Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu Ma.....

Hari ni semua rakyat Malaysia setiap penjuru menyambut antara hari yang paling bermakna sekali di dlm hati setiap anak..iaitu Hari Ibu. Semua orang memiliki ibu atau pernah memiliki ibu. Aku beruntung sebab sehingga sekarang, aku masih memiliki seorang yang dipanggil ibu di sisi aku. Meskipun ibu yang aku miliki ini sakit dan tak mampu berjalan normal seperti orang lain, tapi jauh di sudut hati aku...aku terlalu menghargai insan yang satu ini. Hanya kekadang tak pandai meluahkannya atau menunjukkannya. Kadang-kadang sedih juga tengok dia melekat saja di wheelchair tak mampu berjalan seperti orang lain. Kadangkala aku dan adik-adik selalu membayangkan kalau ibu aku tu sihat seperti dulu, pasti dia takkan lekat di rumah dan sering mengikut kami berjalan ke mana-mana. Lebih-lebih lagi dengan keadaan kami sekarang yang rata-rata mampu dan telah bekerja. Pasti dia akan mengikut kami keluar shopping bersama-sama atau mengunjungi tempat-tempat yang digemarinya dulu. Bagi aku dialah ibu yang paling baik yang pernah aku jumpa. Dia bukan setakat penyayang dengan anak-anak malah baik dengan adik beradiknya dan orang lain. Jika kami tidak puas hati dengan sesuatu hal dalam keluarga, dialah orang yang akan menjadi pembela. Tapi aku tak pernah terasa hati bila dia membela orang lain lebih dari anaknya sendiri. Kerana bagi aku inilah kebaikan hati ibu aku. Tapi aku sedih bila tengok kebaikan hatinya sering dianggap kelemahan oleh orang-orang yang mendapat tempat dihatinya suatu ketika dulu. Bagi aku itulah kekuatan dia yang masih tinggal. Dan aku gembira menjadi anak perempuan kepada seorang ibu yang baik hati bernama Mizi Binti Yusof. Like i said before..she's my everything. SELAMAT HARI IBU MA...we wish you will always be like before...because we miss your cook, your smile, your laugh, your joke and everything. Dan jangan salahkan aku kerana aku memilih untuk hidup begini. This is all for you ma...to be with you forever!! I luv u ma....dan tidak ada satu pun malam-malam tidurku yang lena sebelum aku memikirkan tentang dirimu...not a single day.

2 comments:

Anonymous said...

Ibu memang segalanya dalam hidup seorang insan bergelar anak. Let's face it, without her, we wont be alive in this world. Tapi saya sedih lah anita bila mengenangkan ibu-ibu yang tak bernasib baik tu. Ibu-ibu yang ditinggalkan anak2. Yang disisihkan anak2.Kadang-kadang tertanya sendiri, besar manakah dosa ibu mereka sampai mereka sanggup buat macam tu? Ada kawan saya pernah cakap, mungkin si ibu tu pernah melakukan sesuatu yang buat si anak bersikap begitu. Ada pula kawan yang cakap, 'whay do u expect? Masa kita kecil dulu mereka hantar kita ke rumah asuhan kanak2 sebab mereka sibuk kerja. Now, bila anak2 dah besar, dah bekerja kita terpaksa juga buat benda yang samakan? Mana ada masa nak jaga mereka. Kalau jumpa sekali sekala tu okaylah'. Ya Allah, nak berhenti jantung dengar ayat macam tu Anita. Nak menanggis pun ada. Buat semua anak2 di luar sana. Ketahuilah, seburuk mana pun perangai seorang ibu tu, kita tak boleh membenci dia. Apa pun yang ibu kita pernah buat, meskipun perbuatan nya itu mengecewakan kita, kita harus menerimanya. Jangan disisihkan wanita itu. Jangan dibuang wanita itu. Kerana ibu adalah insan yang mulia.Jika tidak takkan mereka sanggup mengendong kita selama 9 bulan? Takkan mereka sanggup mempertaruhkan nyawa melahirkan kita di muka bumi ini?
Hehehe..maaflah panjang pula komen ni. Cuma semalam saya tersentuh bila melihat air mata seorang ibu yang mengenangkan anaknya yang sudah lama tak menjenguk muka. Kesian saya tengok nenek tu. Tapi apa2 pun selamat hari ibu untuk semua ibu di dunia...

Mazni Aznita said...

Betul tu farah. sampai hati anak-anak yang tinggalkan mak ayah diaorang kat tempat-tempat mcm tu. nak menitik air mata ni kalau dengar. rasanya sejahat-jahat sy ni dan sedegil2 sy masa kecil dulu, tak sanggup nak buat macam tu Ya Allah, sejukkanlah semua hati-hati ibu di dunia ni. Aminn!

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com