UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Sunday, August 24, 2008

Santai Sebelum Sibuk...

Beberapa hari ini setelah aku balik bercuti, mood aku masih baik..so aku habiskan masa dengan membaca beberapa buah buku. Salah satunya ialah buku Hatiku Di Harajuku karya Ramlee Awang Mursyid yang baru sekarang aku dapat beli di MPH MidValley. Selepas itu aku sambung pula bacaan dengan buku-buku Agnes Jessica, penulis Indonesia yang kini menjadi kegilaan aku selepas pertama kali aku membaca buku Dongeng Sebelum Tidur. Buku-buku yang sempat aku cari di Gramedia Jakarta ialah buku-buku karya Agnes iaitu Jejak Kupu-Kupu, Bunga Yang Terbuang serta Sepatu Kaca. Salah satu buku yang lain ialah Lost In Love karya Rachmania Arunita.
Sebenarnya ada banyak lagi buku Agnes Jessica yang aku mahukan sebagai koleksi, tapi entah apa malangnya di Gramedia ketika itu hanya ada tiga buah itu sahaja. Apa yang boleh aku ceritakan tentang Agnes... mungkin yang pertama aku menyukai karya beliau kerana aku merasakan fikirannya sama dengan aku bila menulis. Kami menulis kisah cinta yang mungkin nampak 'fairy tale' bagi seorang yang sukakan realiti, tapi apa salahnya fairy tale jika ia mampu menggembirakan hati. Kedua kerana Agnes juga sama seperti aku seorang 'author teacher' dalam bidang sains, pun sama cam aku jugak. Hehehe... Dan ketiga kerana jalan cerita novelnya sesuatu yang mungkin aku akan tulis jika bukan dia yang menulisnya. Jadi kerana itu aku suka dengan setiap jalan cerita Agnes ini dalam novel.
Paling best membaca ialah Jejak Kupu-Kupu kisah cinta Allisa dan Danu yang bermula semasa Allisa terpaksa menginap di rumah kebajikan setelah ibu dengan ayahnya meninggal dunia. Macam samalah pulak sikit ngan kisah DDH. Tapi sama tak serupa. Di rumah kebajikan tu, Allisa selalu cari fasal dengan Danu, pengelola rumah kebajikan tu. Tapi lama-kelamaan dia suka jugaklah kat Danu tu biarpun ketika tu Danu dah bertunang dengan Catherine.
Lost In Love pun tak sebest JKK tapi orait jugak lah. Kisah Tita yang mengikut keluarganya ke Paris sebab ayah ibunya buka sebuah restoran di sana. Kat sana si Tita ni suka dengan Adit, anak teman ibubapanya. Tapi si Adit ada perangai sombong sikit, jenis yang sesuka hati je nak marah Tita meskipun ketika itu Tita sudah sah jadi girlfriend dia. Kecewa ngan sikap Adit, Tita pun merajuk lalu bawa di ke tengah-tengah kota Paris yang dia langsung tak kenal sesiapa. Tapi di situ dia ditakdirkan bertemu Alex. Teka dengan siapa Tita akhirnya? Harharhar... kalau akulah penulisnya, sah-sah aku akan buat si Tita ni bersama dengan Alex. Tapi penulis cerita ni agaknya jenis setia kut. Last-last Tita kembali semula ke pangkuan Adit. Ceh sembrono betul, sia-sia je aku membaca. Hehehe faham maksud aku kenapa aku lebih suka JJK dari LIL?? Yang lain-lain tu sekarang tengah mencari masa untuk dihabiskan..

Wednesday, August 6, 2008

PELITA dan SM NOOR

Petang tadi selepas balik dari sekolah, aku tidur sekejap sementara menunggu untuk tuition sebelah malam. Maklumlah badan memang cepat letih. Sekejap aje aku terus terlelap.Senang pula nak terlelap. Kalau malam pula, aku kelip-kelip sorang diri. Semua orang di rumah dah tidur, aku dok renung siling aje. Penyakit tak tidur malam ni datang lagi tak diundang. Nak menulis, malas tahap dewa.

Dalam keadaan mamai, nampak ayah aku masuk bilik selongkar rak buku aku. Apalah yang dibuat dek lelaki idaman malaya tu belek-belek almari buku aku. Tapi punyalah malas nak bertanya, aku biarkan aje meskipun aku dah nampak dia bawa keluar novel pertama aku DDH. Sekejap lepas mamai aku dah hilang, aku dah terkejut. Naya...janganlah ayah aku tu tunjuk lagi buku tu kat member-member dia. Naik segan aku dibuatnya. Dahlah dia senyap-senyap kirim novel aku tu kat salah seorang member dia di Perak beberapa minggu yang lalu. Puas aku cari salinan novel tu,tapi tak jumpa. Rupa-rupanya kerja ayah aku dalam diam-diam. Pandai sungguh bab-bab macam ni. Habis semua copy DDH aku kena derma kat orang. Aku sorok copy last tu dari dia, tapi jumpa juga dia.

Aku jenguk ke luar bilik, dengar suara orang berbual. Ingatkan member dia, rupa-rupanya tetamu kenalan ayah dengan mak aku...SM Noor. Dia salah seorang penulis sejak zaman aku kecik-kecil dulu. Selain menulis novel, SM Noor ni juga banyak menghasilkan skrip drama untuk Angkasapuri. Rupa-rupanya dia dah ambilalih jawatan presiden PELITA (persatuan penulis terengganu). Dan dia syorkan agar aku masuk persatuan PELITA ni, tapi cam malu jek. Maklumlah orang-orang kat PELITA tu penulis lama Manalah layak aku yang cabuk ni join penulis-penulis lama yang dah gah namanya tu. Lagipun aku ni menulis citer ringan-ringan je, tapi mereka ni menulis tentang tema yang lebih berat. Tapi menurut SM Noor, ada seorang lagi penulis di Terengganu ni yang aktif menulis, katanya namanya Normah dari Marang Terengganu. Aku pun garu kepala sekejap. Confuse! Samakah Normah yang ini dengan penulis yang pernah dikatakan oleh seorang kenalan aku? Kalau ada sesiapa yang mengenali si penulis bernama Normah ini, hope so sangat bantu aku menghubungi beliau. Teringin nak mengenali siapa dia sebenarnya.

Pilihan Hak Mutlak Kita

Hari ni sempat berpesan dengan my student tentang betapa pentingnya kita memilih sendiri jalan hidup yang harus kita tempuh. We choose what we are today! Bukan orang lain tapi diri kita sendiri. Tapi the most important, kita harus bertanggungjawab terhadap apa yang kita pilih. Ramai di kalangan student aku dapati masih ragu-ragu dengan apa yang patut mereka buat pada masa hadapan. Ramai yang lebih suka ambil jalan mudah dengan membiarkan sahaja diri mereka mengikut apa yang telah ditakdirkan untuk mereka selain dari mengambil inisiatif menentukan hala tuju diri sendiri. Tapi sebagai guru, aku cuba menyakinkan mereka yang mereka ada hak untuk memilih apa yang mereka mahu jadi pada masa hadapan.
Sepanjang aku menjalankan tugas di SMKPM, aku dapati kebanyakan student sukar mahu meluahkan perasaan mereka pada guru. Why? Sebab semakin ramai guru lupa yang tugas mereka bukan hanya setakat mengajar di kelas, tapi juga mendekati dan membimbing pelajar tentang nilai-nilai hidup. Mengajar mereka bahawa sentiasa ada pilihan kedua selepas pilihan pertama. Mengajar mereka bahawa jikakalau mereka gagal, sentiasa ada jalan dan ruang untuk mereka menebus kegagalan itu, mengajar mereka bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, juga mengajar mereka mempercayai bahawa aku adalah guru mereka yang akan sentiasa ada untuk mendengar, memahami, bergelak ketawa serta meminta belanja sekali sekala. Itulah tugas guru yang paling utama sebenarnya bagi aku dan kesemua itu tidak boleh diajar dengan rumus dan formula sains dan matematik, atau diajar dengan fakta sejarah atau grammar English, tapi harus diterapkan sebagai salah satu ilmu yang paling penting dalam hidup. Ilmu untuk menjadi pandai semua guru boleh mengajarnya, tapi berapa ramai guru yang boleh mengajar ilmu untuk menjadi manusia berguna atau menjadi manusia yang tahu berdikari?

For all my students, especially kelas 5Dinamik yang akan menghadapi Trial SPM tidak lama lagi. Remember this. Manusia di dunia ini tidak dilahirkan untuk kalah selama-lamanya. Jika kalah sekali, bangkit segera. Jika kalah kali kedua, bangkitlah lebih cepat dari kali pertama dan jika kalah lagi kali ketiga, capailah tangan seseorang dan bangkitlah lebih cepat dari kali pertama dan kedua. Doa cikgu untuk kamu semua and i'm pretty sure...everyone will score better results in coming SPM. Wish u all the luck.
 

Template by Blogger Candy