UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Monday, March 31, 2008

BOOK FAIR 2008

Kunjungan ke book fair.....
Tak sabar rasanya nak menunggu Book Fair tahun ini. Bukannya apa, novel ketiga saya Sakti Cinta bakal diterbitkan dan akan dijual di public sempena Book Fair nanti. Rasa debaran itu muncul kerana tidak sabar mahu tahu apakah reaksi pembaca nanti. Apakah ia bakal menarik minat pembaca atau ianya hanya sekadar hiasan di kedai buku sahaja? Itulah yang membuatkan saya teruja ingin tahu. Tapi kehadiran saya di book fair nanti rasanya hanya kunjungan 'low profile' yang biasa sahaja untuk meninjau tentang sambutan novel buah tangan terbaru. Kepada pembaca-pembaca setia blog ini, thanks for ur supports. Dan jangan lupa dapatkan novel terbaru saya...SAKTI CINTA

Tuesday, March 25, 2008

Royalti Oh Royalti....

Beberapa minggu yang lalu, saya terbaca blog salah seorang penulis yang menulis tentang royalti seorang penulis. Dan saya akui kadangkala takut juga dengan dilema royalti yang tidak berbayar seperti yang dialami oleh beberapa penulis lain. Tapi syukur alhamdulillah setakat ini, syarikat publisher yang saya bernaung...membayar royalti kepada saya.
Sebenarnya percaya atau tidak, saya tidak terfikir langsung tentang royalti, hanya seronok kalau novel berada di pasaran dan dibaca orang. Bayangkan hasil karya anda dibaca ramai orang, rasa seronoknya lebih hebat sehingga terlupa tentang royalti. Malah yang sering mengingatkan saya tentang royalti adalah my beloved father. Tapi saya asyik memikirkan bilalah buku seterusnya akan keluar. Malah saya tidak pernah bertanya ttg royalti pada syarikat penerbit. Sedar-sedar sahaja mereka menghantar cek. Masa tu baru sedar...aikk dah dapat royalti? Kelakar memang kelakar.
Untuk publisher, thanks a lot for the payment! Untuk teman-teman penulis di luar sana yang masih belum menerima royalti, saya harap anda semua bersabar. Sebagai penulis, inilah risiko yang terpaksa kita hadapi. Ada yang bernasib baik dan ada yang bukan.
Ada kenalan saya yang mengajak saya berkongsi membuka syarikat penerbitan, supaya hasil penulisan saya akan mendapat imbuhan yang lebih baik. Tapi saya menolak. Bukan tidak bersetuju dengan cadangannya tapi pertama, saya tidak memiliki modal yang banyak. Kedua kerana seperti yang saya katakan...saya hanya seorang penulis, bidang penerbitan adalah bidang yang kosong dan 'blur' dalam kepala saya. Tanpa pengalaman, tak mungkin saya menjerat tengkuk sendiri. Apapun, saya lebih senang menghasilkan novel setakat ini. Mungkin lain kali, setelah ilmu di dada cukup...saya akan pertimbangkan semula cadangan itu. But anyway thanks untuk my kenalan kerana mempelawa saya.
 

Template by Blogger Candy