jakarta beberapa minggu sudah.
Tapi hari ni excited dan kemaruk aku dah jadi terharu pulak. Bungkusan yang dihantar oleh Agnes mengandungi sembilan buah novel-novel beliau yang membuatkan aku sangat-sangat gembira. Thanks Agnes for your kindness. I really appreciate it...

Monday, September 1, 2008

And I Hate You So

Boring punya fasal, aku sempat menonton sebuah movie Hong Kong bertajuk 'And i Hate You So'. Mula-mulanya tengok sekadar mahu hilangkan mengantuk, tapi awalan cerita yang agak menarik membuatkan aku terus menonton. Kisahnya simple sahaja berkaitan pertemuan antara dua insan bertelagah hanya kerana sebuah rekod lagu lama.

Kisah Lulu Ng dengan Cheung Yung yang menghiburkan dan agak kelakar sebenarnya. Lulu Ng seorang columnis sebuah akhbar yang hidupnya menulis..menulis dan menulis. Dia yang baru ditinggalkan kekasih menjalani hidup seharian di sebuah apartment bersepah yang menjadi sarang tikus dan lipas. Tapi kunjungan Lulu Ng ke sebuah kedai menjual barang-barang terpakai menemukan dia dengan sebuah rekod lama yang pernah dihadiahkannya pada bekas teman lelakinya CH. Sememangnya dia marah kerana CH dengan mudah membuang rekod lagu yang menjadi lambang percintaan mereka. Dia akhirnya cuba membeli rekod tersebut, malangnya rekod itu telah dibeli seorang DJ bernama Cheung Yung yang handsome, lebih bersih dari Lulu tetapi angkuh dan punya keyakinan diri yang tinggi.

Kerana marah Cheung Yung tidak mahu menjualkan rekod itu kepadanya, membuatkan Lulu sakit hati dan menghentam kredibiliti Cheung Yung sebagai Dj di ruangan kolum yang ditulisnya. Apabila Cheung Yung terbaca, dia pula naik marah dan seterusnya menjadikan radio sebagai alat untuk menghina Lulu. Dan sejak itu bermulalah perang kolum dan radio sehingga menarik perhatian audiens. Masalahnya hanya satu sahaja...kedua-duanya tidak mahu mengalah sedangkan yang direbutkan hanyalah rekod lama yang murah sahaja.

Moral story ni kat sini ialah supaya kita lebih menghargai orang yang berada di hadapan kita, lebih dari orang yang telah pergi. The past is past, tetapi dalam movie ini Luna tidak mahu melepaskan kenangan cinta pertamanya terhadap CH meskipun masih ada Cheung Yung. Apa yang menarik hati aku ialah satu dialog antara Luna dan CH di dalam teksi dalam perjalanan ke airport.
Luna : Kau masih ingat kenapa kita berpisah dulu?
CH : Entahlah, sudah lama. Aku sudah tidak ingat. Apakah kerana kita bergaduh?
(Luna menggelengkan kepala)
Luna : Bukan, sebabnya ialah kerana kita sudah berhenti bergaduh seperti di awal pertemuan. Kita tidak pernah lagi bergaduh sewaktu menonton wayang bersama. Kita juga tidak bergaduh semasa makan bersama. Sehingga akhirnya kita lupa kewujudan antara kita berdua.

p/s : mungkin benar kata orang, pergaduhan bukan bermakna membenci tetapi sebenarnya menyayangi. Kerana itu ada kata-kata yang menyebut, "perasaan benci adalah perkataan yang paling dekat dengan cinta."Renung-renunglah...

Puasa Yang Membawa Berkat

Salam Muslimin dan Muslimat
Seterusnya Mukminin dan Mukminat
Ramadan penuh dengan berkat
Bagi meningkatkan amal ibadat
Bertaraweh menambah fadhilat
Ttilawah alQuran mesti ditingkat
Qiyamulail di malam yang pekat
Lupa jangan membayar zakat
Puasa membuatkan badan sihat
Fikiran lebih cerdas dan hebat
Tetapi ada beberapa syarat
Kurangkan makanan tak berkhasiat
Nasi, kueh, pulut tinggi karbohidrat
Jangan bedal banyak sangat
Nanti taraweh badan jadi berat
Nak rukuk pun agak lambat
Nak bertahajud pun tak larat
Sahur pun terlepas dah lewat
Buka dengan kurma dan salawat
Dan buah yang banyak serat
Kemudian tunaikanlah dahulu solat
Jamahlah sedikit kalau lapar sangat
Ikutlah amalan Rasul dan para sahabat
Semoga sihat akal, ruh dan jasad
Baharulah puasa yang membawa berkat
Penuh dengan hidayah dan nikmat
Jauhilah terus dari amalan maksiat
Terutama sekali mengata dan mengumpat
Di pasar, di ofis, atau ditengah masyarakat
Makan rashwah pun tak akan selamat
Tak berkat rezeki dunia wal akhirat
Pakailah pakaian sopan menutup aurat
Elakkanlah pakai baju nampak pusat
Terlalu seksi atau terlalu ketat
Hindarilah amalan kurang sehat
Yang tidak membawa faedah buat umat
Seperti main dam di kedai kopi Pak Saat
Atau pergi lepak di bawah jejambat
Pantang awek lalu semuanya dingorat
Yang bertudung atau berambut karat
Elakkan bergelimpangan di surau pejabat
Malu kat orang yang belum bersunnat
Puasa sebenarnya membuatkan kita sehat
Bukan letih atau lembik tak larat
Faqir-miskin dibantu dengan zakat
Semoga mereka dapat sedikit nikmat
Ajar keluarga berjimat-cermat
Dan tingkatkan amal ibadat
Keredhaan Allah itulah matlamat.
Kredit to ; Keris Silau
 

Template by Blogger Candy